RAWATAN JANTUNG, BUAH PINGGANG, KANSER, TANPA PEMBEDAHAN TANPA KIMOTERAPI. MENEROKA MUKJIZAT AL-QURAN SEBAGAI PENYELESAI MASALAH FIZIKAL DAN ROHANI MANUSIA SEJAGAT. 
“ Sebaik-baik ubat adalah al- Quran ” (Riwayat Ibnu Majah)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده
والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Saudara pengunjung yang dikasihi, penyakit kanser dan serangan jantung merupakan 'the top silent killer' zaman ini. Ramai orang tanpa mengira usia termasuk kalangan yang terkenal diberitakan mati 'secara mengejut' kerana penyakit ini. Kejadian mati mengejut (seperti sedang memandu, sedang makan, sedang mandi, sedang berjogging, sedang tidur dll lagi) seperti ini sebenarnya telah disebut dalam hadith Nabi saw ( موت الفجاءة ) sebagai sebahagian dari tanda- tanda dan realiti akhir zaman. Sungguh pun demikian bagi yang peka dan berpengetahuan kejadian mati seperti ini mungkin dapat dikurangkan.
Memanglah soal kematian ini berlaku bila sudah tibanya ajal. Namun bukankah tiap sesuatu itu bersebab.... bukankah kehidupan dunia ini dipenuhi hukum sebab musabab?

Sebenarnya tujuan kami ialah ingin menimbulkan kesedaran peri pentingnya pengetahuan dan kepekaan kita tentang gejala dan tanda- tanda awal penyakit 'silent killer' ini sekaligus tentang kaedah rawatan manakah yang seharusnya dipilih.

Banyak kejadian di mana seseorang itu hanya tahu dirinya menghidapi kanser atau masalah jantung setelah penyakit tersebut berada di tahap yang agak serius bahkan sesetengahnya  telah pun parah. Ini kerana diperingkat awal ia muncul simptomnya agak kurang ketara dan ini  sesuai dengan jolokannya sebagai 'silent killer'. 


Tambahan pula kerana kebanyakan kita tidak begitu maklum akan tanda- tanda awal penyakit tersebut. Sementelah kita pun jarang ambil peduli dan rajin untuk membuat pemeriksaan. Maka tahu- tahu sahaja kita terkejut bilamana disahkan sedang menghidapi penyakit di atas di tahap serius!

Bagi anda yang memang sedang menghidapi penyakit  seperti ini maka janganlah berputus asa. Sebenarnya anda hanya perlu berusaha lagi untuk menemukan jodoh rawatan yang sesuai. Berikhtiarlah lagi dan lagi tanpa rasa jemu dan putus asa selagi  ada daya dengan mana-mana produk / kaedah rawatan yang dipercayai tidak mempunyai sebarang risiko atau kesan negatif.

Janganlah mudah menerima sesuatu produk/ rawatan itu kecuali setelah anda yakin  tiadanya sebarang risiko atau kesan negatif yang boleh membawa kemudharatan kepada diri anda.



Pengalaman Kami

Di sini kami ingin berkongsi pengalaman dengan anda tentang kesah benar yang kami alami sendiri sepanjang merawat berbagai pesakit yang datang menemui kami. Mudah- mudahan sedikit sebanyak dapat memberikan suatu motivasi serta manfaat & iktibar buat kita bersama:-

Kes Pertama
Pernah satu ketika kami merawat seorang pesakit batu hempedu dan dengan izin Allah swt  setelah hampir 2 minggu menjalani rawatan tersebut batu hempedunya telah hilang dan sakitnya pulih. Namun pada waktu yg sama kami terpaksa memaklumkannya  berdasarkan pengamatan (scan pertama& kedua) yang kami lakukan bahawa beliau juga sedang menghidapi kanser hati namun penyakitnya itu masih ditahap 'awal'.


Beliau yang agak ragu2 dengan pendedahan kami beberapa hari selepas itu telah pergi ke sebuah hospital swasta di selatan tanahair untuk mendapat pengesahan. Di sana pihak hospital tersebut telah 'mengambil sedikit' hati beliau untuk dibuat analisa/kajian.


Setelah itu akhirnya mereka juga turut mengesahkan apa yang telah kami beritahu sebelumnya.
Lalu dengan pantas pihak hospital terus lakukan kimoterapi terhadapnya. Dua hari kemudiannya isteri beliau pun menghubungi kami menyatakan hasrat untuk kembali datang membuat rawatan kanser hati suaminya itu.

