MENGAPA ISLAM MENGGALAK. KESATUAN
SEKERJA
Oleb Gamal el Banna
Pandangan Islam terhadap buruh atau kesatuan sekerja amat mendukacitakan. Kebanyakan pemikir-pemikir Islam kurang arif tentang hal perburuhan. Mirioritinya telah menulis secara mudah dan jujur akibat dan kurang pendedahan.
Kisah-kisah Nabi Nuh sebagai tukang kayu, Nabi Idris sebagai tukang jahit, Musa dan Nabi Muhummad sebagai pengembala kambing. Dua atau tiga Hadis rnengenai pekerjaan selalu disebut tetapi ini sahajalah bahan mengenai perburuhan yang dimiliki oleh para pemikir Islam tradisional. Kebanyakan daripada mereka yang telah menulis mengenai perburuhan cuba mengelak daripada menyebut isu kesatuan sekerja seolah-olah perkara tersebut adalah menjadi pantang-larang. Malahan setengah daripada mereka percaya bahawa kesatuan sekerja tidak selaras dengan Islam dan peraturan-peraturannya.
Sikap ini tidak berasas sekali dan sebab utamanya ialah kerana mereka kurang arif dan kurang pendedahan terhadap isu kesatuan sekerja. Mereka tidak mendapati apa-apa rujukan mengenainya di kitab-kitab Fiqh, Hadis atau Tafsir yang ditulis 10 abad yang lalu. Kesudahannya terjadilah suatu jurang pemisahan yang besar di antara pemikir-pemikir Islam moden dan pemikir-pemikir Islam tradisional mengenai isu yang penting ini. Inilah sebab utamanya dan bukannya perbezaan di antara nilai Islam dan kewujudan kesatuan sekerja.
ORGANISASI-ORGANISASI KETUKANGAN DALAM ISLAM
Organisasi-organisasi ketukangan (Guilds) (pendahulu kepada kesatuan sekerja) telah lama wujud dalarn masyarakat Islam sejak awal abad ketiga lagi. Ibn Battuta (1304-l378M) yang menjelejahi dunia di sebelah sini sebelum Marco Polo menulis tentang Goudia atau Karmia di bandar-bandar Islam di Asia yang dilawatinya. Persatuan-persatuan ini digelar Persaudaraan dan fralernilas. Ianya diorganiskan mengikut seni kemahiran ketukangan masing-masing. Tiap-tiap persatuan mempunyai masjidnya tersendiri yang digunakan sebagai ibu pejabat dan tapak untuk rnajlis-majlis dan perayaan-perayaan.
Ibn Battuta menyatakan akan kekagumannya akan dengan adat resam serta layanan ramah mesra mereka. Jalinan yang erat diantara pertubuhan ini dengan Ahli-ahli Sufi sungguh ketara. Setiap bidang ketukangan mempunyai sheikh atau irnamnya tersendiri.
Pertubuhan inl juga mempunyai hubungan rasmi dengan Al-Mutasib, pegawai awam yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal pemasaran. Ia mengawal kemahiran (pekerjaan), mengeluarkan polisi serta mewakili pemilik-pemilik (majikan pekerja dan apperantis.
Tiada siapa boleh menubuhkan “wokshop” tanpa kebenaran daripada pertubuhan ini. Majlis akan diadakan untuk meraikan ahli-ahli baru. Majlis dimulakan dengan bacaan AI-Quran dan doa dibacakan untuk kesejahteraan semua dan diakhiri dengan doa untuk Nabi Muhammad S.A.W.
Organisasi-organisasi ini wujud hingga ke awal kurun ‘ke-19. Menurut Ali Pasha Mubarik (182~1893) dianggarkan ada 198 persatuan di Cairo dalam separuh abad ke-19 dengan jumlah ahli persatuan sebanyak 360,489 orang. Dimasa inilah berakhir satu adat dan tradisi dimana majlis menerima pekerja baru mengikut lunas-lunas Islam. Di dalam majlis ini bacaan al-Quran diperdengarkan dan perserta baru dikalong lengannya dengan gelang dan diakhiri dengan doa selamat untuk sheikh dan Nabi Muhammad S.A.W.
Hubungan antara persatuan-persatuan ini dan Tarikat Sufi sebagai satu pihak dengan Al-Mutasi sebagai pihak yang lain membuktikan bukan sahaj perstatuan ini diakui sah didalam tamadun Islam dari abad ke.-3 hingga abad ke- 13 tetapi juga memainkan peranan yang berguna kepada ahlinya, pelanggan, industri itu sendiri dan masyarakat secara umumnya.
