TERKANGKUNG-TERKANGKUNG

Tuesday, 14 January 2014


Rakyat Malaysia diKangkungkan.




Rakyat Malaysia dikangkungkan: penebangan hutan paling dasyat di Malaysia. 
 
Harga barang naik, Allah yang tentukan. Banjir berlaku Allah juga yang menyebabkan. Maka, boleh kita salahkan Allah?  Menyalahkan Allah, Allah juga yang menyebabkan nya? Jika kita tdak salahkan kerajaan, kita nak salahkan siapa lagi? Cuba Dato Najib terangkan.
 
Dato Najib ambil contoh kangkung sebagai bukti ada harga barang yang turun. Najib mahukan pujian kerana harga sayur kangkung turun. Gimmick Najib melahirkan respons negative yang banyak. Jangan kita hairan puak UMNO mengadakan demonstrasi berguling mempertahankan presiden mereka yang kangkung itu. Nyatalah, sementara presiden UMNO bertaraf kangkung, rakyat pula tidak mudah dikangkungkan.
 
Professor Ungku Aziz seorang yang paling awal menilai pandangan dan pemikiran Zaaba menulis dalam Facebook beliau:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.
 
Rakyat dikangkungkan mengenai punca banjir.
 
Minggu lalu saya bertemu dengan seorang rakan yang sekarang exco kanan negeri Pahang. Dia merupakan satu2 nya calun UMNO yang menang di Kuantan. Yang lain semua kecundang. Biasalah apabila sudah jadi exco nada cakap sedikit besar menunjukkan keyakinan dan jati diri. Tapi kita tahulah, dikalangan puak UMNO, keyakinan tersebut datang dari kedudukan dan jawatan. Sayang sekali, keyakinan tidak datang dari kehebatan penghujjahan.
 
Kami bercakap mengenai banjir yang menimpa Kuantan. Kuantan adalah daerah saya membesar dari umur 5 tahun sehinga saya menamatkan tingkatan 6. Walaupun saya lahir di Pekan Pahang, Kuantan merupakan kampong halaman saya. 
 
Kami bercerita hal banjir yang melanda Kuantan. Kawasan Sungai Isap, kampong Belukar, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru, semua dilanda banjir yang menyedihkan. Rata2 nya, mangsa banjr kehilangan semua.
 
Sebelum saya tanya lanjut, kawan saya itu mempertahankan mengenai banjir tersebut. Hendak buat macam mana.air naik secara mendadak. Persiapan untuk 30,000, mangsa 60,000. Ini kejadian alam. Kebetulan air laut pula pasang tinggi. Maka air tak dapat pergi kelaut mengakibatkan banjir yang dasyat. Benteng sungai Isap pecah. Ini sebab sebenar banjir tekan kawan saya.
 
Biasalah, bila berdepan- kita menjaga air muka. Lagi pun verbal joustling tidak berguna. Dia pun belanja saya makan nasi dagang. Tidak manis kalau kita bertekak. Nanti saya menyebabkan belanja nya tidak ikhlas pula. Elok dia dapat pahala. 
 
Tapi kalau hujjah nya diberi depan JKKK daerah Kuantan, mungkin ianya dapat diterima. Atau bercakap depan ajk cawangan UMNO lagi boleh diterima. 
 
Hujan itu memang kejadian alam. Tapi banjir yang dasyat membayangkan bahawa langkah2 mengatasi banjir di Pahang lemah. Pengawasan terhadap pencabulan kawasan tadahan air tidak sedikit pun disentuh.
 
Kita hanya perlu pergi ke kawasan Sungai Lembing dimana air Sungai Kuantan bermula untuk melihat pembotakan dan pergondolan kawasan hutan. Kalau kita naik helicopter seperti yang selalu dilakukan oleh MB Pahang, maka kita mungin pengsan melihat penrogolan bersiri kawasan balak di Ulu Kuantan iaitu Sungai Lembing dan kawasan sekitar nya.
 
