China guna alat intip kenderaan


KEADAAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong begitu sibuk dengan kenderaan ketika laporan mengatakan China memasang alat intipan pada kenderaan pulau itu.
KEADAAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong begitu sibuk dengan kenderaan ketika laporan mengatakan China memasang alat intipan pada kenderaan pulau itu.

Pemeriksaan kereta Hong Kong sahkan taktik keselamatan Beijing

HONG KONG: China memasang peralatan mengintip terhadap semua kenderaan nombor plat berkembar China-Hong Kong yang membantu Beijing mewujudkan rangkaian luas mencuri dengar di seluruh kepulauan terbabit sejak beberapa tahun lalu.Laporan akhbar Apple Daily menyebut bahawa peralatan merakam itu mula dipasang sebagai ‘kad kuarantin dan pemeriksaan’ pada Julai 2007. Ia dipasang tanpa bayaran oleh Biro Kuarantin dan Pemeriksaan Shenzhen terhadap beribu-ribu kenderaan.
Penyeludup adalah kumpulan pertama menyedari sesuatu pelik mengenai alat itu. Satu sumber memberitahu Apple Daily bahawa selepas kad itu dipasang pihak berkuasa tanah besar tidak mempunyai masalah untuk menahan kereta yang membawa barangan haram.

“Bagi setiap 10 kereta yang kami kendalikan, kami hanya letak barangan seludup dalam tiga atau empat kenderaan bagi mengurangkan risiko, tetapi ejen sempadan menahan semuanya. Ketepatan seperti itu tidak munasabah!” lapor Apple Daily yang memetik penyeludup.

Peralatan itu, lebih kecil daripada sebuah PDA dan dilekatkan pada tingkap hadapan kenderaan. Pita pelindung menutup skru, bagi menghalang ia dikesan.

Tetapi, Apple Daily mengalihkan peralatan itu dan membawanya kepada pakar untuk pemeriksaan sebelum menunjukkan gambar alat dan komponen rakaman berkenaan pada web.
Apple Daily memberi alat itu kepada seorang profesor universiti dan penyiasat peribadi yang memberi keterangan menyokong potensi unit terbabit melakukan intipan.

Zhang Dawei dikenali sebagai seorang penyiasat selama lebih 30 tahun melihat peralatan dalam struktur dalaman dan memberitahu akhbar itu bahawa alat berkenaan boleh digunakan untuk mencuri dengar.

Seorang profesor madya kejuruteraan elektrik di City University Hong Kong, Zheng Liming, membuka alat itu dan mengesahkan bahawa ia boleh mendengar perbualan. – Agensi
Berita Harian Online | China guna alat intip kenderaan


Comments

Popular posts from this blog