BAGAIMANA RASULULLAH BERMESRA DENGAN ISTERI Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak. Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ket...
Posts
Showing posts from April, 2011
- Get link
- X
- Other Apps
MUHASABAH DIRI MUHASABAH DIRI.. Assalamualaikum..apa khabar semua?smge stase di dlm keadaan sihat wal’afiat..Hari ini ana berminat untuk membawa kalian melihat dan lebih mengenali diri..manusia..manusia ni Allah jadikan berbeza2..berbeza rupa, berbeza perangai, berbeza hati budi..semuanya berbeza..Allah tlh menjadikn kite sebaik2 kejadian..tapi,manusia itu tdk sempurna..tdk sempurna ini bkn bermakna Allah menciptkn kite tdk sempurna..segala yang diciptkn Allah semuanya indah n semuanya sempurna..cume stp manusia itu sdh Allah anugerahkn dgn kelebihan n kekurangan tersendiri..kerana Allah itu Maha Adil..ape yang penting kite perlu bersyukur di ats segala kelebihn yang Allah kurniakn kpd kite..jgn gunakn kelebihn yang ada utk tujuan y tdk baik,utk m’pergunakn org lain dan jgnlah pula kite berasa riak atu ujub dgn kelebihan diri..dan bagi kekurangn pula tdk salah utk kite cube mengatasi kelemahn dlm diri..n cuba b’fikirn positif dan berprasangka baik dgn Al...
- Get link
- X
- Other Apps
'HARGA SETITIS AIR MATA' Ketawa dan air mata Itu sebenarnya cinta Bila kau sedih kupun merasa Begitu juga sebaliknya Usah terpana dengan kata-kata diatas.. ia hanyalah ‘set induksi’ untuk ana berbicara tentang ’air mata’..satu rangkap dari lagu yang ana minati.. Bila kita membaca novel-novel atau mungkin sajak-sajak yang dikarang sasterawan-sasterawan mahupun mereka-mereka yang punya kelebihan dalam melakar bicara dengan keindahan bahasa yang tersendiri.. seringkali kita melihat mereka mengumpamakan air mata bagaikan mutiara. Kenapa agaknya air mata diumpamakan atau diibaratkan seperti mutiara.??Apakah yang ada dengan air yang punya sedikit rasa masin ini hingga diibaratkan seumpama mutiara?Apakah air mata itu terlalu bernilai sepertimana bernilaianya mutiara?? Bila kita berbicara soal mutiara. Pasti terbayang dimata kita,.keindahan dan kecantikan..serta kejernihan warnanya..tambahan pula ia terlalu sukar untuk didapati kerana kita terpaksa men...
- Get link
- X
- Other Apps
Keistimewaan Pembaca dan Penghafaz Al-Quran Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga. Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi). Berada dalam rahmat Allah. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud). Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda. Dari Abdullah bin M...
- Get link
- X
- Other Apps
Budaya Suka Banding Budaya 'suka banding' ini memang kuat dalam masyarakat kita. Secara peribadi, saya amat tidak menyukainya. Banyak pengalaman masa lepas yang benar-benar memberi kesan yang kurang baik kepada hidup saya. Semasa kita kecil, ramai rasanya menyetujui bahawa budaya 'suka banding' keputusan pelajaran cukup menyakitkan. Seolah-olah diri kita begitu hina atau tidak mempunyai nilai langsung bila diri kita dibandingkan dengan mereka yang lebih baik pencapaiannya. Tidak cukup dengan itu, kita juga selalu 'suka banding' tahap kedudukan dari segi ekonomi. Jika kita datang dari keluarga kaya maka kita akan lebih dihormati berbanding dengan jika kita datang dari keluarga miskin. Perlukah ini semua? Semasa kita meningkat dewasa, kita ingatkan budaya 'suka banding' ini makin berkurangan tetapi rupanya kita silap. Makin tebal jadinya budaya ini. Kita selalu lihat manusia ...
- Get link
- X
- Other Apps
Mutmainnah dan Kisah Nafsu Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelahan hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari. Sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaan-Nya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tapi, dia tersungkur lagi.. Air jernih menyelusuri pipi. Dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf 'Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaumnya agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk suatu tempoh tertentu. Walaupun pada hakikatnya teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih ti...
- Get link
- X
- Other Apps
Perigi Cari Timba Dan Disiplin Islam Dalam Pertunangan Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul? Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini Jawapan Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, ...
- Get link
- X
- Other Apps
Ceritera Cinta Terlarang Allah SWT menjadikan makhluk-Nya penuh dengan cinta. Perasaan ini merupakan fitrah yang diletakkan di lubuk hati setiap ciptaan-Nya. Hatta singa,harimau dan binatang buas lain turut dianugerahkan nikmat ini. Sesungguhnya, ia suatu nikmat yang amat tinggi nilainya, kerana dengan cinta manusia dapat ketenangan dan kegembiraan. Bahkan dengan cinta, Islam berkembang dengan pesatnya. Juga, kerana rahmat cinta Allah, kita dapat menjejak syurga kelak. Nabi SAW bersabda : Bukanlah amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku,tetapi semata-mata hanya dengan rahmat Allah SWT belaka. (HR Muslim) Cinta wujud antara dua insan, lelaki dan wanita. Allah SWT telah mengatur kurniaan ini dengan aturan yang terbaik yakni, perkahwinan yang dapat mendamaikan hati insan. Hakikat ini tidak dapat diubah lagi. Namun, kemajuan yang menyelubungi dunia telah mencipt...
- Get link
- X
- Other Apps
Originally Published in Arabic as 'Al-Khauf minal Allah Wa Ahwalo Ahlihi' By Maktabutus Sahaba, Egypt ....according to the earliest sources, compiled from the works of Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn al-Qayyim al-Jawziyya and Abu Hamid al-Ghazali. An Excerpt: 'Know! Dear Muslim brothers and sisters. We can find out whether we fear Allah or are oblivious to him through some simple tests. Here are some of them: The tongue informs us: if we talk evil, backbite and engage in frivolous gossip, it shows that there is very little concern. We should engage our tongues in the remembrance of Allah, in the recitation of the Qur’an and in circles of knowledge. In the heart we should expel hatred, enmity, and jealousy and replace them with well-wishing and care for Muslims. We should be careful of what we put in our stomachs. Our eyes should not wander off to look at haraam objects. Our feet should not walk toward haraam pla...