Tanda-Tanda Sesuatu Doa Itu Di Makbulkan Atau Di Terima !!!

Nuffnang Ads
berdoa2 150x150 Tanda Tanda Sesuatu Doa Itu Di Makbulkan Atau Di Terima !!!


 Berikut adalah merupakan panduan kepada kita tentang bagaimana untuk kita mengenalpasti tanda-tanda doa kita itu dimakbulkan oleh Taala...
Antara Tanda Doa Di Makbulkan ialah:
  • Menangis/menitiskan air mata ketika berdoa tanpa dibuat-buat.
  • Terasa menggeletar beberapa ketika semasa sedang berdoa.
  • Terasa sesuatu yang menakutkan tatkalamana berdoa.
Selain itu, terdapat keadaan-kedaan tertentu yang membuatkan doa seseorang itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Keadaan-keadaannya adalah seperti berikut :
  • Orang yang berada di dalam keadaan terdesak,apabila dia ingat kepada Allah dengan bersolat serta bersabar lantas berdoa kepada Allah kemungkinan doanya diterima oleh Allah adalah besar.
  • Seseorang yang dizalimi oleh orang lain maka dalam keadaan teraniaya bilamana berdoa kepada Allah insyaAllah akan diterima.
  • Doa seorang anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mentaati Allah dan berbuat baik terhadap orang tuanya.
  • Doa seorang Muslim yang sentiasa berlaku adil dan tidak berbuat zalim serta tidak memutuskan silaturrahim dengan manusia lain.
Wallahua’lam….

Read more: http://duitcyber.com/658/tanda-tanda-sesuatu-doa-itu-di-makbulkan-atau-di-terima/#ixzz1MwDCEvzM

http://duitcyber.com/658/tanda-tanda-sesuatu-doa-itu-di-makbulkan-atau-di-terima/

Comments

Popular posts from this blog