MARI AMAL JARIAH DAN FISABILILLAH UNTUK SAHAM AKHIRAT ANDA - BAGI PERBELANJAAN PENGURUSAN MASJID DAN KAKITANGAN MASJID
SUMBANGAN BOLEH DIKREDITKAN KE AKAUN: MASJID BANDAR SERI PUTRA - Maybank Islamic : 5628 3450 4024
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam : 1202 9010 0595 85
Resit rasmi drp Bendahari - Setiausaha - Sdr Adli 0132215804
“Tahukah anda menurut Statistik daripada American Pregnancy Association menunjukkan 30% daripada wanita hamil akan mengalami keguguran, 43.75% wanita yang mengandung akan mengalami komplikasi daripada kehamilan tersebut dan 23% daripada wanita hamil akan mengalami kelahiran Pra Matang!”
Sumber: americanpregnancy.org
Dari Meja Laptop: Hafiz Wasa
Kepada Semua Bakal Ibu Dan Bapa,
Tahniah! Ya saya mengucapkan tahniah kepada anda yang bakal bergelar ibu ataupun bapa. Tiada apa yang lebih mengembirakan daripada mengetahui berita yang kita bakal bergelar ibu atau bapa.
Tetapi...
“Jangan biarkan kegembiraan bertukar menjadi kisah duka”
Untuk makluman anda, kehamilan atau mengandung adalah satu proses fisiologi membabitkan pertumbuhan sel baru sehingga terbentuknya bayi.
Dalam proses berkenaan pelbagai komplikasi dan risiko yang bakal si ibu alami sebelum bayi dalam kandungan selamat dilahirkan.
Antara risiko buruk yang bakal ibu mengandung alami adalah seperti:
Keguguran
Kelahiran bayi pra matang
Bayi yang dilahirkan mengalami berat badan yang kurang daripada normal
Ibu mengandung berisiko mengalami diabetes yang boleh menjejaskan kesihatan
Ibu mengandung berpotensi mengalami tekanan darah tinggi.
Bayi yang dilahirkan tidak cukup sifat.
Masalah ketika kelahiran atau bersalin. Disinilah anda ditentukan untuk melahirkan bayi secara normal atau cesarean.
Sebagai tambahan, menurut US National Diabetes Statistics fact sheet, NIDDK, 2003,kegagalan untuk ibu mengandung mengawal diabetes (kencing manis) ketika hamil boleh menyebabkan:
1)Kecacatan pada bayi sebanyak 5-10% daripada setiap kehamilan
2)Boleh menyebabkan kelahiran bayi yang besar daripada normal.
3)Boleh menyebabkan keguguran mengejut ketika trimester pertama sebanyak 15-20% daripada wanita yang hamil.
“Kehamilan Merupakan Suatu Pengalaman Yang Seronok Tetapi Berisiko”
Setiap wanita yang hamil mempunyai pengalaman kehamilan yang berbeza-beza. Begitu juga dengan risiko dan komplikasi kehamilan yang berbeza-beza. Ini kerana setiap tubuh badan manusia mempunyai tindak balas fisiologi dan hormon yang berbeza-beza.
Jadi disini dapat disimpulkan setiap wanita yang hamil atau sedanga mengandung bakal mempunyai komplikasi daripada proses kehamilan tersebut. Antara komplikasi kehamilan atau proses mengandung ini adalah seperti:
Alahan atau alergik terhadap makanan atau haiwan
Muntah-muntah yang teruk (morning sickness)
Kuat makan sehinggakan berat badan meningkat.
Berat badan yang meningkat akan mencetuskan obesiti dan obesiti akan mencetuskan penyakit kencing manis kepada ibu hamil.
Sembelit yang teruk
Buasir
Jangkitan kuman (bakteria) pada saluran kencing.
Anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Apabila berlaku anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan ibu dan bayi tidak mencukupi. Jadi situasi ini cukup bahaya terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.
Sakit urat dan kekejangan otot kaki.
Tahukah anda bahawa komplikasi-komplikasi yang saya sebutkan diatas dapat diatasi dengan mudah. ..
Untuk makluman anda, Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), kira-kira 500,000 wanita di seluruh dunia maut akibat komplikasi mengandung dan melahirkan anak setiap tahun, sementara anggaran 20 juta menderita penyakit yang berkaitan dengan kehamilan selepas melahirkan anak.
Hampir empat juta bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari selepas kelahiran sementara berjuta-juta lagi menderita akibat kecacatan, penyakit, infeksi dan kecederaan.
