Inilah Pemegang Kunci Kaa'bah, Juga Pelbagai Jenis Kunci Kaa'bah Sepanjang Zaman Mungkin inilah jawatan yang diimpikan kebanyakan umat Islam, iaitu sebagai pemegang kunci Kaabah. Ianya adalah posisi yang diberikan secara langsung oleh Nabi Muhammad setelah menguasai Makkah ketika itu. Setelah menghancurkan semua berhala dalam Kaabah dan bangunan itu dimandikan, Nabi Muhammad lantas menyerahkan kunci-kunci pintu Kaabah kepada Usman bin Taha dan Muthalib, sepupu Othman. "Kunci ini akan tetap anda pegang hingga hari kiamat," kata Nabi. Saat ini, kunci Kaabah itu dipegang oleh keturunan Muthalib, iaitu Syeikh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi. Beliau bertanggung jawab untuk membuka dan menutup pintu Kaabah serta mencuci bangunan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim itu. Syeikh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi (kiri) "Kunci-kunci ini harus dipegang oleh anggota tertua keluarga, jadi kemungkinan sepupu saya juga boleh memegangnya," kata Syekh Abdul Qadir. Beliau mengatakan Kaabah dimandikan dua kali setiap tahun, iaitu pada 15 Muharam dan permulaan bulan Sya'abn. Biasanya acara ini dihadiri oleh raja Arab Saudi atau Emir Makkah Putera Khalid al-Faisal, dan para pegawai kanan. Berikut ialah pelbagai jenis kunci Kaa'bah mengikut peredaran zaman, sebahagiannya kini sudah dilelong di beberapa pusat lelongan di London: |
Keindahan Ladang Tulip di Belanda Yang Berwarna-Warni Dari jauh, ia kelihatan seperti sebuah kotak krayon gergasi yang digunakan oleh kanak-kanak gergasi untuk mewarna. Namun ia hanyalah sebuah pemandangan biasa yang hanya berlaku pada setiap bulan Mei di Belanda. Landskap Belanda pada bulan Mei kelihatan seperti sebuah kaleidoskop pelbagai warna indah ketika bunga-bunga tulip mula mencapai kematangan. Benih tulip mula ditanam pada akhir Oktober dan awal November tahun sebelumnya sebelum dituai pada bulan Mei pada tahun berikutnya. Lebih daripada tiga bilion tulip berkembang setiap tahun dan dua pertiga daripada bunga yang berkualiti dieksport, kebanyakannya ke Amerika Syarikat dan Jerman. Warna-warna yang menarik ini bermula sejak abad ke-17 lagi apabila peminat tulip mula membersihkan tanah lapang di Belanda dan ditanam dengan tulip. Tetapi seperti juga pelangi, landskap berwarna-warni ini adalah satu fenomena yang bersifat sementara. Apabila musim bunga berlalu, tanah itu akan diusahakan untuk tanaman sayur-sayuran yang lain pula. Lagi gambar-gambar menarik: sumber: http://www.coolpicturegallery.us/ ; |
Senarai Gaji Presiden dan Pemimpin Dunia Pada 2011 Berikut ialah senarai gaji pemimpin negara di dunia pada 2011 yang dihimpun dari www.presidensby.info, Financial Times, Washington Post dan BBC: Berapa pula gaji Perdana Menteri Malaysia? Mengikut sumber, pendapatan Datuk Seri Najib adalah sekitar RM 30,000 sebulan atau RM 360,000 ($120, 000) setahun. Itu sudah tentu belum termasuk pelbagai elaun lain bukan? |
Info Grafik: Liku-Liku Kejayaan Rakyat Libya Menumbangkan Regim Muammar Gaddafi Game over! Kini, selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli. Pertahanan Gaddafi hancur manakala pemerintahan kuku besinya selama 42 tahun juga berakhir, namun di mana pemimpin Libya itu kini bersembunyi masih tidak dapat dipastikan. Berikut liku-liku kejayaan pemberontak menumbangkan Regim Gaddafi: Kisah Kejayaan: Pejuang-pejuang pemberontak dari barat Libya mara lebih 30 kilometer dalam masa cuma beberapa jam kelmarin dengan menawan beberapa buah bandar dan sebuah pangkalan tentera semasa menuju ke sini. Pada masa yang sama, penduduk di bandar raya ini yang dibekalkan senjata oleh pemberontak secara rahsia, bangkit menentang rejim Gaddafi. Apabila pemberontak tiba di sini, satu batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk mengawal bandar raya ini bertindak menyerah diri kepada mereka. Seorang pegawai kanan kepimpinan pemberontak, Fathi al-Baja berkata, komander batalion berkenaan berpaling tadah selepas saudara lelakinya dihukum bunuh oleh Gaddafi beberapa tahun lalu. Menurutnya, pelan untuk menawan bandar raya ini dirancang sejak tiga bulan lalu dengan bantuan NATO dan pemberontak di sini. Menjelang semalam, pemberontak telah menawan kebanyakan kawasan di bandar raya ini termasuk Dataran Hijau. Rampasan Dataran Hijau merupakan kejayaan simbolik buat mereka. Kawasan tersebut merupakan lokasi perhimpunan pro-Gaddafi yang diadakan hampir setiap malam dengan pemimpin Libya itu menyampaikan ucapannya di Kubu Merah di sebelah dataran berkenaan. p/s: sekarang, sudah tentu uncle Sam dan sekutu-sekutunya mampu tersenyum riang...Libya, negara yang kaya dengan minyak, mungkinkah senasib Iraq tidak lama lagi? Apakah nasib Gaddafi nanti bakal jadi seperti Saddam Hussin (yang dihukum gantung)? sumber: kosmo, utusan malaysia |
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘...
Comments
Post a Comment