DOSA-DOSA
YANG DIANGGAP BIASA OLEH KEBANYAKAN ORANG BAHAGIAN PERTAMA
Dipetik
dari kitab DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA
yang diterjemahkan dari kitab asalnya
مُحَرَّمَاتٌ اسْتَهَانَ بِهَا النَّاسُ يَجِبُ الْحَذْرُ مِنْهَا oleh Muhammad
Shalih Al-Munajjid. Kitab yang menerangkan tentang kelalaian umat Islam sekarang
ini tentang dosa-dosa sehingga mereka merasakan ianya adalah perbuatan biasa
dalam kehidupan seharian, iaitu tidak merasakan apa-apa kesalahan atau rasa
bersalah dalam melakukannya. Kita mulakan tentang dosa-dosa yang bersangkutan
dengan urusan solat terlebih dahulu.
TIDAK
THUMA’NINAH DALAM SOLAT Syeikh Muhammad Salih menerangkan di dalam kitabnya:
‘Di antara kejahatan pencuri terbesar adalah
pencurian dalam solat, Rasulullah saw. bersabda: أَسْوَأُ النَّاسِ سَرِقَةً
الَّذِيْ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ الله وَكَيْفَ يَسْرِقُ
مِنْ صَلاَتِهِ؟ قَالَ: لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهَا وَلاَ سُجُوْدَهَا
“Sejahat-jahat
pencuri adalah orang yang mencuri dari solatnya.” Mereka bertanya: “Bagaimana
ia mencuri dari solatnya?” Beliau menjawab: “(Ia) tidak menyempurnakan rukuk
dan sujudnya.” H.R. Imam Ahmad, 5/310 dalam Shahihul Jami’ hadits no: 997.
Rasulullah saw. bersabda : لاَ تُجْزِئُ صَلاَةُ الرَّجُلِ حَتَّى يُقِيْمَ ظَهْرَهُ فِى الرُّكُوْعِ وَالسُّجُوْدِ “Tidak sah solat seseorang sehingga ia menegakkan (meluruskan) belakangnya ketika rukuk dan sujud.” H.R. Abu Daud, 1/533,dalam Shahihul Jami’ no : 7224. Tidak diragukan lagi, ini suatu kemungkaran. Pelakunya harus dicegah dan diperingatkan akan ancamannya. Abu Abdillah Al Asy’ari berkata: (Suatu ketika) Rasulullah saw. solat bersama para sahabatnya, kemudian beliau duduk bersama sekelompok dari mereka. Tiba-tiba seorang lelaki masuk dan berdiri menunaikan solat. Orang itu rukuk lalu sujud dengan cara mematuk, maka Rasulullah saw. bersabda :
أَتَرَوْنَ هَذَا؟ مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا مَاتَ عَلَى غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ يَنْقُرُ صَلاَتَهُ كَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ اِنَّمَا مَثَلُ الَّذِي يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِيْ سُجُوْدِهِ كَالْجَائِعِ لاَ يَأْكُلُ اِلاَّ التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَيْنِ فَمَاذَا يُغْنِيَانِ عَنْهُ
“Apakah kalian menyaksikan orang ini? Barangsiapa meninggal dengan keadaan seperti ini (solatnya) maka dia meninggal dalam keadaan di luar agama Muhammad. Ia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang solat dan mematuk dalam sujudnya bagaikan orang lapar yang tidak makan kecuali sebutir atau dua butir kurma, bagaimana ia berasa cukup (kenyang) dengannya?” H.R. Ibnu Khuzaimah dalam kitab Sahihnya 1/332.
Lihat pula Shifatu Shalatin Nabi, oleh Al-Albani hal.131. عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ قَالَ: اِنَّ حُذَيْفَةَ رَأَى رَجُلاً لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهُ وَلاَ سُجُوْدَهُ فَلَمَّا قَضَى صَلاَتَهُ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ حُذَيْفَةُ: مَا صَلَّيْتَ وَلَوْ مِتَّ، مِتَّ عَلَى غَيْرِ الْفِطْرَةِ الَّتِي فَطَرَ اللهُ النَّاسَ عَلَيْهَا مُحَمَّدًا Zaid bin Wahab menerangkan:
“Bahawasanya Hudzaifah r.a. melihat seorang lelaki solat dengan tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Setelah orang tersebut selesai solat beliau memanggilnya lalu mengatakan: “Engkau tidak solat. Sekiranya engkau mati dalam keadaan kamu masih solat begini, engkau mati bukan dengan fitrah yang diberikan Tuhan kepada Muhammad.” H.R. Ahmad dan Al-Bukhari. Fathul Bari, 2/274. Orang yang meninggalkan thumani’nah dalam solat, sedang ia mengetahui hukumnya, maka wajib baginya mengulangi solatnya seketika dan bertaubat atas solat-solat yang dia lakukan tanpa thuma’ninah pada masa-masa lalu. Ia tidak wajib mengulangi solat-solatnya di masa lalu, berdasarkan hadits :
اِرْجِعْ فَصَلِّ فَاِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
“Kembalilah, dan solatlah (kembali), sesungguhnya engkau belum solat.” Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibnu Majah. Lafaz ini bagi Bukhari
Ulasan
Allahamdulillah masih ada ulama sekarang yang menitik-beratkan tentang thumani’nah dalam ibadah solat. Telah sekian banyak masjid sekarang ini yang mula mengabaikan kewajipan thumani’nah ini. Paling malang, adalah orang yang solatnya ada thumani’nah, tetapi dianggap salah oleh masyarakat atau imam apabila ia lambat dalam menurut imam semasa solat jamaah. Alasan imam bahawa makmum itu hendaklah menurut imam, imam itu untuk diikuti. Bagi saya itu alasan imam yang memutar-belit nash yang sahih supaya secocok dengan pendiriannya.
