FATWA

 

AJARAN AYAH PIN

    Isu :  Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
    Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya. 
    Fatwa :   
    Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.
    Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :
    1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
    2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.

    Rujukan Pewartaan :  No. 1461.

    Tarikh Pewartaan :  4 Disember 1997 

    KETERANGAN : 
    Antaranya :
    1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
    2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
    3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
    4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
    5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
    6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
    7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
    8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
    9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
    10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
    11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
    12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
    13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
    14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
    15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
    16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
    15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
    i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
    ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
    iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
    iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
    v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
    vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.
    • -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  
    • Ajaran Sesat Azhar Bin Wahab
    •  
    Tajuk :    Ajaran Azhar bin Wahab (pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd.)
    Tarikh :    10 Jun 2003
    Keputusan :    
    • Mengambil maklum bahawa ajaran Azhar bin Wahab mengamalkan Aurad Muhammadiah pegangan kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan.
    • Memutuskan bahawa ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.
    • Mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamal ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.
    Tarikh : 30 Mei 1997

    Keputusan :
    Bersetuju meletakkan al-Quran di hotel-hotel di Malaysia dengan mematuhi kaedah berikut :
    • Diletakkan di tempat khas supaya tidak dicapai oleh kanak-kanak sekiranya mereka berada di situ.
    • Sentiasa diawasi oleh penyelia hotel yang beragama Islam supaya tidak disalah guna.
    • Meletakkan nota/catatan bagi orang-orang yang ingin menyentuh al-Quran di cermin khas di mana al-Quran itu ditempatkan.
    • Adalah lebih baik kalau disediakan al-Quran terjemahan supaya mereka boleh memahami dengan lebih dekat lagi isi kandungan al-Quran.
    • -------------------------------------------------------------------------------------------------
    • Amalan Ilmu Hitam Dan Sihir
    Tarikh :11 Oktober 1993

    Keputusan :
    • Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram
    • Pengamal sihir yang mendatangkan mudarat kepada manusia adalah berdosa besar dan pelaku jenayah maka wajib dihukum qisas/hudud
    • Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir.
    •  ----------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Menggabungkan Nama Anak Angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil

    Tarikh :    10 Jun 2003
    Keputusan :   
    Mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya. dalam pengangkatan dan Kad Pengenalan
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    • Garis panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam
    •  
    Tarikh : 21 September 1995
    Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul-Nya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib.  Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.

    Jenis-jenis maksiat :
    • Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintah-Nya dan   melakukan larangan-Nya.
    • Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.
    • Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat, negara dan umat
    Keputusan :
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bersetuju mengambil keputusan seperti berikut :
    Bersetuju menerima kertas Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam untuk dijadikan panduan kepada orang ramai di negara ini.
    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
    • Garis Panduan Mengenai Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan 
    • Penyimpanan Makanan Halal
    •  
    •  
      Tarikh :    3 April 2000
      Keputusan :   
      • Pengendali pisau mekanikal hendaklah seorang muslim.  Pengendali tersebut hendaklah membaca “Bismillah” sebelum memetik suis pisau mekanikal dan hendaklah memerhati kepada binatang yang disembelih.
      • Penyembelih muslim yang memetik suis pisau mekanikal tidak boleh meninggalkan tempat sembelihan semasa penyembelihan sedang dijalankan dan tidak boleh membuat kerja-kerja lain yang mengganggu tumpuan.
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    • Kaedah Pengendalian Mayat Pesakit AIDS di Malaysia
    •  
    Tarikh : 19 Februari 1992