Memang ada perbezaan di antara organisasi organisasi ketukangan ini dengan kesatuan sekerja moden akan tetapi pada dasarnya adalah sama. Masing-masing mewakili ahli-ahlinya dan mempertahankan hak-hak mereka. Jika fungsi ini tidak selaras dengan prinsip-prinsip Islam mengapa masyarakat Islam menerimanya selama 10 abad mengiktiraf dan yakin dengan kewujudannya untuk berfungsi sebagai agen pembangunan di dalam masyarakat tersebut.
MATLAMAT KESATUAN SEKERJA:KEADILAN
Jika kita ingin menerangkan matlamat kesatua sekerja dalam satu perkataan; perkataannya ialah keadilan. Kesatuan sekerja ditubuhkan untuk menegakkan keadilan hakiki. Kesatuan sekerja ditubuhkan untuk menghalang ketidakadilan dan membolehkan pekerja hidup dengan selesa. Jika matlamat utama kesatuan sekerja ialah keadilan, begitu juga matlamat Islam.
Mengapa? kerana Islam bukan hanya agama untuk beribadat sahaja. Ia merangkumi aspek-aspek sosial, ekonomi dan politik, sebagai Ad-din. Mengharamkan kezaliman dan menggerakkan Al-syura dan zakat adalah contoh-contoh jelas prinsip-prinsip Islam di dalam politik dan ekonomi.
Keadilan adalah dasar utama Islam dan inilah yang membezakan Islam dengan agama-agama yang lain. Islam mengiktiraf hak-hak orang ramai untuk hidup tanpa lapar dan ketakutan. Dan menganggap ianya satu sebab untuk memuja tuhan. “Maka hendaklah mereka menyembah tuhan Ka‘aba ini (ALLAH) yang telah memberi makan kepada mereka, kerana kelaparan dan telah mengamankan mereka daripada ketakutan “. (SURAH QURAISY AYAT 3 & 4) Dan segi politiknya perjuangan kesatuan sekerja khusus untuk mendapatkan makanan bagi mencegah kelaparan dan keselamatan dan ketakutan.
Apabila Nabi Muhammad S.A.W melihat orang fakir Arab berpakaian koyak-rabak baginda merasa tersangat malu sehingga merah mukanya. Pemandangan begini sudah tentu membuat pemerintah Islam malu. Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memberi keadilan melalui undang-undang sedangkan individu-individu dan persatuan cuma boleh mengajar kebaikan sahaja. Para Fuqaha ada menyatakan bahawa keadilan pemerintahan kafir lebih baik dan pada pemerintahan Islam yang zalim kerana fungsi utama negara Islam adalah untuk menegakkan keadilan. Jadi bila kesatuan sekerja berdiri teguh dibelakang orang-orang miskin dan rnemperjuangkan keadlilan, mereka sebenarnya memperjuangkan cita cita dan tradisi Islam.
Isu-isu yang perlu dibincangkan di sini, adakah keadilan yang dituntut oleh kesatuan sekerja sesuai dengan konsep keadilan yang dituntut oleh Islam. Konsep keadilan yang dituntut oleh kesatuan sekerja adalah mempunyai elemen yang sangat subjektif. Walau bagaimanapun keadilan yang dituntut oleh orang-orang miskin membuat ianya hampir dengan keadilan Islam. Islam boleh memberi sumbangan ke arah untuk menyelesaikan krisis kesatuan sekerja apabila kesatuan sekerja Islam membuat tuntutan diatas dasar keadilan Islam, mereka akan memperolehi kesahihan, perundangan - yang bercorak dan mirip kepada Islam. Ini bertepatan dengan apa yang dilaungkan oleh Konfederasi Buruh Islam Antarabangsa.

Hak untuk berkesatuan
Setengah pemikir Islam berpendapat Islam melarang pekerja dari bergabung. Islam buka hanya rnengiktiraf pergabungan malah menggalakannya. Adalah diketahui umum bahawa Islam memuji perkumpulan dan menggalakkan umatnya bersembahyang berjemaah.
Logiknya apabila mdividu-individu berkumpul kesemua mereka akan melupakan kepentingan peribadi masing-masing dan berjuang ke arah keadilan. Jemaah akan menghapuskan sikap pentingkan diri sendiri, satu dosa dalam semua agama. Islam mengajar umatnya bekerjasama dalam semua hal dan mengucapkan salam diantara sama lain. Apabila pekerja-pekerja bersatu untuk menyelesaikan masalah mereka bersama, mereka telah mengikut peraturan dan petunjuk Islam.