Namun hasrat mereka berdua tidak kesampaian. Suaminya lebih dulu meninggal dunia pada hari kelima setelah kemoterapi tersebut dibuat. Isterinya amat berdukacita dan menyesali apa yang terjadi. Tambahan pula ia masih ingat bahawa kami ada berpesan supaya  dielakkan seboleh mungkin dari melakukan kimoterapi jika seandainya nanti pihak hospital mengesahkan kanser tersebut. Pesakit di atas  merupakan seorang kakitangan awam yang masih muda, cergas dan ceria bahkan masih dapat pergi bekerja seperti biasa.Cuma beliau mengadu tubuh badannya agak lemah. (sepanjang pengamatan kami majoriti yang menjalani kimo bagi kanser hati seperti ini hayatnya tidak lama)

Kes Kedua
Seterusnya pula kami (diminta) lakukan 'pemeriksaan@ scan' terhadap seorang pesakit yang mendakwa mengalami lelah serta batuk yang kuat. Setelah kami lakukan scan ternyata lelah dan batuknya itu lebih berpunca dari masalah jantungnya di samping penyakit yang memang terdapat di paru-parunya. Menurut pengamatan kami keadaan jantungnya ketika itu adalah sangat serius di mana pada bila- bila masa sahaja boleh menyebabkan dia mengalami serangan jantung. Selalunya orang ber 'masalah' di jantungnya agak susah mahu pulih dari gejala batuk atau demam. 


Mungkin disebabkan kurang percaya lalu beliau tidak respon atas apa yang kami beritahu (supaya dibuat rawatan jantung dlm kadar segera) kerana menurutnya dia hanyalah sakit pada paru-parunya sahaja. Maka kerana itulah  beliau bercadang mahu terus mengambil ubat anti lelah hospital semata-mata. Ringkasnya selang seminggu kawannya menalipon kami memberitahu bahawa orang tersebut telah masuk hospital kerana mengalami serangan jantung dan tidak lama selepas itu pula terus meninggal dunia.

Kes Ketiga
Dalam kes sebaliknya pula ialah kami  merawat seorang pesakit jantung kronik yang hampir (sudah punyai temujanji) menjalani rawatan tukar jantung (transplan). Keadaan jantungnya telah disahkan amat kritikal yang mana telah kurang berfungsi dengan normal. Kesan dari itu tubuhnya sangat lemah dan wajahnya menjadi pucat lesu sehingga beliau tidak mampu untuk bertutur.

Alhamdulillah dengan izin dan QudratNYA dalam masa kurang dari 10 hari selepas rawatan pertama kami keadaan keseluruhan fizikalnya bertambah pulih, mukanya kembali 'merah',makin cergas dan telah mampu bertutur dengan agak baik. Bila di'scan' kali kedua kami dapati  jantungnya telah pulih melebihi 50%. Ringkasnya tidak sampai 30 hari keadaan jantungnya terus bertambah pulih dan tubuhnya menjadi lebih sehat.

Alhamdulillah akhirnya transplan tersebut telah dapat dielakkan! Kini beliau telah pulih, kembali aktif dan hidup ceria seperti orang lain. 

Kes Kempat:
Ada seorang pesakit kanser paru- paru dan otak telah koma selama hampir 2 minggu. Lalu pihak hospital menyuruh keluarganya supaya 'membawa pulang' pesakit atas alasan pada kebiasaannya harapan untuk sembuhnya adalah sangat tipis. (menurut keluarganya pihak hospital menjangka hayatnya tinggal sekitar kurang dari sebulan).

Dalam keadaan koma tersebut mereka membawanya dari hospital terus menemui kami . Setelah dirawat dalam masa lebih kurang sejam dengan izin dan qudrat Allah swt beliau menjadi sedar dan seterusnya dapat bertutur. Lalu setelah pulang ke rumahnya dlm masa lebih kurang  sebulan keadaan beliau bertambah sehat, kuat, ceria dan mampu beraktiviti.

Setelah hampir 3 tahun berlalu kami dimaklumkan beliau baru meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung dan bukan kerana kanser otaknya yg dahulu. Sebenarnya seminggu sebelum beliau meninggal  anaknya telah menghubungi kami dan bercadang  membuat temujanji rawatan si ayah. Namun ajalnya lebih dahulu menjemputnya ke hadhirat Ilahi..
(pesakit di atas hanya menjalani rawatan kami sekali sahaja walau sepatutnya harus 2 atau 3 kali).



