BAB HAJI

Definisi Haji: 

Haji dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.
Haji dari sudut Syarak: Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu.
Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji. 


Hukum dan Dalilnya:
 
Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, samada lelaki atau perempuan.
Dalil dari al-Quran:
Firman Allah s.w.t:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.
Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Islam dibina atas lima rukun." baginda menyebut di antaranya ialah ibadat Haji.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua! Sesungguhnya Allah telah memfardhukan ibadat Haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat Haji. Lalu seorang lelaki bertanya baginda: Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Rasulullah s.a.w menjawab: Jika aku katakan Ya, nescaya kamu wajib mengerjakannya pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat Haji ketika kamu berkemampuan."
Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.


 Fardu

Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji samada sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.


Syarat-syarat Haji Mengikut Mazhab Hanafi:
 
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Berakal: Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
3. Baligh: Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.
4. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
5. Sihat tubuh badan.
6. Mempunyai bekalan yang cukup untuk menyara nafkah orang yang berada di bawah tanggungannya dan berkemampuan membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji hingga selesai dan pulang ke tanah air.
7. Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah:
1. Bersama suami atau mahram.
2. Tidak berada dalam idah cerai atau mati.
Syarat-syarat Haji Mengikut Mazhab Maliki:
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Berakal: Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
3. Baligh: Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.
4. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
5. Berkemampuan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah:
Tidak disyaratkan bersama suami atau mahram bahkan dia boleh keluar untuk mengerjakan Haji apabila terdapat kawan perempuan yang boleh dipercayai samada muda atau tua.
Syarat-syarat Haji Mengikut Mazhab Syafie:
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3. Mukallaf.
4. Berkemampuan dengan syarat:
a- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
b- Ada kenderaan pergi dan balik.
c- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
d- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
e- Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah:
Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
 

Syarat-syarat Haji Mengikut Mazhab Hambali:
 
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Berakal: Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
3. Baligh: Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.
4. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
5. Berkemampuan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah:
Bersama mahram (suami) atau mahram yang tidak boleh dikahwini.


Wajib: 
 
Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.


Sunat:
 
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.
Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.


JENIS-JENIS HAJI 

Haji Tamattu': 
 
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut: لبيك اللهم بعمرة متمتعا بها إلى الحج اللهم أني أريد العمرة فيسرها لي ,تقبلها مني, نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى (عز وجل) Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Jemaah Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun sambil berkata: لبيك حجا اللهم أني أريد الحج فيسره لي، وتقبله مني، نويت الحج وأحرمت به لله تعالى (عز وجل) لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، أن الحمد والنعمة لك والملك، لاشريك لك. اللهم أني أحرمت شعري وبشري، وجسدي وجميع جوارحي، من الطيب والنساء، ومن كل شيء حرمته على المحرم، وأبتغي بذلك وجهك الكريم، يا رب العالمين Yang bermaksud: Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam. Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: فمن تمتع بالعمرة إلى الحج فما استيسر من الهدى Yang bermaksud: Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan.
Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.
Haji Qiran:
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata: لبيك حجا وعمرة
Yang bermaksud: Aku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.
Haji Ifrad:
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut: اللهم أني أريد الحج فيسره لي وتقبله مني
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku. Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama. Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh). Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf Wida'.


 Hajj Untuk Orang Lain: 
 
