Diet Harian Wanita Yang Berharap Untuk Menjadi Manusia Tergemuk di Dunia
 



Susanne Eman Casa Grande, berasal dari Arizona-kini seberat 720 paun- berharap untuk menjadi wanita paling gemuk sepanjang zaman dan mengatasi rekod wanita tergemuk sebelum ini yang memiliki berat 1600 pound.  
 
 

 

Berikut adalah apa yang Susanne makan setiap hari untuk cuba memecahkan rekod itu. Ia adalah menu dengan jumlah kalori 21962 kalori sehari! Kenapa dia melakukan ini? Kerana dia dianggap sebagai wanita 'paling hot' oleh komuniti SSBBW (Super-Size Big Beautiful Woman).

Sarapan Pagi

6 Scrambled Eggs Cooked In Butter=468 cal.

Half Pound Of Bacon=1,168 cal. 

4 Hash Browned Potatoes=672 cals. 

6 Pieces Of Buttered Toast=600 cals. 

Ice Cream Shake=1,160 cals. 

Bag Of Animal Crackers=1,950 cals. 

2-Liter Of Soda=800 cals. 

Bag Of Barbeque Chips=1,650 cals. 
 
 3 Ham And Cheese Sandwiches=1,576 cals.


Makan Tengah Hari

3 Beef, Bean And Green Chili Burritos With Sour Cream=1,453 cals. 

Salad With Bacon, Cheese And Chicken=1,479 cals. 


Makan Malam
12 Tacos=4,906 cals.

2-Liter Of Soda=800 cals. 

8 Scoops Of Ice Cream=2,080 cals. 

Pan Of Brownies=1,200 cals. 


JUMLAH KALORI SEHARI : 21,962 CALORIES


Gila! Ia memang satu kegilaan yang GILAAA!

sumber: dailymail.co.uk, http://www.coolpicturegallery.us
Macam-Macamlah Mr. Bean oiii...!!!
 



Tamak sungguh Mr. Bean ni...semua dia nak jadi!


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


hahaha...memang tak bleh blah sungguh, nak termuntah pun ada..bluekk!


5 Tandatangan Termahal di Dunia
 

1. Tandatangan William Shakespeare


Banyak yang percaya bahawa tandatangan milik William Shakespeare adalah tandatangan yang termahal di dunia. Hanya ada 6 tandatangan beliau yang asli dan setiap satu dikatakan bernilai sekitar $ 5 juta (RM 15 juta).


2. Tandatangan Presiden AS Abraham Lincoln


Surat yang ditandatangani Presiden AS Abraham Lincoln pada 8 Januari 1863 yang menyatakan sokongan beliau terhadap proklamasi emansipasi dilelong dengan harga $ 748,000 (RM 2, 244000) pada tahun 1991.



3. Tandatangan John Lennon


 John Lennon melancarkan album terakhir yang merupakan kolaborasi beliau bersama dengan Yoko Ono. Pada tahun 2003, salinan terakhir album itu yang telah ditandatangani oleh Lennon sebelum dia dibunuh oleh Mark Chapman dijual pada harga $ 525.000 (RM 1, 575000).



4. Tandatangan Jimmy Page


Tandatangan Jimmy Page pada sebuah gitar adalah salah satu daripada tandatangan yang paling berharga ditandatangani pada sebuah jualan lelong. Ia dijual pada harga 49,000 (RM 275, 000).



5. Tandatangan Jimmy Hendrix

Potongan kertas ditandatangani oleh Jimmy Hendrix memiliki harga mulai dari £ 41,000 (RM 230,000). Rocker yang meninggal ketika berumur 27 tahun itu dianggap sebagai pemain gitar paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock.


Baca juga:

sumber: http://wahw33d.blogspot.com/
Mengagumkan...Penemuan Luar Biasa di New Guinea
 



Seekor katak bertaring, ular buta dan dolfin berkepala bulat adalah antara lebih daripada 1,000 spesies baru yang ditemui baru-baru ini di kepulauan Melanesia di New Guinea. Turut ditemui ialah yu sungai dan berdozen-dozen rama-rama.
 

Laporan terbaru kumpulan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) mengenai habitat semula jadi pulau itu menyatakan saintis membuat penemuan menakjubkan itu pada kadar dua spesies seminggu dari 1998 hingga 2008.

“Laporan ini menunjukkan New Guinea mempunyai hutan dan sungai yang antara lain berbiodiversiti paling kaya di dunia,” kata wakil program Barat Melanesia WWF, Neil Stronach.

