Skip to main content






PETUA-PETUA


Hilangkan Selesema Bayi

selesema
Kasihan melihat bayi yang menghidap selesema. Atasinya dengan menumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letakkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian sapukan di ubun-ubun bayi secara membulat.

 Halia Dan Madu Keluarkan Kahak

 

madu
Untuk mencairkan kahak, ambil sepotong halia lalu diparut dan diperah. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu lebah asli dan minum. Ini membantu memudahkan kahak keluar.

 Melegakan Perut Yang Kembung

 

Teh
Bagi melegakan masalah kembung perut, campurkan teh hijau, madu dan sedikit halia yang telah ditumbuk ke dalam gelas berisi air panas. Kacau hingga sebati. Minum bancuhan tersebut ketika suam. Anda akan dapati kembung perut beransur hilang.
 

Limau Nipis Ubati Batuk


 
Batuk
Jika anak anda mengalami batuk dan menyukarkan anak untuk tidur, perah limau nipis ke dalam satu sudu kecil kapur. Sebatikan dan kemudian sapu nipis di dada anak. Insya-Allah, anak tidak batuk dan boleh tidur dengan selesa.

 Kunyit Penaik Seri Wajah

 

seri wajah
Bagi mendapatkan wajah yang berseri, campurkan kunyit yang telah ditumbuk halus dengan sedikit garam dan sesudu perahan limau nipis. Gaulkan kesemua bahan dan gosokkan pada muka sehingga rata. Lakukan seperti skrub. Amalkan tiga kali seminggu. Insya-Allah, berkesan.
 

Rawatan Untuk Mata Rabun


epal

Jika mata anda rabun, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga dan betik. Semoga tahap rabun anda berkurangan.


 Sakit Geraham Bongsu
 
kasturi
Jika geraham bongsu anda sakit, cubalah petua ini. Ambil sebiji limau nipis dan belah empat. Kemudian, rebus bersama garam dan air sehingga mendidih. Selepas itu, biarkan sehingga air rebusan tersebut menjadi suam dan berkumurlah sekerap yang mungkin. Lakukan setiap hari sehingga sakit berkurangan.

 http://pama.karangkraf.com/petua/sakit-geraham-bongsu-1.13897

Comments

Popular posts from this blog