Sesiapa yang mempunyai perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat Haji tetapi tidak terdaya untuk menunaikannya sendiri, sama ada disebabkan sakit ataupun tua, dia hendaklah menghantar seseorang supaya mengerjakan Haji untuknya berpandukan kepada hadis Al-Fadli bin Abbas: Bahawa seorang perempuan dari Khath'am telah bertanya (kepada Rasulullah s.a.w): Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah memfardukan ibadat Haji ke atas hambanya, aku dapati ayahku terlalu tua tidak dapat bertahan di atas kenderaan, bolehkah aku mengerjakan Haji untuknya? Baginda menjawab: Ya.
Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah manakala pendapat Imam Malik: Tidak wajib.
Fardu Haji tidak gugur ke atas orang sakit yang sembuh selepas penggantinya menunaikan Haji untuknya dan dia diwajibkan mengulangi ibadat Haji.
Mengikut pendapat Imam Ahmad fardu tersebut telah gugur apabila dia sembuh dari sakit. Sesiapa yang telah menunaikan Haji nazar sedangkan dia belum menunaikan Haji yang fardu, Haji tersebut akan dikira Haji yang fardu kemudian hendaklah dia menunaikan Haji nazarnya.
Sesiapa yang meninggal dunia sebelum menunaikan ibadat Haji, ataupun Haji yang dinazarkan, walinya wajiblah mengupah seseorang untuk menunaikan Haji untuknya daripada harta peninggalannya dan ini merupakan pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali.
Manakala pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula:
Pewaris tidak diwajibkan menunai Haji untuk si mati melainkan apabila si mati telah mewasiatkannya dan hendaklah dia menunaikan Haji untuk si mati (dengan perbelanjaan) satu pertiga daripada harta peninggalannya.
Orang yang ingin menunaikan Haji untuk orang lain disyaratkan:
Telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri sama ada dia berkuasa atau tidak. Ini berpandukan riwayat daripada Ibnu Abbas r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah terdengar seorang lelaki berkata: Aku telah penuhi seruanMu untuk Syabramah, lalu baginda bersabda: Apakah kamu telah mengerjakan Haji untuk kamu sendiri? Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda lagi: Kerjakanlah Haji untuk diri kamu, kemudian kerjakanlah Haji untuk Syabramah.





Ibadat Haji Orang Perempuan:
Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suami atau mahram yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepada hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama mahram. Seorang lelaki telah berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Isteriku telah keluar untuk mengerjakan Haji sedangkan aku telah ditugaskan menyertai peperangan sekian sekian. Lalu baginda bersabda: (Pergilah dan kerjakanlah Haji bersama isteri kamu).
Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanya meletakkan syarat:


Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersama suami atau mahram.
Mengikut pendapat Mazhab Syafie:
Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah (dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang thiqah sahaja.
Mengikut pendapat Mazhab Maliki:
Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekah adalah perjalanan selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuan menyalahi syarat ini dan mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram, Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.
Meminta Keizinan Suami Untuk Mengerjakan Ibadat Haji:
Suami tidak boleh menegah isterinya dari mengerjakan Haji yang fardu dan Haji yang dinazarkan manakala Haji sunat bolehlah dia menegahnya.
Orang perempuan wajib ditemani mahram atas perbelanjaannya manakala mahram atau suami tidak diwajibkan bermusafir bersamanya.
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas, dia dibolehkan mengerjakan semua perkara yang dilakukan oleh orang Haji tetapi tidak boleh melakukan Tawaf di Baitullah, berpandukan kepada hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku tiba di Mekah ketika sedang haid dan aku tidak melakukan Tawaf, sama ada di Baitullah ataupun di antara Safa dan Marwah.
Katanya lagi: Aku telah mengemukakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda: Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Haji tetapi janganlah mengerjakan Tawaf di Baitullah sehingga kamu telah suci.
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Qudum gugurlah pekerjaan tersebut dan dia tidak dikenakan apa-apa.
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah, dia hendaklah kekal berada di dalam Ihram sehingga telah suci kemudian bolehlah mengerjakan Tawaf. Sekiranya seseorang perempuan mengerjakan Tawaf sedangkan dia didatangi haid, Tawaf tersebut tidak sah mengikut pendapat Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, manakala mengikut pendapat Mazhab Hanafi pula tawaf tersebut sah tetapi makruh yang membawa kepada haram dan dia juga berdosa serta dikenakan Badanah (Dam seekor unta atau lembu).
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas selepas Tawaf Ifadah dia tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Wida'.


Ibadat Haji Anak Kecil (Kanak-kanak):
 
Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan Haji tetapi sekiranya dia mengerjakannya, Haji tersebut dikira sah tetapi tidak mendapat ganjaran Haji yang fardu.
Diriwayatkan bahawa seorang perempuan telah mengangkat seorang kanak-kanak (untuk ditunjukkan) kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata: Adakah (kanak-kanak) ini boleh mengerjakan Haji? Baginda menjawab: Ya dan kamu mendapat pahala.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya:
Kami telah mengerjakan Haji bersama rasulullah s.a.w dan bersama-sama kami juga terdapat kaum wanita dan kanak-kanak, kami telah bertalbiah untuk kanak-kanak, kami juga telah melontar untuk mereka.
Apabila kanak-kanak mengerjakan Haji sebelum sampai umur (baligh), dia diwajibkan mengerjakan Haji apabila telah sampai umur dan begitu juga dengan seorang hamba, apabila dia mengerjakan Haji ketika menjadi hamba kemudian dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekiranya dia mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya.
Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: (Mana-mana kanak-kanak yang telah mengerjakan Haji kemudian dia telah baligh, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi. Mana-mana hamba yang telah mengerjakan Haji kemudian telah dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi).
Apabila seseorang kanak-kanak telah mumayyiz bolehlah berniat Ihram sendiri dan menunaikan ibadat Haji, jika belum mumayyiz walinya bolehlah berniat Ihram dan bertalbiah untuknya, membawanya melakukan Tawaf dan Saie, Wukuf di Padang Arafah serta melontar Jamrah untuknya. Sekiranya seseorang kanak-kanak sampai umur (baligh) sebelum Wukuf di Padang Arafah atau ketika berada di sana, Hajinya dikira Haji fardu.
Imam Malik berpendapat:
Tidak dikira Haji fardu.
Pendapat Mazhab Hanafi:
Dikira sebagai fardu sekiranya dia memperbaharui niat Ihram selepas baligh.



HAJI IFRAD


Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.

Beriham Dari Miqat
Miqat Zamani: 


Bermula dari 1 Syawal sehingga 10 Zulhijah.
Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tanda Sempadan:
Tan'im : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.
Wadi Nakhlah : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km./50 Ja'ranah : Di sebelah timur sejauh 16 km.
Adhah : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.
Hudaibiyah : Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.
Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.
Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah . Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.
Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.
Zul Hulaifah:
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.
Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.
Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.
Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman 



Tawaf Qudum
Mekah
Kelebihan-kelebihan Mekah Mukarramah:
Allah Tabaraka Wa Taala menamakannya Ummul Qura berpandukan firman Nya:
( لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا )
Yang bermaksud: Supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk Ummul Qura (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya.
Ia juga dinamakan dengan al-Baladul Amin (negeri yang aman) di dalam firman Allah s.w.t:
( وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ. وَطُورِ سِينِينَ. وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ )
Yang bermaksud: Demi buah tin dan zaitun dan bukit Tur Sina serta negeri (Mekah) yang aman ini.
Juga firman Allah Taala:
( لَا أُقْسِمُ بِهَذَا الْبَلَدِ. وَأَنْتَ حِلٌّ بِهَذَا الْبَلَدِ)
Yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).
Di antara namanya juga ialah Baitul Atiq dimana Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:
( وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ )
Yang bermaksud: Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Firman Nya juga:
( جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ )
Yang bermaksud: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal kehidupan).
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah berdoa untuknya (Kaabah) dengan ucapannya:
( وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ ءَامِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ )
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
( وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ ءَامَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ قَالَ وَمَنْ كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ)
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (a.s.) berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.
Allah Taala berfirman:
( وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى، وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ )
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidil Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk serta sujud".
Allah berfirman melalui kata-kata Nabi Ibrahim a.s:
( رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ )
Yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya).
Ketika kaum Quraisy mengusir Rasulullah s.a.w, baginda telah berdiri di atas sebuah bukit sambil memandang ke arah Kota Mekah serta perkampungan-perkampungannya lalu berkata: Sesungguhnya aku mengetahui bahawa engkau adalah negeri yang aku amat kasihi dan engkau juga adalah tanah yang Allah amat kasihi. Sekiranya bukan kerana orang-orang musyrikin mengusir aku darimu tentu aku tidak akan keluar. Terdapat riwayat di dalam dua kitab sahih: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan negeri ini (Kota Mekah) sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, Allah mengharamkannya berterusan hingga ke hari Kiamat .
Rasulullah s.a.w juga telah berdiri di Jamrah Aqabah pada tahun pembukaan Kota Mekah lalu bersabda: Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah dan engkau juga adalah bumi Allah yang paling aku kasihi, sekiranya aku tidak diusir tentu aku tidak keluar, sesungguhnya dalam Kota Mekah tidak dihalalkan kepada sesiapapun sebelum aku, juga tidak dihalalkan kepada sesiapa selepasku dan aku sendiri hanya dihalalkan seketika sahaja pada waktu siang hari, kemudian ia diharamkan, pokok yang ada padanya tidak boleh ditebang atau mencabut tumbuhan kecil, barang yang hilang atau binatang yang sesat tidak boleh diambil kecuali orang yang ingin mengumumkannya .
Mekah adalah merupakan Tanah Haram Allah dan Tanah Haram Rasulullah s.a.w di mana di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim.
Zikir dan Doa:
اللهم هذا حرمك وأمنك فحرِّمّني على النار، وآمني من عذابك يوم تبعث عبادك واجعلني من أوليائك وأهل طاعتك
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Ini HaramMu (tempat yang Engkau lindungi) dan tempat yang Engkau peliharakan. Haramkanlah aku terhadap Neraka dan peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau bangkitkan segala hamba-hambaMu dan jadikanlah aku dari golonganMu serta dari golongan orang-orang yang mentaatiMu. Apabila memasuki Kota Mekah Rasulullah juga menyebut:
اللهم لا تجعل منايانا بها حتي تخرجنا منها
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau jadikan ajal aku di sana (Mekah) sehingga kami keluar darinya.
Seboleh-bolehnya apabila terlihat Kota Mekah, orang yang berihram menyebut:
اللهم اجعل لي بها قرارا وارزقني فيها حلالا
Yang bermaksud: Ya Allah! Kurniakan kepada aku di sini tempat tinggal yang tetap dan rezeki yang halal. 


