| |||||||
![]() ![]() Location: Egypt ![]() Joined: 20.12.07 Status: ![]() ![]() |
| ||||||
Assalamualaikum Warahmatullah... Sebelum kita melihat kepada hukum memakai tie yang padanya terdapat gambar haiwan - saya rasa ada baiknya kita mengetahui di antara dalil-dalil yang di gunakan dalam membahaskan isu ini: Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Jibril A.S. telah datang bertemu dengan aku seraya dia bertanya: Sesungguhnya aku telah datang ke rumahmu pada satu malam. Aku tidak dapat masuk ke rumahmu kerana di rumahmu terdapat patung lelaki dan tirai yang bergambar patung dan seekor anjing. Jibril A.S. menyuruh Rasulullah S.A.W. supaya memotong kepala patung yang berada di pintu sehingga menjadi bentuk pokok dan memotong kain langsir dijadikan dua biji bantal yang dilempar serta dipijak dan mengeluarkan anjing dari rumah. Maka Rasulullah S.A.W. melakukan apa yang diperintahkan oleh Jibril A.S. Anjing itu adalah anak anjing kepunyaan Hassan R.A. dan Hussin R.A.yang berada di longgokan barangan di dalam rumah mereka. (Riwayat Ahmad dan Adu Daud dan Tarmizi - kitab Nailu al-Author karangan Imam al-Syaukani). Dalam riwayat Abu Hurairah R.A. telah berkata beliau bermaksud: Saidina Jibril A.S. meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk masuk ke rumahnya. Nabi Muhammad S.A.W. berkata: Silalah masuk. Jibril A.S. berkata: Bagaimana aku hendak masuk sedangkan di rumahmu terdapat kain tirai yang terdapat patung-patung? Maka samaada dipotong kepalanya atau di jadikan hamparan yang dipijak. Maka sesungguhnya kami para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat patung. (Riwayat al-Nasaie - kitab Sunan al-Nasaie karangan Imam al-Nasaie). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Para malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing dan patung atau gambar. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim - kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh al-Islamiah karangan Syeikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili). Di atas adalah di antara dalil-dalil yang digunakan oleh ulama mazhab-mazhab dalam memperbahaskan hukum memakai pakaian yang mempunyai gambar. Di sini saya bawakan pandangan-pandangan ulama dari empat mazhab mengenai hukum memakai pakaian yang mempunyai gambar: Mazhab Hanafi: Hukumnya makruh jika mempunyai perkara-perkara berikut: Gambar yang bernyawa dan gambar haiwan atau manusia yang mana cukup anggota untuk hidup serta tidak kecil dan gambar yang tidak diletakkan di tempat yang dihina. Mazhab Hambali: Hukumnya haram memakai pakaian yang padanya bergambar sesuatu bernyawa kerana ia di anggap sebagai menggunakannya dalam keadaan yang tidak dihina. Mazhab Shafie: Hukumnya haram memakai pakaian yang padanya ada gambar yang bernyawa. Kerana tidak menggunakan pada tempat yang dihina. Mazhab Maliki: Hukumnya harus. Kerana ia digunakan pada keadaan yang tidak dihina. Kesimpulan: Dari persoalan asal yang di utarakan dan pendapat ulama mazhab-mazhab yang dinyatakan di atas - saya lebih cenderung untuk mengatakan hukumnya makruh memakai tie bergambar haiwan. Saya sarankan agar saudara dapat memakai tie lain bagi meraikan pendapat ulama mazhab-mazhab lain yang mengatakan hukumnya haram memakai pakaian yang ada gambar padanya. Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan saya ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian. Wallahualam... |
BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit Salam pagi Jumaat Hari baik2 ni nak ler berkongsi dgn u all pasal penyakit batu karang yer kot2 ada yang mencari2 perubatan tradisional meh sini I nak share mende2 baik ni kita kena kongsikan bersama Pagi2 buta sebelum suboh dah tercongok kat sini bukan aku yang sakit temankan ajer sebab kesian sakitnya dah teruk sgt sampai nak kena buat operations So sebagai mencari alternatif lain tak salah rasanya kalau nak mencuba rawatan tradisional cuma aku tekankan kat sini kalau bomoh yang pakai jampi serapah contoh cam kemenyan tu sorilah dah sah2 aku sendiri pun tak percaya khurafat lagi (baru jer feeling2 nak bodek Mr Y pi tengok citer khurafat..tp ada blogger kata tak serem punnn...cancell) So kalau korang pi sini tak perlu bawa air...botol beli jer kat sini...yang besar tu harganya RM2 ... so kami beli dua sebab apa aku expla...
Comments
Post a Comment