5 Tanda Kemusnahan Sebuah Rumahtangga


Berdasarkan kajian oleh pakar rumahtangga dan perhubungan suami isteri, ada 5 tanda yang menunjukkan sesebuah rumahtangga itu goyah dan bakal musnah.
Mari kita check satu persatu apakah tanda-tanda tersebut.

5 Tanda Kemusnahan Sebuah Rumahtangga
1. Suami sudah jarang sentuh isteri. Isteri juga sudah tidak berminat untuk bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.
masalah rumahtangga2. Suami sudah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangngam. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual  mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan.
3. Suami asyik kritik isteri jer. Pujian langsung tak diberi. Isteri pula memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.
4. Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Tiada langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.
5. Suami tak suka balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Isteri pula lebih senang suami tak pulang.
masalah rumahtangga
Itulah 5 tanda sesebuah rumahtangga yang bakal punah dan musnah. Cuba check rumahtangga masing-masing. Ada atau tidak tanda-tanda ini?
Kalau ada, maka anda kena buat sesuatu memperbaiki keadaan. Kalau terus dibiarkan, tunggulah… Kemusnahan bakal melanda rumahtangga anda.

http://pakarhowto.com






Comments

Popular posts from this blog