 Masjidilharam 

Kelebihan Masjidilharam:
Allah Taala juga menamakan Masjidilharam atau Kaabah dengan Baitul Atiq kerana Dia telah membebaskannya dari bala tentera (bergajah), oleh itu bala tersebut tidak menimpa Kaabah. Allah telah menghantar burung Ababil ke atas Abrahah dan tenteranya ketika cuba membinasakan Kaabah. (Dinamakan dengan Baitul Atiq juga) kerana Allah membebaskan pengunjung-pengunjungnya dari api (Neraka) apabila kematian mereka ketika berada dalam mentauhidkan Allah serta mengikut NabiNya (Islam). Kaabah dibina oleh bapa sekalian nabi-nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berpandukan firmanNya:
( وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ )
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seratus ribu sembahyang.
Bacaan Ketika Memasuki Masjid:
أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ، بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، رَبِّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي، وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu. 


Kaabah 

Adab-adab memasuki Kaabah:
Mandi, suci dari hadas kecil dan besar, tidak menolak-nolak, hati mestilah khusyuk serta merasa rendah diri, mengeluarkan air mata sekiranya Allah s.w.t menghendakinya demikian, jangan meninggikan pandangan ke arah atap Kaabah, tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala dan hendaklah sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Diriwayatkan daripada saidatina Aisyah r.a katanya (yang bermaksud): "Menjadi suatu kepelikan kepada seseorang Muslim ketika dia mengangkat pandangannya ke arah atap Kaabah apabila memasuki Kaabah. Tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala". Ketika Rasulullah s.a.w memasuki Kaabah, baginda tidak mengalih pandangannya dari tempat sujudnya sehinggalah baginda keluar.
Nabi s.a.w memasuki Kaabah:
Nabi s.a.w memasuki Kaabah empat kali selepas berhijrah:
Pertama: Di hari pembukaan Kota Mekah.
Kedua: Pembukaan Kota Mekah yang kedua.
Ketiga: Ketika mengerjakan Umrah qadha.
Keempat: Ketika mengerjakan Haji Wida'./50 Pahala memasuki Kaabah:
Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang memasuki Kaabah lalu mengerjakan sembahyang di dalamnya, bererti dia masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan dalam keadaan dia diberikan keampunan". Pada lafaz yang lain: "Dia keluar dalam keadaan diampunkan dosanya".
Ibnu Umar r.a telah berkata tentang memasuki Kaabah: "Masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan". Ata' berkata: "Sesungguhnya aku lebih suka mengerjakan sembahyang di dalam Kaabah sebanyak dua rakaat dari mendirikan sembahyang empat rakaat di Masjidilharam".
Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju'dah bin Hubairah tentang firman Allah:
( وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ ءَامِنًا )
Yang bermaksud: Sesiapa yang memasuki Kaabah akan mendapat keamanan. Katanya: "Keamanam dari api Neraka".
Al-Hafiz Abu Tahir As-Salafi Rahmatullah mendendangkan nasyid kepada dirinya sendiri ketika memasuki Kaabah:
أيبقى قبيح والخطايا كوامن أبعد دخول البيت والله ضامن ويرجع كل وهو جذلان آمن فحاشا وكلا بل تسامح كلها Yang bermaksud:
Adakah selepas memasuki Kaabah Allah akan menjamin
Adakah akan tertinggal dosa-dosa dan kesalahan yang tersembunyi.
Maka maha sucilah setiap perkara tadi, bahkan akan dimaafi segala-galanya
dan akan kembali seseorang itu dalam keadaan beriman dan gembira.
Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".
Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".
Zikir dan Doa:
1. Telah diriwayatkan bahawa doa yang dibaca ketika melihat Kaabah adalah mustajab, di antara doa yang ma'thur ialah:
اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْبَيْتَ تَشْرِيفًا وَتَعْظِيمًا وَتَكْرِيمًا وَمَهَابَةً، وَزِدْ مِنْ شَرَفِهِ وَكَرَمِهِ مِمَّنْ حَجَّهُ أَوِ اعْتَمَرَهُ تَشْرِيفًا وَتَكْرِيمًا وَتَعْظِيمًا وَبِرًّا
Yang bermaksud: Ya Allah! Tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagongan dan kebaikan serta tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa jua yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan orang-orang yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebajikan dan berdoa:
"اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْك السَّلَامُ، حَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ"
Yang bermaksud: Ya Allah! Engkaulah yang bersifat sejahtera, dariMu sahajalah kesejahteraan. Oleh itu hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan.
"اللهم إن هذا الحرم حرمك والبلد بلدك والأمن أمنك، والعبد عبدك، جئتك من بلاد بعيدة، بذنوب كثيرة وأعمال سيئة، أسألك مسألة المضطرين إليك، المشفقين من عذابك، أن تستقبلني بمحض عفوك، وأن تدخلني فسيح جنتك اللهم هذا حرمك وحرم رسولك، فحرم لحمي ودمي وعظمي على النار، اللهم آمني من عذابك يوم تبعث عبادك"
Yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, aku pohonkan kepadaMu belas kasihan kerana takutkan siksaMu, terimalah aku dengan keluasan kemaafanMu dan masukkanlah aku ke dalam keluasan SyurgaMu (Syurga an-Naim). Ya Allah, sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulang sendiku dari api Neraka. Ya Allah, peliharalah aku dari siksaMu pada hari engkau membangkitkan semula hamba-hambaMu. 


