7 FASA KEHIDUPAN
Habis usia, seolah-olah habislah kehidupan. Hakikatnya, kematian bukanlah penghabisan hidup manusia. Manusia perlu melalui sekurang-kurangnya tujuh fasa kehidupan. Syurga atau neraka, itulah destinasinya.
Sama-sama muhasabah amalan hari ini. Adakah dipersiapkan untuk fasa alam dunia semata-mata atau turut merangkumi persiapan untuk fasa-fasa lebih getir seterusnya? Ya Allah, bantulah kami beringat selalu.
1. Fasa Alam Roh
Dari unsur tanah kita diciptakan. Di alam roh, Allah memberitahu bahawa kita telah mempersaksikan ketuhanan-Nya. Kita hadir ke dunia daripada setitis air yang tiada erti untuk membuktikan kesaksian itu.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)? Maka terangkanlah kepada-Ku tentang nutfah (air mani) yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya? (Surah al-Waqi'ah: 57-59).
2. Fasa Alam Dunia
Ketika ini, roh ibarat pemandu dan jasad adalah kenderaan. Kadangkala, kehebatan sesebuah kenderaan, BMW contohnya, menyebabkan pemandunya lupa diri lalu memandu sesuka hati tanpa menghiraukan peraturan jalan raya atau keselamatan diri sendiri.
Roh yang lupa Tuhan akan memandu jasad berbuat dosa. Hidup di dunia hanyalah seketika. Hari akhirat itu tiada batas masa. Firman Allah SWT.:
"Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu siang atau pagi hari. (Surah al-Naziat: 46)
3. Fasa Alam Barzakh
Barzakh bererti sesuatu yang terletak di antara dua benda atau penghalang. Kubur adalah permulaan alam akhirat, sempadan antara alam dunia dan alam kebangkitan. Alam barzakh akan memperlihatkan destinasi akhir kita nanti. Itulah yang diterangkan oleh Rasulullah SAW sebagai azab kubur. Firman Allah SWT.:
"Kepada mereka diperlihatkan neraka, pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat." (Surah al-Mu’min: 46)
Saat telah diwafatkan, jasad kita ke kubur dan roh kita pergi ke alam barzakh. Tiada satu roh pun boleh terlepas daripada soalan malaikat walaupun dia tidak mempunyai kubur seperti mati ditelan ular sawa atau lemas di laut.
Firman Allah SWT.:
"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan." (Surah al-Mukminun: 99-100)
Kisah: Perbualan 2 orang Profesor
Prof. Chea: Prof. Faris, cuba lihat mayat ini. Saya dah buat observation selama dua hari, tiada langsung bukti saintifik yang boleh membuktikan ada malaikat yang datang menyoalnya seperti yang anda dakwa. Jelas, itu tidak berlaku kepada orang yang mati.
Prof. Faris: Prof. Chea, cuba lihat dia. (menunjukkan isyarat tangan kepada seorang pembantu makmal yang sedang tidur lena di atas sebuah kerusi di salah satu sudut makmal)
Prof. Chea: Kenapa dengan dia?
Prof. Faris: Prof. pernah bermimpi?
Prof. Chea: Dah tentu.
Prof. Faris: Prof. dapat melihat mimpi orang itu sekarang?
Prof. Chea: Tidak.
Prof. Faris: Lihat, observation kita semata-mata tak mampu menjangkau ke dalam mimpi orang yang tidur. Apatah lagi nak mengjangkau ke alam orang mati.
4. Fasa Dibangkitkan
Malaikat Israfil akan meniup sangkakala untuk membangkitkan kita dari alam barzakh.