Semasa isteri saya mengandung anak pertama, beliau tiada masalah. Cuma beberapa komplikasi kecil seperti muntah-muntah dan pening kepala sahaja ketika trimester pertama.
Dan semasa kelahiran anak pertama cukup mudah sekali. Saya masih ingat, ketika itu isteri mengadu sakit perut seperti mahu membuang air besar. Kemudian selepas 1 jam semakin kerap isteri saya ke tandas.
Memandangkan ketika itu isteri saya sudah mencapai 9 bulan 6 hari, saya terus membawanya ke hospital.
Semasa di hospital, Jururawat telah melakukan pemeriksaan dan pintu rahim sudah membuka sebanyak 9cm. Justeru itu isteri saya terus dibawa masuk ke dewan bedah.
Tidak sampai 15 minit, anak pertama kami selamat dilahirkan...
Tetapi semasa isteri saya mengandungkan anak kedua, ia tidak semudah mengandungkan anak pertama. Disinilah beberapa komplikasi kehamilan terpaksa isteri saya hadapi.
Dan termasuklah kami hampir kehilangan anak kedua disebabkan risiko keguguran (threatening abortion). Disebabkan peristiwa inilah baru saya sedari betapa pentingnya ilmu kesihatan yang wajib kita diketahui.
Namun selepas itu kami lebih peka terhadap penjagaan kehamilan yang betul, cara diet yang betul serta aktiviti yang sesuai untuk dilakukan akhirnya anak kedua kami selamat dilahirkan.
Bukan semudah yang disangka, pelbagai kajian dan pembacaan berkenaan kehamilan kami selidiki. Bagi mencari satu jawapan iaitu...bagaimana caranya untuk mendapatkan ibu dan bayi yang sihat, proses kelahiran yang mudah, menangani komplikasi kehamilan dan menjadikan proses kehamilan berjalan dengan lancar...
Ini semua bermula dari alam kehamilan lagi.
“Bagaimanakah untuk memastikan proses
kehamilan berjalan dengan lancar dan selamat?”
Apa yang penting adalah ilmu. Ilmu pengetahuan berkaitan ibu mengandung adalah amat penting untuk dipelajari.
Pada zaman sekarang teknologi perubatan telah diterokai hampir sepenuhnya. Pelbagai alasan klinikal ditemui bagi menyelesaikan masalah berkaitan kehamilan.
Dan ilmu berkaitan kehamilan anda boleh dapati dimana-mana termasuklah diinternet, melalui buku-buku kehamilan dan juga melalui pertanyaan kepada sesiapa yang pakar terhadap kehamilan.
Namun, anda bertuah kerana saya telah menyediakan kepada anda 2 modul yang perlu anda miliki sekiranya anda ingin hamil atupun baru disahkan mengandung.
Panduan mengandung 2 modul ini telah dikarang khas berdasarkan pengalaman saya sendiri, berdasarkan kajian melalui buku-buku kehamilan yang lain dan juga melalui informasi daripada doktor kesihatan keluarga.
Jom kita lihat apakah modul yang bakal membantu setiap kehamilan di Malaysia:
Modul 1
Status: Penjualan masih dibuka Penghantaran: Link download akan dihantar ke peti email anda.
Tiada Penghantaran buku ke Rumah. Saiz Download: 1.98 MB
Ketebalan: 72 Muka Surat
Kompatibiliti: PDF (Boleh dibuka di semua komputer)
Sekarang saya akan dedahkan bagaimana ebook ini akan membantu kehamilan setiap wanita menjadi sempurna:
Apakah persediaan yang diperlukan apabila kita merancang untuk hamil.
13 tanda-tanda hamil yang biasa wanita di Malaysia alami.
Penerangan terperinci setiap trimester yang ibu mengandung akan alami. Disini ibu hamil akan lebih mengerti bagaimana pertumbuhan bayi mereka.
Anda akan ketahui jadual bayi anda bangun dan tidur ketika alam rahim lagi.
Adakah bahaya mewarnakan rambut ketika hamil?
Ketika usia kandungan anda mencecah 23 minggu, apa yang perlu anda lakukan supaya ia dapat membesar dengan normal.
Bagaimanakah untuk menghilangkan ‘stretch mark’ untuk ibu mengandung. Akan dijelaskan kelak.
Apakah Braxton Hick contraction? Adakah itu petanda anda akan bersalin?
Akan diajar kepada anda berkenaan proses ‘booking’. Proses booking ini amat penting untuk ibu yang mengandung. Ia umpama sebuah novel yang menceritakan kisah kehamilan anda.