Sebenarnya imam itu wajib bersolat menurut solat Rasulullah saw. dan apabila imam bersolat menurut As-Sunnah, maka wajib pula makmum itu menurutinya. Tetapi bila imam tergesa-gesa sehingga makmum tinggal satu tasbih sahaja dalam rukuk dan sujudnya, dan jika sempat tiga bacaan tasbih pun, ianya dalam suasana tergesa-gesa tanpa khusyuk kerana berlumba untuk menurut imam maka ini bukan lagi solat yang disunnahkan oleh Rasulullah saw. Maka wajib bagi makmum itu berthamani’nah, jika tidak, solatnya tidak sah sebagaimana yang dijelaskan oleh hadits di atas. Alasan imam menanggung dosa atau kesilapan kita dalam bab thamani’nah ini hanyalah putar-belit akal, sebenarnya jika imam melakukan dosa seperti berbuat bid’ah di dalam solat dan kita pun menurutnya, maka itulah yang kita dapat. Imam sesat makmum juga sesat.
Demikian juga dalam thamani’nah apabila imam tergesa-gesa lalu makmum pun lebih tergesa-gesa kerana mengejar imam, maka bila telah hilang thamani’nah maka tidak sah solatnya dan wajib ia mengulangi solatnya sekali lagi. Jika ia teruskan amalan yang demikian maka sebagaimana sabda Rasulullah saw.: “Maka ia meninggal dalam keadaan di luar agama Muhammad.” Awas jangan mengambil mudah urusan thamani’nah, sebesar mana ulama itu, ia tidak boleh mengubah ketetapan yang telah disunnahkan oleh Rasulullah saw. Telah diterangkan oleh hadits Said bin Jubeir yang diterimanya dari Anas, katanya :
عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ اَحَدٍ بَعْدَ رَسُوْلِ الله ص اَشْبَهَ صَلاَةً بِرَسُوْلِ الله ص مِنْ هَذَا الْفَتَى يَعْنِيْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيْزِ. قَالَ: فَحَرَزْنَا فِيْ رُكُوْعِهِ عَشَرَ تَسْبِيْحَاتٍ وَفِيْ سُجُوْدِهِ عَشَرَ تَسْبِيْحَاتٍ
Anas ibn Malik r.a. berkata : “Saya tidak pernah solat di belakang seseorang sesudah Rasul saw, yang lebih sesuai solatnya dengan solat Rasul, selain dari pemuda ini (Umar ibn Abdul Aziz). Kami menghitung bacaan tasbihnya sebanyak sepuluh kali baik dalam rukuk ataupun dalam sujudnya.” H.R. oleh Ahmad, Abu Daud dan An Nasai dengan sanad yang baik. Semua perawinya adalah kepercayaan kecuali seorang yang bernama Abdullah ibn Kaisan yang pada An-Nasai ia berpendapat orang ini :
LAISA BIHI BA’SUN = BOLEH DI TERIMA. Inilah contoh pengamalan yang kukuh berdasarkan sunnah Rasulullah saw dalam solat berjemaah. Bacaan yang dianggarkan oleh sahabat sebanyak sepuluh kali bacaan tasbih ini adalah bacaan yang paling lemah yang sememangnya dianjurkan Rasulullah saw ketika berjemaah. Hadits Usman bin Abil Ash, ia berkata:
يَا رَسُوْلَ الله اِجْعَلْنِيْ اِمَامَ قَوْمِيْ. قَالَ:
اَنْتَ اِمَامُهُمْ فَاقْتَدِ بِاَضْعَفِهِمْ وَاتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لاَ يَأْخُذُ عَلَى اَذَانِهِ اَجْرًا
“Ya Rasulullah! Jadikanlah aku ini imam bagi kaumku. Maka Nabi pun berkata: Engkau kujadikan imam kaummu, contohilah solat orang yang paling lemah (solat yang dapat di ikuti orang paling lemah) dan angkatlah seorang muazzin yang tiada mahu mengambil upah dari azannya.” H.R.oleh Ahmad, Abu Daud, At-Turmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah.Di sahihkan oleh Al-Hakim dan Turmidzi berkata hadits ini hasan.
عَنْ اَنَسٍ قَالَ: مَا صَلَّيْتُ خَلْفَ اِمَامٍ قَطُّ اَخَفُّ صَلاَةً وَلاَ
اَتَمُّ صَلاَةً مِنَ النَّبِيِّ ص
Daripada Anas ia berkata: Aku sama sekali tidak pernah solat di belakang imam yang lebih pendek solatnya dan tidak pula yang lebih sempurna selain Nabi saw Muttafaq ‘Alaih Contohilah pengamalan Rasulullah saw, usahlah kita mempertikaikan dan bersikap merasa sulit bertasbih dengan sepuluh kali tasbih di mana ianya hanya sekadar beberapa saat sahaja.
http://islahperlis.blogspot.com/2010/12/dosa-dosa-yang-dianggap-biasa-oleh_21.html
Comments
Post a Comment