Multazam
Doa Di Multazam:
اللهم لك الحمد حمدا يوافي نعمك، ويكافئ مزيدك، أحمدك بجميع محامدك، ما علمت منها وما لم أعلم على جميع نعمك ما علمت منها وما لم أعلم وعلى كل حال
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, untukMu segala puji yang menyamai nikmatMu dan menandingi kelebihanMu, aku memuji Engkau dengan segala puji yang aku ketahui, dengan apa yang aku tidak ketahui terhadap segala nikmat Engkau yang aku ketahui dan yang aku tidak ketahui serta terhadap segala rupa keadaan.
اللهم صل وسلم على محمد وعلى آل محمد اللهم أعذني من الشيطان الرجيم، وأعذني من كل سوء، وقنعني بما رزقتني وبارك لي فيه
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, sanjungkanlah Muhammad dan sejahterakanlah baginda serta keluarganya. Wahai Tuhanku! Lindungilah aku dari syaitan yang terkutuk, lindungilah aku dari segala kejahatan dan jadikanlah diriku merasa puas terhadap apa yang telah Engkau rezekikan serta kurniakanlah keberkatan untukku.
اللهم اجعلني من أكرم وفدك عليك، وألزمني سبل الاستقامة حتى ألقاك يا رب العالمين
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dari orang yang paling mulia yang datang kepadaMu dan kekalkanlah aku dalam jalan istiqamah sehingga aku berjumpaMu wahai Tuhan sekalian alam. 


