Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
MENTADBIR HARTA MENURUT ISLAM
(  22 APRIL 2011 / 18 JAMADILAWAL1432H)
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “MENTADBIR HARTA MENURUT ISLAM ”.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Mencari  dan memiliki harta kekayaan adalah sesuatu yang diizinkan oleh agama. Ini kerana Allah SWT yang maha berkuasa telah menjadikan dunia dan segala isinya dalam keadaan sedia untuk diterokai dan dimiliki oleh manusia. Allah SWT yang maha kaya mencipta dan memiliki secara mutlak semua ini tidak sama sekali berhajat kepada segala khazanah yang dijadikan-Nya. Sebaliknya manusialah yang lebih berhajat kepada Allah SWT dan segala khazanah yang dijadikan-Nya di atas dunia ini. Bersesuaian dengan itu Allah SWT melengkapkan manusia dengan fitrah kejadian yang sukakan mancari harta dengan melakukan ikhtiar dan usaha bagi memperolehi harta kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Firman Allah di dalam surah al-Jumuah ayat 10:
Maksudnya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat”.

Dalam pada Islam menggalakkkan kita supaya berusaha mencari harta kekayaan, kita diingatkan agar melakukan usaha yang halal dan yang dibenarkan oleh syariat. Agama Islam melarang sama sekali kita mencari harta kekayaan dengan jalan yang salah seperti terlibat dengan perbuatan menipu, mencuri, merompak, merasuah salahguna kuasa dan sebagainya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Mengurus dan mentadbir harta secara betul dan menepati kehendak syariat merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar. Dari itu kita hendaklah sentiasa sedar bahawa sesungguhnya kurniaan harta kekayaan merupakan suatu anugerah dan nikmat tetapi ia juga adalah sebahagian daripada ujian Allah SWT. Mimbar ingin mengingatkan bahawa dunia ini adalah tempat yang penuh dengan ujian, manakala akhirat sebagai tempat pembalasan. Tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas daripada ujian hidup di dunia dan demikian juga tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada menerima balasan di hari akhirat. Mereka yang miskin dan melarat akan diuji dengan kemiskinan dan kemalaratan. Manakala yang kaya pula akan diuji dengan kekayaan. Oleh itu, kurniaan harta kekayaan kepada kita bukanlah semata-mata merupakan hasil dari apa yang kita usahakan bahkan ini juga merupakan satu ujian Allah SWT terhadap diri kita. Namun persoalan besar timbul di sini ialah, bagaimanakah kurniaan harta kekayaan ini dikatakan sebagai ujian daripada Allah SWT?. Untuk lebih memahami keadaan ini marilah sama-sama kita merenung  firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 43-44:

Maksudnya: Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendahkan diri ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi hati mereka keras, dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami siksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa.

Berdasarkan keterangan ayat ini, Allah SWT telah menceritakan kepada kita bagaimana Dia telah mendatangkan ujian dalam bentuk kesusahan dan penderitaan untuk menarik orang-orang yang kufur ingkar supaya kembali beriman kepada Allah SWTserta merendah diri kepada-Nya. Akan tetapi apa yang nyata, hati-hati mereka terlalu keras sehingga peringatan yang disampaikan dalam bentuk yang demikian tidak sedikit pun membekas di dalam diri mereka. Mereka masih tidak mahu berpaling dari jalan kekufuran yang telah ditempuh. Lalu Allah SWT mendatangkan ujian dalam bentuk kesenangan hidup dan kekayaan harta benda, dengan tanpa mereka sedari ianya juga merupakan sebahagian daripada ujian Allah SWT. Mereka bersenang- senang dan berpoya-poya dengan nikmat yang diberikan dengan penuh kesombongan. Mereka mengetahui ujian kenikmatan itu lebih berat dari ujian penderitaan. Dalam keadaan demikian, datanglah siksaan daripada Allah secara mendadak tanpa didahului oleh tanda-tanda kehancuran dan kemusnahan. Mereka tidak mempunyai kesempatan untuk melarikan diri daripadanya. Maka jadilah mereka orang-orang yang berputus asa disebabkan kehilangan nikmat tersebut.
Demikianlah hakikat penting yang perlu difahami oleh kita semua. kesenangan dan kekayaan bagi orang yang kufur dan berbuat derhaka kepada Allah SWT bukanlah kesenangan dan kekayaan yang hakiki, sebaliknya merupakan satu istidraj(umpan) daripada Allah SWT untuk mengangkat suatu kaum kepada darjat yang tinggi, di mana ia berlaku dengan cara memberi kenikmatan yang banyak dan pemberian itu membuatkan mereka lupa untuk mensyukuri, bahkan mereka bersenang-lenang dalam kesesatan dan menjauhi petunjuk. Akhirnya mereka dibinasakan oleh Allah SWT dengan azabnya yang datang secara tiba-tiba. Mimbar ingin menegaskan bahawa manusia yang paling baik ialah mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat harta dengan cara mengunakan harta secara bijaksana bagi tujuan kebaikan untuk kehidupan diri, keluarga dan dalam masa yang dapat memberi manafaat kepada orang lain samada dengan bersedekah atau mengeluarkan zakat.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Satu perkara lagi yang perlu diurus dan dipelihara dengan baik ialah harta intelek negara. Harta intelek negara ialah harta yang dihasilkan oleh cetusan kreativiti manusia yang terdiri daripada paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hakcipta. Mengikut pandangan Ahli Fiqh Islam bahawa harta intelek ialah sekumpulan hak yang disabitkan oleh shara’ untuk individu dalam bidang kuasa yang mengawal gambaran idea dan dipastikan memenuhi kepentingan padanya dengan mengguna dan mentadbir dalam ruang lingkup ketentuan-ketentuan shara’ yang ditetapkan. Seorang ulama al-Shaykh Ali al-Khafif pula mendefinisikan harta intelek sebagai “Sesuatu yang disandarkan kepada barang-barang tak ketara (ma'nawiyyah); yang tidak dapat dikesan dengan pancaindera, tetapi ia dapat dikesan dengan akal dan fikiran seperti idea dan ciptaan ”.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa harta intelek adalah amat penting pada sesebuah negara terutamanya kepada negara kita yang sedang membangun kerana ianya boleh dijadikan sebagai sumber ekonomi baru dan ianya juga banyak membantu peniaga dalam memasarkan produk mereka melalui logo pada barangan mereka. Justeru, mimbar ingin menegaskan bahawa harta intelek perlulah dilindungi dan diberi hak yang eksklusif kepada miliknya untuk mengguna, membuat serta menjual hasil harta inteleknya. Ingatlah menceroboh atau mencuri hasil karya atau membeli barangan cetak rompak adalah ibarat membeli barangan yang dicuri kerana penjenayah harta intelek telah menyalin hak harta intelek tersebut tanpa kebenaran dan menjualnya tanpa kebenaran pemilik sebenar. Wajarkah kita mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada hasil usaha dan titik peluh orang lain tanpa izin untuk kepentingan kita. Rasulullah SAW  telah berpesan di dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang bermaksud: “Siapa yang membeli barang curi dan dia mengetahui bahawa ia adalah barang curi, maka dia telah berkongsi di dalam keaibannya dan dosanya.
Bersempena dengan Sambutan Hari Harta Intelek Negara pada 26 April ini, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menilai kembali harta yang kita miliki dengan sebaik mungkin, dari mana sumbernya, adakah ianya benar-benar halal dan mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita di dunia. Mimbar juga menyeru marilah kita sama-sama menguruskan segala harta kekayaan yang ada dengan sebaik-baiknya mengikut jalan yang diredhai Allah SWT mudah-mudahan dengan harta ini kita akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Takathur ayat 1-8:
Maksudnya: Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh.  sehingga kamu masuk kubur atau Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak  Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk pada hari kiamat). Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang Selepas itu - demi sesungguhnya, Kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)." Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya”.

Comments

Popular posts from this blog