    Keputusan :
    • Mayat pesakit AIDS tidak termasuk dalam kategori yang diberi pengecualian dari dimandikan dan dikapankan.  Tidak termasuk dalam kategori boleh diberi kelonggaran (rukhsah dengan tayammum).  Oleh itu mayat pesakit AIDS wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan seperti mayat orang Islam yang lain.
    • Pengurusan mayat (jenazah) pesakit AIDS hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai sarung tangan, muka dan mencuci tangan dengan Clorox
    •  ======================================================================
    • Kahwin Lari di Selatan Thailand
    •  
    Tarikh :    1 Julai 2002
    Keputusan :   
    Hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
    • Pernikahan itu mengikut rukun nikah
    • Pernikahan itu melebihi dua marhalah.
    • Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin
    • Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
    •  -------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam
    •  
    Tarikh :    9 Ogos 1996
    Keputusan :   
    Muzakarah bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai.
    • Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.  Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
    • Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudaratkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.
    • Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat.  Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.
    • Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan.  Orang-orang yang bersahabat menggunakan jin, tukang sihir, tukang tenung adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bodoh dn menzalimi diri sendiri.
    • Amalan menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampur adukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
    •  ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Lelaki Memakai Emas Putih
    •  
    • Tarikh :    1 Julai 2002
      Keputusan :   
      Haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki.
       
    •  
    •  
    •  
    • ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai 
    • Bahan Kes Dalam Mahkamah
    •  
    Tarikh : 19 September 2000

    Keputusan :
    • Pengkebumian mayat hendaklah disegerakan.  Perbuatan sengaja melambat-lambatkan pengkebumian adalah haram.
    • Pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya.  Tindakan melambat-lambatkan siasatan sehingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan adalah juga haram.
    • Menyimpan atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah bagi kemaslahatan umum adalah harus.
    •  ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam
    •  
    Tarikh : 3 April 2000

    Keputusan :
    • Mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya termasuk kanak-kanak terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.
    • Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.
    • Mayat yang bercampur aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada jenazah orang Islam sahaja.  Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam.  Sebaliknya mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam.
    •  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Menerima dan Memakai Anugerah Yang Dipanggil Grand Cross
    •  
    Tarikh :    18 Mac 1993
    Keputusan :    Menerima dan memakai anugerah yang dipanggil Grand Cross adalah haram kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan yang boleh membawa darurat kepada negara dan rakyat.
    •  ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •   Mengawet Mayat
    •  
    Tarikh : 11 Oktober

    Keputusan : Mengawet mayat atas sebab-sebab yang mendesak hukumnya adalah harus.
    • --------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia
    •  
    Tarikh :    1 Julai 2002
    Keputusan :           
    • Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.
    • Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
    • Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.
    •  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol
    •  
    Tarikh : 1 Julai 2002

    Keputusan :
    • Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
    • Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
    •  ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Mimpi Dari Perspektif Islam
    •  
    Tarikh : 15 Disember 1994

    Keputusan :
    • Mimpi seorang Nabi dan Rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
    • Mimpi orang ramai pada zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus pada zaman semasa Baginda masih hidup.
    • Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
    • Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah.  Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
    • Mimpi orang awam bukan “hujah” terhadap satu hukum atau satu berita atau satu kenyataan
    •  -----------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Pelupusan Al-Quran
    •  
    Tarikh : 22 Ogos 1992

    Keputusan :
    • Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam Uthmani hendaklah dilupuskan.
    • Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.
    • Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.  Ia dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.
    •  =======================================================================
    •  Penggunaan Hormon PSH-P (otak babi) Sebagai Bahan Peningkatan 
    •  Ternakan
    •  
    Tarikh : 21 September 1995

    Keputusan :
    • Hormon PSH-P bahan penggalak yang diperolehi dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa pun bentuk sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.  Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah.
    • Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSH-P diharamkan bahkan daging dan susunya.
    • Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.
    •  -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Penggunaan Jin Menurut Islam
    •  
    Tarikh :21 September 1995

    Keputusan :
    • Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.
    • Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.
    • Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
    • Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.
     ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
    •  Perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dua marhalah mengikut mazhab Al-Syafie
    •  
    •  
    Tarikh :    1 Julai 2002
    Keputusan :    Perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
    •  
    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1100:fatwa&catid=5:agama

    Comments

    Popular posts from this blog