Banjir di Kuantan disebabkan pembalakan yang tidak lagi terkawal. Beberapa tahun lalu, ketika saya ADUN UMNO saya telah mencadangkan dalam DUN Pahang supaya membatalkan semua lesen pembalakan swasta. Sebabnya mereka lah yang mencuri kayu balak dan menebas hutan sewenang wenang nya tanpa terkawal. Yang lagi terror dikalangan pembalak ialah mereka yang menggunakan nama Sultan Pahang untuk merogol khazanah hutan kita. 
 
Saya cadangkan hanya penebang bertauliah dan dilesenkan oleh kerajaan sahaja dibenarkan mengeluarkan balak. Balak2 tersebut hendaklah dikumpulkan dalam kawasan2 bonded area. Sesiapa yang didapati menebang hutan balak tanpa lesen dan tauliah kita dijelkan. Hanya yang dilesenkan kerajaan sahaja yang dibenarkan. Dengan cara ini kita tahu siapa penceroboh. Di Thailand, pencoroboh hutan ditembak mati.
 
Apabila balak dihimpunkan dalam kawasan bonded area, semua yang berminat membeli balak untuk diproses dikilang2 mereka membeli nya disana dan membayar cukai ketika keluar gate kawasan bonded area. Tauke besar atau kecil semua ada peluang yang sama untuk beli kayu2 balak dari bonded area. 
 
Mengapa kita lakukan begini? Pertama kita mengawal pencerobohan kawasan hutan. Kalau hanya pihak kerajaan sahaja yang berlesen untuk tebang pokok, maka semua pihak lain adalah penceroboh. Kecuali pihak kerajaan ada anasir2 yang menceroboh huan. Ini akan menyebabkan pemantauan lebih mudah dan murah. 
 
Kalau balak hilang juga dan kawasan yang dilesenkan dicabuli, kita tangkap kontraktor dan ejensi yang dilesenkan. Kedua kita menyekat kebocoran revenue dari hasil hutan. Hasil cukai dikutip bila pembeli balak keluar dari gate bonded area. Revenue terus masuk dalam poket kerajaan. 
 
Biasalah, pihak yang berkepentingan membisu apabila dikemukakan cadangan ini. Mana boleh terima- sumber mendapat wang ltambahan tertutup. Tauke2 pun tidak datang ke Pejabat Hutan beri ang pow. Pembalak besar akan melobi supaya kaedah pemberian lesen kepada pihak seperti status quo, mereka diteruskan. 
 
Apa kaitan dengan banjir?
 
Jika air melempah kekawasan hilir Kuantan, ini membayangkan betapa banyak nya kayu2 balak telah ditebang. Betapa luasnya kawasan di Ulu Kuantan dirogol oleh pembalak2. Bayangkan ini- setiap batang pokok mampu menampung sebanyak 400 gelen air. Berapa ratus ribu pokok sudah diebang oleh pembalak2 yang tamak haloba yang menyebakan air di hulu tidak dapat disekat.
 
Jadi kepada kawan saya yang exco Pahang dan yang mungkin memasang cita2 hendak jadi MB, lain kali bila bercakap jangan ingat kita bercakap depan ahli JKKK atau ahli cawangan UMNO. Bukan semua audiens bodoh dan terikat hidung macam mereka.
Dan kurangkan main golf itu sahabat.

Saya sempat bertanya di pasar2 tani semalam,
ada penyokong umno, ada penyokong Pakatan,
Tentang " harga Kangkung turun "
Seramai 104 orang Sampel ditemubual.

97 orang mengatakan : Kalau harga kangkung tak turun seumur
Hidup pun takpe, bnyak ley dapat tepi longkang, paya secara free.

4 Orang kata : Bagus ..!!! 3 Orang kata : Tak pasti.

# Disini kita dapat Rumuskan 97 orang itu terdapat kewakilan
penyokong umno dan pakatan juga menyatakan keputusan
sama,kangkung turun harga satu yang tidak membantu rakyat..!!

Buat Najib, Anda jgn perbodohkan Rakyat..!!
Bagi Anda yang masih dalam BN / UMNO..
pasal bahalol sangat otak korang tak ley Fikir..? 

 

FAKTA Mengenai Kangkung Yang Jarang Diketahui


on Monday, January 13, 2014
Kenapa kangkung? Apa yang lebihnya kangkung? Mari kita telusuri tumbuhan hebat ini!

