Puteriku Sayang


Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa membaca blog ini. Ada satu berita gembira yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat terutamanya yang dilahirkan kedunia sebagai seorang perempuan / wanita. Wanita itu diciptakan dengan keistimewaan tersendiri.
Nak tau....Bertuahnya wanita yang diciptakan mempunyai rahim. Sungguh setiap kejadian ada hikmahnya. Seorang wanita yang mempunyai rahim ini umpama bekerja dengan Allah sebagai penyubur zuriat ‘manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 hingga 15 hari sebulan, pada waktu itu dia tidak wajib sembahyang tetapi Allah anggap waktu itu adalah waktu sembahyang terbaik daripada seseorang wanita itu.

Setelah sah bergelar isteri pada suami tercinta, tibalah saatnya membuktikan keupayaan wanita iaitu mengandung dan melahirkan. Cuti bersalin pula hingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati. Tiadanya bayaran untuk mc, malah Allah beri sebab wanita bekerja dengan Allah. Bersabar menempuh dugaan ketika mengandung dan melahirkan. Itulah istimewanya wanita. Bagi kaum lelaki tiada cuti bagi mereka. Sembahyang wajib bagi mereka dari baligh sehingga ke akhir usianya. Kerana mereka adalah ketua keluarga yang perlu dicontohi.

Satu lagi berita gembira untuk wanita. Sepanjang tempoh wanita mengandungkan zuriatnya Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Apabila lahir sahaja bayi yang dikandung, habis seluruh dosanya gugur dan diampunkan dosa lalu. Inilah nikmat yang Allah beri kepada mu wanita… Jadi jangan rasa menyesal kerna dilahirkan sebagai wanita dan janganlah takut untuk mengandung dan melahirkan. Bertapa Allah tinggikan martabat wanita dalam Islam.

Untuk peringatan apabila wanita telah bersuami. Syurga dijanjikan Allah bagi para isteri yang mentaati dan menyenangkan hati suaminya, mudah bukan?….seluruh kebaikkan suaminya pahalanya turut dirasai oleh si isteri tetapi dosa suami ditanggung sendiri oleh para suami. Namun di akhirat nanti jika perjalanan suami ke syurga terhalang oleh dosa-dosanya, isteri boleh memberikan pahala ‘extranya’ untuk sama-sama melangkah kesyurga disamping suami tersayang. Namun Wanita yang derhaka pada suaminya tidak sekali merasai nikmat ini.

Lihatlah wahai wanita bertapa beruntungnya dirimu di bawah lembayung Islam. Selagi kau mengikut syariat agama Islam juga menjaga maruah dan kehormatanmu. Sesungguhnya wanita mudah mendakap syurga, namun perlu diingat, bahawa wanita juga mudah ke neraka jika tersasar langkahnya dari landasan Islam….

Comments

Popular posts from this blog