MALAYSIA:::Gangguan seksual di tempat kerja 

 


Ramai mangsa tidak yakin buat laporan terutama kepada majikan

Natasya, 27, (bukan nama sebenar), setiausaha kepada seorang pengurus kanan sebuah syarikat. Wajah cantik dan personaliti menarik. 

Natasya kerap diganggu rakan sekerja lelaki yang suka datang mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya. 
Bukan setakat itu, pekerja lelaki itu sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bercerita mengenai hubungan seksual dan tidak pernah jemu mengajaknya keluar makan. 

Kejadian itu berlarutan, akhirnya Natasya tidak tahan dan mengadu kepada pihak atasan. Malangnya aduan itu tidak dipedulikan menyebabkan dia membuat laporan polis. Kini, kesnya sedang disiasat. 

Kunci mulut 

Gangguan seksual di tempat kerja adalah, isu lama tetapi sering kali menjadi ‘hangat’ apabila pelaku terlepas manakala mangsa pula ‘mengunci mulut’. 
Keadaan itu berlaku kerana mangsa tidak yakin untuk membuat aduan, malah, mangsa sering dipersalahkan kerana tiada bukti kukuh hingga menyebabkan mereka tidak mahu memanjangkan kes. Apatah lagi, rata-rata kejadian dilakukan rakan sekerja. 

Tambahan pula bagi kebanyakan aduan diterima, pelaku dalam kalangan bos yang memiliki pengaruh di pejabat berbanding mangsa yang rata-rata terdiri daripada pekerja biasa. 


Kod amalan 

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata isu gangguan seksual berlaku dalam pelbagai cara. 

Katanya, selepas "KOD AMALAN MENCEGAH DAN MEMBASMI GANGUAN SEXSUAL DI TEMPAT KERJA" dilaksanakan pada 1999, semakin ramai mangsa membuat laporan dan merasai mereka dilindungi. 

“Kes gangguan seksual diterima akan diselesaikan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Kementerian Sumber Manusia mengikut kod amalan berkenaan. Berdasarkan statistik, sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 2010, sebanyak 297 kes diterima.

sumber:::http://www.bharian.com.my


GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA - click link dibawah

 

 

http://www.scribd.com/doc/122077250/GANGGUAN-SEKSUAL-DI-TEMPAT-KERJA-BAGAIMANA-MENGHADAPI-DAN-MENGATASINYA 

Comments

Popular posts from this blog