Kes Kelima:



Seorang guru wanita di sebuah negeri selatan tanah air telah mengalami masalah yang agak kronik antara persepsi dan realiti. Di mana beliau terpaksa bercuti selama beberapa bulan disebabkan oleh masalah ‘saka’ seperti yg disangkakan. Tubuhnya menjadi kurus kering, lemah kerana sering diganggu makhluk halus. Menurutnya pula beliau telah  berubat berbagai cara namun keadaannya masih tidak berubah sehingga akhirnya beliau hampir berputus asa (menurutnya beliau telah menemui ramai perawat dan kebanyakan mereka mengatakan beliau  mengalami saka atau disihir orang

Akhirnya melalui seorang hamba Allah  beliau telah diperkenalkan kepada kami . Setelah di‘scan’ kami dapati beliau  hanyalah mengalami ‘sakat’ jua dan bukannya saka. Di mana beliau mempunyai masalah dijantung…kelemahan tertentu di jantungnya menyebabkan beliau mudah diganggu oleh makhluk halus. Dalam istilah kami seperti ada ‘kebocoran’ @ kekurangan tertentu dijantungnya yg mesti 'ditutup' segera. Kerana kelemahan jantung ‘fizikal'nya telah memberikan kesan negatif kepada jantung ‘rohani’nya  sehingga menjadikan beliau 'diminati' oleh makhluk halus seperti ini.

Dengan rahmat dan pertolongan Allah swt setelah dirawat  dalam tempoh sekitar 40 hari beliau telah dapat kembali bertugas seperti sebelumnya. Di mana keadaannya semakin pulih, tubuhnya semakin bertenaga dari hari ke hari dan menjadi semakin sihat. Alhamdulillah kini beliau tidak lagi diganggu oleh makhluk halus seperti itu.  


Sebenarnya banyak lagi kisah- kisah seperti itu yang melibatkan pesakit jantung, kanser dll, Walillaahilhamd.

Catatan : Dalam konteks dua kes kematian di atas seandainya jika mereka berhati-hati, mengerti risiko penyakit yang dihidapi, segera bertindak mencari rawatan sesuai mungkin kematian seperti ini dapat dielakkan. Kebanyakan orang kita memg kurang mengetahui tentang soal- soal seperti ini lalu terus meletakkan 100% kepercayaan kepada pihak lain utk menentukan jenis rawatan yg mahu dibuat. Sekiranya kita sendiri punyai walau sedikit pengetahuan dan kesedaran asas tentulah kita mampu bertindak dengan lebih hati- hati dan berkesan demi kebaikan diri kita sendiri ##.

Pernah seorang doktor Homeopathy memberitahu bahawa kebanyakan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi itu bila mati, matinya itu lebih disebabkan kimoterapi tersebut  bukanlah kerana kansernya!

Jika benar seperti dakwaannya itu maka tidak hairanlah kerana pernah beberapa orang doktor beberapa hospital di negara ini datang membawa ahli keluarganya menemui kami untuk melakukan rawatan kanser dan jantung mungkin kerana mereka sendiri tentu lebih arif tentang perkara ini.

Bukanlah tujuan kami di sini ingin merendah atau menolak kaedah rawatan moden. Hanya dalam konteks penyakit di atas kami ingin memberikan sedikit pandangan dan info alternatif utk direnungi bersama.


Kebanyakan pesakit memberitahu bila sudah berada di katil wad seseorang itu akan mudah panik. Lalu bila sahaja dicadangkan utk dilakukan seumpama 'tebuk, potong, buang, kimo' dsbnya biasanya seseorang pesakit susah menolaknya. Namun setelah dibuat itu semua barulah kemudiannya timbul bermacam- macam perkara seperti  tanda tanya, penyesalan, ketidakpuasan hati, malah terkadang timbul pula cerita saman menyaman pihak tertentu dll.(jaminan/cakap mulut pihak hospital (bahawa sesuatu pembedahan 'minor' itu tiada berisiko atau punyai kesan sampingan lain) semata- mata tidaklah mencukupi kerana ada berlaku (diluar jangkaan) dari pembedahan 'minor' disusuli pembedahan 'major'..dan seterusnya menjadi lebih parah.....kemudian terpaksa dilakukan kimo dsb pula yang akhirnya membawa kematian )

Maka kami sarankan demi mengelakkan supaya semua itu tidak berlaku sayugianya kita  haruslah bijak, bertenang dan jangan terburu- buru. Berbincanglah bersama keluarga secara baik dengan mengambil kira semua sudut lebih- lebih lagi segi risiko dan mudharatnya sesuatu rawatan yang ingin dibuat. 

