Doa Rawat Darah Tinggi, Kencing Manis Dan Sakit Jantung
Oleh ResepiRahsiaku
Salam Pembaca Yang Setia,
Sekali bersambung lagi dari rancangan TV “Tanya Ustaz” iaitu “Indah Perubatan Islam” oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan “Doa Rawatan” untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung.
Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau.
Kata ustaz kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha
secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam
dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli
buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk “Indah Perubatan Islam”.
Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua
doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
DOA 1.
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang
menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu
dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
DOA 2.
Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam
bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan
ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu
berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah
(wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar
bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak
beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat
telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang
menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu
(dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya
seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka
dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah
Fushillat: Ayat 44)
http://aki2004.wordpress.com/2012/01/05/doa-rawat-darah-tinggi-kencing-manis-dan-sakit-jantung/
Comments
Post a Comment