New Guinea yang terpisah antara Indonesia di barat dan Papua New Guinea di timur mempunyai salah satu ekosistem yang paling menarik dan tidak tercemar. Hutan hujan tropikanya merupakan ketiga terbesar di dunia selepas Amazon dan Congo.
 

Walaupun pulau tersebut meliputi hanya 0.5 peratus daripada daratan bumi, WWF melaporkan ia menghimpunkan sehingga lapan peratus daripada spesies-spesies dunia.

Sebelum ini pun, umum mengetahui New Guinea sudah mempunyai biodiversiti yang amat menarik seperti rama-rama terbesar dunia yang memiliki sayap berukuran 30 sentimeter (12 inci) dan tikus gergasi yang boleh membesar sehingga satu meter panjang.


Para saintis, menurut WWF, percaya satu kilometer persegi (247 ekar) tanah rendah di hutan hujan tropika itu mempunyai sebanyak 150 spesies burung. Sebanyak 1,060 spesies yang disahkan penemuan baru oleh saintis antara 1998 dan 2008 dipercayai hanya merupakan sebahagian kecil bilangan spesies di New Guinea.

“Begitulah hebatnya biodiversiti New Guinea kerana penemuan baru dikira perkara biasa hingga ke hari ini,” menurut laporan WWF yang bertajuk, “Final Frontier: Newly Discovered Species of New Guinea (Sempadan Akhir: Spesies Terbaru Ditemui di New Guinea)”.

Salah satu penemuan paling menarik yang direkodkan dalam laporan WWF itu ialah dolfin berkepala bulat, bersirip, pendek dan terjungkit. Ikan istimewa tersebut berenang di perairan pantai yang terlindung dan cetek serta berdekatan sungai dan muara anak sungai kecil.
 

Ditemui pada 2005 di Papua New Guinea, ia adalah spesies pertama dolfin baru yang direkodkan di dunia dalam tempoh tiga dekad. WWF berkata, ia juga ditemui di Australia.

Antara lain-lain 12 mamalia yang ditemui pada dekad ini ialah tenggiling yang diberi nama mengikut nama ahli alamiah Britain, Sir David Attenborough atau nama saintifiknya Zaglossus attenboroughi.

Salah seekor 134 katak yang ditemui digelar sebagai Litoria sauroni kerana matanya berbintik merah dan hitam. Ia mengingatkan kita kepada karakter jahat, Sauron dalam filem ‘Lord of the Rings’.


Seekor lagi katak baru amat menarik kerana saiznya yang kecil. Panjangnya hanya satu sentimeter, sementara seekor lagi mempunyai taring macam puntianak.

Sembilan spesies siput yang sangat berwarna-warni adalah antara 580 invertebrat baru yang ditemui.
Salah seekor siput berwarna kuning terang manakala seekor lagi hijau dan hijau. Lain-lain invertebrat baru ditemui ialah udang krai berwarna aprikot yang terang.


Ia adalah sebahagian daripada famili haiwan bernama “yabbies” di Australia dan sesetengah tempat di dunia. Ia berkepanjangan antara sembilan hingga 12 sentimeter.

Ikan baru yang ditemui berjumlah 71. Ia datang dalam pelbagai warna, termasuk sejenis ikan yang memancarkan kilauan warna biru.


Para saintis mengagumi ikan tersebut yang ditemui pada batu karang di Milne Bay, Papua New Guinea. WWF berkata, penemuan paling luar biasa ialah seekor yu sungai berukuran 2.5 meter di Papua New Guinea. Spesies itu kemudiannya turut dikesan di bahagian utara Australia.

Daripada 43 jenis reptilia yang ditemui, seseorang boleh mendakwa ular paling tidak berbahaya di dunia ialah seekor ular yang panjangnya hanya 12-14 sentimeter, matanya bersisik sehingga ia tidak boleh melihat, tidak boleh mematuk dan tidak mempunyai bisa.

WWF memberitahu, tindakan manusia memusnahkan habitat semula jadi New Guinea pada kadar yang cepat. Antara ancaman yang disenaraikan dalam laporan itu ialah pembalakan haram dan tidak terancang, pembukaan hutan untuk tujuan perladangan, perlombongan, pembinaan jalan raya dan penangkapan ikan yang tidak terancang.


Antara spesies-spesies lain yang turut ditemui:

 
 
 
 
 
 
 

sumber: mstar, http://news.nationalgeographic.com

Comments

Popular posts from this blog