Perkara paling penting yang harus anda sedari ialah hanya diri anda sahajalah yang berhak membuat 'keputusan' berkenan rawatan penyakit anda..bukan pihak lain kerana dalam soal seperti ini yang menjadi pertaruhannya adalah nyawa anda atau orang yang anda kasihi!

Simptom Penyakit Kronik Sukar di Kesan di Peringkat Awal
AWAS! Antara tanda- tanda kemungkinan besar anda MULA menghidapi penyakit2 seperti ini ialah apabila anda kerap mengalami keadaan tidak selesa pada tubuh badan seperti mengalami gejala perut keras, sebu lagi berangin, panas terkadang terasa bisa- bisa atau seperti sesuatu yang menyucuk-nyucuk atau dada anda sering berdebar- debar, belakang bahu kiri atau kanan selalu rasa sakit, rasa gelisah, mudah semput, mengah, penat atau sering sakit kepala..............dll maka bersegeralah lakukan pemeriksaan kesihatan. Banyak cara dan kaedah untuk mengesan masalah dan penyakit seperti ini.


Persoalan tentang 'scan' ini bukanlah perkara yang sangat besar atau pelik kerana sebenarnya ramai orang tahu cara dan teknik mengesan penyakit tertentu menerusi kaedah dan teknik tertentu pula.....baik secara moden iaitu dengan alat bantuan moden atau pun dengan kaedah alternatif lain khasnya kaedah Hikmah yg juga punyai pelbagai kaifiat dan kaedah. Namun persoalan lebih besar dari itu ialah soal apakah rawatan yg berpotensi menemukan  'jodoh' kesembuhannya..malah inilah yang  lebih utama!


Melalui kaedah rawatan kami Insyaallah kami boleh mengesan sekiranya anda sedang menghidapi penyakit ini sejak di tahap awal lagi. Namun demikian bukanlah semua penyakit dalaman dapat dikesan menerusi kaedah ini kerana hanya penyakit 'major' tertentu sahaja dapat dikesan khususnya kanser perut, usus, rahim, hati, paru-paru, tumor, apendiks, masalah/ penyakit jantung, buasir,tairoid dan pendarahan kepala. Terkadang penyakit misteri seperti termakan santau dsb juga dapat dikesan menerusi kaedah ini. 

Apa pun jua, kami ingin cuba membantu anda dengan izin Allah swt melalui kaedah rawatan kami yang tiada sebarang kekhuatiran, tidak berisiko atau berkesan sampingan. Berusahalah  mencuba kaedah rawatan seperti ini sebelum anda pergi jauh untuk mengambil rawatan- rawatan yang mungkin berisiko**.   


Mudah-mudahan khidmat kami yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat memberikan suatu manafaat kepada semua...sekaligus mempelbagaikan lagi kaedah rawatan alternatif yang sedia ada di negara kita. Semoga kami sentiasa diberi Taufiq dan Pertolongan oleh Allah swt dalam usaha kami membantu anda merawat penyakit- penyakit kronik seperti ini. Sesungguhnya hanya dengan Rahmat dan Taufiq dari Allah swt jua usaha kami ini menjadi mudah serta berjaya mencapai apa yang dihajati...


وصلى الله على سيدنا محمد أشرف المرسلين وعلى آله وصحبه الطيبين الطاهرين أجمعين والحمد لله رب العالمين

PENUTUP

Saudara pengunjung yang dikasihi,


Manusia di setiap zaman setiap tempat sentiasa berusaha mencari dan menghasilkan ubat penawar berbagai penyakit yang melanda kehidupan mereka. Demikian pula zaman ini bermacam- macam formula dihasilkan dan dicipta oleh manusia bagi tujuan ini.


Namun harus diingat bukan semua yang dipanggil 'ubat' itu bersifat penawar dalam erti kata sebenarnya. Ada ubat sekadar mahu 'melegakan' si pesakit untuk tempoh tertentu jua. Ada ubat yang harus diambil secara berpanjangan bahkan seumur hidup demi meredakan sebahagian gejala penyakit. Namun adakalanya ia  turut menimbulkan berbagai kesan sampingan lain yang tidak diduga oleh kita.


