buat mata yang sedang menangis..
Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkinkah tika ini kau sedang bahagia,
mungkin juga kau sedang berduka
Apapun situasimu,air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
Ialah anugerah Allah yang tak terhingga.Ia mampu membuang racun
Ditubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa.Bersyukurlah padaNYA
Kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis…
Aduh…
Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan menangis itu 1 kelemahan
Malah menganggapnya 1 lambang ketidakmatangan
Sedangkan Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNYA
“Dan mereka menyungkur (sujud)di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’”(Surah Al-Isra’:109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.”(surah Maryam:58)
Duhai mata yang sedang menangis…
Tahukah dikau,jika dikaji dari perspektif sains,tangismu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya Tatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya dijana tubuhmu
Airmata secara semulajadi boleh membuangnya,Otak pula bekerja
mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada airmata
Bukan itu sahaja,tangisan menambah jumlah dengupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat-urat dada.Setelah tangisanmu reda,kembalilah dengupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa.
SubhanaAllah hebat sungguh penciptaan airmata!!!
Duhai mata yang sedang menangis…
Tangisan bukan keaiban tapi 1 keperluan.sama ada kau lelaki atau wanita,
Kau perlu pada tangisan.Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan
Ia meringankan ketegangan jiwa.Ia mengungkapkan kesedihan lalu
Mengungkai kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.
Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan???
Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu 1 kelemahan dalam
Mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu
Sendiri oleh didikan silam.Apa pun,tak siapa dapat menafikan kau juga insan
Yang punyai hati dan perasaan.Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan
Untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.Usah menipu diri berlagak kuat dengan
menafikan airmata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.
Tahukah dikau penyanyangNYA Allah padamu hingga DIA menciptakan
Kelenjar-kelenjar airmatamu lebih besar daripada lelaki.Tidak hairanlah kajian ilmiah
Menunjukkan kau menangis 4 kali lebih banyak daripada lelaki.
Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.Masakan tidak,
airmatamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.
Doktor pakar mata berkata,airmata penting untuk menyucikan mata daripada
racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
Duhai mata yang sedang menangis…
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.Usah ditahan tangisan itu
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Allah.
Benar, tangisanmu itu tidak mampu tak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan birkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan
Amal dan perubahan hari esok.
Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita
Ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.
Dengarilah pesanan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut
Kepada Allah”.(Riwayat Ahmad & Nasa’i).
Comments
Post a Comment