Adakah kita orang yang rugi? Jom muhasabah

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kawan-kawan yang saya hormati sekalian.
Sebelum saya meneruskan tinta saya, cubalah tanya diri dan jawab sendiri 2 soalan berikut.
  1. Sudah berapa lamakah saya telah tinggal di dunia ini?
  2. Berapa lama lagikah masa yang saya ada untuk tinggal di dunia ini?
Ingin saya mulai tulisan saya dengan menyebut Firman Allah dalam Surah Al Ashr (Masa) yang bermaksud:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, kecuali orang orang yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Berapa lamakah kita telah tinggal di dunia ini? 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau bertahun tahun lamanya?
Apakah masa yang berlalu itu terisi dengan penuh pengisian yang sebenar benarnya atau tersia dengan segala macam sia sia?
memanfaatkan masa
Marilah kita melihat dari sudut yang berbeza, menilai dan meneliti setiap perbuatan kita adakah kita berada di dalam golongan yang benar benar dalam kerugian atau tergolong dalam insan yang beruntung dunia dan akhirat?
Betapa hari ini kita melihat setiap orang berkejar kejar ke sana dan ke sini dengan dua kaki, kereta, train, flight dan lain lain  untuk pelbagai urusan, setiap minit sungguh kita berkira, kita dikejar masa, makin hari makin terasa kepantasannya hingga tak terkejar.

Berhentilah sejenak,  mari kita berpaling  kebelakang mengimbau apakah setiap perbuatan kita itu ada nilainya?
  1. Berkejar-kejar untuk urusan dunia @ berkejar kejar untuk menunaikan ibadat kepada Allah swt.
  2. Ajak mengajak ke arah kemaksiatan @ ajak mengajak berbuat kebaikan
Saya juga seperti kalian semua, saya memiliki 24 jam 7 hari seminggu. Setiap masa diperuntukkan semua sama tapi bagaimana kita memanfaatkan masa supaya kita tidak menjadi bankrupt pada masa akan depan.
Berapa ramai di kalangan kita meninggalkan solat kerana pelbagai alasan yang tidak munasabah ;
  • Tiada masa kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas
  • Tiada masa kerana meeting berjam jam dari pagi hingga ke malam
  • Tiada masa ke surau kerana suraunya jauh
  • Tiada masa kerana perlu banyak berehat ketika sakit
  • Tiada masa kerana mengejar assignment deadline
  • Tiada masa kerana sibuk mengelolakan majlis penting disertai VVIP
  • Dan banyak banyak lagi alasan yang kita reka sesedap hati.
Adakah alasan-alasan ini yang akan kita jawab di akhirat kelak?
Tiada masa…?
Solat 5 kali sehari x10 minit = 50 minit setiap hari. Adakah masa 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk kita meluangkan masa 50 minit sehari untuk mengerjakan solat fardu?
Hanya 3.5% sehari kita peruntukkan untuk bersolat?
tak ada masa
Kawan-kawan,
  • Kita ada masa untuk membeli belah di shopping complex berjam jam lamanya
  • Kita ada masa menonton rancangan kegemaran di Astro
  • Kita ada masa untuk melepak dan bersembang dengan kawan kawan di kedai kopi
  • Kita ada masa buat itu dan ini
  • Tapi sayang sekali… kita boleh kata tiada masa untuk bersolat!?
Oh alangkah ruginya hidup kita, terisi tapi hanya sia sia kerana melupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi.
Pernahkah kita fikir, bagaimana nanti kita benar benar sudah tiada masa? Waktu nyawa sudah di kerongkong? Ketika lembaran langit sudah digulung-gulung menutup tirainya?
Pada tika itu, ketahuilah… Segunung emas dan permata sekalipun tidak mampu membeli masa yang telah berlalu.
Bak kata Imam al Ghazali ;
“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”
Dalam keadaan dunia serba maju semuanya mahu cepat, kita pula diberatkan dengan pelbagai bentuk tanggungjawab yang kadangkala menghimpit ruang masa kita.
Kawan kawan…
Walau betapa banyaknya tanggungjawab kita, tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah swt mesti diutamakan! Insyallah dipermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Janganlah kita hidup seperti sebuah robot, siang dan malamnya sama sahaja, hidup dan matinya hanya untuk berbakti kepada manusia dan hayatnya pula hanya didunia seketika cuma.
Kawan kawan, marilah kita renungi bersama,
Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi ayat 103-106 yang bermaksud:
Katakanlah “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik baiknya. Mereka itu orang orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan(kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuskanlah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak akan mengadakan satu penilaian bagi (amalan)mereka pada hari kiamat. Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul rasulKu sebagai olok-olok.
20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau bertahun tahun lamanya, status amalan kita masih KIV (Keep In View) hingga ke titik terakhir.
masa itu emas
Kawan kawan…
Berapa lama lagikah masa kita masih berbaki di dunia? Ternyata tiada seorang pun di kalangan kita mengetahuinya. Hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui.
Yang pasti setiap hari yang berlalu mendekatkan kita pada hari yang nyata iaitu kematian.
Sekarang, ketika ini dan di saat ini , kita masih ada masa untuk memperbaiki amalan kita. Usah disiakan masa yang ada, pergunakan dengan sebaik-baiknya, rancanglah masa dari sekarang, laksanakan dengan amalan, persiapankan diri untuk masa depan.
Semoga kejayaan menanti kita di hadapan sana.
Wassalam

 http://pakarhowto.com


 ustaz tuan syed faiz - muzakarah kitab sabilal muhtadin

1
2

Comments

Popular posts from this blog