Hati manusia yang telah mati


 


Persepsi bab mati memang berbeza pandangan nya dari orang ramai. Pada anggapan masing masing mati itu ada dari pelbagai kaedah, ada yg menganggap sudah ‘mati’ apabila kehilangan kekasih dan yg anggap hidup sudah tidak berguna apabila hidupnya selalu dirundung malang dan sebagainga.

Mati bukan hanya ketika seseorang telah mengembuskan nafas terakhir nya, matanya terpejam, denyutan jantung terhenti, dan jasad tak bergerak. Itu semua hanya mati biologis. Kematiannya masih bermanafaat karena menjadi pengajaran kepada mereka yang hidup. Rasulullah SAW bersabda, "Cukuplah kematian menjadi pengajaran, dan cukuplah keyakinan sebagai kekayaan." (HR At-Thabrani dari Ammar RA).

Sememangnya manusia sudah ramai yg telah mati, tapi masih memberikan kebaikan nya bagi yang hidup, yakni masjid atau madrasah yang pernah mereka bangunkan, buku yang mereka tulis, anakanak yg saleh yang ditinggalkan, dan ilmu bermanafaat yang telah mereka ajarkan. Meraka mati jasad, tapi pahala terus hidup (lihat QS al-Baqarah [2]: 154).

Tetapi yg perlu kita awasi dan ambil panduan ialah kepada ‘mati’ semacam ini, yaitu matinya hati pada orang yang masih hidup. Tak ada yang boleh diharapkan dari mereka yang hatinya telah mati. Hanya ikut kata hati mereka untuk membuat masaalah dimukabumi dan mengurangi kesenangan hidup orangt lain. Itu pun kalau tak merugikan orang lain. Bagaimana halnya pula dengan kegemaran yang merosakan, dan membuat kejahatan di muka bumi?

Tanda manusia yang hatinya telah mati, antara nya, kurang berinteraksi dengan pelbagai pekara kebaikan, kurang kasih sayang bersama jiran dan masyarakat yg lain, mendahulukan dunia daripada akhirat, tak mengingkari kemungkaran, menuruti syahwat, lalai, dan gembira bila membuat maksiat.

Ada tiga hal yang bila kita tinggalkan akan menyebabkan kematian hati. Pertama, bila sembahyang ditinggalkan, dan ini akan membuat jiwa agak bercelaru. Kita akan terjerumus ke dalam perbuatan keji, terbawa ke lembah kemungkaran dan kesesatan (QS al-Ankabut [29]: 45 dan QS Maryam [19]: 59), dan boleh menyusahkan serta merugikan orang lain.

Kedua, tidak berminat untuk membuat sedekah. Seolah olah bererti yg kita ini egois, bersendiri, dan sukar untuk berbuat baik. Sedangkan perbuatan sedekah adalah bukti keimanan. Orang yang suka bersedekah membuat hatinya merasa lapang dan dijauhkan dari penyakit, khususnya rasa kedekut, sedangkan para dermawan selalu melaksanakan kebajikan sehingga dekat dengan manusia, Allah, dan syurga.

Ketiga, mereka yg sering meninggalkan zikrullah adalah awal kematian hati. Hatinya akan keras sehingga tidak berminat menerima nasihat dan ajaran agama. Zikir akan menimbulkan ketenangan hati (QS Ar-Ra'd [13]: 28). Orang yang tenang hatinya akan melakukan pekara yg baik dan positif dan sedikit demi sedikit ingin meninggalkan perbuatan jahat.

Mukmin yang selalu sembahyang, gemar bersedekah, dan memperbanyakan zikrullah akan menjadi orang yang baik, memiliki hati yang hidup, dan banyak melakukan kebaikan kepada orang lain. Bila kita merasa rajin solat, sedekah, dan zikir, tetapi hatinya mati, kemungkinan besar sembahyang, sedekah, dan zikirnya tidak ikhlas riak tanpa jiwa. - republika

Comments

Popular posts from this blog