Firman Allah SWT.:
"Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tiada keraguan padanya, dan sungguh Allah pasti akan membangkitkan sesiapapun yang di dalam kubur." (Surah al-Haj: 7)
5. Fasa Alam Mahsyar
Alam Mahsyar mengumpulkan umat manusia dari zaman Adam a.s. hinggalah Muhammad SAW untuk menanti saat pengadilan terbuka oleh Allah SWT. Firman Allah SWT.:
"Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan kami tidak lemah. Untuk menggantikan kamu dengan orang-orang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Waqiah: 60-62)
6.Fasa Dihisab dan Menerima Buku Catatan Amalan
Hisab Allah SWT. merangkumi sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Amalan kita takkan terlepas dari perhitungan meskipun sebesar biji sawi. Firman Allah SWT.:
Maksudnya: Maka adapun orang yang diberi surat (perhitungan) di sebelah kanannya, akan berkata: Marilah bacalah suratku (ini). Sesungguhnya (memang) aku percaya, bahawa aku bertemu perhitungan ku (yang baik). Maka (adalah) ia dalam penghidupan yang diredai. (Surah al-Haaqah: 19 )
Kisah:
Lelaki A: (Sambil memegang telefon bimbit) Alah Celcom ni, hantar mesej tulis ‘ok’ aje pun dikira. Habis satu sen.
Lelaki B: Itu baru kiraan Celcom. Kiraan Allah nanti lagi dahsyat. Tak ada satu detik lintasan hati pun yang tak dikira.
(Lelaki A bercucuran air mata)
"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 24)
7.Fasa Syurga atau Neraka
Nama-nama SyurgaSyurga Firdaus
Surat Al Mu'minuun, ayat 9-11.
"Dan orang-orang yang memelihara solat: Mereka itu adalah orang - orang yang akan mewarisi (yaitu) yang bakal mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya".
Syurga Adn
Firman Allah SWT di dalam surat Thaaha, ayat 76.
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal. dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang ( dalam keaddan ) bersih ( saat didunianya dari berbagai dosa )".
Surah Shaad, ayat 50 :
"(Yaitu) syurga'Adn yang pintu - pintunya terbuka bagi mereka".
Syurga Na'iim
Surah al Hajj, ayat 56. Allah SWT. berfirman :
" Maka orang - orang beriman dan mengerjakan amal shaleh ada di dalam syurga yang penuh kenikmatan".
Firman-nya lagi dalam surat Luqman, ayat 8 :
"Sesungguhnya orang - orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh, bagi mereka bakal mendapat syurga yang penuh kenikmatan".
Syurga Ma'wa
Surat As Sajdah, ayat 19 Allah berfirman:
"Adapun orang - orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh. maka bagi mereka mendapat syurga - syurga tempat kediaman, merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan".
Syurga Darussalam
Dalam surat Yunus, ayat 25 :
"Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (yakni syurga),
dan memimpin orang yang dikhendaki-Nya kepada jalan yang lurus".
Syurga Daarul Muqoomah
Surah Faathir, ayat 34-35:
"Dan berkatalah mereka : Segala puji bagi Allah yang telah menghapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri: Yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (syurga) dan kurnia-Nya".
Syurga Maqoomul Amiin
Surah Ad Dukhan, ayat 51:
"Sesungguhnya orang - orang yang bertawakal tinggal di dalam tempat yang aman (syurga)".
Syurga Khuldi
Surah Al Furqaan, ayat 15:
"Katakanlah : "Apa (siksa) yang seperti itu yang baik, atau syurga yang kekal, yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, sebagai balasan dan kediaman kembali mereka".Nama-nama Neraka
Huthamah
Surah Al-Humazah (104) ayat 4-5.
Di dalamya ditempatkan orang-orang Yahudi.
Hawiyah
Surah Al-Qori'ah (101) ayat 9-10.
Di dalamnya ditempatkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir.
Jahannam
Surah al-Hijr (15) ayat 43.
Jahim
Surah As-Syu'araa (26) ayat 91.
Di dalamnya ditempati orang-orang musyrik.
Saqar
Surah Al-Muddatstsir (26) ayat 26-27,42.
Di dalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.
Sa'ir
Surat An-Nisa' (4) ayat 10; Surat Al-Mulk (67) ayat 5,10,11 dan lain-lain.
Di dalamnya ditempati orang-orang Nasrani.
Wail
Surah Al-Muthaffifin, ayat 1-3.
Comments
Post a Comment