9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein


 

Salaamun alaikum w.b.t……. Ramai lagi yang ingat TEORI KONSPIRASI ini hanya dibicarakan oleh orang-orang awam dan BUKANNYA para ulamak Islam. Itu lah akibatnya kalau malas mengkaji dan menggunakan akal fikiran serta tidak mengambil berat permasalahan umat Islam sedunia sekarang ini. Jika kita hanya fikir hal perut masing-masing dan nak berseronok dalam dunia ini sahaja maka big problem lah to ummah. Di bawah ini ada beberapa video yang sudah lama di Youtube tetapi mungkin masih ramai lagi yang belum menontonnya. Tetapi bersedialah dengan kamus English – Malay jika saudara tidak faham English :) 

Perhati elok-elok tentang Syeikh Imran Hosein ini memperkatakan tentang Teori Konspirasi. Jangan jadi seperti segelintir Melayu yang merasakan kononnya sudah MAJU dan MEMBANGUN, mengutuk-ngutuk dan mempersendakan orang lain yang memperkatakan tentang KEJAHATAN kerajaan AS dan sekutu-sekutunya, tetapi sebenarnya mereka yang masih TERTIPU dengan agenda British dan sekutunya serta duduk bawah tempurung di dalam gua yang gelap pekat. Apa kehebatan yang mereka buat yang akibatkan mereka berbangga-bangga sangat dengan kemajuan tu? Puji sangat barat! Selama-lamanya lah kita akan jadi END USER kepada barangan British dan sekutunya itu jika kita semua tidak berusaha untuk membantu mereka-mereka yang mahu menegakkan HUKUM ISLAM dan HUKUM HUDUD di muka bumi ini , iaitu dengan menegakkan DAULAH KHILAFAH!

9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein

.
.








Hidup ini mesti ada PERJUANGAN! Jangan nak berseronok sahaja kerjanya. Melayu Islam kita ni selama ini asyik mahu menunggu sahaja sesuatu perkara tanpa mahu merancang dan membuat sesuatu untuk membantu AGAMA. Dengan alasan, kita semua sudah aman. Aman kalau penuh dengan maksiat, penuh dengan jenayah, penuh dengan korupsi, penuh dengan konspirasi jahat buat apa? Takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut untuk memperkatakan KEBENARAN, lebih-lebih lagi setelah digertak oleh orang-orang tertentu yang GILAKAN DUNIA. Takut pada orang lebih daripada takut pada Tuhan! Ih ih ih ih ih
”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7

Kalau kamu masih mahu berseronok sangat atas muka bumi ini, bela nafsu serakah, sayangkan Akademi Fantasia, Mentor, Jom Heboh, artis-artis wanita seksi, pelakon-pelakon wanita seksi, dan macam-macam mak nenek lagi, maka sukar lah untuk kamu menerima kebenaran dan mengambil berat tentang hadith-hadith nabi berkenaan Dajjal yang sudah NYATA dan JELAS berlaku sekarang.

Tidak hairan lah jika ramai yang hanya suka bersembang pasal hiburan, lawak jenaka yang keterlaluan, fitnah-memfitnah sesama Islam seperti kes Anwar Ibrahim dituduh, buruk-memburuk sesama Islam, mengutuk ulamak dan sebagainya lagi daripada berbicara tentang Dajjal dan bagaimana untuk mengelakkan fitnah-fitnah Dajjal.  Saya ambil contoh kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, masih TIDAK ADA BUKTI dan KEPUTUSAN BELUM DI BUAT OLEH MAHKAMAH pun ramai orang yang menuduh dan memfitnah melulu.  Adakah mereka sendiri yang MENYAKSIKANNYA dan ADA BUKTI?

Dan tunggu lah, teruslah bersifat menunggu sampai cerah. Malas berusaha untuk membangun bersama Islam. Apabila nanti berlaku apa-apa baru lah masa tu melopong dan menyesal tidak sudah …….  Walau bagaimana pun, semoga kamu diberikan petunjuk oleh Allah S.w.t , amiin ..

http://hikmatun.wordpress.com/2011/03/29/911-and-what-the-future-holds-for-muslims-by-syeikh-imran-hosein/

Comments

Popular posts from this blog