Hajarulaswad
Kelebihan Hajarulaswad:
1. Berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, Rasulullah s.a.w telah mengucup Hajarulaswad. Selepas baginda mengucupnya para sahabat serta seluruh umat Islam terus mengucupnya hingga ke hari Kiamat kerana mengikuti Rasulullah s.a.w dalam perkara ini.
2. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah memberi peringatan kepada seluruh umat Islam dari beriktikad bahawa terdapat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan kemudaratan selain daripada Allah s.w.t. Terdapat riwayat di dalam kitab Sahih bahawa Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah berkata: Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menyedari bahawa kamu hanyalah batu, tidak boleh memberi manfaat dan kemudaratan. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, tentu aku tidak akan mengucupmu .
3. Terdapat riwayat sahih bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari Kiamat dengan mempunyai dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berkata-kata. Ia akan menjadi saksi kepada sesiapa yang mengucupnya dengan keadaan yang sebenar . Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah s.a.w dimana baginda bersabda: Hajarulaswad diturunkan dari Syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu tetapi telah dihitamkan dengan kesalahan dan dosa anak-anak Adam. Di dalam lafaz yang lain: Sehinggalah telah dihitamkan oleh kesalahan dan dosa golongan syirik (yang menyekutukan Allah) .
Doa Di Hajarulaswad:
بسم الله والله أكبر، اللهم إيمانا بك، وتصديقا بكتابك، ووفاء بعهدك، واتباعا لسنة نبيك صلى الله عليه وسلم
Yang bermaksud: Dengan nama Allah dan Allahlah Yang Maha Besar. Wahai Tuhanku! Aku beriman kepadaMu, percaya kepada kitabMu, memenuhi perintahMu dan mengikuti sunnah NabiMu s.a.w.
* Disunatkan membaca zikir ini ketika menghadap ke arah Hajarulaswad pada setiap pusingan Tawaf. 



Maqam Ibrahim
Maqam Nabi Ibrahim a.s:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat .
Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.
Zikir dan Doa :
1. Disunatkan membaca firman Allah Taala:
( وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى )
Yang bermaksud: Dan kamu jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang.
2. Disunatkan menunaikan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah dan surah al-Kafirun pada rakaat pertama manakala pada rakaat kedua membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
3. Seterusnya berdoa dengan menyebut:
اللهم أنا عبدك وابن عبدك، أتيتك بذنوب كبيرة، وأعمال سيئة وهذا مقام العائذ بك من النار فاغفر لي إنك أنت الغفور الرحيم
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku hambaMu dan anak hambaMu, aku datang kepadaMu dengan dosa-dosa yang besar dan pekerjaan yang buruk dan inilah tempat perlindungan denganMu dari Neraka, oleh itu ampunilah aku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 



Hijir 

يا رب أتيتك من شقة بعيدة مؤملا معروفك، فأنلني معروفا من معروفك تغنيني به عن معروف سواك
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku datang kepadaMu dari tempat yang jauh dengan mengharap kebaikanMu, oleh itu kurniakanlah kepadaku suatu kebaikan dari kebaikanMu yang tidak perlu lagi aku pohon daripada kebaikan orang lain, wahai Tuhan yang terkenal dengan menganugerahkan kebaikan. 


Air Zamzam:
Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): " Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit ".
1. Daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya ".
2. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit ."
3. Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
4. Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong anak-anak kecil".
5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam".
6. Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan memberi minum air Zamzam


Saie 

Doa Bersaie: 


اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.

Bukit Safa:
Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
Bukit Marwah:
Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. 



Bermalam Di Mina 

Di dalam hadis Jabir r.a tentang cara Nabi s.a.w mengerjakan ibadat Haji: " Lalu Rasulullah s.a.w menunggang unta menuju ke Mina, di sana baginda mendirikan sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh ."


Wuquf Di Arafah 

Wukuf di Padang Arafah:
Perbanyakkanlah membaca doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w pada Hari Arafah iaitu:
لاإله إِلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
Yang bermaksud: Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara.
Kemudian bacalah ayat ini:
( شهد الله أنه لا إِله إِلا هو والملائكة وأولوا العلم قائما بالقسط لا إِله إِلا هو العزيز الحكيم)
Yang bermaksud: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kemudian berdoa dengan doa ini:
" اللهم لك الحمد كالذي نقول، وخيرا مما نقول، اللهم لك صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي، وإِليك مآبي، ولك تراثي، اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، ووسوسة الصدر وشتات الأمر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما يجيء به الريح، ومن شر ما يلج في الليل وشر ما يلج في النهار، وشر بوائق الدهر "
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mendengar kata-kataku dan melihat tempatku, mengetahui setiap yang aku rahsiakan dan yang aku zahirkan, tidak boleh disembunyikan sesuatupun dari pengetahuanMu. Aku hamba yang kerdil lagi fakir, memohon pertolongan dan balasan, aku hamba yang takut dan meminta belas kasihan serta mengaku terhadap segala kesalahan, aku meminta daripadaMu sebagai permintaan orang yang berhajat dan mengadu kepadaMu sebagai aduan orang yang bersalah dan hina diri, aku berdoa kepadaMu sebagai doa orang yang amat takut lagi tenat, orang yang menundukkan kepala serta seluruh anggota tubuh badan hanyalah kepadaMu.
اللهم إنك تسمع كلامي وترى مكاني, وتعلم سري وعلانيتي, لا يخفى عليك شيء من أمري, أنا البائس الفقير, المستغيث المستجير, الوجل المشفق المقر المعترف بذنبه, أسألك مسألة المسكين, وأبتهل إليك إبتهال المذنب الذليل, وأدعوك دعاء الخائف الضرير, من خضعت لك رقبته, وفاضت لك عبرته, وذل جسده, ورغم أنفه لك.
Yang bermaksud: Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah Yang Memiliki Kerajaan dan Dialah Yang Memiliki Kepujian, di sisiNya segala kebaikan dan Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap perkara. Wahai Tuhanku! Sinarkanlah hatiku, dadaku, pendengaranku dan penglihatanku dengan cahayaMu.
Wahai Tuhanku! Lapangkanlah jiwaku, permudahkanlah urusanku. Aku berlindung denganMu dari segala waswas hati, dari urusan yang tidak teratur dan dari fitnah kubur. Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu dari segala keburukan yang berlaku pada malam dan siang, dari keburukan yang didatangkan oleh angin dan dari segala bencana. 



