DOSA-DOSA
YANG DIANGGAP BIASA OLEH KEBANYAKAN ORANG (2) BAHAGIAN KEDUA BANYAK MELAKUKAN
GERAKAN SIA-SIA DALAM SOLAT
Telah diterangkan oleh Syeikh Muhammad Shalih Al
Munajjid: ‘ Sebahagian umat Islam hampir tak terelakkan dari bencana ini. Yakni
melakukan gerakan yang tidak ada gunanya dalam solat. Mereka tidak mematuhi
perintah Allah dalam firman-Nya: Al-Baqarah ayat 238 [2:238] وَقُوْمُوْا للهِ
قَانِتِيْنَ “Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.” Juga
tidak memahami firman Allah: Al-Mukminun ayat 1-2 قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ
* الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلاَتِهِمْ خَاشِعُوْنَ
“Sesungguhnya beruntunglah
orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”
Suatu ketika, Rasulullah saw. ditanya tentang hukum meratakan tanah ketika
sujud. Beliau menjawab : لاَ تَمْسَحْ وَاَنْتَ تُصَلِّ فَاِنْ كُنْتَ لاَ بُدَّ
فَاعِلاً فَوَاحِدَةً تَسْوِيَةَ الْحَصَى “Janganlah engkau mengusap (tanah)
sedang engkau di dalam solat. Jika engkau (terpaksa) harus melakukannya maka
(cukup) sekali meratakan kerikil.” H.R. Abu Daud 1/581 dalam SHAHIHUL JAMI’
hadits no : 7452.Imam Muslim meriwayatkan hadits yang senada dengannya dari
Mu’aiqib - Bin Baz. Para ulama menyebutkan, banyak gerakan secara
berturut-turut tanpa keperluan (penting) dapat membatalkan solat.
Apalagi orang
yang melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya dalam solat. Berdiri hadapan
Allah sambil melihat jam tangan, membetulkan pakaian, memasukkan jari ke dalam hidung,
melempar pandangan ke kiri dan ke kanan atau ke atas langit. Ia tidak takut
kalau-kalau Allah mencabut penglihatannya atau syaitan melalaikannya dari
ibadah solat.’
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ لِيْ رَسُوْلُ الله ص:
اِيَّاكَ وَالاِلْتِفَاتَ فِي الصَّلاَةِ فَاِنَّ الاِلْتِفَاتَ فِي الصَّلاَةِ
هَلَكَةٌ فَاِنْ كَانَ لاَ بُدَّ فَفِي التَّطَوُّعِ لاَ فِي الْفَرِيْضَةِ
Daripada Anas bin Malik ia berkata: Telah bersabda kepadaku Rasulullah saw:
Jauhkanlah dirimu dari berpaling-paling dalam solat kerana berpaling-paling
dalam solat itu kebinasaan.
Jika tidak dapat tidak (perlu berpaling) maka dalam
solat sunat, jangan dalam solat fardhu Riwayat At-Tirmidzi Hadits ini melarang
orang yang bersolat berpaling-paling mukanya dalam solatnya, sekejap berpaling
mukanya ke kanan kemudian ke kiri kemudian ke kanan dan sebagainya. Bahawa
berpaling itu sekali-kali tidak boleh dilakukan dalam solat fardhu dan adapun
dalam solat sunat, sekiranya amat perlu maka boleh berpaling di mana para ulama
mengambil kefahaman dari hadits ini hanya sekali sahaja yang dibenarkan
berpaling (dalam solat sunat).
Sesungguhnya berpaling ini adalah dari sambaran
syaitan sebagaimana sabda Rasulullah saw: عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: سَاَلْتُ
رَسُوْلَ الله ص عَنِ التَّلَفُّتِ فِي الصَّلاَةِ فَقَالَ: اِخْتِلاَسٌ
يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ الْعَبْدِ Daripada Aisyah ia berkata:
Aku bertanya Rasulullah saw tentang berpaling-paling dalam solat maka beliau
saw bersabda: Itu suatu sambaran daripada syaitan terhadap solat seorang hamba
(manusia) Riwayat Ahmad, Bukhari, An-Nasaie dan Abu Daud Ulasan
Pergerakan-pergerakan dalam solat itu dibenarkan selama ia atas keperluan.