Sebenarnya sejak merdeka kita telah mula 'diasuh'  supaya menerima pakai kaedah perubatan konvensional yg lebih banyak berorentasi 'dadah' ini. Bukan sahaja di negara kita bahkan hampir di seluruh dunia Islam turut mengalami perkara yang sama. Mungkinkah ini antara kesan tidak langsung penjajahan Barat. Bermula di sudut politik, ekonomi dan kebudayaan  sehingga ia turut mewarnai dunia perubatan kita?


Sejak lahir lagi anak- anak kita seolah- olah  'diwajibkan' mengambil berbagai suntikan pelalian yang diberikan dengan berbagai nama...soalnya ialah apakah semua itu  memang perlu demi kesihatan mereka?  Jika memang perlu maka sejauh manakah seharusnya kita menuruti dan mematuhi program kesihatan konvensional sebegini?


Persoalan ini bukan kerana kita 'anti kemajuan' seperti yang pernah  dianggap oleh Barat suatu ketika dahulu. Tetapi   apakah kita umat Islam sudah tidak punyai cara dan kaedah sendiri atau alternatif lain dalam soal menjaga kesihatan kita?


Apakah memang sudah tiada lagi kaedah lain yang tidak berorentasikan bahan-bahan kimia atau dadah seperti ini untuk tujuan penjagaan dan perubatan kita? 


Ramai pihak telah memperkatakan buruk baik perubatan yang berorentasikan dadah ini. Kaedah menggunakan dadah seperti ini sebenarnya tidak mampu menyembuhkan sesuatu penyakit itu secara akar umbi melainkan sekadar memberikan kelegaan pada si pesakit dalam tempoh tertentu jua yang hanya bersifat sementara.


Maka sering terjadi orang yang mengambil 'ubat-ubatan' seperti pain killer, ubat penurun tekanan darah, suntikan insulin dll  secara berpanjangan, organ dalamannya seperti buah pinggang, jantung dll akan terjejas atau menjadi rosak kesan pengambilan ubat tersebut.


Demikian juga dengan ubat-ubatan lain seperti ubat yang digunakan dalam rawatan kemoterapi bagi kebanyakan kanser...di mana banyak organ dalaman akan turut terjejas atau terdedah kepada serangan virus bermacam- macam penyakit lain  kesan darinya.


Apapun jika hanya diambil pada waktu- waktu tertentu, kecemasan atau darurat maka tidaklah menjadi masalah. Seperti makan panadol sewaktu pening kepala atau sewaktu menjalani operasi pembedahan memanglah ia lebih praktikal lagi diperlukan. 


Demikian juga orang yang diserang lelah yang biasanya memerlukan ubat anti lelah dari jenis sedutan dsb. Namun sebaiknya hendaklah berusaha mendapatkan rawatan yg mampu mengubati masalah lelahnya  itu secara akar umbi penyakit tersebut. Dalam hal ini tentulah tidak lain tak bukan dengan memulihkan organ paru- paru dan jantungnya agar kembali berfungsi dengan baik dan sempurna.


Ada orang menemui kami ingin membuat rawatan penyakit migrain atau lelah setelah bertahun2 mengambil 'ubat' seperti pain killer dsb. Bila di scan kami dapati buah pinggang dan organ hatinya sudah mula terkesan berkemungkinan kesan dan akibat dari pengambilan ubat tersebut.


Oleh yang demikian kami menyarankan bagi orang yang bermasalah seperti di atas disamping mengambil ubat-ubatan seperti itu sebaik-baiknya berusaha dan berubatlah dengan mana- mana produk/kaedah rawatan yang bertujuan bukan sekadar mahu melega  
tapi memulih dan membuang penyakit anda itu secara total.


Telah ada banyak kaedah rawatan alternatif selain kaedah ubat-ubatan 'dadah' tersebut seperti kaedah perubatan homeopathy, kaedah pemakanan produk herba2/alami  tertentu yang dewasa ini semakin rancak dengan berbagai penemuan- penemuan terkini berkaitan penyakit anda. 


Namun biasanya melalui kaedah pengambilan produk kesihatan dan perubatan secara alami begini anda haruslah bersabar dan perlu tekun mengambilnya disamping itu anda juga haruslah menjaga soal-soal makan minum. Sebagaimana penyakit tersebut telah memakan 'sedikit' masa utk zahir pada diri anda maka demikian juga sebaliknya untuk membuangnya pula haruslah memakan masa juga secara logiknya. Apapun begitulah luasnya alam perubatan yang harus dipilih oleh kita semua emi maksud ingin kembali pulih dan menjadi lebih sehat. 