Ifadhah Ke Muzdalifah
 
Zikir Ketika Bertolak Dari Padang Arafah Menuju Ke Muzdalifah:
Firman Allah Taala:
( فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ، وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ)
Yang bermaksud: Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ari Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
Disunatkan juga membanyakkan Talbiah di setiap tempat dan ini merupakan di antara perkara-perkara yang diyakini, membanyakkan membaca al-Quran dan membanyakkan berdoa serta disunatkan menyebut:
لا إِله إِلا الله، والله أكبر
Yang bermaksud: Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, serta hanya Allah jualah Yang Maha Besar, kemudian diikuti dengan doa berikut:
"إليك اللهم أرغب, وإياك أرجو, فتقبل نسكي ووفقني وارزقني فيه من الخير أكثر ما أطلب, ولا تخيبني إنك أنت الجواد الكريم اللهم إني أسألك أن ترزقني في هذا المكان جوامع الخير كله, وأن تصلح لي شأني كله وأن تصرف عني الشر كله, فإنه لا يفعل ذلك غيرك ولا يجود به إلا أنت"
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Kepada Engkau aku bergantung, Engkaulah tempat aku berharap, oleh itu terimalah ibadatku (Hajiku) dan berilah taufik hidayah dan rezeki untukku padanya dengan kebajikan, lebih banyak dari apa yang aku pohonkan, serta janganlah Engkau sia-siakan harapanku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu semoga Engkau limpahkan rezeki kepadaku di tempat ini dengan segala kebajikan, juga semoga Engkau memperbaiki segala urusanku dan memalingkan segala kejahatan daripadaku, kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yang dapat berbuat demikian dan tidak ada yang dapat memberikan yang demikian selain daripada Engkau sendiri.
Kemudian pungutlah tujuh ketul batu kecil. 


Melontar Jamratul Aqabah
 
Ketika Berada Di Jamratul Aqabah:
Hendaklah sentiasa bertalbiah sehingga tiba di Jamratul Aqabah kemudian hentikan talbiah serta jadikanlah Baitullah berada di sebelah kiri anda, manakala Mina di sebelah kanan anda dan hadaplah ke Jamrah. Lontarlah satu persatu serta iringilah dengan takbir pada setiap lontaran batu. 



Bercukur atau Bergunting: 

 
Orang lelaki disunatkan memegang hujung rambut dengan tangannya ketika hendak bercukur serta bertakbir tiga kali kemudian berdoa:
الحمد لله على ما هدانا, والحمد لله على ما أنعم به علينا, اللهـم هـذه ناصيتي فتقبل مني, واغفر لي ذنوبي, اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا واسع المغفرة آمين
Yang bermaksud: Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang memberi hidayah kepada kami, segala puji-pujian hanya bagi Allah yang telah mengurniakan kenikmatan kepada kami. Wahai Tuhanku! Inilah hujung rambutku maka terimalah daripadaku, serta ampunilah dosaku. Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku serta dosa orang-orang yang bercukur dan orang-orang yang bergunting wahai Tuhan Yang Amat Luas Pengampunan, amin.
Apabila selesai bercukur bertakbirlah tiga kali kemudian membaca:
الحمد لله الذي قضى عنا نسكنا, اللهم زدنا إيمانا ويقينا وتوفيقا وعونا, واغفر لنا ولآبائنا وأمهاتنا والمسلمين أجمعين
Yang bermaksud: Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadat kami. Wahai Tuhanku! Tambahkanlah keimanan dan keyakinan, berikanlah taufik dan pertolongan, serta ampunilah kami, ibu bapa kami serta seluruh umat Islam. 