Kepada wanita yang mengidap HIV, saya juga ada menerangkan apa yang perlu anda lakukan jika anda disahkan HIV positif.
Ramai wanita mengandung mahu menjaga badan supaya tidak gemuk ketika hamil, tindakan ini amat berbahaya sekali untuk bayi. Sebenarnya wanita mengandung perlukan peningkatan berat badan yang tertentu bagi memastikan wanita itu kekal sihat walaupun tidak langsing. Bab ini ada saya terangkan terperinci...
Apakah pemakanan yang sihat untuk ibu mengandung? Ada saya jelaskan dalam ebook ini.
Bagaimanakah diet ibu hamil yang betul dapat membantu pertumbuhan bayi?
Apakah supplement yang sesuai untuk ibu mengandung? Dan apakah vitamin yang boleh merbahayakan kesihatan bayi dalam kandungan? Perkara ini juga diterangkan dalam modul 1.
Apakah perkara yang perlu dielakkan ketika hamil?
Bagaimanakah dengan satu senaman dapat memudahkan ibu mengandung untuk bersalin?
Terdapat satu ‘guideline’ penggunaan ubat-ubatan dan herba kepada ibu mengandung. Peraturan ini perlu diikuti untuk memastikan ibu dan bayi selamat.
Bagi wanita di Malaysia, terdapat beberapa jenis tanda yang menunjukkan wanita mengandung hampir bersalin. Di bab terakhir ada saya jelaskan perkara ini.
Dan banyak lagi...
Ini baru Modul 1, pelbagai maklumat berguna untuk ibu mengandung saya dedahkan. Saya tidak lokek ilmu, apa yang saya alami dan apa yang saya pelajari saya kongsikan kepada semua orang.
Ok baiklah, sekarang saya akan jelaskan mengenai Modul 2 dalam usaha untuk setiap ibu mengandung dapat melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna...
Modul 2
Status: Penjualan masih dibuka Penghantaran: Link download akan dihantar ke peti email anda.
Tiada Penghantaran buku ke Rumah. Saiz Download: 251 kB
Ketebalan: 25 Muka Surat
Kompatibiliti: PDF (Boleh dibuka di semua komputer)
Tajuk: Apakah Masalah utama Ketika Hamil?
Dalam modul 2 para ibu mengandung akan terdedah kepada maklumat-maklumat yang pasti mengejutkan iaitu pendedahan satu per satu masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapi.
Tanpa membuang masa, jom saya terangkan sedikit isi kandungan Modul 2 ini.
7 tip mudah dikongsikan kepada anda bagaimana untuk mengatasi ‘morning sickness’.
Jika anda sering kali sakit belakang, jangan risau kerana saya ada cara yang berkesan untuk mengurangkan sakit belakang bagi wanita mengandung.
Bagi wanita hamil, sembelit dan buasir adalah perkara yang sering kali mereka hadapi.
Apabila hormon progesteron meningkat terutama ketika trimester pertama dan ketiga, wanita yang mengandung akan mengalami angin dan kembung perut. Masalah ini amat tidak selesa sekali. Namun saya ada jalan untuk mengatasinya.
Setiap wanita yang mengandung akan diberikan ujian MOGTT. Amatlah penting ujian ini bagi memastikan sejauh manakah berisikonya kandungan anda. Anda akan ketahui lebih lanjut hal ini dalam Modul 2 nanti.
Preeclampsia adalah salah satu penyakit yang bakal ibu hamil hadapi. Walaupun tidak semua, namun anda perlu peka terhadap gejala-gejala ini demi keselamatan kandungan anda. Ketahui lebih lanjut Preeclampsia dalam Modul 2 ini.
“Inilah Panduan Lengkap Sebagai Rujukan Untuk Setiap Ibu Mengandung”
Dalam usaha untuk menyiapkan Modul-Modul kehamilan ini, penelitian dari aspek klinikal ditekankan kepada anda agar anda dapat memahami setiap apa yang berlaku terhadap tubuh anda ketika hamil.
Dengan kefahaman terhadap fungsi tubuh atau fisiologi anda ketika hamil, ia akan memberi satu kesan psikologi terhadap diri anda agar kehamilan anda berjalan dengan lancar dan sempurna.
Apa yang penting setiap ibu mengandung akan mengetahui masalah-masalah dan penyakit yang kebiasaannya ibu mengandung alami serta didedahkan juga tip-tip untuk mengatasi masalah tersebut
Siapakah yang layak memiliki Ketiga-tiga modul ini?
