Ubat Penyakit Sombong



Penyakit Sombong. Salam Jumaat dan salam 1Malaysia, syukur alhamdulillah saya diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi sebuah artikel yang amat berguna kepada kita sebagai seorang umat Islam. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh menghindari penyakit sombong.
  1. Diam dan jangan banyak bercakap. Biasanya kalau banyak bercakap, nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita.
  2. Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tidak puas dan nak lebih lagi.
  3. Jangan tonjolkan diri untuk popular. Biasanya kalau dah popular nanti panda rendah terhadap orang lain.
  4. Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.
  5. Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan lansung.
  6. Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.
  7. Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit ‘syirik kecil. Nauzubillah.
penyakit sombongItulah di antara beberapa tips yang amat sesuai kita amalkan agar kita bersifat sederhana dan tidak berlaku sombong. Dan yang paling penting sekali, kita tidak berlaku sombong kepada Allah s.w.t. Semoga dengan perkongsian ini dapat menghindari kita sesama manusia daripada penyakit sombong.





http://blog.mohdisa.com/

Comments

Popular posts from this blog