Telah disunnahkan oleh Rasulullah saw pergerakan-pergerakan yang boleh kita
lakukan di ketika solat. Antaranya iaitulah dibolehkan kita mengendong anak
kecil di dalam solat sama ada anak sendiri atau anak orang lainnya baik lelaki
mahupun perempuan jika yang demikian itu adalah suatu keperluan. Ini
berdasarkan hadits dari Abu Qatadah yang berbunyi :
عَنْ اَبِى قَتَادَةَ الأَنْصَارِى
قَالَ: اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص كَانَ يُصَلِّى وَهُوَ حَامِلٌ اُمَامَةَ بِنْتَ
زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُوْلِ الله ص لاَبِى الرَّبِيْعِ بْنِ الْعَاصِ بْنِ عَبْدِ
شَمْسٍ فَاِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا وَاِذَا قَامَ حَمَلَهَا
Abu Qatadah r.a.
menerangkan: “Bahawa Rasulullah saw. solat sambil mendukung Umamah binti Zainab
binti Rasulullah saw, ayahnya Rabi' bin Al-Ash bin Abdisy Syams. Maka apabila
beliau bersujud, beliau mendudukkannya (meletakkannya) dan apabila beliau
berdiri, beliau mendukungnya lagi.” H.R. Bukhari dan Muslim. Di dalam riwayat
Muslim terdapat tambahan: “Beliau pada kala itu sedang mengimami para sahabat
di dalam masjid.” Hadits ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud, An Nasai, Ahmad
dan Ibnu Hibban. Umamah binti Zainab adalah anak kepada Abul Ash ibn Rabi.
Iaitu cucu Rasulullah saw., semasa kejadian ini Umamah masih kecil. Hadits ini
menjelaskan bahawa mengangkat dan meletakan kanak kanak semasa di dalam solat
tidak membatalkan solat demikian juga dapat difahami bahawa tidak berlaku
permasalahan melintasi sutrah di atas kanak kanak kerana dengan meletakkan
kanak kanak semasa sujud memungkinkan ia bergerak di hadapan orang yang
bersolat semasa keadaan duduk diantara dua sujud. Aisyah r.a. menjelaskan
tentang dibolehkan seseorang yang bersolat itu berjalan untuk membuka pintu
apabila ada orang yang ingin memasukinya.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ
رَسُوْلُ الله ص يُصَلِّى فِي الْبَيْتِ وَالْبَابُ عَلَيْهِ مُغْلَقٌ فَجِئْتُ
فَمَشَى حَتَّى فَتَحَ لِيْ ثُمَّ رَجَعَ اِلَى مَقَامِهِ وَوَصَفَتْ اَنَّ الْبَابَ
فِي الْقِبْلَةِ
Aisyah berkata: “Adalah Rasulullah saw. solat di rumah, sedang
pintu kamar terkunci (tertutup). Maka jika saya mau masuk, Rasulpun melangkah
dalam solatnya dan membukakan pintu untukku, kemudian beliau kembali lagi ke
tempat solatnya. Dan Aisyah memerangkan, bahawasanya pintu itu terletak di
sebelah kiblat.” H.R. Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Nasa’i.
Hadits ini
menjelaskan berjalan yang sedikit seperti membuka pintu yang berada berhampiran
dengan orang yang solat itu tidak membatalkan solat. Tiadalah di jelaskan di
dalam pencarian saya tentang apakah Rasulullah saw. berjalan selangkah berhenti
selangkah tetapi apa yang boleh di ambil faham bahawa berjalan sedikit kerana
sesuatu keperluan yang di benarkan oleh syarak adalah di bolehkan. Maka
hendaklah orang yang berjalan itu tidak berpaling dari kiblat kerana hadits itu
menjelaskan Rasulullah saw. berjalan membuka pintu yang berada di hadapannya.
Dalam riwayat Nasai terdapat tambahan ‘solat sunnat’ iaitu perlakuan Nabi saw.
itu adalah di dalam solat sunnat. Namun kebolehan bergerak yang sedikit di
dalam solat itu juga boleh berlaku di dalam solat wajib, ini berdasarkan hadits
yang di riwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud :
وَفِيْ رِوَايَةٍ: قَامَ رَسُوْلُ
الله ص لِيُصَلِّى فَجِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَاَخَذَ بِيَدِيْ
فَاَدَارَنِيْ حَتَّى اَقَامَنِيْ عَنْ يَمِيْنِهِ ...