Ibu yang baru hamil
Ibu yang bercadang untuk mengandung dalam masa yang terdekat.
Ibu bapa yang mempunyai sejarah atau keturunan yang pernah mengalami keguguran.
Wanita yang pernah mengalami keguguran.
Wanita yang hamil tetapi mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi ataupun kencing manis.
Berapakah Pelaburan Demi Kesihatan Anda dan Kandungan anda?
Dengan memiliki ebook ini, ia merupakan langkah pertama anda untuk mendapatkan kesihatan yang optimum ketika kehamilan.
Anda akan memperolehi ilmu yang teramatlan penting sekali untuk memastikan kandungan anda dan juga diri anda selamat dan tiada sebarang komplikasi ketika mengandung dan juga menikmati kelancaran proses bersalin.
Seperti yang saya jelaskan diawal tadi, terlalu banyak risiko-risiko yang bakal ibu mengandung hadapi. Dan ada sesetengah daripada risiko berkenaan boleh dielakkan jika diri anda dilengkapi ilmu yang secukupnya.
Jika saya bertanya kepada anda, adakah anda yakin anda mampu mendapatkan buku panduan seperti ini di kedai-kedai buku? Jika adapun saya amat yakin sekali harganya boleh mencecah RM50 dan keatas. Ada juga buku panduan seperti ini yang dihuraikan secara klinikal berharga lebih RM80 dan ianya dalam bahasa English. (itupun jika memang ada di jual di luar sana)
Ya, inilah nilai sebenarnya panduan ini RM80. Tetapi saya ingin melihat kebahagiaan anda untuk menikmati kehidupan bersama insan tersayang. Demi kebahagian dan kesihatan anda, anda tidak perlu melabur sehingga RM80, tetapi hanya RM40 sahaja.
Saya berikan anda harga yang mampu milik iaitu RM40 sekarang juga. Klik butang di bawah untuk tempahan segera …
Oops, nanti dulu! Jangan buat bayaran lagi!
Jika anda membuat tempahan dalam masa 24 jam dari sekarang, anda akan mendapat tawaran bonus PERCUMA yang tidak pernah diberikan dan dijual dimana-mana kedai buku seperti Popular, MPH ataupun Borders...
pssst!!! bila-bila masa saya berhak untuk menarik balik tawaran bonus ini...
Bonus Khas:
Status: Sebagai Bonus Penghantaran: Link download akan dihantar ke peti email anda.
Tiada Penghantaran buku ke Rumah. Saiz Download: 32 kB
Ketebalan: 18 Muka Surat
Kompatibiliti: PDF (Boleh dibuka di semua komputer)
Ianya ditulis khas berdasarkan pengalaman kakak ipar sendiri yang mengalami keguguran dan juga pengalaman isteri saya yang hampir mengalami keguguran.
Jika anda benar-benar sayangkan kandungan anda, jom baca apa yang saya perkatakan dalam ebook ini:
Anda akan diterangkan bagaimana proses terjadinya keguguran.
Anda akan didedahkan beberapa jenis keguguran. Dimana setiap jenis keguguran itu memberi kesan terhadap perubahan fisiologi anda.
Adakah keguguran akan menjejaskan tahap kesuburan anda?
Adakah jika anda mengalami keguguran anda akan hamil lagi? Dan jika boleh berapa lamakah anda perlu tunggu untuk hamil lagi.
Bagaimanakah untuk mencegah keguguran daripada berlaku? Akan diterangkan juga kepada anda.
Jika anda pernah mengalami keguguran, adakah ia boleh berulang kembali.
Ya! Anda memang amat memerlukan E-book ini..
Oleh itu..
Jaminan Kepuasan 100%
Dengan setiap pembelian ebook “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil” ini, anda akan mendapat jaminan kepuasan 100% daripada saya.
Setelah anda dapatkan ebook ini dan bonusnya sekali, sekiranya anda dapati ilmu yang terkandung di dalamnya langsung tidak berguna dalam membuatkan kehamilan anda berjalan lancar dan selamat serta anda tidak berpuas hati, wang anda akan saya kembalikan...
Anda simpan ebook berserta bonus-bonusnya, emailkan kepada saya tentang ketidakpuasan hati, dan wang anda akan saya berikan semula TANPA BANYAK SOAL. Anda akan mendapat jaminan tanpa risiko. INI JANJI SAYA.
* Pulangan wang dijamin!
Jika Anda Benar-benar Ingin Melihat Proses Kehamilan Anda Berjalan Dengan Lancar Dan Selamat...
Apa yang saya tawarkan kepada anda ini tiada nilainya. Saya pasti anda bersetuju dengan kata-kata saya. Bukan senang dan bukan semua orang dapat merasai pengalaman kehamilan.
Beratus-ratus pasangan telah mencuba untuk hamil tetapi gagal namun anda adalah orang yang bertuah untuk merasai proses kehamilan. Jadi jaga baik-baiklah kandungan anda dan tuntutlah ilmu supaya kandungan anda berada dalam keadaan normal dan sempurna.
Namun begitu, harga RM40 adalah harga bagi tempoh yang amat-amat TERHAD! Ada kemungkinan besar yang saya akan menaikkan harganya kepada RM80 pada bila-bila masa! Mungkin esok atau lusa.
Terus terang saya katakan, jangan bertangguh lagi. Semakin hari semakin membesar kandungan anda. Dan kandungan anda memerlukan penjagaan yang sempurna daripada anda. Jangan terlambat...
Ya! Saya ingin dapatkan ebook “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil” ini berserta bonusnya sekali dengan hanya RM40 sebelum harganya dinaikkan.
"Klik imej 'Dapatkan Sekarang' untuk membawa anda ke laman tempahan"
Yang Benar,
Hafiz Wasa
Health Consultant
B.Pharm (Hons) USM www.9bulan.info www.lelakisubur.com
Hubungi Saya:
hafizwasa[at]gmail.com
[at] diganti dengan @
P.S. Panduan ini bukan sahaja tercipta daripada pengalaman saya namun ia adalah ramuan daripada beberapa jenis buku yang diterbitkan daripada luar negara. Jadi saya telah memudahkan kerja anda untuk mendalami ilmu berkaitan kehamilan ini. P.P.S. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan Panduan ini merupakan penyelesaian kepada setiap masalah ibu mengandung.. P.P.P.S. RM40 hanyalah satu pertukaran untuk mendapatkan ilmu yang menyempurnakan perjalanan kehamilan anda... P.P.P.P.S. Terus terang saya katakan langsung tiada kerugian anda mendapatkan Panduan ini. Dengan jaminan pembelian terus daripada saya anda bukan sahaja mendapat ilmu tetapi jaminan pemulangan wang akan diberikan jika anda tidak berpuas hati terhadap kandungan dalam Panduan ini.
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘...
Resepi Perut Lembu Panggang Assalamualaikum… Bila dah berkahwin, macam-macam makanan yang Zifa jumpa. Maklumla kahwin dengan berlainan negeri. Kalau kahwin sama-sama kampung tak merasa la pengalaman berada di negeri orang. Sebab itu digalakkan kita mencari ilmu sampai ke negeri China. Banyak perkara baru yang dapat kita perolehi. So, entry kali ini Zifa nak berkongsi satu resepi keluarga yang Zifa belajar dari mak mertua Zifa iaitu resepi perut lembu bakar. Meleleh pulak. Ini adalah antara resepi dan makanan yang Zifa baru jumpa dan cuba sejak berkahwin. Zifa memang minat dengan apa-apa makanan yang berasaskan perut lembu. Di Terengganu, resepinya lain skit. Nanti akan dikongsikan kemudian. Actually perut lembu yang dimaksudkan dalam resepi ini adalah perut bulat iaitu usus lembu yang panjang-panjang tu. Suami panggil nama ‘perut bulat’. Tak tau la pulak hang pa panggil apa. Orang Utara panggil esau atau perut muda. Jom....
BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit Salam pagi Jumaat Hari baik2 ni nak ler berkongsi dgn u all pasal penyakit batu karang yer kot2 ada yang mencari2 perubatan tradisional meh sini I nak share mende2 baik ni kita kena kongsikan bersama Pagi2 buta sebelum suboh dah tercongok kat sini bukan aku yang sakit temankan ajer sebab kesian sakitnya dah teruk sgt sampai nak kena buat operations So sebagai mencari alternatif lain tak salah rasanya kalau nak mencuba rawatan tradisional cuma aku tekankan kat sini kalau bomoh yang pakai jampi serapah contoh cam kemenyan tu sorilah dah sah2 aku sendiri pun tak percaya khurafat lagi (baru jer feeling2 nak bodek Mr Y pi tengok citer khurafat..tp ada blogger kata tak serem punnn...cancell) So kalau korang pi sini tak perlu bawa air...botol beli jer kat sini...yang besar tu harganya RM2 ... so kami beli dua sebab apa aku expla...
Comments
Post a Comment