Hak (UNTUK PEMULAUAN KERJA DAN MOGOK)
Islam membolehkan kesemua orang yang dinafikan haknya yang dilindungi dibawah undang-undang, dilayani dengan buruk dan dizalim untuk mempertahankan hak mereka. Atas prinsip inilah jihad diwajibkan oleh Islam. Ini telah dihuraikan dengan jelas di dalam ayat 39 Surah Al-Haj dimana perang dihalalkan. “Telah diizinkan (berperang kepada orang~orang yang diperangi disebabkan mereka teraniaya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa menolong mereka itu". Dan seterusnya ayat 42 Al-Syura “Hanya ada jalan terhadap orang-orang yang aniaya kepada manusia dan berbuat bencana dimuka bumi tanpa kebenaran untuk mereka siksa yang pedih". Dan ayat tersebut serta banyak ayat-ayat lain lagi, Islam dengan jelas memberi hak kepada seseorang untuk mempertahankan hak dan kebebasan.
Seorang Fuqahá yang terkenal Tag El Din Abd Wahab Al Subky (wafat 777M) telah menulis satu buku mengenai tanggungjawab pekerja untuk menghindar dan terlibat dengan kerja-kerja yang bercanggah dengan hukum-hukum Islam. Dia menyebut pegawai penjara wajib menolong membebaskan banduan jika ianya benar-benar dianiaya. Tukang gantung tidak menggantung pesalah jika didapati pesalah sengaja dianiaya - jika tidak dia akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak - Tukang kasut tidak boleh menggunakan kulit babi dan seterusnya. “Tidak dibenarkan mematuhi perintah manusia jika ianya bercanggah dengan perintah Tuhan". Tuhan tidak menerima pengabadian makhluknya jika ia menyalahi hukum Allah.
Pekerjaan dalam Islam ditadbir mengikut lunas-lunas Islam. Majikan dan pemerintah tidak boleh menyuruh pekerja membuat kerja yang bercanggah dengan Islam. Jika ini berlaku adalah menjadi hak dan tanggungjawab pekerja untuk mengelak dan melakukannya. Kita boleh menyatakan dengan yakin bahawa semua bentuk eksploitasi adalah bercanggah dengan ajaran Islam, dan pekerja berhak menentang eksploitasi tersebut secara damai.
Sekarang mari kita perjelaskan satu sukukata yang dibenci dan ditakuti iaitu mogok. Tindakan mogok dilakukan oleh pekerja-pekerja apabila semua saluran untuk perbincangan sudah buntu. Jika Islam memberi muslimin hak untuk mempertahankan tuntutan mereka, maka Islam tidak menghalang tindakan pasif seperti mogok.Tiada siapa yang boleh menyatakan dasar Islam tidak mengiktiraf mogok di dalam konteks masyarakat kapitalis ini. Yang penting bukan tekniknya akan tetapi niat dan tujuannya untuk menuntut keadilan. Jika ianya menepati dengan keadilan, Islam bukan hanya membenarkan malah menggalak tindakan tersebut.
Mogok adalah pertikaian perusahaan yang boleh mengakibatkan kekacauan, kemusnahan dan kehilangan harta benda. Ianya satu hukuman terhadap golongan kapitalis. Dalam ketiadaan keadilan Islam, mereka tiada pilihan. Jika keadilan Islam diaplikasikan di dalam imdang-undang, mogok tidak perlu diadakan kerana keadilan Islam menjamin hak-hak para pekerja dilindungi. Jika ada percanggahan, mahkamah boleh memperbetulkannya.
PERJANJIAN KOLEKTIF
Di dalam Islam ianya mengiktiraf kebebasan pihak-pihak yang terlibat dalam semua urusan atau transaksi sama ada dalam urusan jual beli dsb. Islam mengiktirafnya sekiranya ia menepati prinsip dan peraturan Islam. Islam menekankan unsur-unsur kebebasan dan keadilan untuk kedua-dua pihak yang membuat perjanjian. Mesti bebas dari elemen-elemen paksaan dan menepati dengan kehendak peraturan-peraturan Islam.
Jika perjanjian itu dibuat di mana terdapat unsur-unsur paksaan atau penindasan atau ada di antara pihak yang terpaksa akur atau ia mengandungi unsur-unsur yang tidak halal maka perjanjian tersebut tidak dianggap sah disisi undang-undang. Bila kita membicarakan soal perjanjian diantara majikan dan pekerja, ia cukup jelas bahawa pekerja tidak setaraf dengan majikan. Dia tidak mempunyai hak walaupun memilikinya di segi undang-undang.
Pekerja perlu makan dan membantu keluarganya. Dia tidak mempunyai apa-apa, cuma mempunyai tenaga empat kerat untuk bekerja keras atas syarat-syarat yang ditentukan oleh majikannya. Dia tidak mempunyai kuasa kerana tidak setanding dengan majikannya dan sentiasa di bawah tekanan sosial. Mereka juga tidak mempunyai kuasa tawar-menawar. Di sana terdapat perjanjian bertulis yang mereka terpaksa akur jika mereka ingin bekerja. Mereka tidak boleh mengubah suai mana-mana perjanjian tersebut. Mereka terpaksa menerima keseluruhan perjanjian itu atau jika tidak mereka akan hilang peluang untuk menerima tawaran pekerjaan itu.
Pekerja terpaksa bekerja dan tiada pilihan lain, terpaksa menerima perjanjian itu walaupun ianya tidak adil. Perjanjian ini digelar “perjanjian berat sebelah”. Ianya tidak menepati prinsip-prinsip Islam. Seorang ulama yang muktabar Syahuda Abdul Kadir Auda dl dalam bukunya Syariat Islam dan Undang-undang Moden memetik surah Al¬Baqarah ayat 282 yang menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah perjanjian Islam.
Ayatnya seperti berikut: “Hai orang-orang yang
beriman, apabila akan membuat perjanjian untuk masa depan dengan
satu sama lain hingga masa yang ditetapkan, hendaklah kamu
tuliskan dan hendaklah seorang penulis di antaramu menuliskannya
dengan keadilan. Janganlah enggan penulis itu menuliskannya.
Sebab itu hendaklah ia menuliskannya dan hendaklahnya membacakan
orang yang membuat perjanjian dan hendaklah ía takut kepada
Allah dan janganlah dikurangkan hak orang sedikit pun. Kalau
orang yang membuat perjanjian itu bodoh, lemah alau tiada kuasa
membacakan, hendaklah walinya membacakan dengan keadilan.
Persaksikanlah orang yang membuat perpanjian itu dengan 2 orang
saksi lelaki dan jika tidak ada 2 orang saksi lelaki cukuplah
seorang lelaki dan 2 orang perempuan di antara orang-orang yang
kamu suka menjadi saksi, kerana jika lupa salah seorang di
antara keduanya, teringat oleh yang lain, jangan enggan
saksi-saksi itu bila mereka dipanggil orang. Janganlah kamu
malas menuliskan perjanjian baik, sedikit ataupun banyak
hingga sampai janjinya.
Mohamad Asad di dalam bukunya “The Message of Quran” menterjemahkan ayat yang bermula dengan: “Tuliskan perjanjian” dan selanjutnya, “Tulis dengan keadilan...
Daripada surah ini kita boleh mentafsirkan seperti berikut:

1.Perjanjian mesti bertulis
2. Penulis berkecuali - bukan satu atau dua helah pihak - diamanahkan untuk menulis perjanjian itu, Mereka mesti membuatnya dengan keadilan.
3. Pihak “yang lemah” (tiada kuasa) mesti diberi kuasa untuk menentukan syarat-syaral perjanjian tersebut. Antara pekerja dengan majikan, pekerja adalah pihak yang lemah. Biasanya majikan yang mengutarakan syarat-syarat di dalam perjanjian bukannya pekerja. Peraturan ini jelas bercanggah dengan surah ini.
4. Jika pihak yang berkenaan dengan perjanjian itu lemah atau kurang arif dan tidak mampu mengusulkan syarat-syarat, biarlah walinya membuatkan syarat-syarat tersebut. Peraturan ini sama seperti peraturan yang sebelumnya dan adalah sangat mustahak .
Mohamad Asad menerangkan makna lemah atau pihak yang tidak berkeupayaan di dalam pekerjaan. Kerana mereka adalah lemah dan segi fizikal atau tidak memahami sepenuhnya istilah-istilah perniagaan - yang digunakan didalam perjanjian tersebut. Atau tidak fàsih dengan bahasa yang digunakan didalam perjanian itu.’ Inilah keadaan sebenar yang dialami oleh pekerja-pekerja sekarang ini. Pekerja lemah disegi keadaannya sendiri; dia kurang arif dan tidak faharn istilah-istilah yang ditulis didalam perjanjian itu. Kebanyakan pekerja di negara-negara membangun termasuk didalam golongan ini. Jadi penjaga perlu diamanahkan untuk menetapkan syarat-syarat bagi pihak pekerja. Tidak ada penjaga yang lebih sesuai untuk tugas ini selain daripada kesatuan sekerja.
Pada kesimpulannya, surah diatas menegaskan tanpa ragu-ragu lagi bahawa perjanjian yang diputuskan oleh majikan terang-terang bercanggah dengan konsep yang dinyatakan oleh Al-Quran. Tidak ada pihak yang berkecuali menulis, menjadi saksi-saksi atau wali-wali untuk pihak pekerja. Perjanjian itu adalah perjanjian yang dipaksa kepada pihak pekerja.
Sebaliknya perjanjian bersama yang dirundingkan oleh kesatuan sekerja dengan majikan terjamin dan mengandungi kesemua aspek-aspek dan unsur-unsur kebaikan Islam.
Dialih bahasa oleh:
Sdr. Baharin Bin Md. Yusof
Sdz. Syed Shahir Bin Syed Mohamud

http://www.umno-reform.com/URnews/kesatuanislam.htm
Comments
Post a Comment