TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL
BACA
UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG
BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya,
permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 hingga 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
"pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan. Berdasarkan
kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah
diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari
persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana
ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang
sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak
luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin
sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang
bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka
bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga
bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah
sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu
TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil,
walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.
Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah
dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,
secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak
diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina
kerana pernikahan itu tidak sah
Soalan 6 : Apakah hak seorang
anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan
bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi
mahram.
1
2
3
4
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang
wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan,
apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti
tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu
kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya
kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu
kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda
sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari
pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah
taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2
kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan,
membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka
juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia
atau pun diakhirat..
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu
perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah
dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya
sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk
Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.
WAHAI PARA SAHABATKU... ..INSAFI LAH DIRI.
https://www.facebook.com/groups/285919418181860/permalink/527541480686318/
Comments
Post a Comment