Re: TATAPAN UNTUK SUAMI & ISTERI....



by Fieza
PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

~Mendengar apabila suami bercakap tanpa memotonga atau menyampuk.
~Mendiamkan diri apabila suami dalam marah. Sekurang-kurangnya dapat meredakan kemarahan suami.
~Tidak mudah merajuk atau mengeluh. Banyak bersabar terutamanya ketika diusik atau disakiti hati oleh suami.
~Menunaikan permintaan suami selama mana dia tidak meminta meminta sesuatu yang bercanggah dengan agama.
~Dahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak anak-anak, ibu dan ayah.
~Melayan
suami dan mengikut kesukaan dan kegemarannya, sama ada dari segi makan
minum, pakaian atau tingkah laku yang boleh menggembirakan hatinya.
~Menjauhi kata-kata, kelakuan atau rezeki yang boleh menyinggung perasaan suami.
~Apabila
suami menghadapi masalah, fahami dan tunjukkanlah rasa simpati. Cubalah
Bantu sebaik mungkin melalui kata-kata perangsang atau pujukan yang
boleh mengurangkan masalahnya.
~Jangan membebankan suami dengan hal atau sesuatu yang boleh menyusahkan hati atau mengganggu fikirannya.
~Gunakan harta atau wang suami dengan keizinan atau pengetahuannya.
~Menghiaskan diri hanya untuk suami.
~Berlemah lembut dan berbicaralah dengan kata-kata yang baik terhadap suami.
~Memuliakan keluarga suami.

P/S: sila amalkan petua ini...

Comments

Popular posts from this blog