Kangkung atau nama saintifiknya Kangunese Kongese adalah tumbuhan ulam yang mudah dijumpai di kawasan-kawasan berair seperti tepi longkang, paya-paya dan kolam rawatan air. Berbatang lembut dan berwarna hijau.

Selalunya ia dimakan sebagai sayuran dan ulaman dalam juadah harian. Tetapi ada lagi kehebatan tumbuhan ini.


Pada akarnya terdapat sejenis bahan bakar yang mesra alam. Minyak hasil ekstrak akarnya mampu menggerakkan kereta sejauh 500km bagi setiap titik jika dicampurkan dengan 100liter ron97.
Pada batangnya juga terdapat komponen super karbohidrat yang mampu mengenyangkan seorang dewasa hanya dengan satu gigitan. Dikatakan roti lembas buatan elf lord of the rings menggunakan bahan yang sama.





Pada hujung pucuknya pula terdapat chloroplast istimewa yang mampu menukarkan cahaya matahari kepada aurum (emas). Penemuan terbaru ini dikatakan mampu menjadikan kangkung sebagai matawang menggantikan sistem wang kertas dan juga dinar emas. Wow!

Kerana itulah penurunan harga kangkung sebenarnya adalah rahmat dan usaha kerajaan menurunkan harga kangkung harus dipuji dan dipuja. Lebih afdhal jika disembah.

Akhir kata, majulah kangkung untuk negara.

- Prof Kangkung Al-Bullshitty
Oh! Kangkung semakin popular...
di mana2 saja kangkung.... err

14 January 2014


Alhamdulillah, harga kangkung turun...kita akan senang lenang

Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari. 
Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.
 
Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita ‘balik kampung, tanam kangkung’. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.
Dengan itu marilah kita berikan sokongan kepada kepimpinan beliau, kerana kita wajar bersyukur dan berterima kasih kerana telah berjaya menurunkan harga sayuran yang banyak mengandungi iodine ini. Iodine boleh membantu kita untuk tidur jika kita susah hendak tidur malam. Kurangkan makan gula kerana ia akan melemahkan libido kita.
 
Dengan turunnya harga kangkung ini tentulah ia akan memberikan kesenangan kepada kehidupan rakyat dan kita tunggu sahaja pencapaian negara ketahap negara maju menjelang tahun 2020. Dengan turunnya harga kangkung ini, tentulah impian pimpinan kita untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat kepada USD15,000 setahun akan tercapai.
 
Dengan pengurangan harga kangkung ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan dan penjimatan itu akan dapat menampung kenaikan tariff letrik dan kadar bayaran tol kepada pemegang konsessi lebuh raya dan menampung kenaikan harga bahan api sekarang ini. Ia juga boleh menampung harga gula yang telah naik berkali-kali dalam setahun ini.
 
Mungkin kangkung ini boleh menjadi bahan ‘export’ negara dan boleh membantu memperbaiki pendapatan negara dan akhirnya boleh mengurangkan defisit belanjawan negara pada tahun-tahun akan datang ini.
 
Alhamdulillah, kita ada kangkung untuk memberikan kenikmatan kepada kehidupan rakyat negara ini. Selama ini hanya rakyat termasuk diri saya ini tidak tahu untuk mencari kehidupan yang baik, sehinggalah PM Najib memberikan jalan untuk memperbaiki kehidupan kita pada masa-masa yang mendatang dengan memakan kangkung.
 
Kepada Menteri Hasan Malek, kita hendak bertanya, kalau kangkung naik pula harganya nanti, adakah saudara akan membuat kenyataan, ‘kalau kangkung mahal, jangan makan kangkung’?
 
Terima kasih YAB Perdana Menteri. Saya cadangkan supaya diadakan kempen memakan kangkung diperingkat nasional dalam masa terdekat ini. Mungkin PEMANDU boleh berbuat sesuatu untuk melaksanakan kempen makan kangkung ini.

Nasib baik ada kangkung menyelamatkan kita.













Zak Ba's photo.
Zak Ba's photo.Zak Ba's photo.Zak Ba's photo.

Comments

  1. kangkung sangat bagus buat kesehatan anak maupun orang dewasa :-)


    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog