PERSOALAN IMAN
DARI TULISAN ABU RIDHWAN
Pada satu musafir penulis ke Perlis, penulis sempat menziarahi Ustaz Omar Hj Salleh , Mudir Maahad Tarbiyah Islamiyyah (MATRI) di Tunjong Perlis. Beliau menggantikan mudir yang sebelum ini begitu banyak jasa dan pengorbanannya, al marhum Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain. Ustaz Omar Haji Salleh adalah merupakan sahabat akrab dan anak didik almarhum Ustaz Dahlan. Mereka adalah antara pengasas gerakerja dakwah dan tarbiyah di Malaysia sehingga saat ini bertebaran ribuan anak didik mereka, samada daripada lepasan MATRI mahupun lepasan madrasah tarbiyah al marhum Ustaz Dahlan sendiri.
Saat penulis berpeluang bertemu dua mata bersama Ustaz Omar Hj Salleh, pelbagai persoalan yang menulis ajukan kepada beliau. Penulis begitu dahagakan taujih dan pesanan-pesanan dari ulama yang begitu ikhlas bekerja dalam melaksanakan tuntutan dakwah dan tarbiyah. Ada satu soalan yang penulis ajukan kepada beliau. Penulis bertanya sekiranya Ustaz Omar dapat bercakap dihadapan para pemuda Islam yang cintakan dakwah dan tarbiyah ini, apakah perkara pertama yang ustaz akan katakan.
Beliau tersenyum memandang penulis. Beliau tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjawabnya.
“Persoalan Iman”! Katanya ringkas.
“Kita mesti melihat dan menilai kembali persoalan keimanan kita kepada Allah SWT. Persoalan iman mesti menjadi perkara pokok yang perlu kita perhatikan. Tanpa keimanan yang sebenar, segala usaha kita adalah sia-sia belaka.”
Ya, inilah persoalan asas yang dibawa oleh junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Persoalan iman. Apakah persoalan ini menjadi perbincangan utama dalam diri dan kehidupan kita? Terkadang dalam persoalan ibadah dan semangat untuk melaksanakan Islam berlaku juga situasi terlepas pandang dalam memberikan penekanan akan persoalan Iman.
Sejak penulis mula mengikuti halaqah tarbawiyah pertama pada tahun 1995, intipati halaqah penulis yang sering dititikberatkan adalah persoalan keimanan kepada Allah SWT. Iman, Iman dan Iman. Jiwa kami ditubi dengan persoalan besar ini. Persoalan iman bukanlah persoalan isu semasa, isu yang bermusim mahupun isu sensasi. Tetapi persoalan iman ini adalah persoalan asas yang akan menentukan kesudahan kita di akhirat kelak. Ianya menjadi titik tolak kepada asas kerja dakwah dan tarbiyah yang hendak dilaksanakan. Para sahabat RA sendiri tidak putus-putus mereka ditarbiyah dengan tarbiyah keimanan yang bertubi-tubi tanpa henti. Sehingga titik tolak penglibatan mereka dengan risalah dakwah Rasulullah SAW hanya sanya kerana Allah SWT semata dan bukan kerana yang lain. Kemudian mereka istiqamah atas keyakinan ini dan jalan yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Justeru mereka diangkat oleh Allah SWT menjadi umat yang terbaik.
Abu ‘Amr atau Ibnu ‘Amrah Sufyan Ibnu Abdillah Ats Tsaqafiy RA berkata: Saya berkata: Wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya di dalam Islam ini suatu ucapan yang tidak saya tanyakan kepada siapapun tentangnya selain engkau! Baginda bersabda: “Katakanlah: “Saya beriman kepada Allah,” kemudian istiqamahlah!” (HR Muslim)
Itulah pesanan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Pesanan itu turut ditujukan kepada kita. Mengapa iman begitu penting? Apakah maknanya iman dalam kehidupan sebenar kita? Adakah iman yang ada dalam diri kita telah berjaya menghidupkan fungsi sebenar kita sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini? Apakah ada perbezaan antara iman yang hidup dan dinamik dengan iman yang lemah dan palsu?
Sesungguhnyah hati yang beriman ialah hati yang benar-benar yakin dan percaya kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa tidak layak, rasa lapuk dan rasa was-was terhadap segala ajaran Allah SWT. Inilah keimanan yang penuh yakin dan tidak bergoncang lagi.
Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, menggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka seolah-seolah hadir di hadapan mata, memenuhkan jiwa dengan peranan tenang, sabar, tabah dan tetap pendirian. Orang-orang yang mempunyai iman seperti ini akan sanggup berkorban apa sahaja di jalan Allah SWT. Mereka bergantung, percaya, tawakkal, berharap, takut dan menyerah kepada Allah SWT. Kehidupan mereka samada secara individu, berkeluarga dan bermasyarakat tidak akan terputus daripada penghambaannya kepada Allah SWT.
Keimanan yang benar kepada Allah SWT dan istiqamah di atas jalannya sehingga mati adalah satu-satunya jalan untuk meraih redha Allah dan syurga-Nya. Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata: “Rabb kami adalah Allah” kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.” (Fushshilat: 30)
Firman Allah SWT lagi:
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata: “Rabb kami adalah Allah” kemudian mereka beristiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka, dan mereka tidak (pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.” (Al Ahqaf: 13-14)
Implikasi Iman
Apabila kita memiliki iman yang sebenar dan memenuhi ruang hati kita sebagai seorang muslim, maka jiwanya akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi hati seseorang muslim. Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah muslim, sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekali pun kulit muslim itu hitam atau sawo matang. Manakala di akhirat pula kemanisan iman ini akan dapat dirasakan lebih manis daripada madu.
Subhanallah, hebat dan luarbiasanya impak iman kepada kita. Tetapi mengapa hari ini umat seperti kehilangan energinya dalam mempertahankan kedaulatan aqidah dan kejatian dirinya sebagai muslim? Apa yang sudah berlaku kepada hatinya? Apakah kuasa iman yang luarbiasa tadi tidak kita meresap dalam diri kita?
Fenomena Lemah Iman
Menurut Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajjid dalam bukunya “Ubat Lemahnya Iman”, ada 8 perkara yang menyebabkan iman seseorang itu menjadi lemah dan tidak bermaya.
1.Melakukan kederhakaan dan amalan berdosa
Di kalangan orang-orang yang derhaka ada yang melakukan satu amalan kederhakaan secara terus-menerus dan ada pula yang melakukan berbagai-bagai amalan kederhakaan. Jika seseorang itu sering melakukan kederhakaan, maka kederhakaan itu boleh menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan. Seterusnya menjadikan hatinya keras daripada merasai kesan buruk kederhakaan itu. Akhirnya, pelakunya berani menderhaka secara terang-terangan, sehingga dia termasuk ke dalam golongan yang disebutkan di dalam hadith ini (yang bermaksud):
“Setiap umatku mendapat perlindungan afiat kecuali orang-orang yang terang-terangan. Dan, sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, kemudian dia berada pada pagi hari, padahal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, ‘Hai fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begini’, padahal Rabb-nya telah menutupinya, namun kemudian dia menyelak sendiri apa yang telah ditutupi Allah pada dirinya.”
(Riwayat Bukhari)
2. Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan dalam hati.
Kerana adanya perasaan keras dan kaku, menjadikan seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi oleh sesuatu apa pun. Allah SWT berfirman:
“Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” (Al-Baqarah: 74)
Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian. Tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan meletakkannya di liang kubur, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah seperti langkah-langkah kakinya di antara longgokan-longgokan batu.
3.Tidak tekun dan hilang khusyu’ dalam beribadah
Antara tanda lemah iman ialah tidak khusyu’ dan hilang tumpuan semasa solah, membaca Al-Qur’an, berdoa dan lain-lain. Tidak menyemak dan memikirkan makna-makna doa, sehingga ia membacanya hanya sekadar rutin yang membosankan. Boleh jadi, oleh kerana doa yang dibacanya hanya terbatas kepada doa-doa tertentu sahaja, maka ia tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah SWT tidak menerima doa yang dibaca ala kadar sahaja, sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith (yang bermaksud):
“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.” (At-Tarmizi)
4.Malas melakukan amal taat dan meremehkan ibadah.
Orang yang lemah iman, kalau pun melakukan ibadah, maka ia lakukan sekadar aktiviti kosong tanpa roh. Allah SWT telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya:
“Dan, apabila mereka berdiri untuk solah, mereka berdiri dengan malas.” (An-Nisa’: 142)
Termasuk juga dalam kelompok meremehkan ibadah ialah sikap tidak memperdulikan tanda-tanda kebaikan dan waktu-waktu yang tepat untuk beribadah. Pada masa yang sama tidak ghairah untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT. Contohnya, menunda-nunda perlaksanaan haji padahal ia mampu, mundur daripada medan peperangan dan hanya duduk di rumah dan menangguh-nangguh ikut solah berjamaah. Malas untuk menghadiri halaqah mingguan, menunda-nundakan dakwah dan sebagainya.
Orang yang lemah iman sebegini, perasaannya sama sekali tidak tersentuh jika ia tertidur hingga meninggalkan solah wajib. Begitu juga jika ia ketinggalan melakukan solah sunat rawatib atau wirid. Ia juga tidak berhasrat untuk menqadha atau menggantikan apa yang ketinggalan itu. Bahkan boleh jadi ia sengaja meninggalkan amalan sunat atau fardhu kifayah. Gambaran ini bertentangan dengan orang-orang yang disifati Allah SWT di dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan, mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (An-Anbiya’: 90)
Bermacam-macam lagi tanda-tanda kemalasan seperti malas dalam melaksanakan ibadah-ibadah rawatib, solah malam, solah dhuha, solah-solah nafilah dan melengah-lengahkan usaha datang ke masjid. Hatinya sama sekali tidak terketuk untuk melakukan semua itu.
5.Dada terasa sesak dan terbelenggu
Orang yang lemah iman akan merasakan seolah-olah wujud beban yang berat menghimpitnya. Ia cepat menjadi resah dan gelisah kerana suatu masalah yang remeh dan jauh daripada merasai lapang dalam hatinya. Rasulullah SAW telah mensifati iman sebagai berikut:
“Iman itu ialah kesabaran dan kelapangan hati.” (As-Silsilah As-Sahihah)
6.Hati tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al-Quran
Hati yang lemah tidak akan tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pengisahan kiamat dan lain-lain di dalam Al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi Al-Quran. Ia tidak berusaha untuk membuka dirinya agar berhubung secara langsung dengan Al-Quran. Sekiranya ia membuka mushaf, isi kandungannya tidak diperhatikan dan tidak diberikan perhatian.
7.Lalai daripada mengingati Allah SWT sewaktu berzikir dan berdo’a
Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berat baginya. Jika ia mengangkat tangannya untuk berdo’a, maka secepat itu pula ia menelangkupkan tangannya dan menamatkan doanya. Allah SWT telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya:
“Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.” (An-Nisa’: 142)
8.Tidak merasa tergugah dengan tanggungjawab untuk beramal demi kepentingan Islam.
Orang yang lemah iman tidak mahu berusaha untuk menyebarkan Islam dan menolongnya. Keadaan ini sangat jauh berbeza dengan para sahabat Nabi SAW.
Seorang pemuda, Ibnu Amr RA terus bergerak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja beliau memasuki Islam. Namun majoriti orang-orang Islam di zaman ini hanya suka duduk senang dan tidak memiliki rasa tangunggjawab untuk melakukan dakwah meski pun sudah sekian lama menjadi muslim. Firman Allah SWT:
“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalah sedikit.” (at-Taubah: 38)
Nilai Iman
Iman merupakan dasar hidup yang amat penting bagi membuahkan hasil yang baik dan bernilai dalam seluruh cabang hidup. Mana-mana amalan yang tidak lahir daripada keimanan, maka ia tidak bernilai di sisi Allah SWT. Allah SWT telah membuat perbandingan di dalam FirmanNya:
“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” (Ibrahim: 18)
“Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.” (an-Nur: 39)
Amalan soleh itu adalah buah Iman. Iman itu hidup dan bergerak melahirkan amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat baik sahaja tanpa diamalkan.
“Dan sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan yang soieh dari lelaki atau perempuan, sedangkan ia seorang yang beriman, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dikurangi sedikitpun (pahala amalan mereka). (An nisaa’: 124)
Asy syahid Syed Qutb dalam tafsir Fi Dzilalul Quran dalam menafsirkan ayat ini menegaskan bahawa :
“ Keimanan itu adalah syarat bagi penerimaan sesuatu amalan dan mana-mana amalan yang tidak terbit daripada keimanan dan tidak disertai oleh keimanan adalah tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah. Syarat ini memang tabi’i dan logikal kerana keimanan kepada Allah itulah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang baik itu terbit dari kefahaman dan niat yang tertentu dan menjadikan perbuatan itu suatu yang benar yang tabi’i dan teratur bukannya terbit kerana tujuan untuk memenuhi kehendak keinginan peribadi dan bukannya yang kebetulan yang tidak diatur dengan rapi dan tidak ditegakkan di atas sesuatu asas atau dasar.”
Semoga Allah mengurniakan kita iman yang benar, dan dengan keimanan itulah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada-Nya. Wallahua’alam

http://baderol.blogspot.com/
Comments
Post a Comment