Jutawan Dunia vs Jutawan Akhirat


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Matlamat dan impian kita terlalu banyak dan selalunya berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang ingin menjadi jutawan dunia, ada yang ingin menjadi jutawan akhirat, dan ada juga yang ingin menjadi jutawan dunia dan jutawan akhirat. Ada yang ingin bahagia di dunia, ada yang ingin bahagia di akhirat dan ada juga yang ingin bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Definasi 'jutawan' dan 'bahagia' bagi kita juga mungkin akan berbeza-beza. Ada orang bahagia dengan 'cukup-cukup makan', ada orang bahagia 'dengan rumah besar dan kereta besar', ada orang bahagia dengan 'isteri solehah dan anak-anak yang ramai', ada orang bahagia 'dengan berbakti kepada ibu dan keluarganya', ada orang bahagia 'dengan berbakti kepada masyarakat', dan ada juga orang yang berbahagia 'dengan mentaati perintahNYA, menjauhi laranganNYA dan berbakti kepada agamaNYA'

Walau apa pun impian dan matlamat kita, letakkanlah matlamat dan impian ini di depan; 'mencari redhaNYA dunia dan akhirat'. Harus juga di ingat, tidak semua perkara yang 'bersifat dunia' itu adalah dunia dan tidak semua perkara yang 'bersifat akhirat' itu adalah akhirat.

Sebagai contoh; 'menderma' adalah 'bersifat akhirat' tetapi jika kita menderma semata-mata untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk maka sifatnya akan menjadi 'dunia'. Belajar bahasa mandarin 'sifatnya adalah dunia' tetapi ia juga boleh manjadi akhirat seperti yang telah dijelaskan di http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/mandarin-language.html

Jadi jauhkanlah sebarang perlakuan yang bersangka-sangka kerana 'dunia ataupun akhirat', 'dosa ataupun pahala', 'ikhlas ataupun tidak' itu tidak boleh dibuat-buat mengikut persangkaan kita; makhlukNYA yang dhaif, lemah dan hina dina ini. Sama-samalah kita belajar dan terus mencari apakah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk sifat-sifat itu.

Di dalam perjalanan menggapai impian, mungkin kita akan sesekali bertemu dengan persimpangan; antara kepentingan 'dunia' dan kepentingan 'akhirat'. Nasihat saya untuk diri saya sendiri dan untuk pengunjung semua, pilihlah jalan 'akhirat' kerana dunia ini sementara cuma dan akhirat itu kekal abadi.

Kebahagian dan kesenangan dunia ini sementara cuma, namun kebahagian dan kesenangan akhirat adalah kekal abadi. Jutawan dunia adalah sementara cuma, namun jutawan akhirat adalah kekal abadi. Mungkin esok lusa kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, mungkin selepas saya menulis artikel ini, saya akan meninggal Cik Puan Tuan semua, mungkin selepas Cik Puan Tuan baca artikel ini Cik Puan Tuan yang akan mendahului saya.

Selalulah mengingati 'mati' kerana sebijak-bijak manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan berusaha keras untuk kehidupan selepas kematiannya. Berusahalah untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan berusahalah untuk akhirat seolah-olah kita akan mati esok
.

http://kayaduniakayaakhirat.blogspot.com/2009/12/jutawan-dunia-vs-jutawan-akhirat.html 

Comments

Popular posts from this blog