'HARGA SETITIS AIR MATA'
Ketawa dan air mata
Itu sebenarnya cinta
Bila kau sedih kupun merasa
Begitu juga sebaliknya
Usah terpana dengan kata-kata diatas.. ia hanyalah ‘set induksi’ untuk ana berbicara tentang ’air mata’..satu rangkap dari lagu yang ana minati..
Bila kita membaca novel-novel atau mungkin sajak-sajak yang dikarang sasterawan-sasterawan mahupun mereka-mereka yang punya kelebihan dalam melakar bicara dengan keindahan bahasa yang tersendiri.. seringkali kita melihat mereka mengumpamakan air mata bagaikan mutiara. Kenapa agaknya air mata diumpamakan atau diibaratkan seperti mutiara.??Apakah yang ada dengan air yang punya sedikit rasa masin ini hingga diibaratkan seumpama mutiara?Apakah air mata itu terlalu bernilai sepertimana bernilaianya mutiara??
Bila kita berbicara soal mutiara. Pasti terbayang dimata kita,.keindahan dan kecantikan..serta kejernihan warnanya..tambahan pula ia terlalu sukar untuk didapati kerana kita terpaksa menyelam ke dasar lautan untuk mencarinya..tidak hairanlah ia begitu mahal dan menjadi perhiasan dan sering digandingkan bersama emas-emas dan permata.
Begitu jugalah dengan air mata..Sepertimana bernilainya mutiara maka begitulah juga bernilainya air mata..air mata itu sering hadir bersama rasa kasih dan juga sayang..dengan rasa cinta yang mendalam..dan kadang-kadang ia hadir dengan rindu..namun,yang pasti..mutiara-mutiara ini gugur kerana ia terbit dari rasa hati yang mendalam..yang kadang terusik tiba-tiba..kerana bila hati tersentuh maka mutiara itu gugur tanpa dipinta..
Teringat ana pesanan dari seorang teman..katanya..”jangan menangis kerana benda-benda yang remah..setitis air mata kita akan dikira satu hari nanti..menangislah kerana Allah dan bila kita membaca Al-Quran atau berdoa..ya!benar katanya..air mata umpama mutiara..terlalu bernilai..maka adalah tidak wajar untuk ia mengalir kerana sesuatu yang remeh..namun hakikatnya tiada siapa yang suka untuk menangis melainkan kerana mutiara-mutiara itu gugur dengan sendirinya..
Ada banyak sebab kenapa seseorang itu menangis..ada yang menangis kerana rindu..ada yang menangis kerana dikecewakan..ada yang menangis kerana rasa kehilangan..ada yang menangis kerana menahan rasa marah..ada yang menangis kerana malu..ada yang menangis kerana takut..tak kurang pula kerana menahan kesakitan..dan kebanyakkannya..air mata ini gugur kerana rasa cinta,sayang dan kasihan atau simpati.
Air mata dan wanita tak bisa dipisahkan..mungkin,kerana sudah fitrah kejadian wanita itu sendiri yang telah dianugerahkan dengan 9 nafsu dan 1 akal menjadikan wanita mudah tersentuh hatinya dan agak emosional berbanding lelaki yang agak keras..namun,itu tidaklah bermakna lelaki tidak menangis..lelaki juga bisa menangis sepertimana wanita..bila dikecewakan hati lelaki turut merintih menahan sakit..bila kehilangan mereka juga turut merasai peritnya..Cuma bezanya, mereka menangis di dalam hati..tidak ditonjolkan..dan kerana adanya sedikit keegoan untuk mereka menunjukkan kesedihan itu dan kerana akal mereka mengatasi hati mereka..sesuailah pula dengan fitrah kejadian lelaki yang telah Allah jadikan sebagai pemimpin dan pelindung seorang wanita..punya 9akal an 1nafsu..
Bila seseorang itu menangis tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan bukanlah bermakna dia seorang yang lemah..soal hati tersentuh..menangis bila terluka..menangis krn kehilangan..cinta atau sayang..atau mungkin kerana kasihan atau simpati melihat penderitaan orang lain adalah perkara biasa yang dialami bagi setiap insan yang punya hati..Baginda Rasulallah SAW sendiri rasa sedih dan tersentuh bila melihat kesakitan yang dialami oleh anak seorang lelaki yang dibawa berjumpa baginda..Malahan baginda Rasulallah SAW turut bersedih diwaktu kehilangan isteri baginda yang tercinta Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib..Tidak salah untuk mengalirkan air mata kerana kadang-kadang dengan menangis itu bisa terubat hati yang lara.
Teringat ana sewaktu mendengar satu ceramah dari Dato’ Fadzilah Khamsah di televisyen..Katanya adalah lebih baik kita menjadi seorang yang bisa mengalirkan air mata dari kita menjadi manusia yang terlalu keras hatinya hingga langsung tidak terusik tika melihat penderitaan orang lain..atau mungkin menitiskan air mata tika kematian contohnya..mahupun hati yang tersentuh tika mendengar alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang mengusik jiwa..kerna air mata juga bisa melembutkan hati..andai hati terlalu keras maka sukarlah pula untuk ia dibentuk kerana hati itu kian hitam..dan hitam hati itu tanda banyaknya dosa..
Banyak peristiwa atau keadaan yang menyebabkan seseorang itu menangis..ada yang menangis krn merindui ibu dan ayah..tidak kurang yang mengalirkan air mata tika orang yang kita sayang sakit atau meninggal dunia..atau tika berlakunya perpisahan bersama teman atau sahabat..
ana pernah melihat seorang ayah menangis hingga bengkak-bengkak mata kerana rasa sedih melihat anak yang masih kecil dipenuhi tubuhnya dengan wayar-wayar..ana pernah melihat air mata seorang ibu yang menangis kegembiraan kerana selamat melahirkan anak..ana pernah melihat seorang isteri yang tabah namun akhirnya mengalirkan air mata tika kehilangan suami tercinta..ana pernah melihat air mata teman-teman yang gugur saat berpelukan tika berpisah..apalah galang gantinya untuk air mata ini gugur..apakah ia begitu murah untuk dibiarkan mengalir begitu sahaja..
Tidak sahabat-sahabatku..kerana ia berhargalah ia gugur tanpa diminta..tiada siapa yang sengaja ingin menangis atau buat-buat menangis sedang air mata iu hadir tanpa kita sendiri menyedarinya..kerana ia gugur kerana satu rasa dari hati yang kadang kala sukar untuk ditafsir..atau kita sendiri tidak tahu kenapa kita menangis atau kenapa air mata itu mengalir..
Sahabat-sahabat yang dikasihi, bila diriku membicarakan tentang air mata, tidaklah bermakna hamba Allah ini menggalakkan untuk kalian menangis..biarlah mata yang dikurniakan kepada kita ini menangis hanya kerana Allah..rasa kasih,sayang,cinta, mahupun simpati sesame manusia juga biarlah didasarkan krn Allah..
apapun, janganlah biarkan air mata atau kesedihan itu membunuh dan membinasakan diri kita sendiri..ya benar!!air mata itu hadir kerana rasa dalam hati..dan kita sendiri tak tahu kenapa kita menangis..ia datang sendiri..tapi Allah sudah menganugerahkan kita akal untuk berfikir agar kita tidak terus berendam dengan air mata..redholah atas segala yang Allah taqdirkan..dan sabarlah menempuh segala ujian dan penderitaan..bersamalah kita mendidik diri menjadi hamba Allah yang sabar dan kuat..insyaallah,segala ujian yang Allah beri pada kita maka itulah tandanya Dia menyayangi kita..yakinlah dan berdoalah hanya pada-Nya..
Sampai masanya tika satu hari nanti kita tersa begitu sedih dan ingin menangis..kerana kehilangan..kematian..perpisahan atau sebagainya maka biarlah ‘mutiara’ itu gugur untuk seketika..mengalir seadanya saja..setidak-tidaknya ia bisa menghilangkan rasa duka dihati kita.. namun jangan biarkan kesedihan itu tidak berpenghujung..bangkitlah dengan semangat dan azam baru..yakinlah kepada Allah yang Maha Mengetahui segala yang berlaku hari ini..masa lalu mahupun apa yang berlaku akan datang..
Betapa sucinya air mata andai ia gugur tika hamba sujud kepada Tuhannya..memohon taubat dan keampunan..alangkah indahnya andai air mata itu gugur dengan penuh rasa cinta dan kerinduan kepada Allah Yang Mencipta sekalian makhluk..Alangkah syahdunya andai air mata itu hadir tika bibir membaca Al-Quran dan kerana khusyuk menghayati makna setiap baris ayat yang dibaca..alangkah indah dan ternilainya andai air mata itu jatuh kerana ketakutan dan rasa malu pada Rabb yang Maha Esa..takut atas dosa yang dilakukan..dan betapa indahnya air mata itu tika ia hadir dalam setiap doa yang dibaca dengan penuh pengharapan kepada Tuhan Yang Maha Mendengar..keyakinan bahwa doa itu adlah senjata bagi orang Islam..
Ya Allah, ya Tuhanku..aku bermohon padaMu ya Allah, andai aku menangis..maka biarlah air mata ini gugur hanya keranaMu ya Allah..kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan hati hamba-hambaMu..sedang aku hanyalah hamba yang kerdil lagi hina..
Kurniakanlah kami mata yang menangis hanya keranaMu..
Comments
Post a Comment