Tawaf Ifadhah Mekah
 
Allah Tabaraka Wa Taala menamakannya Ummul Qura berpandukan firman Nya:
( لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا )
Yang bermaksud: Supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk Ummul Qura (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya.
Ia juga dinamakan dengan al-Baladul Amin (negeri yang aman) di dalam firman Allah s.w.t:
(وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ. وَطُورِ سِينِينَ. وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ)
Yang bermaksud: Demi buah tin dan zaitun dan bukit Tur Sina serta negeri (Mekah) yang aman ini.
Juga firman Allah Taala:
(لَا أُقْسِمُ بِهَذَا الْبَلَدِ. وَأَنْتَ حِلٌّ بِهَذَا الْبَلَدِ)
Yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).
Di antara namanya juga ialah Baitul Atiq dimana Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:
( وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ )
Yang bermaksud: Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. Firman Nya juga:
( جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ )
Yang bermaksud: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal kehidupan).
Nabi Ibrahim al-Khalil a.s telah berdoa untuknya (Kaabah) dengan ucapannya:
(وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ ءَامِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ)
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
(وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ ءَامَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ قَالَ وَمَنْ كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ)
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (a.s.) berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka".
Allah berfirman:
(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.
Allah Taala berfirman:
(وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى، وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ)
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidil Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk serta sujud".
Allah berfirman melalui kata-kata Nabi Ibrahim a.s:
(رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ)
Yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.
Ketika kaum Quraisy mengusir Rasulullah s.a.w, baginda telah berdiri di atas sebuah bukit sambil memandang ke arah Kota Mekah serta perkampungan-perkampungannya lalu berkata: Sesungguhnya aku mengetahui bahawa engkau adalah negeri yang aku amat kasihi dan engkau juga adalah tanah yang Allah amat kasihi. Sekiranya bukan kerana orang-orang musyrikin mengusir aku darimu tentu aku tidak akan keluar.
Terdapat riwayat di dalam dua kitab sahih: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan negeri ini (Kota Mekah) sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, Allah mengharamkannya berterusan hingga ke hari Kiamat .
Rasulullah s.a.w juga telah berdiri di Jamrah Aqabah pada tahun pembukaan Kota Mekah lalu bersabda: Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah dan engkau juga adalah bumi Allah yang paling aku kasihi, sekiranya aku tidak diusir tentu aku tidak keluar, sesungguhnya dalam Kota Mekah tidak dihalalkan kepada sesiapapun sebelum aku, juga tidak dihalalkan kepada sesiapa selepasku dan aku sendiri hanya dihalalkan seketika sahaja pada waktu siang hari, kemudian ia diharamkan, pokok yang ada padanya tidak boleh ditebang atau mencabut tumbuhan kecil, barang yang hilang atau binatang yang sesat tidak boleh diambil kecuali orang yang ingin mengumumkannya .
Mekah adalah merupakan Tanah Haram Allah dan Tanah Haram Rasulullah s.a.w di mana di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim.
Zikir dan Doa:
اللهم هذا حرمك وأمنك فحرِّمّني على النار، وآمني من عذابك يوم تبعث عبادك واجعلني من أوليائك وأهل طاعتك
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Ini HaramMu (tempat yang Engkau lindungi) dan tempat yang Engkau peliharakan. Haramkanlah aku terhadap Neraka dan peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau bangkitkan segala hamba-hambaMu dan jadikanlah aku dari golonganMu serta dari golongan orang-orang yang mentaatiMu. Apabila memasuki Kota Mekah Rasulullah juga menyebut:
اللهم لا تجعل منايانا بها حتي تخرجنا منها
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau jadikan ajal aku di sana (Mekah) sehingga kami keluar darinya.
Seboleh-bolehnya apabila terlihat Kota Mekah, orang yang berihram menyebut:
اللهم اجعل لي بها قرارا وارزقني فيها حلالا
Yang bermaksud: Ya Allah! Kurniakan kepada aku di sini tempat tinggal yang tetap dan rezeki yang halal.




Comments

Popular posts from this blog