Namun disamping itu pula sebagai seorang muslim kita haruslah menyedari bahawa al-Quran yg diturunkan kepada kita sejak 1400 tahun itu disamping ia merupakan kitab petunjuk dan panduan hidup...yang sarat dengan berbagai hukum dan peraturan, ajaran dan kisah silam serta khabar berita yg akan terjadi di masa hadapan...ia  sebenarnya adalah penawar dalam erti kata yg luas bagi kehidupan manusia itu sendiri umumnya. Penawar bagi penyakit zahir dan batin...penawar utk individu atau masyarakat.


Di mana peraturan dan hukum hakamnya adalah penawar...kisah dan ceritanya adalah penawar...ayat- ayatnya beserta surah-surahnya adalah penawar...penawar bagi kaum yang mahu beriman dan mengikuti petunjuk al-Quran yang merupakan wahyu Allah swt kepada kita umat Islam umat akhir zaman. 


Maka janganlah anda hairan  bila terjadi bagi sesetengah pesakit  di mana manusia telah "surrender" mengubatinya. Hanya melalui  beberapa ayat dan surah al-Quran yg dibaca dan ditulis....secara tertib dengan kaedah tertentu.  Kemudian diminum atau disapukan kepada pesakit tersebut....tiba- tiba ia menjadi sembuh dan kembali pulih. Inilah antara keajaiban Al-Quran sebagai penyembuh bagi penyakit manusia sejagat sesuai maksud ayat 82 surah al-Isra'. 


Kami bukan bermaksud mahu menyempitkan ruang perubatan supaya berlegar hanya dalam skop kaedah perubatan secara al-Quran semata-mata. Bahkan seperti disebut sebelum ini bahawa mana-mana kaedah rawatan yang tidak bercanggah dengan syarak sekalipun pun tidak menggunakan Ayat-ayat al-Quran sebagai elemen rawatannya tetap diterima bahkan elok diamalkan. Malah  ia sebenarnya masih tergolong sebagai rawatan Islam. 


Namun perkara yang ingin disampaikan ialah masanya sudah tiba untuk kita beralih dari hanya mengambil ubat-ubatan 'dadah' seperti ini kepada kaedah rawatan/ produk yg alami yang tidak mempunyai kesan atau gejala sampingan negatif seperti disebut di atas. Banyak kaedah perubatan alternatif telah diketahui selain kaedah pengambilan ubat-ubatan dadah tersebut. Soal sama ada kita mahu atau tidak, sama ada kita sedar atau tidak dan sama ada kita mampu atau tidak sahaja.  


Sebagai pengamal perubatan kaedah Quranik kami mengalu-alukan anda semua yang membaca laman ini samada yang muslim atau non muslim utk mencuba rawatan terapi holistik seperti ini. 


Tiada salahnya bagi anda yang bukan muslim menjalani kaedah rawatan kami kerana hakikatnya al-Quran ini memang diturunkan untuk manfaat dan rahmat bagi seluruh alam termasuk seluruh manusia. Alhamdulillah kami  pernah bahkan sering juga merawat rakan-rakan non muslim atas prinsip di atas.  


Apapun, kita semua hanyalah sekadar berusaha dan ikhtiar. Siapa tahu mungkin jodoh kesembuhan penyakit anda ada di sini. Namun kami tidaklah sampai 'mendahului' Allah swt dengan 'memberi jaminan' sembuh kerana jaminan seperti ini adalah dosa bahkan boleh menyebabkan tergelincirnya Aqidah kita  sebagaimana juga jika kita 'berputus asa' adalah merupakan suatu dosa.

Kerana sudah menjadi adat berubat ada yang sembuh dan ada pula yg tidak. Di mana kesemua itu hakikatnya telah ditentukan Allah swt. Namun sebelum anda memilih rawatan yg MUNGKIN berisiko bukankah lebih baik jika anda mencuba  rawatan-rawatan alternatif yang ada.

(*Sengaja tidak disenaraikan apa yang disebut 'testimoni pesakit' secara detail semata-mata menjaga adab Hikmah jua. Apa yang di sebut di sini ialah kesah dan pengalaman benar dengan tujuan ingin memberi motivasi semata- mata). 
Wallahu A’lam

 Maklumat lanjut sila hubungi kami di

http://an-nawaa.blogspot.com/2010/12/muqaddimah_12.html#more

Comments

Popular posts from this blog