Dan dalam satu riwayat:
“Rasulullah saw berdiri untuk solat, kemudian aku datang, lalu aku berdiri di
sebelah kirinya, lalu Nabi saw. mengambil tanganku, lalu ia mengalih/menarik
aku sehingga ia menempatkan aku di sebelah kanannya……” Dalam riwayat lainnya
daripada Aisyah:
اَنَّهُ كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّى فَاِذَا
اسْتَفْتَحَ اِنْسَانٌ الْبَابَ فَتَحَ الْبَابَ مَا كَانَ فِي الْقِبْلَةِ اَوْ
عَنْ يَمِيْنِهِ اَوْ عَنْ يَسَارِهِ وَلاَ يَسْتَدْبِرُ الْقِبْلَةَ
Bahawa Nabi
saw di waktu bersolat, jika ada seseorang yang minta dibukakan pintu, beliau
pun membukakan pintu itu apabila letaknya di arah kiblat, di kanan atau di
kirinya tapi tidak membelakangi kiblat. Riwayat Daruqutni Daripada Sahal bin
Said:
اَنَّ رَسُوْلَ الله ذَهَبَ اِلَى بَنِى عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ
بَيْنَهُمْ فَحَانَتِ الصَّلاَةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ اِلَى اَبِى بَكْرٍ
فَقَالَ: اَتُصَلِّى بِالنَّاسِ فَاُقِيْمَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَصَلَّى اَبُو
بَكْرٍ فَجَاءَ رَسُوْلُ الله وَالنَّاسُ فِي الصَّلاَةِ فَتَخَلَّصَ حَتَّى
وَقَفَ فِي الصَّفِّ فَصَفَّقَ النَّاسُ وَكَانَ اَبُو بَكْرٍ لاَ يَلْتَفِتُ فِي
الصَّلاَةِ فَلَمَّا اَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيْقَ اِلْتَفَتَ فَرَأَى رَسُوْلُ
الله فَاَشَارَ اِلَيْهِ رَسُوْلُ الله: اَنِ امْكُثْ مَكَانَكَ فَرَفَعَ اَبُو
بَكْرٍ يَدَيْهِ فَحَمِدَ اللهَ عَلَى مَا اَمَرَهُ بِهِ رَسُوْلُ الله مِنْ
ذَلِكَ ثُمَّ اسْتَأْخَرَ اَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِي الصَّفِّ وَتَقَدَّمَ
النَّبِيُّ فَصَلَّى ثُمَّ انْصَرَفَ فَقَالَ: يَا اَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ اَنْ
تَثْبُتَ اِذْ اَمَرْتُكَ؟ فَقَالَ اَبُو بَكْرٍ: مَا كَانَ لاِبْنِ اَبِيْ
قُحَافَةَ اَنْ يُصَلِّى بَيْنَ يَدَى رَسُوْلِ الله فَقَالَ رَسُوْلُ الله:
مَالِيْ رَاَيْتُكُمْ اَكْثَرْتُمُ التَّصْفِيْقَ؟ مَنْ نَابَهُ شَيْءٌ فِي
صَلاَتِهِ فَلْيُسَبِّحْ فَاِنَّهُ اِذَا سَبَّحَ الْتَفِتَ اِلَيْهِ وَاِنَّمَا
التَّصْفِيْقُ لِلنِّسَاءِ
Bahawa Rasulullah saw pergi ke tempat Bani ‘Amru bin
‘Auf untuk mendamaikan suatu masalah yang menjadi perselisihan. Waktu solat
tiba dan muazzin datang kepada Abu Bakar dan menanyakan apakah ia suka menjadi
imam, hingga solat dapat segera dimulai.
Abu Bakar pun bersedia lalu bersolat
sebagai imam. Tiba-tiba di waktu orang sedang bersolat itu, Rasulullah saw
datang. Beliau masuk ke dalam barisan dan berdiri di shaf pertama. Orang-orang
bertepuk tangan tapi Abu Bakar tidak menoleh sama sekali. Maksud mereka dengan
demikian ialah hendak memberitahukannya kedatangan Nabi saw dan makin banyaklah
tepukan tangan mereka hingga akhirnya Abu Bakar menoleh dan dilihatnya
Rasulullah saw. Maka Rasulullah saw mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap
di tempatnya serta meneruskan solat. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya dan
memuji Allah sebab merasa syukur atas perintah Nabi saw untuk terus menjadi
imam itu tapi kemudiannya ia mengundurkan diri hingga sejajar dalam shaf
pertama dan Nabi pun lalu maju ke hadapan lalu bersolat hingga selesai.
Kemudian beliau saw bertanya: Wahai Abu Bakar, apa halangannya untuk tetap di
tempatmu ketika aku suruh tadi? Jawab Abu Bakar: Tidak layak bagi anak Abu
Quhafah bersolat di depan Rasulullah. Lalu kepada orang banyak beliau saw
bersabda: Kenapa kamu sekalian membanyakkan tepuk tangan?
Barangsiapa yang
ingin mengingatkan / menatik perhatian dalam solatnya hendaklah ia bertasbih
kerana bila bertasbih harus ditoleh. Bertepuk tangan hanyalah untuk wanita.
Riwayat Bukhari dan Muslim Hadits-hadits di atas menjadi dalil bahawa bagi
orang yang bersolat boleh sekiranya terdapat keperluan untuk ia bergerak ke
depan, kanan, kiri atau belakang atau mana-mana arah asalkan ia tidak
membelakangi kiblat. Maka jelas dari hadits di atas pergerakan yang sedikit
kerana sesuatu keperluan di dalam solat yang boleh mengganggu solat itu sendiri
adalah di bolehkan. Dan di dalam keadaan yang di suruh oleh Rasulullah saw.
seperti menahan orang yang cuba melintasi sutrah dan seterusnya mempertahankan
kedudukan sutrah itu jika orang tersebut cuba juga melintas, maka yang demikian
tidaklah dibatas lagi pergerakan kerana ianya termasuk di dalam keadaan yang darurat
dan seseorang itu terpaksa mempertahankan sutrahnya walaupun terpaksa
memeranginya.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: اِذَا كَانَ
اَحَدُكُمْ يُصَلِّى فَلاَ يَدَعْ اَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ فَاِنْ اَبَى
فَلْيُقَاتِلْهُ فَاِنَّ مَعَهُ الْقَرِيْنَ
Ibnu Umar menerangkan: Bahawa Nabi
saw. bersabda: “Apabila seseorang kamu sedang solat, janganlah ia membiarkan
seseorang berlalu (lewat) di hadapannya. Jika orang yang hendak berlalu enggan
ditolak, hendaklah dibunuh, kerana besertanya ada kawannya.” Riwayat Ahmad,
Muslim dan Ibnu Majah. Demikian juga apabila datang binatang berbisa seperti
ular dan lipan yang memungkinkan kita berada di dalam keadaan bahaya maka
lakukanlah usaha mengelakkannya dengan kadar keupayaan kita. Hadits yang berbunyi
:
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص اَمَرَ بِقَتْلِ
الأَسْوَدَيْنِ فِي الصَّلاَةِ الْعَقْرَبِ وَالْحَيَّةِ
Abu Hurairah r.a.
menerangkan: “Bahawasanya Nabi saw. memerintahkan kita membunuh dua binatang
hitam di dalam solat. Iaitu lipan dan ular.” Hadits shahih riwayat Ahmad, Abu
Daud, An-Nasa’I, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Segala perbuatan yang memungkinkan
pergerakkan yang banyak di dalam solat yang ada contohnya dari Nabi saw. atau
beliau izinkannya tidak dapat di katakan terlarang atau makruh tetapi ianya
adalah sunnahnya. Nabi saw. mengizinkan kita membunuh ular dan lipan di dalam
solat itu bermakna perkara itu di bolehkan dan para sahabat seperti Ali r.a.
dan Ibnu Umar melakukannya.
Dari tabiin pula yang membunuh ular di dalam solat
adalah Al-Hasan Al-Bishri, Abul Aliyah, Atha’ Muwarriq Al-Ajali dan lain
lainnya. Rujuk KOLEKSI HADIS HADIS HUKUM 3-T.M.HASBI, M.S. 352-354.
Comments
Post a Comment