Semakin ramai gunakan kerusi di Masjid


Apa akan jadi dgn Islam hari ini?

Bersatu lah di bawah panji2 Islam !!



beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
Wednesday, December 15, 2010
Wednesday, December 15, 2010
ISTANBUL - Daily News with Radikal

Peningkatan penggunaan kerusi dalam masjid-masjid di Turki “tidak selaras dengan budaya Islam,” kata Majlis Agama Kebangsaan, sambil menasihati Muslim yang sihat tubuh-badan supaya tidak berkerusi semasa mengerjakan sembayang.

Kerusi dalam masjid dan penggunaannya yang menyerupai gereja Kristian menjadi subjek perbincangan dalam mesyuarat Majlis Agama yang diadakan pada 1 Disember lepas. Mesyuarat memutuskan bahawa mereka yang bersembahyang secara duduk di atas kerusi mestilah “jelas meyakini” bahawa mereka melakukannya kerana tidak ada cara lain lagi untuk mendirikan sembahyang.

Kesakitan atau kecederaan kecil tidak boleh dijadikan alasan untuk membolehkan sembahyang duduk kerana ia hanya akan membawa “imej yang tidak elok” tentang Islam dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat, kata mereka.

Sembahyang Muslim, yang dilaksanakan lima kali sehari, dilakukan atas sejadah dan memerlukan mereka berdiri, rukuk, sujud, duduk dan mengarah ke kiblat. Menyediakan kerusi di masjid-masjid tidak selaras dengan budaya sembahyang cara Islam, malah si sakit atau yang cacat perlu bersembahyang secara duduk di atas sejadah/lantai, tambah mereka.

Dalam keputusan mereka, pihak majlis menjelaskan bahawa kaedah mendirikan sembahyang telah diajar oleh Nabi Mohammed secara teori dan praktis, tetapi membenarkan bahawa tanggungjawab agama hendaklah ditentukan mengikut kemampuan pengamalnya. Pihak majlis berkata “prinsip kelonggaran” diaplikasikan sebagai contoh, jika seseorang itu tidak berkemampuan.

Menurut keputusan majlis, orang yang boleh berdiri, tetapi tidak boleh rukuk, mesti memulakan sembahyang dalam posisi berdiri dan melakukan pergerakan lain dalam keadaan duduk. Kaedah yang sama boleh digunakan oleh orang yang boleh berdiri tetapi tidak boleh bangun selepas duduk. Mereka yang tidak boleh berdiri DAN tidak boleh duduk di atas lantai boleh duduk di atas kerusi untuk menunaikan ibadah tersebut, kata majlis itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog