GAMBAR KEMALANGAN JALAN RAYA


Assalaamu’alaikum w.b.t…  Maaf lah, gambar2 di bawah ni bukannya berlaku di Malaysia kita, tetapi sekurang2 nya mempunyai kaitan, iaitu  KEMALANGAN JALANRAYA.  Kalau zaman dahulu kala, kebanyakan manusia di Malaysia maut dengan pertumpahan darah sesama sendiri, terkena sihir dan beberapa lagi kerana dah datang ajal, tetapi sekarang ini kebanyakan manusia maut dan mendapat cedera parah dalam kemalangan jalanraya.
Saya sendiri dah beberapa kali mengalami kemalangan jalanraya lebih2 lagi zaman muda2 dulu. Ada satu pengalaman agak lucu (mungkin tidak lucu bagi anda) . Pada suatu malam tu saya keluar pergi minum air ke kedai bersama kawan2. Kami semua menunggang motosikal. Ringkas kan cerita, saya masa tu membonceng, kawan saya bawak motor yang saya naiki. Kami bergurau senda yang lebih2 jugak la malam tu di atas motor. Akibatnya, tiba sampai tempat yang agak gelap, motosikal yang kami naiki tidak dapat dikawal.
Kami rebah berguling atas tanah, muka saya menyondol tanah di tepi jalan. Sampai masuk pasir dalam mulut ni. Bibir2 semua luka termasuk sedikit bahagian muka. Mujur jugak tak menyondol tar jalanraya tu. Kalau tidak mungkin rupaku tidak macam sekarang la kut huhu. Alhamdulillah, apa yang saya nampak itu sebagai pengajaran dari Tuhan, agar tidak lebih sangat bergurau, apa lagi di jalanraya.
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Ferrarri pun ntah ke mananya kalau dah sampai masa. Tiada yang gah berkenaan Ferrari sebenarnya, semuanya hanya sementara ;)
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Jalan raya bukan tempat berlumba, ia adalah lembah maut. Semakin laju sesebuah kenderaan bermakna semakin bahaya la ia. Maka kesabaran amat penting di jalanraya. Membawa kenderaan dalam keadaan yang tidak merbahaya adalah satu cabaran yang amat besar sebenarnya. Kerana masing2 mudah terleka dan masih merasa kurang laju. Yang dah amat laju pun dirasakannya kurang laju lagi huhu.
Bagaimana pun, pesan saya pada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi mendengar, sebelum keluar rumah tu baca lah ayat Kursi dan doa sebelum keluar rumah. Baca doa naik kenderaan dan sebagainya. Paling penting, jangan merasa terlalu berani apabila berada di jalanraya. Jangan merasakan kemalangan itu amat jauh dari kita, sebenarnya ia amat dekat. Bila2 masa sahaja boleh berlaku. Maka tawakkal pada Allah is the most important.
Tetapi kalau dah berlaku kemalangan tu bermakna ujian la tu. Semoga kita dapat sabar menempuh segala ujian, amiin. Sayangi diri dan keluarga anda, hayatilah gambar2  ini dengan penuh keimanan, bukan sekadar pengetahuan.
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah sebelum parah …….
Sumber gambar – Svobodnaya Pressa
http://hikmatun.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog