Ajarilah Anak Bercakap Dengan Tuhan

" Menanam Jiwa Tauhid Sedari Kecil "
Pada zaman dahulu, ada tiga orang sahabat telah terperangkap dalam gua ketika mencari tempat berlindung. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam gua tersebut, sebuah batu besar telah bergolek dan menutup pintu gua itu. Setelah puas berikhtiar, mereka kemudiannya berpakat untuk meminta doa kepada Tuhan dengan bersandarkan kepada amalan kebaikan yang ada pada mereka.

Akhirnya batu besar itu dapat ditolak oleh mereka dan mereka pun terselamat. Salah seorang daripada mereka itu ialah seorang lelaki yang menceritakan amalannya terhadap ibu bapanya. Lelaki itu seorang yang miskin, tetapi dia tetap memelihara kedua ibu bapanya yang telah tua. Dialah yang mencari rezeki setiap hari untuk keluarga dan ibu bapanya itu. Suatu hari, walaupun setelah puas berusaha mencari rezeki, lelaki itu hanya memperolehi semangkuk susu. Sampai di rumah, ibu bapanya sedang tidur. Lelaki itu menunggu kedua orang tuanya bangun untuk memberi susu itu kepada mereka.

Anak-anaknya yang kelaparan bergantungan di tepi jubahnya merengek-rengek meminta susu tersebut. Lelaki itu tetap menunggu kedua ibu bapanya bangun dan meminum susu itu terlebih dahulu, kemudian barulah mereka akan minum susu yang selebihnya. Itulah amalan seorang anak soleh yang mendapat perhatian Tuhan, iaitu mengutamakan ibu bapanya lebih daripada diri dan keluarganya.
Dalam zaman moden ini, kisah seperti ini ibarat sebuah kisah dongeng sahaja. Adalah mustahil kita boleh mencari seorang anak soleh seperti ini pada zaman sekarang. Yang selalu kita dengar dan kita baca ialah kisah anak-anak yang degil, yang nakal, yang terlibat dalam pelbagai salah laku serta jenayah. Anak-anak yang "super" sekalipun yang ada pada zaman ini hanya setakat boleh memberikan ibu bapanya keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bila mereka besar, mereka hanya boleh jadi "orang biasa" yang sekadar dapat memberikan kemewahan kepada ibu bapa dan keluarganya.

Mereka tidak dapat menzahirkan akhlak "super" yang telah menghiasi peribadi orang-orang soleh satu ketika dahulu. Mengapa ini terjadi? Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kita tidak berjaya menanamkan iman dalam diri anak-anak . Menanamkan iman dalam diri anak-anak bukan setakat menghantar mereka ke sekolah-sekolah agama, atau mengajar mereka 6 rukun iman. Itu baru mengajar, belum menanamkan iman lagi.

Menanamkan iman memerlukan proses yang jauh lebih mendalam dari itu. Di antara proses yang paling utama untuk menanamkan iman ini ialah menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak-anak. Setelah anak-anak diajar tentang sifat-sifat Tuhan, kita perlulah mengasaknya dalam diri anak-anak sehingga mereka benar-benar dapat rasakan sifat-sifat Tuhan itu. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah dengan mengajar dan mengajak anak berhubung dan bercakap-cakap dengan Tuhan dalam setiap keadaan

Tetapi sebelum itu, anak perlu difahamkan SIAPA itu Tuhan. Kalau masalah itu ialah masalah yang memerlukan pergantungan, contohnya dia perlukan wang yang lebih untuk peralatan sekolah, ajak anak supaya dia boleh menganggap Tuhan itulah sebenar-benar ibu dan ayahnya (maksudnya, termpat pergantungan yang sebenar-benarnya).

Datangkan hujah-hujah kepada anak, misalnya:
  • walaupun kita sebagai ibu yang melahirkannya, tetapi hakikatnya Tuhanlah menciptakan dirinya daripada tiada kepada ada dan memberikan nyawa.
  • Kalau ayah pula bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya, maka hakikatnya Tuhanlah yang mengurniakan rezeki itu. Tuhanlah yang menciptakan ayahnya, menyihatkan dan memberi tenaga kepadanya sehingga dia boleh bekerja untuk mencari rezeki. Oleh itu, tempat pergantungan dan tempat meminta sebarang hajat hanyalah kepada Tuhan yang benar-benar berkuasa.
  • Begitu juga, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar kawan di waktu dia dilanda masalah kesunyian, difitnah atau disalah sangka oleh kawan. Dialah kawan yang paling setia. Di setiap waktu, Tuhan akan mendengar aduannya dan Tuhanlah penyelesai segala masalah.
    Kalau kawan ada had masa untuk dia berjumpa, dengan Tuhan tidak ada had masa. Kalau dengan kawan, perlu dia berjumpa di sesuatu tempat, dengan Tuhan, dia tidak perlukan tempat untuk berjumpa. Kalau kadang-kadang kawan tidak mahu atau tidak mampu melayan kerenahnya, Tuhan sentiasa bersedia untuk melayan kerenahnya. Tuhan tidak pernah salah sangka kerana Dia Maha Tahu segala-galanya. Tuhan juga adalah kawan yang paling jujur dan setia kerana Tuhan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya.
  •  
  • Seterusnya, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah raja yang paling berkuasa sewaktu dia takut menegakkan kebenaran (seperti takut cikgu marah kerana minta keluar kelas untuk sembahyang), atau menganggap Tuhan itulah pemimpin yang sebenarnya sewaktu dia kebingungan untuk memilih di antara beberapa pilihan.
Apabila dia sudah dapat menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar tempat pergantungan, bahawa Dialah sebenar-benar kawan, raja dan pemimpin, ajaklah si anak alihkan sebarang permintaan, pengaduan, keluhan, ucapan terima kasih, pujian dan apa juga yang bermain di fikiran dan bibirnya kepada Tuhan. Cuma bezanya, kalau dengan manusia, kita perlu bercakap dengan mulut supaya boleh didengari, dengan Tuhan , kita perlu bercakap dengan hati . Kalaupun kita bercakap dengan mulut, ia mesti turut dihayati di dalam hati.

Untuk peringkat permulaan, ajarlah dia cara hendak mengadap dan menyusun kata-katanya kepada Tuhan. Kerana Tuhan itu terlalu jauh lebih hebat dan berjasa berbanding sekalian raja, pemimpin, ibu, ayah dan rakan-rakannya, tentulah perlu beradab sopan ketika hendak mengadap dan membuat permintaan kepada-Nya.
Supaya beradab dengan Tuhan :
  1. Mulakan dengan mengaku kita banyak dosa dan kelemahan
  2. Berkata-katalah dengan merendah diri dan mengagungkan Tuhan
  3. Buatlah permintaan dengan merayu-rayu sebagai bukti kita benar-benar mengharap kepada Tuhan sekaligus merasa diri lemah dan Tuhan sahajalah yang berkuasa
  4. Memohonlah dengan bersandarkan kepada keberkatan dan kebesaran Rasulullah SAW supaya doa kita mudah dikabulkan Tuhan.
Contoh kata-kata aduan yang boleh diajarkan kepada anak supaya dipanjatkan kepada Tuhan sewaktu dia ditimpa penyakit:
Ya Allah, wahai Tuhan yang telah menciptakan sekelian alam. Engkaulah Tuhan yang sangat berkuasa. Tidak ada satu pun yang berlaku di alam ini yang tidak Engkau tahu wahai Tuhan. Dan tidak ada penyakit yang Engkau tidak dapat ubatkan wahai Tuhan. Aku minta ampun atas segala dosaku. Atas sebab dosaku itulah Engkau berikan aku penyakit ini, dengan tujuan supaya aku bersabar. Itulah cara Engkau hendak menghapuskan dosa-dosaku itu. Tapi Tuhan, aku ini serba lemah. Aku tidak sanggup menanggung sakit ini lama-lama. Begitulah lemahnya aku wahai Tuhan. Tentu Engkau sangat berkuasa untuk sembuhkan penyakit aku ini. Aku akan makan ubat yang ibu berikan, tetapi Engkau sahaja yang boleh sembuhkan. Tolonglah Tuhan. Tolonglah aku yang banyak dosa ini. Aku tahu Engkau tentu marah kepadaku kerana aku selalu buat jahat. Tetapi kabulkanlah pemintaanku ini dengan berkat kedua ibu dan ayahku yang sangat taat kepada Engkau .

Ajarlah anak bercakap dengan Tuhan dalam keadaan-keadaan yang lain juga, seperti:
  • meminta pertolongan Tuhan apabila hendak mengambil peperiksaan
  • meminta pertolongan Tuhan kerana susah hendak berbuat baik
  • meminta maaf kepada Tuhan apabila rasa bersalah kerana terbuat dosa (contohnya, tertinggal sembahyang)
  • mengucapkan terima kasih kepada Tuhan sewaktu mendapat nikmat
  • mencari simpati apabila rasa keseorangan bila diketepikan kawan dan lain-lain lagi
Dalam setiap keadaan, ajarlah anak menyusun kata-kata yang sesuai. Lama kelamaan, dia akan pandai menyusun kata-katanya sendiri. Apabila anak-anak terus-menerus diajar supaya bercakap-cakap dengan Tuhan, secara automatik hatinya akan diasak dengan rasa bertuhan, di antaranya merasakan Tuhan itu Maha Mendengar, Tuhan itu Maha Mengetahui, Tuhan itu Maha Penyayang, Tuhan itu Maha Pemurah, Tuhan itu Maha Adil, Tuhan itu Maha Berkuasa dan lain-lain lagi. Inilah sebahagian dari proses menanamkan iman dalam diri anak-anak. Ia boleh ditanam tanpa kita perlu sebut perkataan iman itu sendiri.

Dengan latihan seumpama ini, anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa. Dia juga akan begitu sensitif untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang akan mengundang pertolongan dan keredhaan Tuhan. Barulah akan muncul semula watak anak-anak yang soleh yang sanggup mengorbankan diri untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan Tuhan mereka

Akibat Gagal Membangun Insaniah


28/06/2006
Manusia sememangnya inginkan perubahan dari jahat kepada baik dan lebih baik. Dari bodoh kepada cerdik dan lebih cerdik. Dari jahil kepada berilmu dan menguasai lebih banyak ilmu. Dari mundur kepada maju dan lebih maju. Kalau seorang pemimpin pula suka kalau pengikut mentaatinya, menyayangi serta menghormatinya. Begitu juga ibu bapa juga suka kalau anak-anak mengikut kata. Sejuk hati kalau anak-anak mentaati mereka. Tidak kurang juga guru merasa bahagia jika anak-anak muridnya hormat dan sayang kepadanya.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Di mana-mana sahaja di seluruh dunia hari ini pemimpin sudah tidak ditaati malah dibenci, ibu bapa tidak dihormati malah ada anak yang membunuh ibu bapanya. Murid-murid atau pelajar-pelajar lebih-lebih lagi sudah tidak ada perasaan sayang kepada guru, mereka tidak merasakan guru itu berjasa kepada mereka. Guru juga tidak sayang pada murid, mereka menjalankan tugas mengajar hanya sebagai pekerja yang makan gaji.

Jadi di seluruh dunia hari ini sudah tidak ada kebahagiaan, keharmonian dan ketenangan. Para pemimpin, guru atau ibu bapa merasa buntu malah kecewa apabila masalah cuba diselesaikan, bukan sahaja masalah tersebut tidak selesai tetapi timbul pula masalah baru. Walaupun berbagai-bagai kajian dibuat, berbagai-bagai ilmu diajarkan, berbagai-bagai teori dipersembahkan, berbagai-bagai alat kemudahan hidup yang canggih-canggih dicipta, berbagai-bagai kaedah dicuba, namun jalan penyelesaiannya tidak juga ditemui.

Semua orang bingung, bagaimana kepakaran yang dimiliki oleh cerdik pandai tidak dapat menyelesaikan masalah yang semakin kronik. Padahal sama ada pemimpin, guru atau ibu bapa semuanya suka jika mereka dihormati, ditaati, disayangi, disanjungi dan dikasihi oleh orang-orang bawahannya. Mengapa perkara ini berlaku? Mengapa mereka tidak boleh menyelesaikan masalah ini walaupun kepakaran, kehebatan, pangkat, jawatan dan kekuasaan berada di tangan?

Kita lihat cerdik pandai hari ini berjaya memiliki kepakaran dalam berbagai bidang ilmu, tetapi mereka tidak berjaya menahan pergaduhan dan pembunuhan daripada terjadi. Mereka berjaya membina bangunan-bangunan tinggi mencakar langit dan membangunkan kemajuan, tetapi tidak berjaya menahan dari melakukan pengkhianatan dan penipuan.

Mengapa? Mengapa mereka hanya berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal, tapi tamadun insaniah dan rohaniahnya punah-ranah? Walaupun berbagai-bagai keselesaan hidup yang luar biasa ditemui tapi dalam masa yang sama budi bahasa sudah tiada. Manusia satu sama lain curiga-mencurigai. Alat-alat perhubungan yang canggih telah dicipta, hingga dunia semakin dekat dan kecil, semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja di dalam negara bahkan di dunia dalam masa yang singkat. Tapi dengan kemudahan bertemu ini kemungkaran dan maksiat pun cepat merebak. Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti AIDS, menyerang dan membunuh manusia dengan dahsyatnya.

Jadi kita lihat cerdik pandai hanya mampu membangunkan tamadun yang tinggi tetapi gagal membentuk manusia yang berakhlak tinggi. Apalah ertinya kita kagum dengan lahirnya graduan-graduan yang cemerlang, tapi pandai pula merompak dan menyamun. Pelajar perempuan sudah berjaya setanding dengan lelaki tapi hilang malunya dan hancur maruahnya. Mereka tidak segan silu berkepit berpimpin tangan bahkan sampai mengajak lelaki masuk ke bilik. Bagi mereka, itu sesuatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai. Cerdik pandai tidak terbilang. Tapi di waktu inilah manusia khianat dan curang, hingga susah hendak dipercaya pada seseorang. Kemana pergi pun sudah tidak selamat. Rompak-merompak berlaku setiap hari. Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya hidup manusia. Ditambah lagi dengan kata- mengata, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah di kalangan sesama manusia lumrah berlaku. Demonstrasi berlaku di sana sini. Ada kalanya sehingga menumpahkan darah. Akibatnya dendam kesumat pun membara di dalam hati menjadi mazmumah yang sukar dibendung lagi. Dendam yang membara itu sekali-sekala menyala membakar apa sahaja yang ada, memusnah harta benda. Ia sudah menjadi bom jangka yang jika meledak akan memusnahkan apa sahaja.

Begitulah kroniknya masalah yang di hadapi kini. Walau memiliki akal yang bergeliga dan kemajuan yang luar biasa tapi hati atau jiwa manusia sudah mati atau buta. Inilah akibatnya apabila manusia hanya membangunkan tamadun lahiriah tapi mengabaikan batiniahnya. Batiniah atau hati manusia inilah yang paling utama dibangunkan atau dihidupkan kerana di sinilah sumber kebahagiaan manusia. Hatilah yang akan merasa susah atau senang, bahagia atau derita. Justeru kalau hati sudah penuh bersarang dengan berbagai-bagai jenis penyakit, maka manusia akan hilang kebahagiaan, walaupun lahirnya dia dikelilingi kemewahan dan kesenangan.

Hati yang sakit ini adalah disebabkan ia sudah tidak kenal lagi Tuhan penciptanya. Lantaran itulah manusia hanya kagum dengan bangunan tinggi pencakar langit tapi tidak pernah mengkagumi Pencipta yang mengurniakan akal yang canggih itu. Usahkan hendak berterima kasih kepada Pencipta akal, mengenal-Nya pun tidak. Manusia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengenal Tuhan, apalagi hendak rasa berterima kasih kepada-Nya. Rasa bertuhan langsung tidak wujud lagi di dalam hati manusia. Kalaupun percaya adanya Tuhan, tapi tidak kenal siapa sebenarnya Tuhan, apa peranan-Nya dan mengapa manusia perlu kepada-Nya. Selama ini manusia hanya tahu bahawa Tuhan itu hanya mengazab dan menghukum. Kalau berbuat jahat akan dihumban ke Neraka. Setakat itulah sahaja pengenalan manusia terhadap Tuhan. Sebab itu tidak hairanlah mengapa manusia tidak pernah jatuh hati kepada Tuhan. Jauh sekali rasa indah bersama Tuhan.

Sebenarnya inilah punca utama mengapa manusia dibiarkan dengan berbagai masalah yang kronik itu. Tetapi untuk mengeluarkan manusia dari masalah ini, manusia perlu menerima hakikat diri yang lemah. Janganlah kita mendabik dada dengan penuh kesombongan kerana merasakan boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Tapi marilah kembali merujuk kepada Tuhan yang menciptakan segala masalah dan menciptakan pula jalan penyelesaiannya. Tuhan tidak pernah melakukan sesuatu yang sia-sia. Apa sahaja yang berlaku ke atas manusia, ada hikmahnya. Kalaupun nampak seperti menyusahkan kita tetapi hakikatnya itulah kasih sayang Tuhan kepada manusia. Setiap apa yang dilakukan-Nya ada pendidikan dan pengajaran. Tuhan mahu kita kembali kepada-Nya dengan merasakan Dialah Pelindung, Penjaga, Pengawal, Pembela dan Penyelamat. Rasa-rasa inilah yang akan mendorong kita supaya cinta kepada-Nya dan takut untuk membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan-Nya. Apa sahaja yang dilarang, kita takut untuk melanggar perintah-Nya. Itulah rasa bertuhan yang perlu disuburkan di dalam diri manusia agar sifat-sifat kehambaan dapat dikekalkan setiap masa. Bila rasa bertuhan subur di dalam jiwa, itulah pengawal dan penjaga dirinya setiap masa dan walau di mana jua ia berada. Bukan sahaja takut untuk melakukan kemungkaran bahkan cemas kalau-kalau Tuhan murka kepada-Nya.

Akibat Perkecil Sahabat Nabi


21/07/2006
Nama Abu Hurairah tidak asing lagi dalam dunia Islam sebagai seorang Sahabat yang paling banyak menghafal Hadis.

Beliau amat kasih kepada kucing. Beliau akan memungut kucing-kucing yang dijumpai di jalanan kerana tidak tergamak membiarkan binatang tersebut terbiar tanpa jagaan, lebih-lebih lagi kalau binatang itu dianiayai.

Suatu hari beliau menggendong salah seekor kucingnya dalam lengan bajunya.

Rasulullah SAW ternampak lalu bertanya, "Apa itu?"

"Kucing," jawab Abu Hurairah ringkas.

"Wahai Abu Hurairah (bapa kucing)," kata Rasulullah SAW, memberi gelaran kepadanya. Gelaran tersebut melekat padanya hingga akhir hayatnya pada tahun 57 H dalam usia 78 tahun.

Di dalam satu majlis perbincangan yang diadakan beberapa tahun selepas kematiannya, nama Abu Hurairah disebut lagi. Ramai yang hadir dalam majlis itu termasuk seorang ulama, Al Khadi Abu At Taib. Seorang pemuda bangun lantas bertanya satu masalah. Pemuda itu meminta diterangkan dalilnya sekali.

Salah seorang yang hadir dalam perbincangan tersebut menjawab masalah pemuda itu berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.

Mendengar nama Abu Hurairah, pemuda tersebut membantah dengan suara yang keras, "Hadis Abu Hurairah tidak diterima." Dia mahukan dalil Hadis yang diriwayatkan oleh Sahabat lain. Rupa-rupanya pemuda itu tidak menyukai Abu Hurairah.

Mereka yang hadir tercengang mendengar kata-kata yang kurang sopan itu. Tambahan pula orang yang diperkecilkan oleh pemuda Khurasan itu ialah seorang Sahabat Rasulullah yang paling banyak menghafaz Hadis dan disayangi oleh baginda SAW.

Tiba-tiba seekor ular menjelma di tengah-tengah majlis tersebut. Orang ramai terkejut lalu meluru keluar dan lari bertempiaran. Yang peliknya, ular itu hanya mengejar pemuda yang bermulut lancang itu sahaja.
Begitulah balasan kepada orang yang menghina Sahabat. Menghina Sahabat Nabi samalah seperti menghina Nabi sendiri. Manakala menghina Nabi pula samalah seperti menghina Allah SWT. Masakan Allah akan membiarkan begitu sahaja "orang-orang-Nya" dihina atau dimusuhi.

Aku Rasa Malu Menunggang Kuda


28/05/2006
Sedari kecil dia sudah merasai kesulitan dan kesempitan hidup. Dia mencari rezeki dengan usahanya sendiri. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Pernah dia menjual kayu bumbung rumahnya yang gugur bagi memenuhi belanja seharian.

Ujian kesusahan itu merupakan didikan langsung dari Allah dalam membentuk peribadinya yang mulia. Walaupun hidup susah, dia tidak pernah mengeluh apalagi meminta-minta. Baginya, cukuplah Allah sebagai Penolong dan sebaik-baik Pelindung.

Itulah peribadi Imam Malik r.h.m., setelah dewasa dia menjadi seorang yang tawadhuk dan pemurah. Lebih-lebih lagi sebagai ulama yang terkenal, beliau sering menerima hadiah-hadiah dari orang ramai, termasuk dari khalifah - Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dan Khalifah Harun Ar Rasyid. Imam Malik tidak sedikit pun terpengaruh dengan dunia. Jauh sekali untuk menumpuk-numpuk harta.

Baginya harta benda dunia bukanlah suatu aset yang berharga sebagaimana anggapan orang lain. Aset yang sebenarnya ialah Tuhan. Siapa yang mendapat Tuhan, dia telah mendapat segala-galanya . Justeru itu, segala harta benda dunia yang diperolehinya itu terus dibahagi-bahagikan kepada orang ramai, terutama kepada orang yang benar-benar memerlukan. Tanpa dilantik sesiapa, beliau berperanan sebagai `bank` kepada semua.

Demikianlah pemurahnya ulama pewaris nabi itu. Tawadhuknya pula amat ketara. Pernah tercatat suatu peristiwa tatkala seorang muridnya menziarahi beliau. Murid itu tidak lain tidak bukan adalah Imam Syafi`i yang ketika itu masih kecil. Terpandang Imam Syafi`i akan seekor kuda sambrani tertambat di hadapan rumah gurunya. Kuda itu rupanya hadiah daripada seseorang.

Tiba-tiba terpacul Imam Malik dari dalam rumahnya. Sambil tersenyum, Imam Malik berkata, "Kuhadiahkan kuda itu kepadamu."

Imam Syafi`i terkejut lalu berkata, "Terima kasih wahai Imam. Tetapi ambillah ia buat kegunaan tuan. Selama ini aku melihat tuan berjalan kaki sahaja ke sana ke mari."

Kata Imam Malik, "Tidak. Demi Allah, saya tidak akan menunggang kuda ini."

"Kenapa tuan?"
tanya Imam Syafi`i.

"Sesungguhnya aku malu untuk menunggang kuda ini dengan menginjak-injakkan kakinya di atas bumi, di mana di dalam perut bumi ini ada jasad Rasulullah."


Demikianlah hati Imam Malik yang begitu kasih, cinta dan hormat kepada Rasulullah sekalipun baginda sudah tiada.

Aneh Tapi Benar


15/07/2006
Allah Nilai Hati Si Majusi
Semasa menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Al Mubarak tertidur di Hijir Ismail. Dalam tidurnya dia bermimpi Rasulullah berpesan kepadanya:
"Wahai Abdullah, apabila engkau kembali ke Baghdad, pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin agama Majusi). Sampaikan salamku dan katakan Allah telah redha kepadanya."

Abdullah tersedar dan menyangka mimpi itu daripada syaitan. Namun mimpi itu datang tiga kali berulang-ulang. Maka setelah selesai mengerjal kan haji, Abdullah lantas pulang ke Baghdad dan mencari Bahramal Majusi.

"Wahai Bahramal Majusi, boleh aku tahu apa kebaikan yang pernah engkau lakukan?" tanya Abdullah setelah bertemu dengan orang yang dimaksudkan.

"Baru sebentar tadi aku pinjamkan wang kepada orang dengan faedah yang sedikit."

"Itu haram hukumnya, ada yang lain?"

"Ya, aku ada empat anak lelaki dan empat anak perempuan. Maka aku telah mengahwinkan sesama mereka dengan mengadakan jamuan yang besar."

"Itu juga haram, ada yang lain?"

"Ya, aku ada seorang anak perempuan yang cantik dan tiada tandingannya. Itu sebabnya aku bernikah dengannya dengan belanja perkahwinan yang besar. Lebih seribu orang Majusi menghadirnya."

"Itu juga haram..."

"Oh, baru aku teringat.Seminggu lepas, sewaktu aku sedang tidur bersama anakku pada waktu malam, datang seorang wanita yang sama agamanya dengan kamu. Dia datang dan pergi beberapa kali. Aku syak dia seorang pencuri. Maka aku cuba mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah wanita tersebut, kelihatan empat anak perempuannya sedang kelaparan."

"Mereka bertanya, " Ibu adakah makanan untuk kami malam ini?"
Ibunya lalu menjawab, " Aku malu untuk meminta kepada selain Allah. Tambahan pula kepada musuh Allah, orang Majusi itu."

"Wanita tersebut sedih hingga mengalirkan air mata. Aku tidak tergamak melihat keadaan mereka. Lantas aku pulang dan membawa makanan yang banyak. Semua makanan itu aku serahkan kepada wanita malang itu. Mereka sangat gembira dan aku rasa puas hati."

"Inilah kebaikan yang telah kau lakukan hingga aku bermimpi bertemu Rasulullah. Dan Rasulullah sudah berpesan kepadaku agar menyampaikan salam kepadamu.Dia juga memberitahu bahawa Allah telah redha kepadamu, beritahu Abdullah.

Bahramal tersentak dengan berita tersebut.Dia lantas mengucap kalimah syahadah di hadapan Abdullah Mubarak.Selesai mengucap,Bahramal tersungkur lalu tidak bangun lagi.

Angkara Nafsu - Pemusnah Perikemanusiaan


12/05/2006

Al Mubarak merupakan seorang khadam yang berkhidmat kepada tuannya yang bernama Abu Musa. Sepeninggalan Abu Musa selama tiga bulan, ladang delimanya diuruskan oleh Al Mubarak. Sekembalinya Abu Musa dari musafir, beliau ingin makan buah delima dan meminta Al Mubarak mengambilnya. Buah delima yang diambil oleh Al Mubarak itu didapati masam. Lalu Abu Musa meminta mengambil buah delima lain. Buah delima yang kedua itu juga rasanya masam. Dan yang ketiga juga rasanya masam.
Abu Musa yang kehairanan itu bertanya, "Selama tiga bulan engkau menguruskan ladang delima aku ini, engkau tidak dapatkah membezakan di antara yang manis dan yang masam? Apakah engkau tidak merasainya?"
Maka dijawab oleh Mubarak, "Aku hanya diamanahkan untuk menguruskan ladang tuan, aku telah menyempurnakan amanah itu dan tuan tidak pernah menyatakan keizinan untuk memakan buah delima di ladang tuan itu."jawapan Al Mubarak itu telah membuatkan Abu Musa sangat tertarik hati dan Abu Musa telah mengetahui betapa solehnya Al Mubarak itu.
Lantas Abu Musa telah mengahwinkan Al Mubarak dengan anak gadisnya. Perkongsian hidup Al Mubarak dengan isterinya yang merupakan anak kepada Abu Musa itulah maka lahirnya seorang yang sangat warak bertaraf wali serta sangat luas dan dalam ilmu pengetahuannya, iaitulah Abdullah bin Mubarak atau lebih dikenali sebagai Ibnu Mubarak.
Datuknya, Abu Musa, pernah bertanya kepada cucunya iaitu Ibnu Mubarak mengenai bahaya angkara nafsu.Maka dijawab oleh Ibnu Mubarak seperti berikut:
--Pertama:
Nafsu yang telah menyebabkan Hawa berjaya digoda oleh syaitan menyebabkan dia memakan buah dari pohon khuldi yang dilarang oleh Allah SWT. Itu sebagai sebab Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa a.ha. terkeluar dari Syurga dan terpisah mereka berdua untuk tempoh yang lama ketika berada di bumi.
Kedua:
Qabil sanggup membunuh Habil kerana dorongan nafsu yang sangat ingin berkahwin dengan adiknya, pasangan kembarnya sendiri yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT.
Ketiga:
Nabi Yusuf a.s. terpenjara lantaran kerakusan nafsu Zulaikha.
Kejahatan atau angkara nafsu amat dahsyat. Apabila nafsu memegang tampuk pemerintahan kuasa dalam did manusia, ianya akan bermaharajalela. Apabila nafsu berkuasa dia akan mendorong manusia. berbuat apa saja. Seribu satu macam kejahatan akan terjelma dalam kehidupan. Akan terciptalah seribu satu macam kejahatan tanpa batas sempadan. Undang-undang, akta dan peraturan tidak berguna lagi.
Nafsu yang bermaharajalela dan tanpa batasan ini umpama banjir yang melanda apa saja yang tidak dapat dibendung. Empangan pecah, benteng runtuh, pokok tumbang, tanaman musnah, rumah ranap. Nafsu juga boleh diumpamakan ribut taufan atau puting beliung yang menggila yang memusnahkan apa saja dan segala benda. Kadang-kadang nafsu juga ibarat api yang tidak mengenal mangsa yang membakar apa saja.
Demikianlah angkara nafsu manusia kalau tidak dijaga, dikawal, dikekang dan ditundukkan. Lihat sahaja realiti yang berlaku di dalam kehidupan manusia yang didorong oleh nafsu. Sebut saja di aspek mana pun, berbagai kedurjanaan yang menyebabkan manusia hidup terseksa. Bermula dengan individu yang bernafsu besar, buas dan rakus. Hidupnya sekadar mahu memuaskan nafsu saja tanpa mengira halal haram. Tamak haloba sering menguasai diri. Egonya tinggi dan sangat mementingkan diri sendiri. Bukan sahaja akan berlaku kejam kepada orang lain malah kadang-kadang sampai membunuh did kerana terjerumus kepada kekecewaan yang amat sangat.
Rumahtangga pula tidak pernah aman tenteram. Krisis berlaku berpanjangan. Kasih sayang terbarai. Ikatan kekeluargaan dan pertalian darah terungkai.
Pertengkaran, pertelingkahan malah penderaan sering berlaku. Anak-anak menjadi mangsa dengan mengalami tekanan jiwa. Mana ada lagi kebahagiaan. Akhirnya rumahtangga menjadi Neraka.
Sekiranya nafsu rakus dan ganas ini dimiliki oleh pemimpin maka lebih besar dan lebih luas lagilah daerah kedurjanaannya. Untung nasib rakyat dan negaranya tidak diambil pusing. Habis kekayaan rakyat dan negara dibolotnya. Perpecahan dan permusuhan yang terjadi di dalam negara di luar perhitungannya. Kemungkaran dan kemaksiatan tidak diambil peduli. Apa yang lebih penting ialah menjaga kedudukan. Peri kemanusiaan sudah musnah. Jangan ada pihak yang cuba menasihati, lantas akan dianggap penentang. Pengkritik dibariskan sebagai musuh yang mesti dilenyapkan. Di kelilingnya dipenuhi oleh pengampu. Pengampu yang bersekongkol itu juga turut serta dengan kerakusan nafsu. Golongan pengampu itulah yang sering diletakkan sebagai wira bangsa dan pembela masa hadapan. Kredibiliti atau kualiti kepimpinan pengampu itu tidak menjadi ukuran. Apa yang lebih penting ialah saling bela-membela untuk kepentingan masing-masing.
Rintihan rakyat tidak didengarnya. Malah rakyat dalam kesusahan itu pula menjadi sasaran kecaman dengan pelbagai label - malas, lemah, tidak pandai cari peluang dan sebagainya.
Puluhan tahun Hiroshima dan Nagasaki dibangunkan, hanya dengan sekelip mata hancur musnah menjadi abu. Ratusan ribu manusia tidak berdosa mati dan meninggalkan ratusan ribu pula janda dan yatim piatu.
Di Afghanistan, daripada 22,000 kampung dan bandar, 19,000 musnah kerana perang. 5 juta rakyatnya mati dan meninggalkan 7 juta janda dan anak yatim.Sebut saja di mana dunia ini yang berlaku peperangan, maka di sana terdapat pemimpin gila dan sakit jiwa. Semuanya adalah kesan daripada nafsu yang berkuasa dan bermaharajalela.
Nafsu sifatnya maknawiyah (abstrak). Maka nafsu juga hanya dapat ditundukkan oleh satu kuasalain yang bersifat maknawiyah, iaitu iman dan tagwa. Hanya apabila mana memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang tinggi barulah nafsu dapat ditundukkan. Rasa takut dan cinta kepada Tuhan, hati menjadi lembut dan dapat membunuh sifat mazmumah

Anugerah Dari Tuhan

Anugerah Dari Tuhan

Anugerah Dari Tuhan(1)


12/01/2006
Kononnya.....

Arakian terbetiklah suatu berita, kononnya ada seorang pemuda Melayu bernama Jamal. Jamal merupakan seorang anak orang kaya. Ibu bapa Jamal pula merupakan orang yang suka mengumpul harta. Pada mereka, harta adalah punca kebahagiaan, justeru itu dia orang pun sibuklah bekerja siang malam, pagi petang, demi untuk mencari harta yang kononnya akan membahagiakan mereka dan anak tunggal mereka Si Jamal tu... Bagaimana pula halnya Si Jamal di rumah?

Sebelum tu... Jamal ni tak pernah dididik dengan agama... kalau gitu macam mana nak kenal Tuhan? Macam mana dia nak takut dengan Tuhan? Cinta dengan Tuhan lagiii la jauh. Ibu bapa dia ni, didik dia dengan akademik semata-mata. Dari kecik sampai la ke besar, belajar, belajar, belajar. Tak sembahyang tak pe, jangan tak lulus periksa. Ha, kalau tak baca buku, siap la. Habis kena marah la Si Jamal tu.

Ntah hape la yang ada dalam kepala otak mak bapak dia ni. Dia orang ni cukup risau kalau Jamal ni tak tahu cakap omputih. Pada dia orang perkara seumpama ini amatlah mengaibkan. Peliknya, mereka tak pulak susah hati kalau Jamal tak kenal Quran. Baca Fatihah pun tak pandai. Isy, isy, isy... dia orang ni tak tahu ke, cuma tiga perkara yang akan kita tinggalkan sebelum kita mati...?
Dan salah satunya adalah doa anak yang soleh ... anak yang soleh, anak yang soleh!!! Bukan anak yang boleh cakap omputih, bukan anak yang boleh terbang!
Tuhan tak tanya esok dalam kubur, "Kenapa anak kau tak jadi pilot? Atau peguam? Atau doktor? Atau jutawan?" Tidak... Tuhan tak akan tanya macam tu.

So... kita berbalik kepada cerita si Jamal tu... Oleh itu Jamal pun dibesarkanlah oleh ibu bapanya dengan suasana kehidupan yang sangat mementingkan `standard` dan `branded`. Maka nak dipendekkan cerita... pada suatu hari.. ibu bapa beliau telah terbabit dalam kemalangan yang amat dahsyat sehingga terbanglah nyawa kedua-duanya. Lalu tinggallah Si Jamal sebatang kara dan yatim piatu dengan duit berlambak dan harta yang banyak. Jamal ni oleh kerana dia tak kenal Tuhan... maka dia amatlah tertarik dengan budaya kuning dan kelabu yang jadi kegilaan muda-mudi kini. Maka setiap hari gegak-gempitalah rumah besar itu dengan `party` yang bercampur-gaul lelaki perempuan... berhiburlah mereka semalam-malaman sehinggalah ke pagi hari...

Hai, macam roti canai la mak bapak dia dalam kubur.... Makin dia buat, makin teruk mak bapak dia kena belasah... isy, isy, isy... teruknya kau ni Jamal... kau tak sedar ke mak bapak kau teruk kena belasah....!
Jamal ni masih remaja, umur dia baru 23 tahun. Di samping `kehenseman` dan kekayaan yang ada padanya, dia ni juga teror main surfboard... Ape ke bende surfboard tu? Ala... papan luncur tu la. Ooo... papan luncur... so... oleh kerana dia ni `handal` main surfboard, maka bertambah `glamour` la dia, dan ramai peminat pulak tu... terutama peminat yang terdiri dari kalangan wanita.

So, apalagi Jamal ni tadi... bila dia dah dapat ramai awek... dia pun asyik berfoya-foya menghabiskan harta benda orang tuanya itu. Tak kira dosa pahala. Lagi pulak, nak main surfboard ni kena la pergi luar negeri, baru mengancam.
Nak dipendekkan cerita, suatu hari Jamal pegi Australia nak main `surfboard`. Kali ini dia nak berkawan dengan awek mat saleh pula.
Sampai di Australia, dia yang tahu cakap omputih tu apa lagi bergaya la dia. Dia pegi la ke pantai dengan mengelek papan surf yang mahal. Dia pun ape lagi, punye la suka ... meluncur sana meluncur sini.

Tiba-tiba datang la satu ombak besar... tingginya dua tingkat bangunan... Masya-Allah...! Tingginya.Mula-mula dia dapat kawal dan meluncur dengan lancarnya, tapi tiba-tiba dia rasa ada sesuatu yang tolak dia dari bawah, lalu dia pun terjatuh dalam air... Tak tahu le sape yang tolak dia. Jangan-jangan Jin Aprit agaknya. Jin memang suka kacau orang, terutama orang yang lupa Tuhan. Mungkin betul la jin yang bertanggungjawab menolak si Jamal sampai dia jatuh dalam air...
Tapi Si Jamal ni mana tahu pasal jin. Dia hanya tahu pasal alam nyata atau alam yang hanya nampak di mata. Jadi, dia ingat itu kesilapan teknikal.... Lalu jatuh la si Jamal tu ke dalam air... dia pun cepat-cepat berenang naik ke permukaan. Sampai ke permukaan... tiba-tiba Jamal lihat dirinya berada jauh dari pantai... nun sayup terkapai-kapai di tengah lautan.

Dalam Jamal termangu-mangu kehairanan itu datang satu lagi ombak bear lalu menghempas dan menenggelamkan dia nun jauh ke dasar laut. Jamal dapat lihat suasana dalam laut tu sungguh gelap... dalam...
"Alamak, matilah aku kali ni." Detik hati Jamal.
"Tuhan!!! Aku belum mahu mati!!" Tiba-tiba Jamal menjerit di dalam hati. Tau pulak dia sebut Tuhan. Memang le dalam setiap diri manusia Tuhan bekalkan fitrah rasa bertuhan. Waktu tersepit macam tu barulah manusia terasa dia perlukan Tuhan. Hati Jamal amat takut dan cemas. Walaupun dia pandai berenang tapi sempat ke dia naik ke permukaan. Begitulah hatinya berkira-kira. Tiba-tiba... lalu satu benda yang tinggi, betul-betul depan matanya.

Dia terdetik dalam hati, "Ini sirip ni. Sirip...? Sirip ikan apa sebesar ini?"
Rupa-rupanya itu adalah sirip milik seekor jerung raksasa.
Maka berderaulah darah Si Jamal, menggeletar seluruh tubuhnya... tahulah dia maut sedang menanti... sekarang siapa yang akan menyelamatkannya. Teringat dia apa yang dia buat selama ini. Mana kawan-kawan, mana makwe keliling pinggang dulu? Mana harta kekayaannya, mana glamour, mana kepandaiannya. Itu semua tidak berguna lagi saat ini.


...bersambung

Anugerah Dari Tuhan2)


13/01/2006
...sambungan

Dia lihat jerung tu berpusing-pusing mengelilinginya. Bayangkanlah berapa besar jerung tu kalau tinggi siripnya sahaja dah sama tinggi dengan Jamal...Kali ini memang Jamal benar-benar mengharapkan suatu miracle, satu bantuan atau kuasa ghaib untuk membantu dia. Tapi siapa yang dapat tolong dia sekarang...? Tiba-tiba dia lihat jerung itu menuju laju kepadanya. Saat kemuncak yang paling mencemaskan pun tiba.... Jamal panik, tiba-tiba dia pun berkata dalam hati (sebab nak jerit dalam air tak boleh), "Ya Allah, Kau tolonglah aku..." Selama-lama yang dia hidup inilah kali pertama dia menyebut nama Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih, yang Maha Penyayang, yang Maha Pencipta... Tuhan yang menjadikan segala-galanya, yang memiliki segala-galanya dan dia menyebut nama Tuhan itu dengan penuh pengharapan, bagai seorang hamba kepada tuannya. Tuannya yang sebenar ... sambil memejamkan mata dia pasrah kepada Tuhan menunggu saat-saat terakhir...
Tiba-tiba Jamal terasa dirinya terangkat laju ke atas, terasa sirip yang besar menyentuh badan hingga ke mukanya. Jamal pun memaut sirip tersebut. Haiwan itu bergerak laju ke permukaan laut. Jamal menjadi hairan apa yang sedang haiwan ini lakukan? Yang lebih menakjubkan, Jamal tak terasa pun dirinya terancam... malah dia rasa kasih sayang.... Kasih sayang? Ya... betapa Maha Pengasih dan Penyayangnya Tuhan... bagaimana haiwan yang terkenal ganas ni boleh menjadi seperti seekor kucing?Jinak, boleh dibelai dan manja. Satu perkara yang melanggar hukum adat dan logik akal sedang berlaku. Sampai di permukaan air, Jamal pun menarik nafas dalam-dalam sambil membuka matanya perlahan-lahan... dilihatnya pantai dah terlalu hampir jaraknya.

Tiba-tiba jerung raksasa itu berhenti... Jamal pun melepaskan tangannya perlahan-lahan, jerung itu beredar.... Hilang entah ke mana. Tidak jauh dari situ, Jamal dapat melihat sepasang kekasih sedang berdua-duaan di atas pelampung... Serentak itu juga tiba-tiba satu lembaga muncul dengan mulutnya yang terbuka luas menampakkan barisan-barisan gigi yang cukup mengerikan... lalu membaham kedua-dua pasangan tersebut. Yang terdengar hanyalah jeritan, kemudian penyerang itu tidak muncul-muncul. Yang ditinggalkannya hanyalah sepasang kaki dan beberapa potog jari... mungkin sebagai amaran! Laut biru bertukar merah.

Jamal meninggalkan Australia dengan tanda tanya yang tidak mampu dia menjawabnya. Cuma yang pasti, dia kini mendapat satu pengajaran dari pengalaman pelik dan ajaib itu, yakni adanya Tuhan dalam hidup ini. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya. Tapi hamba-hamba-Nya selalu melupakan-Nya. Apa yang dikehendakinya selama ini telah pun diperolehi.
Apakah itu...? Itulah kebahagiaan... rupa-rupanya Tuhan merupakan puncak kebahagiaan, keselamatan dan segala-galanya. Bagaimana dengan nama? Glamour? Perempuan? Harta? Bukankah semua ini yang diburu oleh manusia, kononnya di situlah kebahagiaan. Tidak... tidak... Itu semua tidak pernah membahagiakan manusia? Itu semua hanya menipu daya manusia. Jamal telah pun memperolehi itu semua. Namun selama ini dia tidak pernah merasa bahagia dan puas. Hatinya sentiasa terasa kosongKini, sekembali dari Australia, Jamal seperti orang baru. Tapi bukanlah alien pulak. Tapi manusia yang ber`hati` baru. Tentu kita semua maklum, setiap manusia, yang menentukan kemanusiaannya ialah hatinya. Baik hatinya maka baiklah manusia itu. Begitulah sebaliknya...

Pertama-tama kali yang dilakukan oleh Jamal ialah menziarahi makam kedua orang tuanya. Di sana dia berdoa lama sekali sambil menitiskan air mata. Dia memohon keampunan untuk kedua-dua mereka. Dia juga menyatakan azamnya untuk belajar bagi menambah ilmu agama terutamanya ilmu untuk membaiki diri dan ilmu mengenal Tuhan. Hidayah dari Tuhan kepadanya itu tidak akan dipersia-siakan. Sesungguhnya hidayah itu satu ANUGERAH yang amat mahal. Jamal amat merasakannya, lebih-lebih lagi mengenangkan dirinya yang sudah lama hidup dalam kederhakaan dan maksiat. Dia tidak sanggup lagi hidup tanpa Tuhan... Jamal ingin hidup bersama-sama Tuhan... kerana di situlah kebahagiaan dan keselamatan

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat(1)


05/12/2006
FITRAH, watak dan bakat adalah tiga perkara yang berbeza. Walaupun semuanya sama-sama merupakan sifat batiniah insan, namun ada perbezaan yang jelas di antara ketiga-tiganya. Kita perlu mengetahui akan pengertian dan fungsi tiap-tiap satunya, supaya kita dapat melatih dan menggunakannya tepat dengan kehendak ALLAH. Dengan izin dan pengajaran dari ALLAH, saya akan cuba mengupas ketiga-tiga perkara ini dengan jelas, insya-ALLAH.

A. FITRAH
Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh ALLAH ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia.

Contoh-contoh sifat fitrah ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolehi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu.

Rasa takut datang ketika berhadapan dengan perkara yang hebat dan menggerunkan. Rasa sayang terasa di hati ketika bertemu orang yang berjasa padanya. Rasa simpati atau belas kasihan datang ketika melihat orang susah atau teraniaya. Rasa marah terasa bila ada orang mengganggu atau mencacatkannya. Rasa dendam datang bila ada orang lain menyusahkan dirinya atau kaum keluarganya. Rasa benci terasa bila ada orang menghinanya. Rasa jijik menjelma bila berhadapan dengan najis atau kekotoran. Rasa terhibur atau gembira masuk ke hati di waktu berhadapan dengan kesenangan atau kejayaan. Rasa dengki atau tidak senang datang ketika berhadapan dengan kesenangan orang lain. Rasa megah menghantui hati di waktu beroleh kejayaan dan kemenangan.Rasa sedih datang bila berhadapan dengan kegagalan, kemiskinan dan kesusahan.

Sekali lagi, rasa-rasa yang menjelma silih berganti ke dalam hati itu, bukannya didapati hasil berguru atau pengalaman. Ia adalah semulajadi. Ia wujud bersama lahirnya manusia ke dunia. Itulah fitrah. ALLAH SWI` berfirman:
Terjemahannya: " Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (ALLAH); tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "(Ar Rum: 30 )

Berdasarkan contoh-contoh sifat semulajadi yang ada pada manusia itu, kita dapat membahagikan fitrah kepada dua bentuk iaitu:
i. Positif (sifat-sifat baik)
ii. Negatif (sifat-sifat jahat)

ALLAH SWT menentukan bahawa setiap manusia dibekalkan dengan sifat semulajadi yang baik dan yang buruk.
Hal ini adalah untuk menguji manusia, siapakah yang baik dan siapa pula yang tidak. ALLAH berfirman:
Terjemahannya: " Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan dan jalan kejahatan)." (Al Balad: 10)
Firman-Nya lagi:
Terjemahannya: " Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan hatinya (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorinya. "(Asy Syams: 9 - 10)

Antara sifat-sifat jiwa yang positif ialah :
1. Rasa terhutang budi atau ingin membalas budi dan berterima kasih pada orang yang berjasa.
2. Simpati atau belas kasihan kepada orang susah dan teraniaya.
3. Rasa cinta kebaikan dan kebenaran.
4. Rasa bertuhan yakni mahu menyembah Tuhan, memohon pertolongan dan mengingatinya diwaktu susah.
5. Rasa malu dengan perkara-perkara yang aib.
6. Rasa ingin membela atau menolong pihak yang benar.
7. Rasa bersalah bila terbuat kejahatan.

Antara sifat-sifat jiwa yang negatif ialah :
1. Rasa megah atau sombong dengan kejayaan dan keistimewaan.
2. Rasa marah terhadap orang yang menyusahkan atau menghina.
3. Rasa dendam terhadap orang yang buat jahat pada kita.
4. Rasa takut.
5. Dengki dengan kelebihan orang lain dan gembira dengan kegagalan mereka.
6. Tamak dengan dunia; tidak pernah cukup atau tidak puas.
7. Ingin lebih, ingin dipuji.
8. Rasa rendah diri dengan kekurangan diri.
9. Benci dengan makhluk yang hina dan lemah.

Sifat-sifat yang positif yang ALLAH bekalkan pada manusia itu, ALLAH perintahkan agar ia disuburkan, dididik dan diamalkan dalam kehidupan. Untuk itu ALLAH gariskan panduan syariat tentang bagaimana sifat-sifat yang baik itu boleh disuburkan dan dijadikan akhlak diri dan sikap hidup.

Sebaliknya terhadap sifat-sifat yang negatif ALLAH perintahkan ianya dikikis dari jiwa dan tidak diamalkan dalam kehidupan. ALLAH juga menunjukkan cara bagaimana mujahadah membuangnya boleh dilakukan.

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat(2)


08/12/2006
CONTOH MENYUBURKAN SIFAT-SIFAT JIWA YANG POSITIF
1. Rasa terhutang budi dan ingin membalas budi
Rasa ini boleh .disuburkan dengan selalu mengenang-ngenangkan budi dan menghitung nikmat yang diberikan orang kepada kita. Terutamanya rahmat dan nikmat ALLAH SWT, Rasulullah SAW, guru-guru, pemimpin, ibu bapa, saudara-mara, sahabat-handai dan lain-lain lagi.

Sewaktu mengenangkan jasa atau menghitung-hitung nikmat yang kita perolehi dari mereka itu, tentu timbullah rasa mahu membalas budi yang baik itu dan mahu bersyukur atas nikmat. Maka segeralah kita bertindak melakukannya. Buatlah apa juga kebaikan yang terdaya demi menghiburkan mereka itu serta untuk menjalin kasih sayang yang erat dengan mereka.

Perlu diingat, kadang-kadang mereka yang berbudi itu, ada juga buat salah pada kita; hingga kita rasa kecil hati dan mahu menafikan jasa bakti mereka pada kita. Sebenarnya sikap itu tidak betul. Patutnya kerana mengenang budi mereka kita boleh memaafkan kesalahan mereka itu.

Memaafkan dan melupakan kesilapan mereka itulah imbangan kepada budi baik mereka. Sedangkan Allah itu bersifat pemaaf, memaafkan kesalahan hamba-Nya yang membuat kesalahan. Firman ALLAH: Terjemahannya: " Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan. "(Asy Syura: 25)

Dalam pada itu kekalkan hubungan baik dan budi baik dengan mereka. Terhadap ALLAH SWT pula, jangan kita berburuk sangka atas kesusahan yang ditimpakan. Nikmat-Nya masih lebih banyak dari bala bencana.
Firman Allah:
Terjemahannya: " Dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air." (Yasin: 34-35)

Lagipun ujian ALLAH itu bukan untuk menyusahkan atau menghina kita. ALLAH bermaksud baik dengan setiap taqdir-Nya. Bahkan itulah kasih sayangnya pada kita. Dengan maksud mendidik kita supaya kita tidak sombong.
Ingatlah firman ALLAH:
Terjemahannya: " Barang siapa bersyukur pada-Ku, nescaya Aku tambah nikmat padanya. Tapi siapa yang kufur nikmat; ketahuilah azab-Ku maha pedih. "(Ibrahim: 7)

2. Rasa bertuhan
Yakni mahu menyembah ALLAH, memohon pertolongan dan mengingati-Nya di waktu susah; ianya adalah rasa semulajadi yang ada dalam setiap hati termasuklah hati orang-orang kafir. Sifat ini adalah sifat yang baik bahkan sangat penting dalam hidup manusia. Kalaulah ia dapat disuburkan nescaya sangat beruntunglah manusia itu. Cara untuk menyuburkannya ialah:
i. Mempelajari ilmu-ilmu agama khususnya bidang-bidang yang memperkenalkan ALLAH SWT; bagaimana perhubungan dengan ALLAH boleh ditingkatkan dan di mana hubungan yang akrab antara insan dengan khaliq-Nya itu. Di antara bidang-bidang ilmu itu ialah tauhid, tasawuf, feqah, tafsir dan lain-lain lagi yang semuanya dirujuk pada Al Quran dan Hadis.

ii. Membanyakkan ibadah hablumminallah terutamanya sembahyang sunat. Sembahyang yang difahami bersama hati yang khusyuk.

iii. Zikir yang berterusan, istiqamah dan berdisiplin. Zikir juga mesti dibuat dengan kefahaman dan komitmen jiwa.

iv. Berdoa selalu pada ALLAH, agar direzekikan dengan iman dan taqwa. Antara doa yang baik:
Terjemahannya: " Tuhanku, Engkaulah matlamat hidupku, keredhaan-Mu yang kuharapkan. "

v. Ada guru yang mursyid yang boleh memimpin. Seorang yang sudah kenal ALLAH dan mencintai-Nya adalah orang yang paling bahagia di dunia dan di Akhirat.

3. Rasa simpati dan betas kasihan dada orang susah
Ianya adalah rasa fitrah (semulajadi) yang sangat mulia. Supaya ia benar-benar berfungsi dalam hidup seseorang, ia hendaklah disuburkan dengan latihan- latihan praktikal melalui iman yang ditanamkan di dada insan. Langkah-langkah yang boleh dibuat ialah:

Bila lihat orang susah seperti orang miskin, orang sakit, orang yang teraniaya, orang cacat, orang dalam kemalangan dan lain-lain lagi, tentu timbul rasa simpati dan belas kasihan secara spontan dalam hati kita. Tapi kalau setakat rasa kasihan saja tidak cukup untuk membuktikan yang orang-orang yang beriman itu adalah orang yang baik-baik. Kita mesti membantu, membela dan melepaskan orang-orang susah itu dari cengkaman kesusahan yang dihadapinya.

Kalau ini dapat kita lakukan setiap kali melihat orang susah, semata-mata kerana ALLAH (bukan dengan niat-niat yang lain), insya-ALLAH ia akan menjadi akhlak diri yang sangat disenangi oleh semua orang pada kita. Kita akan untung besar kerana ini; dunia dan Akhirat. Tapi perlu diingat bahawa kerja ini susah dan berat pada nafsu.

Nafsu kita akan menghalang kita dari menyusah-nyusahkan diri semata-mata kerana menolong orang susah. Tiada apa-apa untung katanya. Maka untuk melawan bisikan-bisikan jahat yang menghalang kita dari berbuat kebaikan itu, kita fikirlah begini:
" Kesusahan yang ALLAH timpakan kepada hamba-hamba-Nya itu, bila-bila masa saja boleh ditimpakan kepada aku. Kesenangan yang ada padaku kini hanya pinjaman sementara oleh ALLAH. Nanti bila tiba giliran ujian itu padaku, tentu aku inginkan pertolongan dari orang-orang yang senang. Kalau begitu biar aku tolong orang ini kerana ALLAH, moga-moga nanti kalau aku susah, ada orang yang mahu menolong aku. Lagipun dengan pertolongan kerana ALLAH itu ada pahala yang besar ALLAH janjikan."

Rasulullah bersabda:
Terjemahannya: " Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat memberi manfaat pada manusia yang lain."

Demikian contoh mujahadah untuk menyuburkan sifat kasihan belas dan menolong bantu sesama manusia. Anda boleh fikirkan berbagai cara lain dalam memujuk-mujuk hati dan menolak hasutan nafsu. Begitulah contohnya usaha-usaha yang perlu dibuat untuk menyuburkan rasa fitrah.

Hal begini mesti dilakukan secara sistematik dan berterusan oleh sistem pendidikan di rumah atau di sekolah formal atau informal. Ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan anggota masyarakat mesti diberi kesedaran tentang peranan masing-masing demi melahirkan generasi yang mulia, gagah dan berjaya. Sebab membaiki diri bukan boleh dicakap-cakapkan saja tapi mesti melalui pimpinan, didikan, dorongan dan lain-lain lagi.

Terhadap rasa fitrah yang negatif pula, usaha perlu dibuat untuk membendung dan menumpaskan perasaan-perasaan tersebut. Sebab ianya adalah merbahaya kepada individu dan masyarakat. Ia memungkinkan timbulnya berbagai-bagai bentuk maksiat, kemungkaran, pergaduhan dan perpecahan di kalangan manusia.

Syarat penting yang mesti disediakan untuk program membendung kejahatan fitrah ini ialah iman dan taqwa. Yakni hati yang penuh berisi dengan rasa cintakan ALLAH, gerun dengan azab-Nya serta rindukan Syurga-Nya. Dengan perasaan-perasaan iman dan taqwa itu, manusia mempunyai kekuatan untuk melawan atau menolak keinginan fitrah yang jahat itu. Tanpa iman dan taqwa, rasanya tiada lagi senjata lain yang cukup baik untuk menumpaskan kejahatan batiniah yang rumit itu. Dengan akta dan polis, usaha itu telah gagal. Sebab polis itu bukan mengawasi setiap masa.

Ilmu Islam yang bertapak pada fikiran (fikrah Islamiah) yang belum mendasar ke hati saja tidak cukup untuk membuang rasa fitrah jahat itu. Sebab musuh batin mesti dilawan dengan senjata batiniah atau roh Islamiah,tidak boleh dengan ilmu lahir atau fikrah Islamiah. Sebab itu kita tengok hari ini, ilmuan-ilmuan Islam sendiri ramai yang gagal mengelak pengaruh kejahatan batiniah itu. Hingga jadilah ulama-ulama yang degree sudah berjela-jela itu, akhlaknya seperti orang-orang yang tidak faham Islam. Sebenarnya mereka tewas terhadap kejahatan nafsunya.

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat(3)


10/12/2006
CONTOH MENGIKIS SIFAT-SIFAT JIWA YANG NEGATIF
1. Rasa benci
Rasa benci dengan orang yang menghina kita, adalah perasaan semua orang secara fitrah. Kalau kita perturutkan rasa tersebut tentu akan timbul pergaduhan dan pecah belah di kalangan masyarakat. Kita tentu sedar bahawa pergaduhan dan perpecahan lebih bahaya daripada rasa benci kita itu. Kalau begitu kita hendaklah membendung benci .tadi agar kita tidak bertindak balas terhadap orang yang menghina kita itu.

Bagaimanakah caranya? Kita pujuklah hati yang marah dan benci itu dengan berkata:
i. Barangkali ALLAH datangkan orang ini untuk menghina aku. Dengan maksud supaya aku dapat rasakan beginilah sakitnya seseorang yang dihina orang. Oleh itu janganlah aku menghina-hina orang lagi. Redhalah dengan taqdir ini; moga-moga is menghapuskan dosadosaku selama ini; dosa kerana menghina orang. Maka aku tidak akan bertindak balas terhadap orang ini.

ii. Penghinaan ini barangkali sesuai dengan sifatsifat jahat dan kekurangan-kekurangan yang ada pada diriku. Jadilah orang yang bersedia ditegur dan mahu membaiki diri. Kalau tidak, apa cara lagi untuk aku melihat kecacatan diri dan membaikinya. Oleh itu redhalah dengan kejadian ini dan janganlah bertindak balas apa-apa.

iii. Kejadian yang memalukan aku ini, akan jadi lebih buruk kalau aku bertindak melulu nafsu. Aku cukup daif untuk menyelesaikannya atau untuk menolaknya. Pun aku takut dengan ALLAH; kalau aku tersalah cara dalam menghadapinya. Oleh itu aku akan serahkan urusan dan keputusannya kepada ALLAH. Aku yakin ALLAH cukup bijak, cukup adil dan cukup bersedia dalam menyelesaikan masaalah aku ini. Apapun yang ALLAH ten tukan nanti, itulah sebaik-baik keputusan dan tindakan. Serahkan orang itu pada ALLAH. Kepedihan hatiku ini, nescaya ALLAH tidak persia-siakan. Biasanya ada ganjaran yang baik seimbang dengannya nanti. Itulah pengala-manku dan itulah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Apabila ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang hamba-Nya; maka ALLAH segerakan hukuman (kesusahan) di dunia ini. (At Tabrani)

iv. Diriku hanya seorang hamba yang tidak mampu menolak bencana.

2. Rasa takut
Rasa takut kepada selain dari ALLAH adalah juga rasa fitrah yang negatif. Ia boleh menghalang kemerdekaan seseorang dalam tugasnya menjadi hamba ALLAH dan khalifah-Nya. Ia juga menyempitkan ruang hidup seseorang. Rasa takut itu berbagai-bagai; takut miskin, takut susah, takut isteri, takut orang kata, takut penjara, takut mati, takut harimau, takut hantu dan lain-lain lagi. Rasa-rasa takut ini mesti dibendung dan dibuang dari hati; sebab apa yang ditakuti itu, tidak pun berkuasa memberi bekas.

Hanya ALLAH yang mu'assir (memberi bekas). Sebab itu hanya ALLAH yang layak ditakuti supaya kita merdeka dari sebarang makhluk. Dia boleh memberi sakit dan sihat. Dia memberi kekayaan dan kemiskinan. Dia menghidup dan mematikan. Selain-Nya tiada keupayaan untuk menentukan nasib kita. Apa saja yang berlaku pada kita, yang lahirnya mungkin hasil buatan makhluk, ' tapi sebenarnya itu semua dari ALLAH, dengan izin ALLAH. Sebab-musabab itu tidak memberi bekas. Ia hanya cara berlakunya sesuatu tapi bukan kerana itu terjadinya sesuatu itu.

Sebab-musabab itu ALLAH juga yang cipta. Sebab itu kita tengok banyak sebab yang tidak membawa akibat. Misalnya banyak ubat tidak dapat menyembuhkan penyakit. Demikian seterusnya. Kalau begitu apa yang hendak kita takutkan pada makhluk dan sebab-musabab. Cuma perlu diingat, ALLAH SWT tidak pula meminta kita berani melulu. Mentang-mentang kita tidak takut pads harimau, takkanlah kita tidak lari ketika terserempak dengan harimau. Mentang-mentang buaya tidak memberi bekas, mana boleh kita terjun ke sungai yang ada buaya. Mentang-mentang tidak takut mati, jumpa orang yang sedang berperang, kita tidak mengelak. Bukan begitu.

Islam melarang takut pada makhluk tapi Islam juga menyuruh mengelak dari bahaya. Kedua-duanya adalah syariat dari ALLAH. Mengelak itu bukan kerana takut tapi kerana ALLAH. ALLAH perintahkan kita mengelak dari bahaya, pergi kepada selamat. Firman ALLAH:
Terjemahannya: Jangan kamu campakkan dirimu kepada kebinasaan. (Al Baqarah: 195)

Keberanian yang hendak dipraktikkan bukan keberanian yang bodoh dan melulu. Perlu diingat,orang yang tahu ada bahaya di depan, tapi merempuh juga, itu bukan orang berani tapi orang bodoh. Orang yang berani kerana ALLAH ialah orang yang tidak meminta bahaya, tapi bila terserempak dengan bahaya, tanpa diduga, dihadapinya dengan tenang; tanpa hilang pertimbangan. Pun dia tidak gentar untuk menghadapinya, dilawan penuh berani dan tawakal. Dia teringat firman ALLAH: Terjemahannya: Janganlah kamu takut pada manusia, tetapi takutlah kepada Aku. (Al Maidah: 44)

Takutkan ALLAH ertinya takut menderhakai-Nya kerana azab-Nya maha pedih. Takut dengan segala bentuk dosa dan ingin pada segala kebaikan. Perlu lagi diingat; dalam berani melawan itu pun kerana ada strategi. Sukan lawan melulu. Kalau rasa kita boleh kalah, elakkan dulu perlawanan waktu itu. Rasulullah pernah menolak peperangan waktu masih lemah.

3. Rasa bangga diri
Rasa bangga diri bila melihat kelebihan dan keutamaan yang ada pada kita, adalah rasa semulajadi yang tidak baik. Kalau diikutkan ia akan merosakkan aqidah seseorang di samping ia mengancam kestabilan dalam masyarakat. Rosaknya aqidah kerana seseorang menganggap keistimewaan dirinya itu adalah kepunyaan-Nya; bukan kepunyaan ALLAH yang dipinjamkan padanya. Rosak masyarakat pula kerana orang yang bangga diri ini selalu menunjuk-nunjuk dan mengangkat-angkat dirinya. Orang ramai jadi tidak suka dan benci.

Hal ini kalau dibiar berleluasa akan menimbulkan rasa permusuhan, pergaduhan, bencimembenci dan hilangnya kedamaian dalam masyarakat. Kalau begitu rasa bangga diri mesti dibuang dari hati. Dengan iman dan ilmu kita boleh menolaknya keluar dari hati, insyaALLAH.

Proses menolaknya ialah kita berkata lebih kurang begini:
"Hidup tidak selalunya senang, berjaya dan istimewa. Selalu terjadi kesusahan menimpa kita walaupun kita tidak ingin padanya. Itu menunjukkan bahawa kalau ALLAH mahu, kita ini selama-lamanya boleh dihina dan disusahkan. Tapi ALLAH tidak begitu. Dipergilir-gilirkan antara nikmat dan kesusahan pada hamba-hamba-Nya, agar si hamba kenal Tuhannya. Kenal yang Tuhan itu cukup baik dengan memberi segala kenikmatan dan sangat mendidik dengan kasih sayang melalui segala ujian.
Ertinya apa yang ada pada kita semua hak ALLAH. Kepandaian, kesihatan, kekayaan; semuanya kepunyaan ALLAH.

Oleh itu sepatutnya manusia itu redha dengan ujian dan malu dengan nikmat. Redha kerana ujian itu adalah bermaksud baik; ALLAH mahu mengingatkan hamba tentang kehambaannya. Malu dengan nikmat kerana terhadap dirinya yang kecil dan hina itu, ALLAH mahu melayan dengan begitu istimewa sekali. Maka tidak timbullah rasa bangga diri bila beroleh kemenangan dan keistimewaan; ia cuma pinjaman sementara untuk si hamba tahu mensyukuri Tuhannya dan kenal peri baiknya ALLAH itu.

Nikmat bukan tanda kita mulia atau tidak bersalah atau berada dalam kasih sayang ALLAH. Sebaliknya ujian bukan bermakna ALLAH marah. Ujian itulah kasih sayang ALLAH manakala nikmat adalah tanda kepemurahan ALLAH. Jika ini diinsafi, insyaALLAH, seorang manusia itu tidak bangga diri waktu beroleh nikmat dan kecewa waktu diuji.

Itulah cara-cara yang disarankan untuk membendung dan membuang sifat fitrah yang negatif. Terhadap sifat-sifat jahat lain, bendunglah dengan berpandukan kaedah contoh yang diberikan di atas. Siapa yang dapat rezeki untuk membuang sifat-sifat jahat yang fitrah ini, akan jadilah ia seorang yang berakhlak baik dan dikasihi ALLAH dan manusia. Dan sebuah masyarakat yang dibina untuk memiliki kebaikan-kebaikan akhlak dan membuang akhlak yang jahat. Maka itulah dia masyarakat yang boleh menjadi bersih, kuat dan berjaya membangunkan tamadun yang menyelamatkan yang dicontohi oleh dunia.

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat(4)


11/12/2006
B. WATAK
Watak ialah sifat batiniah yang khusus, dibekalkan sejak azali kepada seseorang atau sesuatu kaum atau bangsa secara umumnya. Maknanya orang lain atau bangsa lain atau kaum lain tidak semestinya memiliki sifat-sifat tersebut. Watak juga tidak dapat diusahakan atau dipelajari dari pengalaman atau dari manamana guru. Ia adalah sifat semulajadi yang dianugerahkan, secara khusus kepada individu atau kaum tertentu secara umum. Faktor-faktor yang menentukan watak seseorang atau sesuatu kaum itu ialah keturunan,perkahwinan (ibu bapa), makanan, iklim,bentuk muka bumi, suasana alam sekitar dan lain-lain lagi.

Watak seseorang tidak terlalu menonjol di waktu ia masih bayi atau kanak-kanak. Perkembangan watak berlaku seiring dengan pertambahan umur dan pembesaran fizikal seseorang. Watak yang ada pada seseorang atau satu bangsa itu ada yang baik dan ada yang buruk. Watak-watak yang baik akan menjadikan seseorang atau sesuatu kaum itu lebih istimewa daripada seseorang atau sesuatu kaum yang lain. Manakala watak yang buruk itu akan menjadikan seseorang atau sesuatu kaum itu kelihatan ada kekurangan dan kelemahan dibandingkan dengan orang lain atau kaum yang lain sekiranya watak itu diperturutkan.

Contoh watak-watak yang baik yang ada pada seseorang atau sesuatu kaum ialah:
1. Berani
2. Cerdik
3. Memimpin
4. Rajin
5. Berterus terang
6. Pemurah dan suka menolong
7. Lemah lembut 8. Petah bercakap
9. Ramah mesra

Sebaliknya watak-watak yang buruk yang dibekalkan sejak semulajadi pada seseorang atau sesuatu kaum itu ialah:
1. Penakut
2. Lemah berfikir
3. Malas
4. Menurut atau taat
5. Suka memendam rasa
6. Bakhil atau enggan menolong
7. Kasar dan degil
8. Membisu dan lain-lain lagi

Kita boleh melihat perbezaan-perbezaan watak di antara individu atau kaum-kaum di dunia dalam pergaulan dan kehidupan harian kita. Ada seorang dilahirkan bersama karisma kepimpinan yang tinggi. Sebaliknya seorang yang lain langsung tidak mampu memimpin, melainkan menanti dan menurut arahan sahaja.

Ada orang lahir bersama kecerdikan, yang lain pula lemah berfikir. Seterusnya ada manusia lahir bersama akhlak yang halus, tapi ada manusia lain yang begitu kasar akhlaknya. Demikianlah seterusnya.

Kemudian kita juga dapat menyaksikan watak-watak khusus bagi sesuatu kaum secara umum yang watak demikian itu `tidak menonjol pada kaum yang lain. Misalnya: Orang Arab umumnya berwatak berani, terus terang, kasar dan keras hati. Mereka juga begitu bersungguh melayan tetamu dan kuat makan. Masyarakat ini mudah bergaduh, tapi mudah pula memaafkan dan berbaik-baik.

Orang Thailand umumnya berwatak lemah lembut, suka menolong, tidak mudah bergaduh dan bertolak ansur. Orang Barat wataknya cerdik, terus terang, boros, keras hati dan hidup nafsi-nafsi. Orang Melayu wataknya secara umum lembut, beralah, memendam rasa dan mesra.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, watak seseorang atau sesuatu kaum itu terbentuk kerana pengaruh keturunan, perkahwinan, alam sekitar dan lain-lain. Hal ini dapat kita saksikan degan jelas pada masyarakat manusia yang tingal di kawasan-kawasan iklim dan muka bumi yang berbeza-beza di dunia. Di sana watak mereka juga turut berbeza-beza. Secara detail tentang perbezaan watak, bergantung kepada perbezaan iklim dan bentuk muka bumi.

Di sini saya akan menyebutkannya secara ringkas. Mengapa diturunkan para nabi dan rasul di Timur Tengah? Mengapa pula Barat melahirkan ramai ahli falsafah? Dan bagaimana pula dengan dunia Timur ini?

Pada saya di Timur Tengah itu iklim dan muka buminya yang keterlaluan yakni panas dan` dinginnya keterlaluan, padang pasirnya yang kering-kontang,gersang dan tandus, telah membuatkan manusia- manusianya jadi keterlaluan dalam watak mereka. Mereka itu keras hati, kasar, berani gopoh-gapah ,terus terang dan tahan lasak. Pengaruh iklim dan muka bumi memaksa mereka jadi begitu. Ditambah dengan makanan yang berminyak, daging dan lemak, cili dan bawang mentah; darah mereka jadi panas. Maka mereka akan mudah dan cepat marah. Maka demi keadilan ALLAH buat kaum ini, ALLAH datangkan pada mereka utusan-Nya; nabi, rasul, ulama-ulama besar dan para wali. Hanya mereka inilah yang mampu mendidik dan memimpin kaum ini agar jadi baik dan tunduk pada kebenaran.

Hasil dari didikan Rasulullah SAW, bangsa Arab pernah menjadi bangsa yang utama, terbaik dan berguna di dunia. Tapi di zaman ini sudah tiada lagi nabi, rasul dan orang-orang yang disebutkan tadi; maka bangsa ini kembali pada watak asalnya.

Di Barat pula, muka buminya yang penuh dengan padang rumput yang subur, tanah datar yang ditumbuhi kayu-kayan yang indah tapi tidak besar dan tebal, dengan iklimnya yang sering sejuk hatta musim panasnya pun masih sejuk (satu suasana pertengahan antara padang pasir dan hutan tebal), mempengaruhi manusia-manusianya menjadi orang-orang yang ahli fakir. Umumnya mereka ini cerdik dan kreatif. Mereka tidak terlalu agresif tapi tidak terlalu lembut. Sebab itu untuk mendidik mereka ALLAH lahirkan filasuf-filasuf yang ramai. Hasilnya jadilah orang Barat bangsa yang telah mempesonakan dunia dengan kemajuan sains dan teknologinya. Tapi dengan akal saja mereka tidak dapat melihat kebenaran dari Tuhan.

Apa halnya dengan orang Timur? Pengaruh iklim, muka bumi dan makanan telah membentuk watak mereka sebagai bangsa yang terlembut di dunia. Orang Timur dikatakan bangsa yang paling baik (akhlaknya) di dunia. Iklim dan muka bumi tempat tinggal mereka tidak terlalu mencabar mereka. Lalu mereka tidak perlu merancang sesuatu untuk menghadapinya. Mereka tidak tercabar oleh alam sekitar. Maka jadilah bangsa itu orang yang kurang bergaduh dan berperang. Mereka lembut-lembut dan baik-baik. Suka hidup bergotong-royong. Tapi kerana itu jugalah mereka jadi bangsa yang tidak cerdik, tidak kreatif dan tidak pernah menjadi empayar di dunia.

Tapi ada satu janji ALLAH melalui lidah Rasulullah SAW, untuk orang Islam di Timur iaitu kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman akan berlaku di tangan mereka. Untuk itu pemimpin yang mereka perlukan bukan bertaraf nabi atau rasul atau filasuf. Mereka cukup dengan seorang yang soleh kalau pun tidak bertaraf wali. Demikianlah watak kaum itu ditentukan juga oleh muka bumi dan iklim di samping lain-lain. faktor.

Tujuan ALLAH membezakan watak manusia dan bangsa-bangsa itu ialah supaya manusia-manusia itu saling tiru-meniru dan saling belajar-mempelajari, lengkap-melengkapi serta sempurna menyempurnakan antara satu sama lain.

Firman Allah Terjemahannya: Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu mengenal satu sama lain. (Al Hujurat: 13)

Dan lebih besar dari itu ialah supaya manusia mengusahakan lahirnya seseorang atau satu bangsa yang padanya ada berbagai-bagai watak yang baik sebagai gabungan dari watak-watak yang ada pada berbagai bangsa. Usaha ini boleh dibuat dengan merancang dan menjayakan kahwin campur. Perkahwinan antara bangsa-bangsa dari berbagai-bagai negara di dunia yang beragama Islam, kalau dapat dilaksanakan akan memberi beberapa faedah yang besar.
Antaranya:
1. Melahirkan generasi baru yang berwatak istimewa yakni gabungan berbagai-bagai watak yang baik. Sebab berkahwin antara dua bangsa yang berbeza, misalnya Melayu dengan Turki, bererti mencantumkan dua jenis darah yang berbeza kandungannya; yang menghasilkan sejenis darah baru yang mempu-nyai sifat-sifat yang lebih banyak dari sebelumnya.

Dari sana akan lahir anak-anak yang wataknya ialah campuran watak Melayu dan Turki. Di antaranya; cerdik, berani, lemah lembut, ramah mesra, cantik dan lain-lain lagi. Hal ini telah terbukti di dalam sejarah Islam di waktu 3/4 dunia berada di bawah pentadbiran Islam. Waktu itu terjadi kahwin campur yang meluas antara umat Islam di berbagai negara.

Hasilnya lahir satu generasi Islam yang istimewa. Yang pada mereka itu ada berbagai-bagai watak campuran ibu bapa mereka. Mereka jadi bangsa yang cerdik, berakhlak, berani, pemurah, lemah lembut, memimpin dan lain-lain lagi. Dengan watak-watak baik yang semulajadi itu, dididik pula oleh Islam yang sememangnya menggalakkan dan menyuburkan watak-watak baik tersebut, jadilah mereka bangsa yang dapat menguasai dunia dengan jayanya.

2. Kahwin campur juga dapat menghilangkan sifat asobiah kaumiah (kebangsaan yang sempit) yang ada pada tiap-tiap bangsa. Bila Pakistan berkahwin dengan Arab, anak yang lahir itu bukan lagi Arab dan bukan juga Pakistan. Anak itu tidak lagi `menganut` satu bangsa yang khusus. Maka rasa cinta pada sesuatu bangsa tidak ada dalam hatinya.

Ertinya, fanatik kebangsaan atau asobiah itu sudah tiada. Yang tinggal padanya itu ialah milik bersama ibu ayahnya iaitu Islam. Islam jadi tempat pergantungan dan identiti dirinya. Dan dia tidak lagi berkata "Saya bangsa begian-begian" tapi berkata: "Ana muslim" dan inilah yang kita mahukan: bangga dengan Islam bukan dengan bangsa.

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat(5)


12/12/2006
3. Apabila tidak ada lagi rasa kebangsaan antara umat Islam, maka sentimen perkauman dan hina-menghina antara umat Islam lenyap dengan sendirinya. Ini mengurangkan ikhtilaf.

Dengan hikmah-hikmah yang demikian itu, maka Islam memang menganjurkan kahwin campur.Rasulullah melarang kahwin antara orang yang terlalu dekat hubungan keluarganya. Misalnya sepupu dengan sepupunya. Hukumnya makruh. Sebab hasil perkahwinan tersebut melahirkan anak-anak yang kurang bermutu sama ada dari segi kecerdikan atau akhlaknya. Kita boleh buktikan hal ini dengan melihat pada keturunan kebanyakan raja di dunia yang mereka berkahwin sesama puak dan keluarga. Kurang sangat anak-anak raja jadi profesor dan yang mampu mentadbir dengan berjaya. Kebanyakan hanya mampu jadi pemimpin boneka. Saksikan juga hal ini pada rakyat biasa, tentang kualiti anak yang lahir dari perkahwinan di kalangan keluarga. Di Eropah misalnya sekarang ini ada satu kelompok masyarakatnya yang lahir dari perkahwinan anak dengan bapa, adik dengan abang, ibu dengan anak. Anak-anak haram itu bodoh-bodoh dan jahat, tidak berguna kepada masyarakat. Hal begini kita lihat tidak pula berlaku dikalangan keturunan Rasulullah yakni Sayid-Sayid dan Syarifah. Mereka walaupun berkahwin sesama keluarga dan puak, namun anak-anak mereka masih berkualiti. Mungkin kerana ALLAH istimewakan keturunan Rasulullah SAW.

Seperkara yang perlu diambil perhatian dalam membincangkan watak ini ialah faktor pendidikan. Pendidikan yang Islamik sangat penting untuk menyuburkan watak atau membendungnya. Tanpa pendidikan, watak yang baik pun akan meliar apalagi watak yang tidak baik. Contoh, watak berani. Ini watak yang baik. Tapi kalau tidak dididik, individu atau bangsa yang berani itu, mungkin keberaniannya dihalakan untuk melakukan maksiat atau mungkin berani membunuh orang, berani mencuri, menipu dan lain-lain lagi. Apa baiknya lagi keberanian bentuk ini?

Berani yang membawa kebaikan itu ialah berani dalam memperjuangkan kebenaran dan hukum ALLAH. Berani menentang musuh-musuh ALLAH dan berani dalam menentang mazmumah (nafsu dan syaitan). Untuk itu hendaklah orang-orang yang berani itu diajar, diasuh, dididik dan dipimpin oleh satu sistem pelajaran dan pendidikan yang benar-benar merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, oleh guru-guru yang soleh dan solehah. Tanpa memenuhi syarat-syarat pendidikan tersebut, belum terjamin akan lahirnya orang-orang berani yang baik. Lihatlah realiti masyarakat kini; hasil dari sistem pelajaran dan pendidikan sama ada formal atau informal, di rumah atau di sekolah telah melahirkan lebih ramai lagi yang berani rasuah, menipu, berzina, menindas, menyalahgunakan kuasa, berfoya-foya, membazir, berjudi, derhaka kepada guru dan ibu bapa dan lain-lain lagi, daripada berani menegakkan kebenaran dari ALLAH. Ini adalah akibat dari salah didikan terhadap watak yang ada.

Contoh lain ialah watak lemah lembut. Watak ini memanglah watak yang baik. Tapi kebaikannya itu ditentukan pula oleh bentuk pendidikan yang diperolehinya. Kalau tersalah didik, watak ini membuatkan seorang itu berlemah lembut dan bertolak ansur dalam segala hal termasuklah dengan soal-soal yang bercanggah dengan syariat; yakni dengan maksiat dan kemungkaran. Sebaliknya kalau mendapat didikan yang tepat, yakni pendidikan Rasulullah, watak ini akan subur menjadikan seseorang itu tenang menghadapi masalah dan suasana gawat, lapang dada yakni bersedia menerima dengan senyum akan setiap ragam dan kerenah manusia. Maka tidaklah timbul pergaduhan, ketegangan dan lain-lain dalam rumahtangga atau masyarakat.

Demikianlah dengan watak-watak lain yang ada pada manusia itu, hendaklah dididik dengan syariat ALLAH. Barulah nanti melahirkan manusia atau bangsa yang benar-benar berguna.

Sebagai kesimpulannya saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua saranan saya itu, iaitu kahwin campur dan pendidikan Islamik adalah dua perkara yang besar yang perlukan kerjasama dan kesedaran menyeluruh antara semua pihak dan semua kaum terutamanya badan-badan Islam. Kiranya itu tidak berlaku maka saranan itu mustahil boleh dilaksanakan.

Maka untuk menjayakannya perjuangan yang besar, perancangan yang meluas, pengorbanan yang maksimum serta tenaga yang ramai adalah wajib. Pejuang-pejuang yang berjiwa besar, yang ikhlas, yang sangat bertanggungjawab terhadap nasib manusia sedunia saja yang boleh melakukannya. Dengan bantuan ALLAH pada hamba-hamba yang bertaqwa, insya-ALLAH, kejayaannya tidak akan mustahil. Kita mulakanlah dari sekarang. Kalau kita mati, ada yang menyambungnya. Dan sejarah kebangkitan Islam untuk seluruh dunia pasti akan berulang buat kali kedua.

Apa Itu Fitrah, Watak Dan Bakat(6)


13/12/2006
C. BAKAT
Bakat ialah kemampuan atau kebolehan batiniah untuk memahami atau melakukan perkara (subjek) atau sesuatu ilmu yang dibekalkan sejak azali pada seseorang manusia. Bakat yang ada pada seseorang biasanya berbeza dengan bakat yang ada pada seseorang yang lain. Bakat tidak boleh dituntut atau dipelajari di mana-mana. Ia adalah kebolehan semulajadi yang dianugerahkan ALLAH pada seseorang manusia sejak belum lahir.

Cuma bakat seseorang tidak dapat dikesan sewaktu ia masih bayi atau kanak-kanak. Biasanya bakat akan berkembang bersama perkembangan fikiran dan fizikal insan. Itupun bergantung pula pada sejauh mana pengembangan bakat itu diusahakan oleh individu tersebut.

Bakat atau kebolehan semulajadi yang didorong serta dihidupkan akan membuatkan seseorang itu mudah berhasil dan berjaya dalam subjek tersebut, dibandingkan dengan seorang yang tidak berbakat dalam subjek itu. Orang yang tidak berbakat dalam sesuatu perkara tapi meminati bidang itu, maka untuk beroleh kejayaan kenalah ia berusaha lebih bersungguh-sungguh dan berhempas-pulas daripada seseorang yang berbakat.

Walhal orang yang berbakat dan minat pula bidang bakatnya itu, dengan mudah saja ia menguasai, memahami dan melaksanakan kerja itu dengan jayanya.

Contoh-contoh bakat yang ada pada manusia ialah;
1. Berniaga
2. Bertani
3. Melukis
4. Menulis
5. Bertukang
6. Mentadbir
7. Menyanyi
8. Memasak
9. Menjahit
10. Berenang
11. Menembak
12. Mengubat orang (bomoh/doktor)
13. Berlakun
14. Mengajar dan lain-lain lagi
15. Kepimpinan dan lain-lain lagi

Seorang yang berbakat dalam lukisan akan menjadi pelukis yang handal dan terkenal jika bakatnya itu didorong dan disuburkan. Padahal bagi seorang yang tidak berbakat melukis, walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh namun belum terjamin dia akan begitu kreatif dalam menghasilkan lukisan-lukisan yang hebat.

Seorang yang berbakat dalam berniaga dan dia juga minat berniaga, maka kalau ia didorong dan dipimpin nanti kita akan lihat, di umur mudanya lagi dia sudah berjaya dalam perniagaan yang besar. Berbeza halnya dengan seseorang yang tidak berbakat, kalaupun dia minat berniaga (kerana ingin kaya) dan dia pula didorong-dorong serta dipimpin untuk berniaga, pun hasilnya belum boleh menandingi orang yang berbakat di bidang itu. Kecuali yang beebakat itu kurang dipimpin atau kurang minat untuk berniaga, barulah mungkin orang yang tidak berbakat itu boleh menyaingi taraf perniagaannya itu.

Di sini disebutkan kaitan rapat antara bakat dengan minat sebagai faktor pendorong dan penentu kejayaan karier seseorang. Bakat dengan minat tidak mesti wujud bersama-sama. Ada orang berbakat dalam sesuatu perkara tapi tidak semesti berminat dalam perkara tersebut.

Namun ada juga yang tidak berbakat tapi berminat dengan perkara itu. Dan memang ada juga orang yang berbakat dan minat dalam bidang tersebut.

Apa itu minat? InsyaALLAH saya akan huraikan nanti selepas tajuk ini. Seterusnya kita perlu tahu bahawa sekiranya seseorang yang berbakat dalam sesuatu bidang kerja itu tidak didorong dan dipandu bakatnya itu, maka hasilnya ialah bakat itu akan mati dan berkubur begitu saja. Bakat yang tidak disuburkan tidak akan tumbuh dengan sendirinya. Umpamanya anak benih jenis baik yang dibiarkan akan terbantut dan mati. Maka akan jadilah orang itu seolah-olah bangkai bernyawa yang ia tidak memiliki apa-apa kebolehan dan keistimewaan dalam bidang kerja yang produktif.

Padahal tidak ada seorang pun manusia yang dilahirkan tanpa bakat. Sekurang-kurangnya seorang manusia itu ada satu bakatnya. Biasanya lebih dari satu. Ertinya tidak akan ada seorang pun manusia yang tidak boleh buat satu, kerja apa pun di dunia ini. Sekalipun orang cacat. Dengan kata lain, tidak akan ada penganggur di dunia ini, SEPATUTNYA.

Tapi mengapa dunia menghadapi masalah pengangguran? Bagaimana boleh lahir begitu ramai orang yang tidak ada kerja pada hari ini? Para pemimpin, guru-guru dan ibu bapa mesti mengkaji dan mengubah keadaan ini. Merekalah orang yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah sosial yang kian serius itu. Di tangan merekalah nasib masyarakat sekarang dan masa depan. Ketidakmampuan atau ketidakmahuan mereka mengesan bakat anak-anak, kemudian menyalurkan bakat ke sasarannya itulah kesilapan yang pertama.

Kesilapan lain yang lebih utama barangkali ialah bidang kerja yang disediakan dan dijanjikan sangat terhad. Sepatutnya apa juga bakat manusia yang ada, maka adalah saluran kerjanya. Dengan itu setiap orang akan ada kerja yang mampu dilakukan dengan penuh minat (sebab ada jaminan hidup).

Di Malaysia misalnya, di antara bidang-bidang kerja yang sesuai dengan orang-orang Melayu (yang tidak terlalu cerdik dan tidak kreatif) ialah pertanian, pertukangan, penternakan, jahitan, masakan dan perniagaan. Maksud menyediakan bidang kerja ialah menyediakan segala kemudahan, jaminan hidup dan kekalnya ketahanan bidang itu menghadapi cabaran dan masa depannya.

Misalnya menyediakan peluang pertanian itu ialah sediakan bersama jaminan harga, pemasaran dan kebolehan menyaingi cabaran. Dengan itu barulah pertanian akan jadi bidang yang diminati dan menjamin masa depan. Demikian juga dengan bidang-bidang yang lain.

Hari ini kita hanya menggalakkan kerja makan gaji. Kerja-kerja selainnya dianggap rendah, hina dan tiada jaminan. Maka tidak peliklah ramai orang yang tidak ada kerja. Sebab itu kenalah kita mengubah fikiran dan jiwa masyarakat supaya memandang tinggi kerja-kerja pertanian, perniagaan dan lain-lain lagi. Tanamkan kekuatan jiwa untuk mahu bersungguh-sungguh dalam bidang kerja yang suci dan beruntung itu. Setelah segala peluang kerja disediakan dengan penuh tanggungjawab dan teratur, maka mengenal pasti bakat pelajar mesti diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa dan guru-guru.

Bakat dapat dikesan daripada latihan praktikal yang diberikan dalam berbagai bidang dan cara. Apabila bakat dapat dikesan, usaha-usaha menanamkan minat pelajar dalam bidang bakatnya itu mesti dibuat. Supaya dengan bakat dan minat, mutu dan hasil kerja dapat mencapai taraf maksimum.

Diharapkan dari sanalah sesebuah jamaah atau negara akan meningkatkan macam-macam keluaran yang bermutu dengan banyaknya. Kegagalan meletakkan ahli jemaah dan rakyat dalam bidang kerja yang sesuai dengan bakat dan minat pasti menghasilkan sesuatu yang tidak memuaskan. Sebaliknya kejayaan menempatkan setiap anggota jemaah atau anggota masyarakat pada syukbah atau unit yang tepat dengan bakat dan minatnya bererti kejayaan memperolehi hasil yang diharapkan.

Dari sanalah nanti jemaah atau negara akan menjadi satu bangsa yang cepat membangun dan maju. Dalam masyarakat kita hari ini, kita boleh lihat bagaimana kesempitan bidang kerja yang didorong atau digalakkan atau tersalah dalam menilai bakat pada rakyat telah membuatkan ramai yang terkorban dalam hidup. Mereka menjual barang yang tidak berguna pada diri dan pada masyarakat. Mereka rugi, negara pun rugi.

Berlaku juga dalam masyarakat, orang yang didorong kerja dalam bidang yang bukan menjadi bakatnya. Maka terpaksalah ia bertungkus-lumus untuk kejayaannya. Namun hasilnya tetap tidak seberapa. Lihat berapa ramai saintis Melayu yang berijazah tapi mereka tidak seperti saintis Barat yang begitu berjaya dalam menghasilkan penemuan dan rekaan-rekaan baru.

Begitu juga kita mempunyai ramai lulusan perniagaan, tapi sedikit benar orang kita jadi peniaga-peniaga besar bertaraf nasional atau internasional. Itupun dibantu oleh kerajaan, kalau tidak lebih lagi tidak berjaya. Demikianlah halnya dengan bidang-bidang lain. Ijazah tidak mampu memberikan seseorang tenaga untuk bekerja. Kerana mungkin ia tidak berminat atau berbakat. Ijazah melahirkan orang-orang yang hanya boleh makan gaji dan menjadi kuli terhormat. Bahkan hari ini ijazah pun sudah banyak yang tidak laku.

Sekian.

Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak- Kanak


02/02/2006

Kalau kanak-kanak dipisahkan daripada ibu dan bapanya, mereka diserahkan pada ibu angkatnya, cuma kanak-kanak itu merasa ibu dan ayah angkatnya, ibu bapanya.Dia pun mencurahkan kasih sayang dan takutnya kepada ibu dan ayah angkatnya.
Selepas berumur tiga puluh tahun, setelah dia dewasa, ibu dan ayah angkat, mengenalkan kepada ibu bapanya yang sebenarnya.Anak itu percaya, itulah ibu dan ayahnya yang baru dikenalnya, tetapi kasih sayangnya dan takutnya tiada kerana takut dan kasih sayangnya sudah ditumpahkan kepada ibu dan ayah angkatnya.
Begitulah seorang budak atau kanak-kanak, dizaman kanak-kanaknya hingga dewasa dipisahkan dengan Tuhannya, Tuhan tidak diperkenalkan kepadanya. Setelah dia dewasa baru diperkenalkan kepada Tuhannya.Itu pun mengikut kaedah sifat dua puluh, kaedah mujadid yang ketiga. Kaedah itu diwaktu itu sangatlah canggihnya,sangat berkesan kepada jiwa.Kaedah itu diajarkan asas. Mengenai Tuhannya, tidak mengapa, boleh juga tiada salahnya.Tetapi kaedah itu sudah terlalu lama,sudah expired untuk zaman kita.
Kita kenalkan kepada manusia mengikut kaedah tambahan yang sesuai dizaman kita, barulah berkesan kepada jiwa. Tetapi di hari ini setelah dewasa diperkenalkan kepada Tuhannya,setelah berpuluh tahun, setelah dipisahkan daripada Tuhannya.
Kaedah itu sudah lama pula, bagaimanakah orang itu hendak takut dan cinta kepada Tuhannya. Sebab itu kita sendiri sudah berpuluh-puluh tahun baru dikenalkan Tuhan, itu pun tidak takut dan cintai kepada-Nya, sekadar percaya Tuhan itu ada.
Kaedah yang dipelajari itu adalah aqidah cukup makan, sekadarkan mengesahkan iman kita,takut dan cinta kepada Tuhan tidak ada di dalam hati kita, kerana kita sudah terpisah daripada Tuhan berpuluh tahun,dah berpuluh tahun baru diperkenalkan kepada Tuhan. Itu pun mengikut kaedah yang lama. Sebab itulah mengenal Tuhan tidak berkesan pada jiwa.
Sebab itulah kalau adalah orang menyembah Tuhan, menyembah Tuhan itu secara terpaksa,bukan dengan takut, cinta, terhibur dan bahagia. Sebab itu nak kenalkan Tuhan daripada kanak-kanak lagi, itu pun ditabi-tubi, jangan setelah dewasa baru nak diperkenalkan kepada Tuhannya. Cara itu sekadarkan nak mengesahkan aqidah,takut dan cinta pada Tuhan tidak ada.
Kalau orang beragama, tidak takut dan cinta kepada Tuhan tidak ada indahnya, lebih-lebih lagi tidak rasa bahagia.Rata-rata orang Islam sekarang sekadar percaya ada Tuhan,dan aqidahnya setakat cukup makan di mana cinta dan takut pada Tuhan tidak ada.Sebab itu Umat Islam dizaman ini selalu dihanyutkan oleh keadaan, pengakuannya Islam, amalannya mengikut akal fikiran, sudah jauh tersimpang.

Bagaimana Cara Untuk Melahirkan Rasa Kesyukuran Terhadap Allah


31/10/2006
Di sepanjang sebulan bulan Ramadhan yang sudah, kita telah dapat menjalani latihan pembangunan insaniah. Seperti yang kita tahu bahawa terbangunnya insaniah seseorang itu melalui tiga faktor penting iaitu faktor akal (mental), faktor jiwa dan faktor fizikal.

Melalui faktor akal, kita telah bangunkan atau tajamkan akal kita melalui ilmu pengetahuan Al Quran yang kita pelajari dan baca sepanjang Ramadhan.

Melalui faktor jiwa, insaniah kita telah kita bangunkan dengan menanamkan iman. Untuk tujuan meningkatkan iman ini, kita telah memperbanyakkan sembahyang sunat yang bermacam-macam jenisnya, antaranya solat Terawih, Tahajud, Witir, Dhuha dan lain-lain, membaca Al Quran sebanyak-banyak mungkin, juga memperbanyakkan zikir-zikir. Sekaligus dalam waktu yang sama, kita telah tanamkan dalam hati kita rasa cinta serta hebat kepada ALLAH melalui apa yang digambarkan oleh ALLAH SWT dalam firmanNya
Terjemahannya: " (laitu) orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk, dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab seksa api Neraka."(Ali Imran: 191)

ALLAH maksudkan dalam firman-Nya ini, bahawa untuk mendapatkan rasa cinta dan hebat padaNya, mestilah dibuat setiap detik dan waktu. Tidak kira waktu berdiri, duduk atau berbaring. Jadi kita telah cuba sedaya upaya sepanjang bulan Ramadhan yang lepas untuk mendapat rasa cinta dan hebat pada ALLAH SWT itu.

Mujahadatun nafsi juga telah kita lakukan melalui menahan diri dari melakukan maksiat. Yakni bersabar dari melakukan punca-punca atau sumber-sumber maksiat melalui mata, mulut, telinga, tangan, faraj, kaki dan maksiat yang paling halus iaitu maksiat hati. Mujahadatunnafsi itu telah kita lakukan semata-mata untuk tingkatkan iman atau untuk bangunkan jiwa kita.

Latihan fizikal juga telah kita lakukan yang mana walaupun dalam keadaan letih lesu dan kurang tenaga sebab lapar berpuasa di siang hari tapi kita masih tetap dapat melaksanakan tugas-tugas atau kerja-kerja seharian seperti berniaga, bertani, kerja-kerja pejabat, mengajar, berdakwah dan lain-lain. Walaupun kita kurang tenaga dari biasa tetapi masih tetap bertenaga untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut demi kemajuan Islam. Ertinya fizikal kita juga terbangun hasil latihan di bulan puasa ini.

Jadi setelah kita dapat bangunkan insaniah kita melalui latihan-latihan fizikal, mental dan jiwa di bulan Ramadhan yang lalu, marilah kita meneruskan usaha-usaha itu. Walaupun di hari-hari atau di bulan-bulan yang lain itu ada bezanya dengan bulan Ramadhan, kerana bulan Ramadhan yang mubarakah, yang mana kalau kebajikan yang dibuat akan berganda pahalanya dan sebaliknya kalau kejahatan yang dibuat pula lebih besar dosanya, namun marilah sama-sama kita teruskan amaran dan usaha-usaha baik kita itu kerana ALLAH SWT tetap menulis atau merekodkan setiap yang baik itu mengikut perkiraan biasa yang telah ALLAH tentukan seperti firmanNya:
Terjemahannya: " Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihatnya (menilai)."(Al Zalzalah: 7)

Di samping itu ada juga amaran daripada-Nya iaitu:
Terjemahannya: " Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihatnya (menilai) pula."(Al Zalzalah: 8)

Oleh itu marilah kita terus membangunkan akal (mental) kita dengan ilmu pengetahuan Al Quran dan sebagainya. Marilah kita membangunkan jiwa dengan iman melalui ibadah-ibadah solat, mengaji Al Quran serta merasakan kehebatan dan kecintaan kepada ALLAH melalui pembacaan Al Quran serta lain-lain saluran.Seterusnya marilah kita meneruskan membuat latihan fizikal iaitu sentiasa aktif dan cergas serta tangkas membuat kerja-kerja kebajikan yang lahir seperti mengajar, belajar, berdakwah, ziarah, melakukan sebanyak-banyaknya khidmat masyarakat serta lain-lain bentuk kebajikan.

Untuk sentiasa kita dapat kekalkan jiwa kita yang sikit sebanyak telah kita bangunkan iman melalui proses membersihkan sifat-sifat mazmumah,dengan latihan-latihan rohaniah yang dibuat selama sebulan di bulan Ramadhan yang lalu, maka jangan kita kotorkan semula hati itu. Yakni jangan dikotorkan dengan sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat terkeji) seperti sombong, riyak, gila pangkat dan gila dunia, pemarah, hasad dengki dan dendam.

Bila kita kotori ianya dengan sifat-sifat keji itu, ertinya kita telah berdosa yang mana boleh menghapuskan kebaikan-kebaikan atau kebajikan-kebajikan yang pernah kita buat. Kalau begitu, latihan-latihan rohaniah, mental dan fizikal di bulan Ramadhan itu, sepatutnya kita terus pertajamkan. Jangan ianya kita biarkan surut ke belakang dengan cara kita tidak melakukan latihan-latihan itu lagi.

Sudah sepatutnya sikap kita ini bertambah baik dari sebelumnya. Sebab semakin kita bertambah umur, menunjukkan semakin hampir kita ke kubur. Maka sepatutnya semakin lebat, halus dan tajam amalan kita. Atau dalam ertikata yang lain, semakin bertambahnya umur, makin kita pertajamkan akal dengan ilmu pengetahuan, bangunkan jiwa dengan iman serta fizikal dengan aktif dan cergas membuat kebajikan-kebajikan dan khidmat masyarakat. Kerana sudah sepatutnya, semakin dekat kita ke Akhirat, negara tempat tinggal kita yang kekal abadi, makin banyak bekalan-bekalan Akhirat yang akan kita bawa.

Dalam hal ini, ALLAH mengajar kepada kita dengan firmanNya: Terjemahannya: " Hendaklah kamu menambah bekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat taqwa."(Al Baqarah: 197)

Kalau begitu, kita membuat kebaikan ini biarlah macam madu. Sifat madu itu, makin lama makin kental dan pekat manisnya. Ertinya biarlah makin berumur kita, semakin banyak bekalan yang dibawa. Kerana penentuannya ialah di akhir umur kita itu sepertimana hal-hal dunia, penentuannya adalah waktu final. Orang berlari contohnya, penentuannya di hujung. Waktu sampai ke border (Alam Barzakh), sempadan antara dunia dan Akhirat, itulah penutup atau finalnya. Kalau berjaya di situ maka baru dikira berjaya yang sebenar.Maksudnya makin ke hujung umur kita, makin tajam amal ibadah kita. Makin ke hujung makin kuat berjuang, makin kuat mengamalkan Islam, makin kuat mengabdikan diri pada ALLAH dan makin banyak berkorban.

Bukan jadi macam tebu. Tebu itu makin ke hujung makin tawar, hujungnya langsung sudah tidak ada rasa atau hilang terus manisnya atau terus tawar. Ertinya sembahyang sudah tidak berjiwa, berkorban, berjuang, berukhuwah semuanya sudah tidak ada roh. Ukhuwah hanya fizikal saja, sekadar sentuhan-sentuhan tangan dan badan saja tapi tidak sentuhan hati. Sepatutnya tidak begitu.

Jadi di saat-saat final lah yang penting. Yakni makin kencang dan laju amalan kebajikan kita.

Moga-moga ingatan-ingatan ini kita dapat jadikan pengajaran dan panduan bersama. Kita mengharapkan agar ALLAH sentiasa memimpin kita ke jalan yang Iurus hingga kita ditutup dengan husnul khatimah. Sebab itulah ajaran Islam menyuruh kita berdoa:
Terjemahannya: " Ya ALLAH, tutuplah kami dengan sebaik-baik penutup (mati). Dan jangan Engkau (ALLAH) tutup kami dengan sejahat-jahat penutup."

Bagaimana Membangunkan Bangsa Dengan Islam

Bagaimana Membangunkan Bangsa Dengan Islam

Bagaimana Membangunkan Bangsa Dengan Islam(1)


15/04/2006
Tuhan dengan ajaranNya, bukan sahaja mengenai hukum hakam, bukan sahaja mengajar fardhu ain, bukan sahaja Tuhan ajar bagaimana kita hendak beribadah dan menyembahNya, bahkan Tuhan ajar umat Islam bagaimana hendak jadi satu bangsa yang kuat dan berdaulat. Bukan sahaja berdaulat tetapi boleh mencatur dunia dengan ajaran Tuhan hingga bukan sahaja umat Islam dapat manfaat tetapi orang bukan Islam pun dapat manfaat di dunia ini.

Kalau begitu ajaran Islam itu sangat indah dan hebat, selamat dan menyelamatkan. Selama ini kita banyak belajar tentang Islam berkait dengan ibadah, fadhailul amal, fardhu ain dan sedikit fardhu kifayah. Tapi kita jarang diajarkan bagaimana hendak bangunkan satu bangsa yang berkasih sayang, yang bersatu padu, yang boleh rasa bersama, bekerjasama, boleh berdaulat dan menjadi empayar. Amat jarang!

Ada janji Tuhan, Islam akan jadi kuasa dunia sekali lagi bermula dari Timur. Sebenarnya sejak umat Islam dijajah, tidak kira apa bangsanya, samada Arab, Melayu, Pakistan atau Turki, selepas merdeka, mereka ingin kuat dan jadi satu bangsa yang berdaulat. Kalau tidak boleh catur duniapun, setidak-tidaknya boleh berdiri sendiri. Tetapi kaedah dan formulanya tidak merujuk pada Tuhan atau ajaran Islam. Mereka merujuk kepada ajaran Barat sedangkan mereka adalah Islam.

Rasulullah adalah contoh segala hal. Kalau kita hendak fokus pada bangsa Melayu yang memang bernasib baik, dengan rahmat Tuhan, orang Melayu semuanya Islam. Selepas merdeka tentulah orang Melayu ingin berdaulat di segi politik, ekonomi dan lain-lain. Kalau pun tidak boleh menguasai bangsa lain, setidak-tidaknya boleh berdiri sendiri.

Tetapi mereka tidak mahu merujuk kepada Rasulullah dan pada Tuhannya. Akhirnya walaupun umat Islam sudah merdeka 40-50 tahun, cuba tunjukkan satu negara umat Islam yang kuat. Adakah Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan atau Malaysia? Bahkan negara-negara yang lebih dahulu merdekapun masih lemah seperti negara-negara Arab. Umat

Islam tidak mahu menggunakan formula dari Tuhan yang mencontohkan Rasulullah SAW. Cuba tengok mengapa Allah utuskan Rasulullah kepada satu bangsa yang paling lemah waktu itu dan tiba-tiba bangsa itu jadi empayar. Selepas negara Arab menjadi Islam maka banyak negara-negara lain di dunia ikut Islam.

Jadi siapa hendak kuatkan bangsa dan negaranya, ada contoh dari Rasulullah. Sebab itu Tuhan contohkan dengan negara Arab yang paling mundur ketika itu. Kita hendak gambarkan bagaimana Rasulullah bangunkan bangsa Arab. Waktu itu bangsa Arab paling miskin dibandingkan dengan Rom, Parsi dan negeri China. Ia juga bangsa paling berpecah belah, suka berperang sesama sendiri antara etnik dan kabilah sejak beratus tahun. Kadang-kadang sebabnya kecil sahaja seperti kerana seekor kambing. Kadang-kadang kerana perkara kecil, kabilah itu boleh berperang selama seratus ke dua ratus tahun. Bangsa itu sangat berpecah belah.

Ekonominya dikuasai Yahudi terutama di Madinah. Orang Arab jadi hamba. Barang mentah dikontrol oleh Yahudi. Ia diproses, dijual dengan harga mahal. Tidak tahu membaca dan menulis. Kan dasyat! Contohnya, dalam kabilah Saiyidina Umar, hanya dia seorang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Sebab itu dia terkenal dan dihormati. Begitulah rata-rata kabilahnya. Paling banyak dalam sesuatu kabilah, ada 2-3 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Sudahlah begitu, ia sentiasa dijajah oleh 2 empayar iaitu Rom dan Parsi. Kadang-kadang oleh Rom dan kadang-kadang oleh Parsi. Rom dan Parsi sentiasa berperang kerana hendak wujudkan kuasa di negara Arab itu.

Sampai masa Allah hendak utuskan Rasul-Nya, Allah tidak utuskan dari Rom dan Parsi. Kalau dari Parsi, mudah sedikit sebab bangsa itu sudah bertamadun. Sudah tahu membaca dan menulis. Begitu juga kalau dari Rom, ramai ahli falsafah seperti Aristotle, Plato dan lain-lain. Lahir berbagai ideologi di situ. Bahkan ideologi komunis juga lahir sebelum Rasulullah tetapi bersifat falsafah. Ia jadi realiti bila datang Karl Marx pada tahun 1917.

Jadi kalau Rasulullah diutuskan kepada bangsa Rom, Rasulullah ambil 3 tahun sahaja untuk didik bangsa itu jadi empayar sebab mereka memang cerdik. Tinggal hendak beri iman sahaja. Tapi sengaja Allah utuskan Rasulullah kepada bangsa Arab yang miskin, yang tidak tahu membaca dan suka berperang. Kerana suka berperang itu, dalam satu kabilah, berlaku kalau seorang hendak pinang anak gadis dalam kabilah itu, syaratnya kena pergi penggal kepala musuh sebagai mas kahwinnya.

Bagaimana Membangunkan Bangsa Dengan Islam(2)


16/04/2006
Begitulah dahsyatnya bangsa Arab maka Tuhan utuskan Rasulullah. Dalam keadaan begitulah Allah utuskan Rasulullah. Rasulullah ambil masa 23 tahun sahaja. Bukan sahaja mereka jadi berdaulat bahkan jadi empayar, jadi guru kepada dunia hingga Barat pun jadi murid kepada Islam. Barat ambil ilmu dari Islam, diproses, hingga sekarang kita pula belajar darinya. Kita bukan sahaja jadi murid bahkan kena tipu waktu sedang jadi murid.

Macamana Rasulullah didik bangsa yang begitu dahsyat? Kalau begitu, marilah kita lihat bagaimana Rasulullah mendidik bangsanya. Marilah kita belajar dari sejarah ini. Selepas merdeka, umat Islam sudah bertamadun, sudah ada doktor, engineer, penulis tetapi sampai sekarang belum boleh buat apa-apa. Tidak mampu. Begitu lemahnya umat Islam hari ini. Cakap lebih sikit kena tekan dengan Amerika. Dia akan beri amaran, tengok apa jadi pada Iraq. Malaysiapun sudah ditakut-takutkan. Allah utuskan Rasulullah sekitar 22 tahun 2 bulan 22 hari. Untuk senang, orang katakan 23 tahun.

Maha bijaksana Tuhan, dengan kaedah-kaedah dari Tuhan, bangsa yang tidak berguna pada dunia boleh jadi empayar. Cerdiknya Rasulullah apply ilmu dari Tuhan untuk bangsanya. Bagaimana? Quran bersifat ilmu. Bukan senang hendak faham. Jadi kita kena lihat praktikal yang Rasulullah buat. Rasulullah berjuang yang pertama peringkat Mekah, yang kedua peringkat Madinah. Allah turunkan ayat Quran, ada ayat Makkiyah, ada ayat Madaniah.

Rasulullah ambil 13 tahun untuk bangunkan roh manusia, akidah, tanamkan rasa takut dan cintakan Tuhan. Dalam masa 13 tahun itu belum puasa, tidak dibenarkan jihad dan tidak dibangunkan ekonomi. Bahkan sembahyang yang penting pun hanya diperintahkan setelah 11 tahun Rasulullah jadi Rasul. Sebab apa erti sembah Tuhan kalau rasa bertuhan tidak ada, Tuhan tidak dicintai dan ditakuti. Maka Rasulullah tanamkan rasa bertuhan hingga manusia mabuk dengan Tuhan. Hingga orang kafir melihat mereka seperti orang-orang mereng. Mereka anggap Rasulullah sihir sahabat. Jadi begitu kerana fanatik dengan Rasulullah.

Selepas 13 tahun, Rasulullah dipindahkan oleh Allah ke Madinah. Yakni setelah ada kelompok yang benar-benar cinta dan takutkan Tuhan. Bila takut Tuhan, takut hendak buat salah dengan orang lain. Bila cinta Tuhan, otomatik berkasih sayang sesama manusia. Lahir kasih sayang luar biasa.

Waktu itu Allah pindahkan Rasulullah ke Madinah. Waktu itu barulah datang hukum halal haram, perintah jihad, perintah bagaimana hendak bangunkan ekonomi, bagaimana hendak berhadapan dengan Yahudi, bagaimana berhadapan dengan orang yang tidak mahu ikut tetapi tidak menentang dan bagaimana hadapi orang yang menentang.

Bila cinta Tuhan, cinta dengan manusia. Bila takut Tuhan, takutlah untuk berbuat salah dengan manusia. Maka lahirlah masyarakat yang luar biasa, bersatu padu, sangat memikirkan orang lain, bertanya-tanya khabar sesama kawan seperjuangan, satu hari tidak bertemu akan tertanya-tanya. Bila ada orang miskin, tidak payah sampaikan ke pihak kerajaan. Masing-masing tahu dan berebut-rebut untuk membantu. Jadilah orang miskin lebih senang dari orang kaya. Contohnya, katalah dalam satu masyarakat kampung, hasil kenal-mengenal, penduduk tahu siapa yang kaya dan siapa yang miskin. Katalah ada seorang yang kaya. Orang tahu dia kaya maka orang tidak fikirkan samada dia makan atau tidak sebab dia kaya. Tapi kalau orang miskin, masyarakat kampung tahu, masing-masing beri makanan sehingga banyak makanannya setiap hari. Hinggalah terjadi orang miskin begitu kaya raya dengan rezeki hari itu manakala orang kaya hanya kaya biasa. Di hari raya, orang miskin dapat baju raya 2,3 pasang.

Macamana Rasulullah tanamkan perasaan itu? Kesan dari tauhid yang benar-benar dihayati. Cintai Tuhan dan kasih sesama manusia. Itulah contoh yang kita boleh beri. Bangsa Arab itu dari berpecah belah jadi sangat bersatu padu. Dari tidak tahu membaca, boleh membaca dan menulis. Dari ayat Quran itu macam-macam ilmu mereka dapat. Sebab itu gambaran masyarakatnya itulah gambaran masyarakat bertaqwa . Bila bertaqwa, apa janji Tuhan? Bilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi.

Berkat dalam ekonomi, masyarakat, pendidikan dan lain-lainnya. Tuhan beri berkat. Kalau orang biasa dapat 1, orang bertaqwa dapat 10. 1 orang bertaqwa boleh lawan 10 orang biasa. Kalau berekonomi, orang biasa dapat 1000, orang bertaqwa dapat 10 000. Dalam 23 tahun, umat Islam berperang sebanyak 74 kali. Setiap kali perang, jumlah musuh lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak. Cuma sekali sahaja tentera Islam lebih ramai iaitu waktu perang Hunain tetapi waktu itulah tentera Islam kalah. 73 kali menang.

Begitulah yang Allah maksudkan Bilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi. Telah berlaku golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai. Mengapa waktu ramai, tentera Islam kalah? Sebab waktu itu tauhidnya sudah longgar. Waktu mereka sedikit, mereka harap Tuhan backing . Sebab itu menang. Itu di jazirah Arab. Bila Rasulullah wafat, disambung oleh Khulafa UrRasyidin. Bila bertaqwa, Tuhan lembutkan hati orang untuk menerima. Tidak payah perang. Berlaku perang disetengah tempat seperti di Syria dan Iraq. Tetapi kebanyakkan negara lain, apabila dengar sahaja tentera Islam hendak datang, mereka kata, Ahlan wa sahlan. Kami sudah lama tidak tahan dengan kerajaan yang ada. Silakan masuk.

Sahabat datang ke China tanpa perang. Orang tengok dia ambil wudhuk sahaja orang sudah boleh masuk Islam. Itulah taqwa sahabat. Inilah yang kita kena belajar. Sayidi Abdul Aziz datang ke Melaka, lebih kurang 600 tahun lepas. Sampai ke pantai, dia sembahyang. Waktu itu orang Melayu beragama Hindu. Rakyat beritahu Sultan maka dia pun datang ke pantai. Sultan dan Sayidi Abdul Aziz, masing-masing tidak tahu bahasa masing-masing. Guna bahasa isyarat. Kerana taqwanya Sayidi Abdul Aziz itu, lahir isyarat maknawi. Secara isyarat pun raja boleh masuk Islam. Maka rakyatnya pun masuk Islam. Tanpa perang. Dengan kasih sayang dan kekuatan roh.

Mengapa negara-negara Islam seluruh dunia tidak belajar dengan sejarah ini? Mengapa ambil kaedah-kaedah lain? Akhirnya kita terhina. Islam ada kaedah sendiri. Jadi untuk bangunkan bangsa bukan dari kekuatan ekonomi dan pembangunan tetapi dari takut dan cintakan Tuhan . Dari situ, lahir perpaduan. Waktu itu sudah ada asas kekuatan.

Sekian.

Bagaimana Mendidik Seseorang Atau Satu Bangsa

Bagaimana Mendidik Seseorang Atau Satu Bangsa

Bagaimana Mendidik Seseorang Atau Satu Bangsa


25/04/2006
Islam menganjurkan keempat-empat anasir (unsur) di dalam diri manusia atau seseorang itu iaitu fizikalnya, akalnya, jiwanya dan nafsunya hendaklah dididik dan diasuh serentak.

Tidak boleh diutamakan yang satu dan diabaikan yang lain atau sebahagiannya dididik dan sebahagian yang lain diabaikan. Islam mahu manusia sebagai hamba-Nya di dalam keadaan seimbang keempat-empat anasir itu terdidik atau terbangun.

Dengan itu manusia itu akan menjadi hamba Allah sekaligus khalifah-Nya yang dapat mengabdikan diri kepada Allah serta dapat membangun dan mengimarahkan dunia ini. Kalau keempat-empat anasir di dalam diri manusia itu tidak dididik dan dibangunkan serentak, hanya mengutamakan satu atau dua anasir sahaja yang diambil berat maka: Seseorang itu atau satu bangsa itu akan menjadi bangsa yang cerdik dan pandai sahaja tapi iman dan taqwa tidak ada. Maka mereka akan menjadi bangsa yang pandai dan jahat. Atau dia akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.

Ertinya bangsa itu baik tapi tidak pandai dan cerdik. Maka akan jadi bangsa yang baik tapi beku dan mundur. Atau akan jadi satu bangsa yang sihat dan cergas tapi bodoh dan jahat. Jika keempat-empat anasir itu dapat dididik serentak maka bangsa itu akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.

Ertinya bangsa yang baik, cerdik dan berilmu. Iaitu bangsa yang membawa kemajuan dan tamadun serta fizikalnya sihat dan cergas membuat kebaikan. Untuk menjadi bangsa yang seimbang ini hanya orang yang menghayati dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah sahaja yang boleh melakukannya.

Ini telah dibuktikan oleh Islam. Di dalam sejarah yang silam terutama dalam masa 700 tahun empayar Islam, istimewanya di dalam masa 300 tahun yang dikatakan zaman salafussoleh. Akal mereka terbangun. Jiwa mereka terbangun. Fizikal mereka terbangun. Dengan kata-kata yang lain mereka menjadi bangsa yang baik, berilmu dan berkemajuan serta sihat dan cergas.

Selain Islam, bangsa itu tidak akan mampu mendidik untuk memperimbangkan keempat-empat anasir yang ada di dalam din manusia. Sebagai buktinya, orang Barat hanya mampu mendidik akal dan fizikal, tapi tidak mampu mendidik jiwa (roh atau hati).

Maka mereka menjadi satu bangsa yang berilmu dan berkemajuan atau bertamadun, cergas dan sihat. Tapi manusianya jahat dan mengembangkan kemungkaran yang dahsyat, menzalim, menindas. Bangsa Monggol, satu ketika hanya mampu mendidik fizikal sahaja.

Lahirlah bangsa yang kuat fizikalnya tapi tidak membawa ilmu dan tamadun serta bersikap liar dan ganas. Maka mereka menjadi bangsa pemusnah. Akhirnya mereka tunduk dengan agama dan budaya anak jajahannya Kalaulah umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah dengan ada pemimpin yang bertaqwa dan berwibawa, mampu mendidik umat Islam secara seimbang, insya-Allah, sudah pasti umat Islam akan kernbali menempa sejarah gemilangnya semula. Dapat menaungi manusia sejagat dengan tamadun dan kebaikan.

Bagaimana Mendidik Seseorang Atau Satu Bangsa


17/04/2006 Islam menganjurkan keempat-empat anasir (unsur) di dalam diri manusia atau seseorang itu iaitu fizikalnya, akalnya, jiwanya dan nafsunya hendaklah dididik dan diasuh serentak. Tidak boleh diutamakan yang satu dan diabaikan yang lain atau sebahagiannya dididik dan sebahagian yang lain diabaikan. Islam mahu manusia sebagai hamba-Nya di dalam keadaan seimbang keempat-empat anasir itu terdidik atau terbangun.

Dengan itu manusia itu akan menjadi hamba Allah sekaligus khalifah-Nya yang dapat mengabdikan diri kepada Allah serta dapat membangun dan mengimarahkan dunia ini. Kalau keempat-empat anasir di dalam diri manusia itu tidak dididik dan dibangunkan serentak, hanya mengutamakan satu atau dua anasir sahaja yang diambil berat maka:

- Seseorang itu atau satu bangsa itu akan menjadi bangsa yang cerdik dan pandai sahaja tapi iman dan taqwa tidak ada. Maka mereka akan menjadi bangsa yang pandai dan jahat.

- Atau dia akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa. Ertinya bangsa itu baik tapi tidak pandai dan cerdik. Maka akan jadi bangsa yang baik tapi beku dan mundur.

- Atau akan jadi satu bangsa yang sihat dan cergas tapi bodoh dan jahat.

Jika keempat-empat anasir itu dapat dididik serentak maka bangsa itu akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa. Ertinya bangsa yang baik, cerdik dan berilmu. Iaitu bangsa yang membawa kemajuan dan tamadun serta fizikalnya sihat dan cergas membuat kebaikan.

Untuk menjadi bangsa yang seimbang ini hanya orang yang menghayati dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah sahaja yang boleh melakukannya. Ini telah dibuktikan oleh Islam. Di dalam sejarah yang silam terutama dalam masa 700 tahun empayar Islam, istimewanya di dalam masa 300 tahun yang dikatakan zaman salafussoleh. Akal mereka terbangun. Jiwa mereka terbangun. Fizikal mereka terbangun. Dengan kata-kata yang lain mereka menjadi bangsa yang baik, berilmu dan berkemajuan serta sihat dan cergas.

Selain Islam, bangsa itu tidak akan mampu mendidik untuk memperimbangkan keempat-empat anasir yang ada di dalam din manusia. Sebagai buktinya, orang Barat hanya mampu mendidik akal dan fizikal, tapi tidak mampu mendidik jiwa (roh atau hati). Maka mereka menjadi satu bangsa yang berilmu dan berkemajuan atau bertamadun, cergas dan sihat. Tapi manusianya jahat dan mengembangkan kemungkaran yang dahsyat, menzalim, menindas. Bangsa Monggol, satu ketika hanya mampu mendidik fizikal sahaja. Lahirlah bangsa yang kuat fizikalnya tapi tidak membawa ilmu dan tamadun serta bersikap liar dan ganas. Maka mereka menjadi bangsa pemusnah. Akhirnya mereka tunduk dengan agama dan budaya anak jajahannya.

Kalaulah umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah dengan ada pemimpin yang bertaqwa dan berwibawa, mampu mendidik umat Islam secara seimbang, insya-Allah, sudah pasti umat Islam akan kernbali menempa sejarah gemilangnya semula. Dapat menaungi manusia sejagat dengan tamadun dan kebaikan.

Bagaimana Mentadbir 4 Anasir Yang Ada Dalam Diri


21/09/2005

Di dalam diri manusia ada empat anasir yang sangat penting iaitu fizikal, akal, nafsu dan hati (roh), yang perlu diketahui dan dijaga serta ditadbir dengan sebaik-baiknya. Agar manusia itu dapat mengenalkan sifat-sifat kemanusiaannya serta boleh berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi ini. Kalau tidak, manusia itu hanya rupanya sahaja manusia tapi sifat-sifat dan perangainya adalah haiwan dan syaitan yang berupa manusia yang akan merosakkan diri sendiri dan orang lain bahkan akan menghancurkan seluruh kehidupan dan tamadun di muka bumi ini. Oleh yang demikian, Islam sangat mengambil berat agar empat anasir di dalam diri manusia itu dijaga, dididik dan ditadbir serta diletakkan peranannya di tempat yang sebenarnya hingga anasir-anasir yang empat itu dapat memberi sumbangan yang baik kepada diri dan kepada alam sejagat selaras dengan kehendak Allah terhadap
manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya.

Bila anasir yang ada di dalam diri sakit:

Fizikal:
Apabila ia sakit ia jadi lemah, menjadikan dia tidak boleh aktif untuk berusaha dan bekerja.

Akal:
Apabila ia sakit, lemah berfikir, pelupa, tidak boleh menerima ilmu dan maklumat, atau hilang akal sama sekali.

Nafsu:
Apabila sakit, tidak lalu makan, tidak ada kemahuan bersama isteri.

Jiwa:
Apabila ia sakit, tidak minat membuat kebaikan, tidak ada timbang rasa, tidak simpati, tidak suka menolong dan berkhidmat, tidak merasa berdosa, tidak menyesal dengan kesalahan, tidak takut dengan dosa, tidak boleh menerima teguran.

Bila jiwa atau rohani manusia itu sakit?

Jiwa kalau sakit kebanyakan manusia banyak yang tidak sedar atau tidak
tahu bahawa jiwanya telah ditimpa penyakit. Kalau ada orang lain yang sedar pun kemudian memberitahunya, payah dia mahu menerimanya. Bahkan dia akan marah pula kalau dikatakan kepadanya bahawa jiwanya berpenyakit.
Kerana jiwa itu sangat seni, ia tidak dapat dilihat, ia berpusat atau bersarang di hati daging. Itulah dia yang dikatakan hati nurani. Justeru hati nurani itu (jiwa) itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kecuali dengan mata nurani atau dengan mata hati juga serta disuluh oleh wahyu maka lantaran itulah penyakit jiwa atau penyakit hati atau dengan kata-kata yang lain penyakit batin payah dikesan dan seterusnya sulit sekali untuk diubati.
Tidak seperti penyakit lahir iaitu penyakit yang menimpa fizikal, mudah dikesan dan dilihat kerana ia mudah dilihat oleh mata lahir atau mata kepala, mengubatinya juga agak mudah dibandingkan dengan mengubat penyakit batin atau penyakit jiwa. Doktor-doktor dan pakar-pakarpenyakit lahir juga banyak tidak seperti doktor dan pakar-pakarpenyakit rohani atau penyakit batin, sangat kurang dan terlalusedikit. Oleh yang demikian orang yang ditimpa penyakit batin ataurohani ini banyak yang terbiar hingga membawa mati.
Di dalam pada itu pula kebanyakan manusia terlalu serius memerangi penyakit lahir tidak seperti penyakit batin, orang tidak begitu ambil peduli, padahal penyakit batin atau rohani lebih berbahaya daripada penyakit lahir.
SEKIAN.

Bala Yang Dashyat Bila Ditarik Iman


18/04/2006
Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba bukan ditimpa bencana alam seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang. Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang. Bukan juga ditohmah dan difitnah, juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum. Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat .

Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman. Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal. Keyakinan yang kental kembali longgar. Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai. Ibadah yang selama ini istiqamah sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa.

Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya selepas itu sudah tidak diambil kira lagi. Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan. Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya.

Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya. Halal haram sudah tidak diambil kira. Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung. Pintu hatinya ditutup rapat-rapat. Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi, jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya. Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya.

Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula. Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat, selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula. Setelah mendapat iman dibuang pula. Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman. Wal`iyazubillah

Balasan Tuhan


10/07/2006
Jaguh Yang Tewas
Orang yang selalu berbangga dengan kelebihan dan kebolehan dirinya mudah lupa diri. la akan berasa dirinya lebih daripada orang lain. Hingga terlupa kelebihan dan kebolehannya itu tidak kekal, bahkan masih boleh diatasi oleh orang lain.

Demikianlah yang berlaku kepada Amar bin Abdu Wud, seorang jaguh bermain pedang di kalangan tentera berpedang pasukan kafir Quraisy Makkah. Kehebatan, keberanian serta kelincahannya tidak ada tandingan. Apabila berlakunya pertemuan satu lawan satu setiap kali sebelum bermulanya peperangan, Amar akan menawarkan dirinya untuk menentang siapa sahaja.

Kali terakhir Amar tampil sebagai pahlawan pedang terhandal ialah sebelum tercetusnya Perang Khandak. Walaupun tentera Muslimin berkubu di kawasan strategik yang dikelilingi parit yang luas dan panjang, tetapi akhirnya Amar berjaya juga melepasi parit tersebut. Dia menemui kawasan parit yang agak sempit dan mampu melepasinya dengan lompatan kuda. Dalam jarak yang tidak begitu jauh dari kelompok tentera Muslimin, Amar menjerit dengan sombongnya mencabar pihak tentera Muslimin. Cabaran yang lantang dan penuh kesombongan itu ingin disambut oleh Sayidina Ali.

Beliau memohon kebenaran Rasulullah tetapi tidak dibenarkan. Amar bukan sebarangan orang. Dari segi ketangkasannya serta kematangan usia, Sayidina Ali bukan tandingannya. Begitu pendapat Rasulullah.

Apabila laungannya tidak disambut, Amar terus melaung dan melaung tiga kali. Sayidina Ali memohon kebenaran Rasulullah. Beliau mahu menghapuskan kesombongan Amar.

Rasulullah memahami kegelisahan dan rasa hati sepupunya itu. Memandangkan hanya Sayidina Ali sahaja yang bersedia berdepan dengan jaguh Quraisy yang angkuh itu, Rasulullah pun membenarkannya. Baginda memakaikan serbannya di kepala Sayidina Ali. Sepanjang perlawanan, kehebatan Amar bin Abdu Wud memang nampak jelas. Tidak mudah untuk Sayidina Ali mengatasinya. Tubuhnya yang tinggi, tegap dan sasa memberi kemudahan bagi Amar bergerak dan bertindak dengan pantas. Amar tidak langsung memberi peluang lawannya bertindak.

Memang benar dia bukan sebarang pahlawan. Kelincahannya berjaya mengguris bahagian tangan Sayidina Ali. Serangan yang berterusan memaksa Sayidina Ali sekadar mampu bertahan.

Hinggalah pada sedikit kesempatan yang terluang, Sayidina Ali membuat tindakan pantas. Hayunan pedang yang kencang mengenai sasaran. Kepala Amar terbelah menjadi dua. Dan berakhirlah hayat pahlawan berpedang Quraisy yang angkuh dan sombong itu. Walaupun sebelum perlawanan Amar meletakkan Sayidina Ali setaraf dengan anak-anaknya, namun tidak bermakna yang kecil tidak mampu mengatasi yang besar dan lebih dewasa daripadanya.

Sehebat mana pun seseorang itu, tetap masih ada yang lebih hebat daripadanya. Dan kehebatan makhluk sangat terbatas. Kehebatan Allah Yang Maha Hebat adalah mutlak.

Belia Aset Ummah

Belia Aset Ummah

Belia Aset Ummah(1)


08/03/2006
Ashabul kahfi merupakan sekumpulan muda remaja yang mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran. Mereka lari dan bersembunyi di sebuah gua bukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi untuk menyelamatkan iman dan kebenaran . Mereka tidak mengenal erti seronok zaman remaja.

Sayidina Ali kwj. ketika baru berusia lima belas tahun sangat pintar, matang dan serius dalam berfikir. Apabila Rasulullah SAW mengajak beliau untuk memeluk Islam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk pulang berunding dengan ibu bapanya. Belum pun sampai menemui ibu bapanya, beliau berpatah balik dan menemui Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bertanya: "Apa keputusan ibu bapamu?"
Jawab Sayidina Ali, "Ketika Allah menjadikan aku, Allah tidak berunding dengan ibu bapaku, mengapa pula aku perlu berunding dengan ibu bapaku untuk menjadi hambaNya yang berpegang kepada kebenaran."

Lantas beliau memeluk Islam waktu itu juga. Demi kebenaran dan keyakinan jugalah maka Sayidina Ali sanggup mempertaruhkan nyawa dengan berbaring (tidur) menggantikan tempat Rasulullah SAW di malam di mana Rasulullah SAW berangkat untuk berhijrah. Sedangkan pada malam tersebut pihak musuh telah membuatkeputusan dan menyediakan pasukan untuk membunuh Rasulullah SAW. Apabila empat puluh orang pembunuh handalan menerkam ke tempat tidur tersebut untuk membunuh, mereka dapati Sayidina Ali yang sedang tidur dan bukannya Rasulullah SAW.

Sayidina Ali yang sememangnya semenjak kecil dalam keadaan miskin, tidak pernah kenal erti berfoya-foya, berhibur dan membuang masa. Kepintaran berfikir itu dimilikinya kerana semenjak kecil hatinya bersih dari sebarang titik noda.

Seorang remaja, Mus`ab bin Umair, gambaran hidupnya secara ringkas dikaitkan dengan gambaran kehidupan umat. Daripada Ali bin Abi Talib, "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus`ab bin Umair dan tiada di badannya kecuali sehelai selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya, baginda menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus`ab ketika berada di Makkah dahulu, dan sangat dimanjakan oleh ibunya, berbanding nasib Mus`ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta kekayaan di Makkah).

Kemudian Rasulullah SAW bersabda; "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu ketika nanti, datang di waktu pagi dengan satu pakaian dan datang di waktu petang dengan pakaian lain pula. Dan bila diangkat satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Kaabah?"
Jawab para sahabat, "Wahai Rasulullah, tentulah di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan beri tumpuan kepada ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki."
Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Tidak, keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada hari itu." (Riwayat At Tirmizi)

Imam Syafie ketika berusia sembilan tahun sudah menghafal tiga puluh juzuk Al Quran. Ketika berumur dua belas tahun sudah mampu mentafsir Al Quran dan menghafal kitab Al Muwattha` karangan Imam Malik. Pada usia empat belas tahun sudah mengajar para alim ulama.

Belia Aset Ummah(2)


10/03/2006

Kepintaran beliau terbukti melalui pencapaiannya dalam hal-hal yang tersebut itu. Malah tindakannya juga memiliki hikmah. Ini terbukti apabila suatu hari di bulan Ramadhan sebaik sahaja selesai mengajar anak muridnya yang terdiri di kalangan alim ulama, beliau membuka bekalan lalu makan.

Perbuatan Imam Syafie tersebut meresahkan anak muridnya. Imam Syafie sangat menyedari reaksi tersebut. Menjawab kepada pertanyaan muridnya yang terlalu hairan kerana makan di siang hari bulan Ramadhan itu Imam Syafie dengan tenang dan teratur berkata, "Aku memang sengaja berbuat demikian. Dan soalan inilah yang ditunggu-tunggu. Aku hanya mahu menguji kamu semua sejauh mana kamu peka dan faham menanggapi semua keadaan berpandukan pengajian yang telah dipelajari. Sebenarnya aku belum baligh (belum diwajibkan berpuasa)."

Muhammad Al Fateh yang disebut oleh Rasulullah SAW secara umum dalam hadis yang bermaksud: "Konstantinopel akan dikuasai oleh pemimpin yang baik, bersama tentera yang baik dan rakyat yang baik." Muhammad Al Fateh adalah seorang yang semenjak balighnya tidak pernah meninggalkan sembahyang tahajjud. Di bawah pimpinan beliaulah Konstantinopel yang berdiri teguh untuk sekian lama di tangan Kristian berjaya ditawan dan kini kekal sebagai Istanbul di bawah kerajaan Turki.

Menilik kepada belia, remaja atau muda mudi kita dewasa ini, tentunya amat mendukacitakan. Andainya iktibar di atas tadi dikemukakan ada pihak yang dengan mudah menolak; "Ah, itu dulu dan tentulah idealistik. Kini zaman telah berubah dan berbeza." Atau ada pula yang tidak terlalu memperlihatkan penolakan tetapi memberi komentar, "Umat Islam kini jangan terlalu khayal dengan keagungan masa silam." Memaparkan kejayaan mereka bukan satu khayalan atau terlalu ideal. Tetapi ingin mencari iktibar di mana rahsia kejayaan mereka. Sebab itu Imam Malik rh.m. menegaskan tidak akan berjaya umat ini kecuali kembali kepada kaedah yang telah terbukti membawa kejayaan kepada umat terdahulu.

Lebih-lebih lagi dalam menangani masalah di kalangan remaja. Kita tidak perlu mencetus-cipta berbagai kaedah yang kebanyakannya berada pada tahap uji kaji dan cuba jaya. Apabila masyarakat digegarkan dengan gejala negatif, bertambah banyak lagi saranan, perancangan dan program yang diwujudkan. Selepas tempoh tertentu semuanya senyap dan lenyap begitu saja. Kita tentulah tidak rela keadaan seumpama itu terus berlaku. Kerana implikasinya ialah terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit digunakan tanpa membawa natijah yang memuaskan. Kita juga perlu menyedari iaitu para belia dan remaja merupakan aset penting negara dan umat dengan tanggungjawab besar yang bakal dipikul mereka.

Bukanlah suatu yang mustahil terjadi di mana dalam keadaan mereka yang masih remaja melalui kehidupan negatif tanpa pengubatan, akan diwarisi oleh kehidupan remaja generasi akan datang selepas mereka, yang jauh lebih parah. Ertinya, kini mereka remaja yang bergelumang dengan gejala negatif. Mereka terbiar tanpa dipedulikan. Mereka pula akan dewasa. Tentulah anak-anak mereka bakal mengalami keadaan yang lebih tenat. Kita harus sedar, inilah proses yang telah dan sedang berlaku di kalangan masyarakat Barat. Di zaman ibu bapa mereka sedang remaja, berhibur berfoya hingga jam dua belas tengah malam. Apabila tiba giliran anak-anak mereka mencapai alam remaja, mereka berhibur, berfoya-foya hingga sepanjang malam.

Oleh itu jangan buat alasan; "Tidak mengapa, dan kita kena toleransi kerana kita dulupun melalui alam remaja yang menempuh keadaan yang sama." Sebenarnya tidak sama. Parahnya gejala negatif kini kerana dulunya di peringkat ibu bapa sudah mengalami unsur negatif yang diabaikan terhadap mereka oleh golongan terdahulu. Air sungai yang kalau keruh di hulu pastilah keruh di kuala.

Apa jua jenis program terhadap belia mestilah menepati keperluan spiritual, mental dan fizikal. Perlu disenaraikan secara terperinci setiap program itu yang benar-benar dapat mengisi spiritual, mental dan fizikal. Perlu benar-benar dikenal pasti yang mana program bersifat spiritual, yang bersifat mental dan fizikal. Dan di situ dapat dilihat sejauh mana ratio atau nisbah pengisian tersebut seimbang atau tidak.

Setiap penyakit ada ubatnya yang serasi. Tersilap ubat adakalanya bukan saja penyakit tidak sembuh malah apa yang dianggap ubat itu boleh mendatangkan mudharat pula. Apabila membicarakan gejala negatif remaja janganlah hendaknya tersalah ubat atau memberi ubat yang tidak serasi. Terlalu mengelirukan apabila ada yang berpendapat gejala negatif itu boleh diubati dengan hanya memanjat bukit, masuk ke hutan, berkayak, berakit, berenang dan bersilat. Kalau benarlah langkah tersebut berkesan, tentulah masyarakat Barat mencapai tahap minima kalaupun tidak sifar. Kerana mereka mempunyai seribu satu macam formula, kaedah, cara, teknik dan pendekatan dalam menghadapi kemelut kehidupan mereka.

Ingatlah ancaman paling besar kepada kehidupan manusia ialah kerakusan nafsu. Gelombang kerakusan nafsu tidak dapat dipatahkan atau ditundukkan dengan cara memanjat bukit, berakit, bersampan dan bersilat. Iman sahaja merupakan pendekar yang mampu menewaskan gejolak nafsu. Sebanyakmana pengisian iman yang dilalui oleh belia kita seperti yang pernah dilalui oleh Sayidina Ali, Mus'ab, Imam Syafie, Muhammad Al Fateh dan yang seumpamanya?

Benih Baik Dan Benih Buruk


20/07/2005

Susunan: BATU MUARA
Petikan:
1. Benih jahat ialah sifat cinta dunia (hubbud dunya) yang ditanam di hati anak buah. Sifat cinta dunia ini akan menjadikan anak buah itu ahli-ahli dunia dan akhirnya hamba dunia.
2. Para pemimpin tidak perlu banyak menyuruh dan melarang walaupun ini tidak salah. Apa yang perlu ialah berusaha menanam benih-benih yang baik di hati anak-anak buah. Kenalkan mereka kepada Allah. Tanamkan rasa cinta dan takut kepada Allah di hati-hati mereka.

Keterangan:
1. Benih yang baik akan cenderung menuju kebaikan.

2. Hati adalah raja dalam diri. Apabila hati dikuasai cinta dunia, maka itulah sumber segala kejahatan.

Di dalam struktur kehidupan manusia ini, ada orang bawahan dan ada orang atasan. Orang bawahan dipimpin oleh orang atasan. Orang atasan pula, ada lagi orang yang di atasnya. Jadi, setiap manusia itu ada pemimpinnya.

Pemimpin itu berbagai-bagai peringkat dan mengikut kelompok-kelompok manusia yang tertentu. Murid dipimpin oleh guru. Anak dipimpin oleh bapa. Pekerja dipimpin oleh pengurus. Rakyat dipimpin oleh ketua negara dan begitulah seterusnya.

Namun, walaupun semua manusia itu ada yang memimpinnya, tapi kita lihat manusia itu macam tidak terpimpin. Akhlak rosak. Moral jatuh. Selalu sahaja terlibat dengan salah laku dan maksiat. Walhal, kita yakin dan kita tahu, tidak ada pemimpin yang menyuruh mereka berbuat jahat. Tidak ada pemimpin yang menyuruh mereka berbuat maksiat dan melanggar undang-undang.

Tidak ada pemimpin yang sengaja mengajar dan menyuruh anak-anak buah mereka berjudi, minum arak, mencuri, merompak, berzina dan sebagainya. Tidak ada ayah yang mengajar anak-anak mereka berbuat jahat. Tidak ada guru yang mengajar murid-murid mereka berbuat maksiat. Tidak ada ketua negara yang menyuruh rakyatnya membuat huru-hara dan melanggar undang-undang. Kebanyakan pemimpin melarang anak-anak buah mereka berbuat jahat. Malahan ada yang menghukum anak-anak buah yang membuat salah laku.

Mengapa dan kenapa manusia masih cenderung dan melibatkan diri dengan maksiat dan salah laku, kalau ianya tidak diajar dan tidak disuruh oleh pemimpin mereka?

Sebenarnya ini bukan masalah diajar atau tidak diajar, atau masalah disuruh atau tidak disuruh. Ia berkait dengan benih yang ditanam oleh pemimpin di hati anak-anak buah. Bila benih yang ditanam oleh pemimpin itu baik maka anak-anak buahnya akan jadi baik. Apabila benih yang ditanam itu jahat maka anak-anak buah akan jadi jahat.

Tambahan pada itu, bila benih yang ditanam itu tumbuh dan disuburkan pula oleh persekitaran yang tidak baik dan pengaruh-pengaruh yang negatif seperti pergaulan bebas, salah guna dadah, program-program TV, VCD lucah, komik lucah, majalah lucah, pop, rock metal dan sebagainya, maka ia akan cenderung ke arah jahat dan akhirnya akan jadi jahat.

Apakah dia benih jahatitu? Benih jahat ialah sifat cinta dunia (hubbud dunya) yang ditanam di hati anak buah. Sifat cinta dunia ini akan menjadikan anak buah itu ahli-ahli dunia dan akhirnya hamba dunia. Sifat cinta dunia ini ialah ibu segala maksiat. Orang yang telah ditanam benih cinta dunia di hatinya, dia tidak ada cita-cita lain selain untuk merebut dan mendapatkan dunia.

Benih yang baik pula ialah rasa cinta dan takut kepada Allah dan cintakan Akhirat. Orang yang hatinya telah diisi dengan rasa cinta dan takut kepada Allah ini akan sentiasa terdorong untuk berbakti dan membuat kebaikan. Mereka tidak akan merebut-rebut dunia ini. Mereka lebih cenderung untuk membuat kebaikan dan kebajikan demi kebahagiaan mereka di Akhirat.

Oleh itu, para pemimpin tidak perlu banyak menyuruh dan melarang walaupun ini tidak salah. Apa yang perlu ialah berusaha menanam benih-benih yang baik di hati anak-anak buah. Bawa mereka kepada Tuhan. Kenalkan mereka kepada Allah. Tanamkan rasa cinta dan takut kepada Allah di hati-hati mereka. Bawa hati-hati mereka untuk mencintai Akhirat. Ajar mereka supaya menganggap dunia ini perkara remeh yang tidak mempunyai nilai apa-apa. Ajar mereka supaya tidak merebut dunia tetapi menggunakan dunia ini untuk mendapatkan Akhirat.

Di samping itu pelihara persekitaran daripada pengaruh-pengaruh yang jahat dan negatif yang boleh merosakkan. Daripada budaya kuning dan hiburan sumbang. Daripada kegiatan yang merosak dan melalaikan. Ini sebenarnya tugas pemimpin dalam mendidik anak buah. Ini tanggungjawab orang atasan terhadap orang bawahan. Ini tugas bapa terhadap anak. Ini tugas guru terhadap murid. Ini tugas pengurus terhadap pekerja. Ini tugas ketua negara terhadap rakyat jelata.

Kalau benih-benih baik ini dapat ditanam di dalam hati orang-orang bawahan, maka kerja memelihara dan mendidik mereka akan jadi mudah. Tidak perlu banyak suruh-suruh. Tidak perlu banyak larang-larang. Benih yang baik akan cenderung untuk menuju kebaikan.


Sekian.

Berekonomi Itu Jihad Fisabilillah


09/09/2006
Ada Hadis yang maksudnya: "Orang yang berekonomi mengikut syariat itu satu jihad seperti berjihad fisabilillah."

Bila dikatakan [[Jihad|jihad]], ia bukan lagi satu masalah yang kecil. Ia sudah jadi perkara besar dan penting. Kerana di dalam Islam,ada tiga perkara yang terpenting iaitu:
1. Iman
2. Solat atau sembahyang
3. Jihad

Ekonomi dan perniagaan itu dianggap jihad fisabilillah oleh Islam kerana:
1. Berekonomi dan berniaga itu bebannya berat.
2. Berekonomi dan berniaga memerlukan waktu dan masa yang banyak.

Berekonomi dan berniaga itu secara langsung atau tidak langsung adalah menyiapkan keperluan dan kepentingan negara dan rakyat di segi makan minum, pakaian, rumah dan tempat tinggal dan lain-lain lagi. Ini penting.

Yang lebih utama dari itu, syariat Islam dalam bidang ekonomi dan perniagaan sangat luas. Kalau kita memiliki ilmu dalam ekonomi, maka akan banyak hukum-hakam Tuhan yang akan dapat dibangunkan di dalam berekonomi itu. Ertinya sesiapa yang mengusahakan ekonomi dan perniagaan Islam, dia juga melaksanakan sebahagian besar dari syariat Tuhan.

Dengan erti kata yang lain, kalau syariat itu benar-benar dapat ditegakkan dalam ekonomi, ia akan membawa manusia makin takut dengan Tuhan dan makin nampak kebesaran Tuhan. Contohnya, dalam berekonomi ada sabar. Sabar bila orang marah dengan kita. Sabar dalam menekan rasa marah.Sabar itu diperintah oleh syariat. Dalam berekonomi, ada kerjasama dua hala atau ada kerjasama antara peniaga dengan pembeli.Kerjasama itu tuntutan syariat. Bila ada kerjasama, kita disuruh berkasih sayang dan berukhwah. Itu pun tuntutan syariat. Bila banyak berinteraksi dalam berekonomi, kita tidak dapat elak daripada terbuat kesalahan. Kadang-kadang pembeli buat silap. Kadang-kadang peniaga buat silap. Hal ini sangat memerlukan tolak ansur, berlapang dada, bertimbang rasa dan maaf-bermaafan. Itu juga adalah kehendak syariat.

Tambahan lagi dalam berekonomi kita boleh dapat kawan. Kawan dapat memberi syafaat dan membantu kita di Akhirat.Dalam hendak melariskan barang, kita juga akan jadi pandai bercakap dan pandai menyampai maklumat. Berekonomi boleh melahirkan orang yang cerdik yang pandai bertindak dan orang yang pandai berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan. Kalau ekonomi dijalankan betul-betul mengikut syariat Tuhan, ia boleh melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti. Kita boleh dapat berbagai ilmu dalam berekonomi termasuk ilmu barangan, kewangan, perakaunan, tempat, budaya dan watak manusia, general knowledge dan berbagai-bagai lagi yang semuanya dituntut oleh Islam. Dalam berekonomi juga kita boleh memenuhi keperluan hidup umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam.

Dalam berekonomilah kita boleh mempraktikkan sikap dan sifat jujur dan amanah dan menjadi orang yang pemurah (samahah). Bila kita terlibat dengan ekonomi atau perniagaan, kita berpeluang membayar zakat perniagaan apabila cukup haul dan nisabnya. Dalam berekonomi dan berniaga, terjadi juga orang yang berhutang dan yang memberi hutang. Memberi hutang itu pahalanya besar, lebih besar dari bersedekah.Memberi sedekah, Tuhan gandakan ganjarannya 10 kali tetapi memberi hutang ganjarannya 18 kali ganda.

Dalam berekonomi dan berniaga kita disuruh dan dituntut menjaga halal dan haram. Itu adalah syariat. Dalam berekonomi dan berniaga, kita berusaha menyelamatkan produk hasil keluaran orang lain (orang kampung, petani, nelayan dan sebagainya). Contohnya, para nelayan dan para petani, mereka hanya makan sebahagian dari tangkapan atau hasil tanaman mereka. Yang lebihnya akan terbuang, jadi busuk dan akan dibazirkan. Jadi, ahli perniagaan yang mengumpul hasil ini untuk dijual pada orang lain sebenarnya telah menyelamatkan satu pembaziran yang mungkin berlaku. Ini satu tuntutan syariat yang besar.

Dalam perniagaan dan berjual beli, kita dapat memberi makan kepada orang lain bahan-bahan yang kita tidak habis jual. Itu satu khidmat yang besar terutama kepada fakir miskin setempat. Itu semua adalah kehendak syariat Islam. Jadi orang yang ada cita-cita Islam tidak akan terfikir terlalu jauh seperti memikirkan tentang hukum hudud, daulah dan lain-lain yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Sebenarnya tiap-tiap hari kita dapat tegakkan syariat seperti berekonomi dan berniaga tetapi kita sia-siakan, kita buat tidak tahu dan kita tidak ambil peduli. Padahal berekonomi, berniaga dan berhubung itu adalah tuntutan Islam dan ia termasuk di antara tuntutan Islam yang besar. Tetapi ramai orang Islam menganggap ianya seperti tidak ada. Syariat yang ada pada mereka hanyalah hudud dan daulah.

Memang Tuhan mengutuskan kita ke dunia ini untuk berkhidmat.Khidmat kepada Tuhan dan khidmat kepada manusia.Dengan Tuhan kita berkhidmat melalui ibadah. Dengan manusia, kita berkhidmat sebahagian besarnya melalui ekonomi.

Oleh sebab bermacam-macam syariat dapat ditegakkan dalam berekonomi, maka sudah selayaknyalah Tuhan katakan bahawa berekonomi itu ialah satu jihad fisabilillah. Tidak perlu ke medan perang. Tidak perlu mati syahid. Selama ini masyarakat hanya mengetahui dan mengaitkan jihad fisabilllah itu dengan perang dan mati syahid. Yang sebenarnya, mati dalam perniagaan juga mati syahid. Pahalanya besar. Di Akhirat pahalanya nombor tiga. Yang pertama adalah iman, yang kedua adalah solat atau sembahyang dan yang ketiga adalah jihad.

Berilmu Belum Tentu Selamat


13/06/2006
Tidak dapat dinafikan betapa pentingnya ilmu itu dalam kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan menjadi kaku.Hendak berbuat, tak tahu caranya. Hendak bergerak,tak tahu langkahnya. Hendak berpergian, tak tahu arah tujuannya.Untuk menguruskan hal dunia, kita perlu kepada ilmu.

Untuk menguruskan hal Akhirat pun, lebih-lebih lagi kita perlu kepada ilmu. Islam amat menitikberatkan tentang ilmu. Tidak serupa orang yang berilmu itu dengan orang yang tidak berilmu. Allah mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darjat. Allah lebih suka kepada ulama yang fasiq daripada orang jahil yang taat. Orang yang jahil itu adalah seteru Allah.Ilmu itu ibarat obor yang menyuluh.

Dengan ilmu, kita dapat melihat jalan-jalan yang patut ditempuh. Dengan ilmu, kita dapat melihat mana jalan yang benar dan mana jalan yang salah; mana jalan yang baik dan mana yang buruk; dan mana jalan yang hak dan mana jalan yang batil. Orang yang mempunyai ilmu itu ibarat orang yang mempunyai obor di malam yang gelapgelita.Dia boleh menerangkan kegelapan untuk dirinya dan juga untuk orang lain.dengan ilmunya. Hanya setakat tahu, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada yang memilikinya.

Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.Akan tetapi, ilmu semata-mata tidak menjamin apa-apa. Kalau banyak pun ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu, tidak bermakna dia akan selamat dari terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Seperti juga orang yang mempunyai obor, tidak semestinya dia tidak akan sesat atau tidak akan tersungkur.

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Dia akan memberinya faham tentang agama.
Tidak dikatakan akan diberinya ilmu tentang agama. Jadi, orang yang mempunyai ilmu itu tidak semestinya dia faham dan tidak semestinya dia dapat beramal, sesuai dengan ilmunya. Hanya setakat tahu sahaja, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada orang yang memilikinya.

Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.Di samping ilmu, apa yang sebenarnya kita perlukan ialah taufiq iaitu pimpinan Allah. Dengan taufiq, segala amal perbuatan kita akan setentang atau tepat dengan ilmu. Barulah ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat bagi kita dan dapat kita menjadi orang yang beramal dengan ilmunya. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal.

Tanpa taufiq inilah maka kita sering lihat orang yang amalannya tersimpang dari ilmunya. Tidak kurang kita lihat orang yang mengajar ilmu tauhid tetapi dia sendiri tidak mampu berjiwa tauhid. Atau orang yang alim tentang hukum sembahyang, tetapi dia sendiri tidak mendirikan sembahyang.Atau ulama-ulama yang secara terus-menerus terlibat dengan dosa-dosa besar. Atau ulama-ulama yang mengubah hukumhakam untuk menjaga kepentingan pangkat, jawatan dan kedudukannya, dan yang menggunakan ilmunya untuk membenarkan tindak-tanduknya yang salah.

Malahan ada manusia yang bertaraf profesor di universitiuniversiti di Barat yang hafaz Al Quran dan hafaz beribu-ribu hadis, lengkap dengan perawinya, bahkan pula layak memberi ijazah dan Phd. pengajian Islam kepada graduan-graduan Islam, tetapi mereka sendiri tetap kufur dan tetap tidak beriman kepada Allah.

Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya akan masuk Neraka 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala. Dan di kalangan ulama ada yang digelar ulama suk atau ulama jahat yang kerjanya melarang manusia menuju kepada Tuhan dan menyusahkan manusia membuat kebaikan dan kebajikan.Maksiat dan kemungkaran tidak pula dilarang atau ditegurnya.

Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya lari dari ulama jahat seperti ini seperti mana kita lari dari singa yang ganas.Dunia telah masuk dan bersarang di dalam hati-hati mereka.Mereka merosakkan agama di atas nama agama.Ilmu itu amanah Allah. Kalau kita diberi ilmu, kita bertanggungjawab.Kita perlu mengamalnya, menyampaikan atau mengajarnya dan memperjuangkannya. Di Akhirat nanti, kita akan disoal tentang ilmu yang ada pada kita itu.

Berjuang Untuk Masyarakat Lebih Utama Dari Ibadah Sunat


20/11/2006
Di zaman sekarang ini ramai orang salah tafsir tentang pengertian ibadah yang sebenarnya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa ibadah itu hanya menghendaki manusia solat, berpuasa, menunaikan haji, berdoa dan berzikir semata-mata.

Apakah hanya itu ruang lingkup pengertian ibadah? Akan terbatas segala syariat Islam sekiranya hanya itu yang meliputi bidang ibadah.

Sebenarnya ibadah mencakup seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Itulah yang kita amalkan dalam hidup kita sehari-hari asalkan tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. Allah menginginkan segala yang kita lakukan dalam hidup menjadi ibadah, iaitu cara kita berpakaian, cara kita mengatur rumah tangga, bentuk perjuangan kita, pergaulan kita, percakapan dan perbincangan kita, semuanya menjadi ibadah, sekalipun kita berdiam diri juga dapat berbentuk ibadah.

Di samping itu aspek-aspek lain seperti pendidikan dan pelajaran, ekonomi dan cara-cara berekonomi, soal-soal kenegaraan dan perhubungan antarabangsa pun, semua itu dapat menjadi ibadah kita kepada Allah. Itulah yang dikatakan ibadah dalam seluruh aspek kehidupan kita baik yang lahir mahupun yang batin. I

badah yang berkaitan dengan kemasyarakatan ini sebenarnya lebih penting dan besar dari pada ibadah-ibadah sunat, sebab ia berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan orang banyak. Ibadah sunat hanya berkaitan dengan keselamatan diri saja. Itupun kalau dibuat dengan sungguh-sungguh dan dijaga kekhusyukannya.

Sebagai contoh, suatu hari Imam Syafie bertamu dan menginap di rumah Imam Hambali. Imam Hambali berkata kepada anak perempuannya, "Kita bertuah dapat tetamu orang besar Allah. Hebat Imam Syafie ni, dia ulama yang juga pemimpin."

Tetapi malam itu ketika mereka bangun mengerjakan solat malam, mereka tidak melihat Imam Syafie bangun mengerjakan solat malam. Anak perempuan Imam Hambali bertanya kepada ayahnya, "Ayah kata Imam Syafie seorang ulama besar, tetapi mengapa dia tidak bangun mengerjakan sembahyang malam."

Ayahnya Imam Hambali terpukul dan merasa malu. Orang yang dia kata ulama besar tidak nampak kebesarannya. Maka dengan penuh beradab dan tawaduk Imam Hambali bertanya kepada Imam Syafie, "Maaf tuan, apakah tuan sedang tidak sihat?"

Imam Syafei menjawab, "Alhamdulillah, saya sihat dan baik-baik saja. Ada apa gerangan?"

Imam Hambali bertanya lagi, "Maafkan saya bertanya tuan sakit atau tidak sebab anak saya melihat tuan tidak bangun mengerjakan solat malam."

Imam Syafie menjawab, "Saya tidak bangun mengerjakan solat malam kerana memikirkan masalah-masalah umat. Alhamdulillah semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah umat."

Dengan penuh malu Imam Hambali berjumpa dengan anaknya dan berkata, "Memang dia ulama besar. Kita beribadah untuk diri kita saja, dia semalam bekerja keras untuk menyelesaikan 100 masalah umat."

Begitulah kebesaran Imam Syafie, dalam keadaan tidur terlentang dia dapat memikirkan dan menyelesaikan 100 masalah umat dalam satu malam.

Berkrisis 25 Tahun


15/10/2006
Suami, En. Alwi, berusia 54 tahun manakala isteri Puan Zawiyah, 51 tahun. Sama-sama berjawatan pengarah. Hanya berlaku krisis yang ringan-ringan. Tidak sepakat dalam keputusan. Tidak pula sampai berbantahan secara kasar, namun amat meresahkan jiwa, mengkusutkan fikiran dan merusuhkan perasaan. Sesekali mengganggu tugas atau kerja pejabat. Suasana rumahtangga muram atau tidak ceria. Keadaan begitu sudah lama berlaku. Semakin berusia bukan semakin surut, tetapi hati semakin amat sensitif dan mudah tersentuh atau mudah terasa, terutama di pihak isteri.

Kes ini selesai dalam tempoh hanya 20 minit sahaja. Isi penyelesaian adalah seperti berikut:

a. Manusia dengan masalah sama seperti manusia dengan anggota zahir. Tiada siapa yang meminta kejadian rupa kita ini seperti yang kita ada. Ertinya bukan kita yang mahu. Tapi kita boleh terima seadanya. Tidak ada manusia yang meminta masalah, namun tiada pula manusia yang dapat lepas dari masalah. Manusia hanya perlu menghindari dan jangan mencetuskan masalah. Bukan semua masalah perlu diselesaikan, oleh itu manusia dengan masalah sangat ditentukan oleh saiz jiwanya. Seseorang yang berjiwa lemah atau berjiwa kerdil, maka satu masalah dirasai seperti seratus masalah. Maka hidupnya keluh kesah, menderita, kecewa, rusuh, kusut, hilang bahagia, murung, muram dan tidak ceria. Orang yang berjiwa besar, kuat jiwanya, seratus masalah dirasakannya bagaikan tiada apa-apa masalah dalam hidupnya. Bahkan semua cabaran itu dirasakannya sebagai suatu keuntungan, maka hidupnya tenang, bahagia, sejahtera, ceria dan sentiasa gembira.

b. Lemah dan kuatnya jiwa seseorang itu sangat bergantung kepada faktor lemah dan kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Bahkan yang paling kuat jiwanya apabila cita-cita hidupnya ialah untuk memperjuangkan Tuhan. Orang yang hidupnya untuk Tuhan, setiap masalah itu dilihat kepada keuntungannya, antaranya:

i. Apabila berdosa, Tuhan datangkan masalah. Masalah itu mungkin sahaja datang dari berbagai sumber yang tidak disangka, antaranya dari isteri, dari suami, dari anak, dari kawan dan sebagainya.
ii. Sekaligus melalui masalah itu, Tuhan hapuskan dosa.
iii. Untuk mendatangkan rasa kehambaan, bahawa diri serba lemah dan dhaif.
iv Untuk mendatangkan rasa bertuhan, betapa hebat, agung, berkuasa dan Tuhan adalah segala-galanya.Untuk sentiasa muhasabah diri, membaiki diri, merintih kepada Tuhan, maka hati semakin jinak dan semakin dekat dengan Tuhan.
vi. Dalam menghadapi hidup ini, perlukan akal yang sentiasa berfikir dan hidup. Dengan masalah, akal tidak berhenti mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah. Maka akal sentiasa terasuh dan terdidik untuk berfikir.
vii. Dalam konteks rumahtangga, suami isteri semakin akrab kerana senasib, berkongsi masalah dan berkongsi mencari jalan penyelesaian - perkongsian maknawiyah.
viii. Mana yang kita pilih, antara kita menjadi manusia beriman dan bertaqwa yang ditimpa masalah, yang mana dari masalah itu terkandung seribu satu nikmat dan rahmat; atau kita pilih menjadi manusia kufur yang juga tidak dapat lepas dari ditimpa masalah dan musibah, yang mana di atas kekufuran itu terkandung seribu satu laknat dan kemurkaan Tuhan. Sudah tentulah kita pilih menjadi manusia beriman dan bertaqwa. Kalau begitu mengapa kita memperbesarkan sedikit ujian dari Tuhan yang datang sekali sekala berbanding nikmat dan rahmat- Nya yang tidak sedetik pun terputus dari kita. Maka penuhilah ciri-ciri orang beriman dan bertaqwa, nescaya Tuhan beri jalan keluar dari sebarang masalah.

Bertaqwalah Kepada Allah, Nescaya Allah Akan Mengajar Kamu


29/08/2006
Fakta Sejarah
Mari kita lihat sejarah Rasulullah dan para Sahabat, selaku manusia yang luar biasa. Dalam peperangan, mereka berperang sebanyak tujuh puluh empat kali. Rasulullah sendiri ikut campur sebanyak dua puluh tujuh kali. Daripada tujuh puluh empat kali berperang, sekali sahaja jumlah tentera umat Islam lebih dari tentera kafir iaitu waktu perang Hunain. Selalunya tentera kafir lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak. Tetapi selain dari peperangan Hunain, umat Islam sama ada menang atau menang tidak, kalah pun tidak. Umat Islam tidak kalah. Tetapi pelik, masa perang Hunain, umat Islam kalah. Sebab masa itu mereka sudah cacat dengan Tuhan kerana bergantung kepada jumlah yang ramai.

Waktu peperangan Khandak, musuh 10,000 orang, tentera Islam 3,000 orang. Tuhan tidak benarkan 3000 orang lawan 10,000 orang. Tuhan datangkan tentera bukan manusia iaitu ribut dan petir sehingga tentera musuh lari lintang-pukang. Yang paling jelas adalah waktu perang Badar di mana 313 tentera Islam berhadapan dengan 1,000 tentera musuh. Malaikat turun seramai 3,000. Belum sempat tentera menebas, leher musuh sudah putus. Seolah-olah dalam perang itu, tenaga manusia tidak digunakan langsung. Malaikat yang buat kerja.

Waktu zaman Sahabat pula, ketika pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab, berlaku peperangan di antara tentera Islam dan tentera Rom. Berbulan-bulan tidak menang dan tidak kalah. Ketua tentera Islam hantar surat kepada Sayidina Umar. Sayidina Umar pergi melihat. Dia tidak bercakap apa-apa tetapi membaca suasana. Setelah bergaul selama tiga hari dan setelah semuanya dinilai, dia pun panggil tentera Islam seraya berkata, "Saya sudah dapat rahsia kenapa kita tidak menang dan tidak kalah. Pertama, kerana sembahyang tidak lurus saf. Kedua, kerana tidak bersugi." Padahal itu masih luaran. Masih tidak menafikan taqwa. Itupun tersangkut. Bersugi itu fadhilat, benda lahir yang tidak jejaskan taqwa tetapi kerana itu pun perang tidak menang dan tidak kalah. Bila dibetulkan itu semua, esoknya mereka pergi perang dan menang.

Dalam satu kisah yang lain, pernah Sayidina Umar menghantar tentera ke Palestin. Ketua tenteranya bernama Sariya. Jarak Palestin ke Madinah sekitar seribu batu. Oleh kerana pemimpinnya bertaqwa, ketua tenteranya juga bertaqwa maka waktu tentera Islam dalam bahaya, Tuhan bantu secara ghaib. Allah lihatkan kepada Sayidina Umar kedudukan tentera Islam yang di dalam bahaya. Di belakang bukit ada tentera musuh hendak menyerang secara mengejut. Bila Sayidina Umar nampak, maka dia buat arahan supaya Sariya naik ke tempat yang tinggi. Sariya tidak nampak musuh tetapi Maha Besar Tuhan, Sariya dengar arahan Sayidina Umar dari mimbar masjid Madinah. Tentera Islam pun terselamat dari serangan mengejut. Hasil taqwa, datang bantuan Tuhan yakni Sayidina Umar diperlihatkan manakala Sariya didengarkan.
Contoh ketiga ialah Salehuddin Al Ayubi. Setelah Palestin ditawan oleh umat Islam di bawah Sayidina Umar, ia kemudiannya jatuh ke tangan orang kafir selama dua ratus tahun sebelum dirampas semula oleh Salehuddin Al Ayubi. Di medan perang, di tengah malam, Salehuddin bangun melihat khemah tenteranya. Di kebanyakan khemah, tenteranya beribadah malam tetapi ada satu khemah yang tenteranya tidur. Jadi selepas subuh dia berkata, "Saya sudah nampak kemenangan untuk kita. Dengan syarat khemah yang tidak bangun beribadah malam tadi, jangan pergi berperang. Takut terhijab." Maka pergilah tenteranya berperang dan menawan Palestin. Itukan bantuan bersifat ghaib.
Waktu Thariq Ibnu Ziad hendak menawan Sepanyol, waktu itu Rasulullah sudah wafat seratus tahun. Diceritakan dalam kitab, waktu hendak menyeberangi Selat Gibraltar, dia nampak Rasulullah yang telah lama wafat di depannya dengan pakaian tentera. Itu membuatkan tentera Islam menang.

Biadabnya Manusia Apabila Tuhan Tidak Dikenali


07/09/2006
Satu ketika dulu, satu pameran yang cukup kontroversi, yang mencabar kemanusiaan, menyerlahkan kebiadaban manusia yang tidak kenal Tuhan, telah diadakan di Institut for Plastination di Berlin. Pameran yang dinamakan Dunia Badan itu mempertontonkan mayat-mayat dalam pelbagai posisi dalam keadaan yang cukup menghinakan. Sebanyak 200 mayat yang telah diawet melalui proses yang dipanggil plastination, telah dipamerkan kepada orang ramai.

Menerusi kaedah ini, anatomi dalaman seseorang didedahkan dengan membuang kulit serta lemak untuk mengelakkan identiti asal penderma dikenal pasti. Teknik itu dikatakan memberi pilihan kepada orang ramai yang tidak berhajat untuk dikebumikan apabila mati, sekaligus dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan. Sejak program itu diadakan, dikatakan kira-kira 4,000 orang bersetuju menderma mayat mereka kepada institut berkenaan.

Di sudut etika, manusia sudah melampaui batas kemanusiaan dan rasa hormat terhadap mereka yang sudah meninggal dunia. Mayat diperdagangkan untuk kepentingan segelintir manusia dengan berselindung di sebalik alasan keilmuan.

Mana-mana bangsa pun; sekalipun orang bukan Islam, tidak akan memperlakukan mayat sedemikian. Mayat, walaupun sudah mati, tetap merasa sakit. Apalagi kalau disakiti dengan cara yang sungguh biadab. Dilapah, dirobek, diperlakukan sehina-hinanya. Sedangkan Tuhan memuliakan mayat supaya ditanam jauh ke dalam tanah, supaya tidak dikorek oleh binatang.

Tetapi manusia-manusia yang sudah dirasuki oleh sifat-sifat kebinatangan, sanggup memperlakukan mayat dengan cara yang sangat keji.

Kita menyaksikan begitu rosaknya peradaban manusia hari ini. Watak dunia hari ini memberitahu kepada kita bahawa perlunya seorang penyelamat untuk membaiki segala kerosakan ini. Penyelamat itu tentulah yang ada super power, yakni super di sudut ilmunya, taqwanya, akhlaknya, kasih sayangnya, kepimpinannya dan lain-lain, sehingga jiwa manusia yang sudah rosak dan mati itu dapat hidup dan berperanan kembali.

Demikianlah sunnatullah sepanjang zaman. Apabila kebiadaban manusia sampai ke kemuncaknya, Allah akan gantikan manusia-manusia jahat ini dengan generasi lain yang suci bersih. Begitulah caranya Allah akan buat kepada manusia-manusia yang derhaka.

Biarlah Anakku Mati......


18/07/2006
 Suatu hari seorang sahabat Rasulullah bernama Qais bin Assim hendak bersarapan. Jariahnya pun membawa hidangan berupa daging panggang, makanan kegemaran orang-orang Arab.

Daging panggang yang dibawa oleh jariah itu masih tercucuk pada besi pembakarnya dan masih panas lagi. Semasa jariah itu hendak meletakkan hidangan di hadapan tuannya, tiba-tiba tanpa disengajakan daging panggang bersama besi pemegang itu terjatuh.

Kebetulan salah seorang anak Qais berada di situ dan besi itu menimpa ke atas dirinya. Ditakdirkan Allah, anak itu meninggal dunia di situ juga. Ketakutan menyelinap dihati jariah itu hingga menggeletar seluruh anggota badannya. Dialah penyebab kematian anak tuannya, walaupun dengan tidak sengaja. Tambahan pula dia hanyalah seorang hamba sahaya.

Cuba bayangkan keadaan jariah itu di hadapan tuannya. Kalaulah ketika itu kita sebagai tuan jariah itu, sudah tentu tindakan yang sewajarnya akan diambil akibat kecuaian orang gaji kita. Tetapi berlainan sekali dengan sikap Qais bin Assim ketika itu. Dia dapat menerima keadaan itu dengan sabar dan tenang, malah dapat berkata kepada jariahnya, "Janganlah engkau susah hati dan takut. Aku sudah pun memaafkan engkau. Sesungguhnya matinya anakku ini dengan ketentuan Allah jua."

Dan dia menyambung, "Dan mulai saat ini aku merdekakan kamu."
Subhanallah...! Begitu mudah dia beri kemaafan. Bukan saja dimaafkan malah dia terus memerdekakan hamba sahayanya itu.

Seorang sahabat bernama Annas bin Qais, pernah ditanya orang tentang sifatnya yang lemah lembut, sopan santun, pemaaf dan sebagainya. "Tuan ini amat lemah lembut, sopan santun dan pemaaf, di manakah tuan belajar itu semua?"

Lalu Annas pun menjawab,   "Saya belajar daripada Qais bin Assim."

Bila Rahsia Sudah Terbongkar


14/05/2006

Abdullah Al Mubarak mempunyai seorang hamba. Dia berjanji, "Engkau akan aku bebaskan jika aku dibayar seratus dinar."
Oleh kerana terlalu ingin dibebaskan maka hamba itu pun berjanji akan membayar secara beransur-ansur setiap hari. Suatu hari sahabat Abdullah datang memberitahunya, "Hambamu itu pergi ke kubur setiap hari dan mencuri kain kapan dan kemudiannya menjual kain kapan itu ke pasar."
Abdullah berasa marah dan bercadang untuk mengintai apakah benar dakwaan sahabatnya itu. Dia pergi ke kubur dan dilihat hambanya ada di situ. Hambanya memakai kain yang kasar dan gelang besi di lehernya. Hamba itu masuk ke dalam kubur , menangis, merayu dan berdoa sehingga pagi. Kemudian hambanya menuju ke masjid.
Abdullah mengekori hambanya tanpa diketahuinya. Tiba di dalam masjid si hamba berdoa lagi: "Wahai Tuhan! Tidak lama lagi aku akan membayar pendapatan harianku kepada tuan badanku ini."
Tiba-tiba datang satu cahaya kepadanya. Cahaya itu datang ke arah tapak tangannya dan terus bertukar menjadi wang. Semasa beliau hendak bangun dan membayar harga tebusannya dirinya itu kepada Abdullah, tiba-tiba Abdullah keluar dari tempat persembunyiannya, lalu memanggil hambanya, "Dari hari ini marilah kita bertukar, engkau jadi tuan, aku jadi hamba."
Si hamba itu pun menjawab, "Sekarang rahsia aku telah terbongkar, maka aku tidak mahu hidup lagi."
Dengan serta merta hamba itu pun meninggal dunia.Beliau pun dikebumikan dengan pakaian yang kasar.Pada malam itu Abdullah bermimpi bertemu Rasulullah,lalu berkata,
" Abdullah,adakah patut kamu kebumikan orang yang kami kasihi dengan pakaian yang kasar itu."

Bila Tenggelam Dengan Cinta Tuhan, Kesakitan Dunia Hilang Dan Tidak Terasa


08/10/2006

Semasa berperang dengan orang kafir musyrik, Sayidina Ali r.a. terkena panah di belakangnya. Ada sesetengah riwayat menyatakan di betisnya. Sahabat-Sahabat telah mencabut anak panah tersebut sewaktu Sayidina Ali sedang sembahyang kerana Sahabat-Sahabat sedar di waktu itu saja tidak menyakiti Sayidina Ali disebabkan dia tenggelam dalam lazatnya sembahyang. Kelazatan itu telah dapat mengalahkan kesakitan apabila panah itu dicabut.
Ertinya, kalaulah bukan kerana hatinya terasa kehebatan dan kebesaran Allah, terasa terlalu hina dan rasa lazat yang amat sangat sewaktu bermunajat dengan Tuhannya, tentu mustahil dia tidak sedar panah itu dicabut. Bukankah pelik. Ertinya segala kesakitan-kesakitan di dunia akan hilang atau tidak terasa kalau kita tenggelam dalam cinta Allah.

Ibarat orang yang sedang bercinta. Apabila bertemu dengan cintanya, masa yang lama dirasakan sekejap sahaja. Dua jam dirasakan dua puluh minit sahaja kerana terlalu asyik.

Banyak lagi cerita Sahabat-Sahabat lain yang turut sama dipanah, ditikam dan ditetak tetapi tetap teruskan berperang sehingga terbunuh (syahid). Sahabat yang bernama Anas bin An Nadhri ketika selesai perang didapati lebih 80 kesan tikaman pedang, tombak, panah dan dicincang-cincang oleh kaum musyrikin. Begitu juga Sahabat-Sahabat yang lain. Dorongan cinta Allah inilah yang membolehkan mereka berbuat begitu.

Ada di kalangan mereka sewaktu sedang berperang itu, mereka ternampak bayangan Syurga dan bidadari-bidadarinya. Sampai terlupa kesakitan yang mereka hadapi dan sangat rindu dengan Tuhannya. Sebab itu mereka sanggup syahid waktu itu juga untuk menemui cintanya.

Buta Mata, Buta Akal & Buta Hati


26/02/2006

Sesungguhnya setiap hari Allah Taala memperlihatkan kuasa-Nya kepada kita hamba-Nya. Bahkan setiap waktu Allah memperlihatkan kebijaksanaan-Nya, Qahhar-Nya dan Jabbar-Nya berlaku setiap waktu di depan mata kita.Demikian juga kasih sayang-Nya sentiasa berlaku kepada makhluk-Nya.

Malah ia berlaku setiap waktu. Apatah lagi sifat pemurah-Nya, sungguh nyata sekali. Tuhan memberikan nikmat-Nya kepada siapa sahaja sekalipun kafir durjana yang derhaka kepada-Nya. Adakalanya kepada mereka itu Tuhan berikan lebih daripada yang Dia berikan kepada hamba-Nya yang taat setia.

Tapi malang sekali seribu kali malang...
Ada mata... tapi kita pandang bersahaja..
Ada akal fikiran... tapi tidak boleh menilai dan memikirkan...
Ada hati... tapi sudah tidak merasa apa-apa...
Oh Tuhan... Rupa-rupanya manusia semuanya telah buta. Segala mata-mata yang penting di dalam diri manusia telah buta.

Buta matanya...
Buta akalnya...
Buta hatinya...
Apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka yang buta ini?! Setiap hari mereka membuat onar. Setiap waktu mereka berbuat derhaka dan durjana. Dan setiap hari mereka merosakkan dunia dan manusia lain.
Aduh, dahsyatnya manusia!
Tuhan, datangkanlah pembela dengan segera, agar manusia dapat dikembalikan kemanusiaannya!

Cara Tuhan Menghukum Hambanya


27/10/2006
Baiknya Tuhan kederhakaan hamba-hamba-Nya ,Tuhan tidak hukum dengan segera .Tuhan biarkan sahaja lebih dahulu. Tuhan bagi dia peluang berfikir, sedar dan insaf. Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian. Kejadian sama ada positif atau negatif untuk menyedar dan menginsafkan .Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf .

Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat .Mati mengejut, lumpuh yang berpanjangan ,ditimpa bala yang berat. Huru-hara di dalam keluarga, tidak ada kasih sayang sesama mereka .Atau Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum.

Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya .Seksa hendak mati, azab kubur, penderitaan di Padang Mahsyar kemuncak penderitaan ialah Neraka.

Haraplah ambil perhatian cerita ini. Semasa hidup ini sempat lagi kita berfikirdan membaiki diri. Masanya belum lagi terlambat .Kembalilah segera kepada Tuhan. Takutilah Allah dan cintailah. Dia Berkasih sayanglah sesama manusia. Apatah lagi sesama keluarga.Setelah mati segala-galanya peluang membaiki diri pintunya sudah tertutup. Sedar dan insaflah dari sekarang sebelum terlambat.

Carilah Keredhaan Tuhan


25/03/2006

Keredhaan Tuhan itu penting. Buatlah apa saja asal mengharapkan keredhan Tuhan. Jika Tuhan sudah redha maka yang lain tidak ada nilainya. Mengharap rahmat dan keredhaan Tuhan itu penting. Lupakan saja segala amal kebaikan, sebab seorang hamba masuk ke syurga kerana rahmat Tuhan.
Bila Tuhan murka, bererti neraka. Sebab itu memohon keredhaan sangat penting, supaya kita merasa bukan kerana ibadah kita selamat tapi kerana redha Tuhan.
Di dalam Al Quran Tuhan berkata, " Yang selamat ialah hamba-hambaKu yang diikhlaskan oleh Allah. Tuhan tidak berkata yang selamat adalah hamba-hambaKu yang ikhlas. Sebab ikhlas itu adalah rahsia dan anugerah Allah. Manusia tidak mampu untuk buat sendiri. Malaikat pun tidak tahu siapa yang ikhlas. Padahal ikhlas itu roh amal. Jika tidak ikhlas, maka tidak dianggap beramal. Sebab ikhlas itu tidak dapat dilakukan jika Tuhan tidak anugerahkan. Malaikat pun tidak tahu amalan yang dibuat itu ikhlas atau tidak. Malaikat membawa amalan sampai ke langit yang ke-7 kemudian dicampakkan semua.
Tapi dengan rahmat Tuhan, supaya kita tidak putus harapan, maka saluran rahmat Tuhan itu sangat banyak. Rahmat Tuhan itulah yang akan menyelamatkan. Sebab itu dikatakan orang yang masuk syurga itu dengan rahmat Tuhan. Kalau atas dasar amal, walaupun menggunung tidak mungkin selamat. Tuhan memberi jalan keluar, rahmatnya luas. Misalnya kita berbuat dosa itu berbahaya, tapi jika kita mengeluh dengan dosa, itu rahmat. Ertinya Tuhan berkata jangan berbuat dosa, rasanya tak mungkin, tapi bila berbuat dosa, kemudian mengeluh dengan dosa, itu rahmat.
Banyak hal yang dapat mendatangkan rahmat Tuhan, misalnya makan dengan orang soleh, ulama yang beramal, itu rahmat, menolong orang , membaca selawat, kedatangan tetamu itu pun rahmat dan penghapusan dosa. Masuk syurga atas dasar rahmat, masuk neraka kerana keadilan Tuhan. Kalau kita ingin mengharapkan amal ibadah tidak mampu untuk masuk syurga, sebab itu mesti mencari rahmat Tuhan, walaupun pekerjaan itu kelihatan kecil.

Carilah Rahmat Dan Kasih Sayang Tuhan


15/05/2006
Manusia dimasukkan ke dalam Neraka kerana keadilan Allah. Tidak ada siapa pun yang dilemparkan ke dalam Neraka kerana terzalim. Mereka yang dilemparkan ke Neraka juga tidak terasa dizalimi. Penghuni Neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dalam Neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebabnya.

Namun demikian, keadaan ini tidak sama dengan Syurga.Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke Syurga. Tidak ada manusia yang layak untuk ke Syurga.Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yang dibuat oleh manusia yang dengannya ia dapat membeli nikmat Syurga.

Walau bagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yang lain. Jauh sekalilah untuk membeli Syurga.

Allah SWT memasukkan manusia ke dalam Syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya.
Rasulullah SAW pernah bersabda: Manusia tidak dimasukkan ke dalam Syurga kerana amalannya.
Maka Sahabat bertanya: Tidakkah juga engkau ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, Ya,tidak juga aku. Aku dimasukkan ke Syurga kerana rahmat Allah.

Kalaulah kasih sayang dan rahmat Allah menjadi sebab kita ke Syurga, maka itulah perkaranya yang patut kita usahakan.Apa pun yang kita buat atau yang kita amalkan mestilah untuk menagih dan mendapat kasih sayang dan rahmat Allah.Dorongan bagi kita untuk beramal dan berjuang mestilah juga untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah dan takut Allah akan murka kepada kita.

Justeru itu, hendaklah kita banyak usahakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan.
Di antaranya ialah:
Banyak menyebut nama-nama orang soleh. Menyebut-nyebut nama orang-orang soleh itu rahmat.
Makan bersama orang soleh kerana itu rahmat.
Menerima tetamu. Kerana datangnya tetamu itu membawa rahmat dan perginya menghapuskan dosa.
Banyakkan amalan-amalan sunat.
Allah ada berfirman dalam sebuah hadis Qudsi: Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yang sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.

Di dalam konteks yang sama, beramal untuk mendapatkan sebanyak-banyak pahala dan fadhilat dari ibadah tidak ada erti apa-apa. Pahala dan fadhilat bukan menjadi sebab manusia dimasukkan ke Syurga. Ia bukan matawang untuk kita beli Syurga.

Syurga terlalu mahal untuk dibeli dengan pahala dan fadhilat. Mereka yang beramal untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat demi untuk mendapatkan Syurga seolah-olah telah mengkesampingkan Tuhan. Seolah-olah mereka telah menggantikan peranan Tuhan itu dengan pahala dan fadhilat dan seolah-olah pahala dan fadhilat itu menjadi penentu mereka dapat masuk ke Syurga. Mereka merasakan seolah-olah dengan memiliki banyak pahala itu akan terjamin kasih sayang Tuhan dan terjamin Allah tidak akan murka pada mereka.

Yang lebih berbahaya lagi ialah apabila pahala dan fadhilat menjadi matlamat amalan mereka dan bukan lagi Tuhan.Walaupun mulut mereka berkata: Sahaja aku solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya kerana Allah, tetapi hati mereka mentasdikkan untuk mendapat pahala dan fadhilat.

Pahala dan fadhilat hanyalah apa yang Allah janjikan di atas amalan soleh yang kita buat dan ia adalah urusan Tuhan. Bukan kerananya kita beramal.Mereka yang beramal untuk pahala dan fadhilat juga telah terjebak dengan cara dunia dan sekularisma. Kalau di dunia mereka mengumpulkan wang untuk membeli kesenangan maka mereka terbawa-bawa untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat guna untuk membeli kesenangan di Akhirat.

Pahala dan fadhilat itu sebenarnya ibarat hadiah dari Tuhan. Adakah patut kita berlumba-lumba untuk mendapat dan mengumpulkan hadiah tetapi tidak mengendahkan dan tidak mempedulikan Tuhan yang memberikan hadiah itu. Apa dan siapa sebenarnya yang harus kita sanjung dan perbesarkan, hadiah atau yang memberi hadiah?

Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat kasih sayang dan rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan, ertinya kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tidak ada apa lagi yang kita perlukan kalau kita sudah mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Cerita Ringkas


13/12/2005
1. Doa pemuda soleh
Seorang pemuda soleh mengunjungi sebuah kedai roti. Dia memerhatikan roti-roti yang disusun berbaris kemas di atas meja.

Berapakah harga sebuku roti itu?
tanyanya sambil menunjukkan sebuku roti yang nampak segar seperti lepas dimasak.

Tidak mahal, hanya satu dirham sahaja,
jawab penjaga gerai itu dengan muka manis.

Pemuda itu menyeluk sakunya untuk mengeluarkan wang. Dahinya tiba-tiba berkerut, tangannya masih di dalam saku tercari-cari. Ke mana perginya wang aku, hatinya kecil tertanta-tanya.

Minta-maaf, saya sudah kehilangan kesemua wang saya. Baru sebentar tadi ia masih ada,
jelas pemuda soleh kepada penjaja.

Seorang lelaki yang mengenali peribadi pemuda soleh itu terus berkata,
Ya Allah, kudungkanlah tangan orang yang mencuri wang pemuda ini.

Mendengar doa orang itu, pemuda soleh terus berkata, Wahai Tuhan, jika wang itu diambil kerana desakan hidup untuk memenuhi keperluan, berkatilah dia. Tetapi jika ia diambil kerana tidak takut kepada dosa, moga-moga inilah dosanya yang terakhir.

2 . Beriman Kerana Terbela
Semasa Sultan Salahuddin Al Ayubi berada di dalam khemahnya, dia terdengar suara wanita yang sedang menangis, lalu ia memerintahkan agar wanita itu dibawa mengadapnya.

Kenapakah ibu menangis? Apakah musibah yang menimpa diri ibu?
tanya Sultan.

Wahai sultan, hidupku kini sebatang kara, sedangkan aku sudah tua. Anak lelakiku telah hilang dalam peperangan dengan tenteramu. Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup atau sudah mati. Sementara suamiku pula telah menjadi tawanan tuan, padahal dialah yang menyara nafkah hidupku,
kata wanita tua itu lagi.

Sultan Salahuddin lalu memerintahkan supaya dibebaskan suami wanita tersebut dan dicarikan anaknya. Rupa-rupanya anak lelakinya masih hidup dan dia pun dibawa kepada ibunya.

Wanita itu terlalu gembira dan terharu dengan kebaikan ajaran Islam yang ditunjukkan oleh penganutnya, akhirnya kedua-dua suami isteri itu memeluk Islam di tangan Sultan Salahuddin.

3 . Hebatnya kanak-kanak generasi pertama Islam!
Anak-anak orang mukmin sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah. Tiba-tiba suasana gempar seketika. Anak-anak tadi bertempiaran lari menyembunyikan diri. Mengapa?

Rupa-rupanya mereka melihat Sayidina Umar ibnu Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada dalam jiwa Umar. Namun ada seorang budak yang tidak ikut lari, malah terus bermain seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Sayidina Umar lalu bertanya, Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?

Anak itu menjawab dengan berani, Saya tidak berbuat kesalahan apa-apa, mengapa saya harus takut. Lagipun jalan ini masih luas untuk tuan lalu.

Sayidina Umar tersenyum melihat keberanian dan kecerdasan anak tersebut.

Siapa namamu?
tanya Sayidina Umar.

Abdullah bin Zubair.


Abdullah bin Zubair adalah anak Asma binti Abu Bakar. Inilah jiwa kanak-kanak Islam zaman kegemilangan Islam dahulu yang hanya takut kepada Tuhan, bukan pada manusia

4 . Mudahkan Jangan sukarkan
Seorang Badwi telah datang kepada Rasulullah kerana hendak memeluk Islam. Rasulullah saw bertanya kepadanya tentang Allah SWT. Lalu Badwi itu menunjukkan tangannya ke langit seolah-olah ia mahu menyatakan kepada Nabi saw bahawa Allah itu adalah Tuhan. pada wajahnya terbayang sifat ketulusan hati yang menyenangkan.

"Dan aku ini siapa?" tanya Rasulullah lagi.

"Tuan adalah Muhammad, Pesuruh Allah,"
ujarnya.

Setelah mendapat jawapan yang sederhana itu, Nabi saw lantas tersenyum lalu mengajak Badwi itu duduk dekat baginda. Dengan itu rasmilah Badwi itu sebagai pemeluk Islam.

Demikianlah Nabi saw telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana menuntun orang kepada Islam mengikut taraf akal seseorang. Yang lebih penting ialah melahirkan pembelaan dan kasih sayang kepada mereka hati tetap teguh dalam Islam.

5 . Bagaimana dengan Allah?
Dalam satu rombongan (kafilah) ada seorang lelaki telah terpikat kepada seorang perempuan.

Setelah hari sudah jauh malam, dia mula menghampiri perempuan itu untuk menggodanya.

Perempuan itu pun berkata, Lihatlah adakah orang-orang itu telah tidur semuanya?

Gembiralah lelaki itu kerana menyangka harapannya akan dipenuhi. Setelah mengelilingi rombongan kafilah tersebut, didapatinya semua orang telah tidur.

Dia pun berkata, Betul, semua orang telah tidur,

Perempuan itu bertanya, Bagaimana pendapatmu mengenai Allah SWT. Tidurkah Ia di saat ini?

Lelaki itu tersentak, lalu menjawab, Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah tidur dan tidak pernah mengantuk!

Perempuan itupun berkata, Sesungguhnya Tuhan memang tidak tidur dan memang tidak pernah tidur. Dia akan melihat kita, walaupun manusia tidak melihat. Maka lebih tepat kalau kita takut akan Dia.

Lelaki itu sedar dan terus meninggalkan niat jahatnya itu lantaran takut kepada Allah Yang Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui. Dia bertaubat dan kembali ke rumahnya.

Setelah dia mati ada orang bermimpi bertemu dengannya, lalu bertanya, Bagaimana keadaanmu?

Lalu dijawab, Allah telah mengampuni Aku sebab takutku kepada-Nya dan meninggalkan perbuatan dosa itu."

Cerpen - Kerana Kasih- Mu , Tuhan

Cerpen - Kerana Kasih- Mu , Tuhan

Cerpen - Kerana Kasih- Mu , Tuhan(1)


22/01/2006
Petikan:
Dalam hal ini saya tidak bersalah. Mereka yang menzalimi saya, mengapa pula saya yang menerima akibatnya?


Engku Murni terduduk. Gagang telefon diletak perlahan sebelum dia menekup muka dengan kedua tangannya dan menangis teresak-esak.

Ya Allah. Ya Allah


Itu sahaja perkataan yang mampu dilafaznya.
Ini bukan kali pertama air matanya tumpah dalam seminggu dua ini. Sejak kebelakangan ini, dia menerima berbagai berita buruk yang cukup meruntun perasaannya. Hari ini, terasa bagaikan putus tangkai jantungnya apabila diberitahu bahawa pelaburannya sebanyak 25 ribu ringgit hangus begitu sahaja di tangan orang yang sangat dipercayainya. Apa lagi yang mampu dilakukan Engku Murni selain menangis.

Tuhan, hamba Mu ini sudah tidak berdaya. Tak sanggup lagi nak berdepan dengan semua dugaan-Mu ini. Tolonglah aku, rintihnya dalam esak tangis yang berpanjangan.

Kepalanya berdenyut-denyut mengingatkan hutang yang terpaksa ditanggung akibat dari bisnesnya yang kerugian. Minggu lalu, anaknya Salina menghubunginya untuk memaklumkan tentang pemecatannya dari jawatan Pengerusi Eksekutif Syarikat Rampai Corporation Sdn Bhd. Dia tidak terkilan kehilangan satu jawatan penting, tetapi ada faktor lain yang cukup memedihkan hatinya berkaitan dengan pemecatan itu.

Mama yang cetuskan Rampai Corporation. Sepatutnya mama jangan mudah menyerah kalah. Kita kena fight. Tuntut hak kita, pujuk Salina dalam telefon semalam.

Bagi Engku Murni, apa yang berlaku ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Yang memecatnya dari Rampai Corporation pun bukan orang lain. Anak menantunya sendiri. Syarikat yang asalnya ditubuhkan sebagai satu projek keluarga, kini menjadi rebutan anak-anak, setelah melihatkan prestasi Rampai Corporation yang meningkat mendadak. Syarikat itu menjadi pengeluar produk rawatan herba tradisional. Hasil kerja keras dan promosi yang meluas, produk keluaran syarikat itu mendapat sambutan hangat. Engku Murni yang asalnya dilantik oleh anak-anak sebagai Pengerusi Eksekutif, menarik nafas lega dengan perkembangan perniagaan keluarganya.

Bagaimana pun langit tidak selalunya cerah, Tuhan mentakdirkan suatu dugaan yang pahit kepadanya. Semuanya bermula apabila salah seorang anak dan menantunya sendiri mula berminat mencari jalan singkat mendapat untung lumayan. Anak bongsunya Zila dan menantunya Fuad, yang merupakan sebahagian daripada ahli lembaga pengarah, telah didatangi oleh seorang wakil dari satu syarikat gergasi Cina. Mereka menawarkan bayaran yang lumayan untuk membeli hak milik resepi asal produk herba dari Rampai Corporation. Lantaran terpesona dengan wang ringgit yang banyak itu, Zila dan suaminya Fuad, beriya-iya hendak menjual resepi produk syarikat. Sedangkan syarikat itu bukan hak peribadi mereka tetapi adalah milik keluarga dan masing-masing ada sahamnya di situ. Engku Murni tidak setuju dengan tawaran itu kerana tidak mahu bisnesnya dilumpuhkan oleh orang lain suatu hari nanti. Begitu juga Salina.

Namun siapa dapat menghalang bila keinginan nafsu mengatasi pertimbangan akal dan perasaan. Demi memenuhi kehendak nafsu, Zila dan Fuad telah memecat Engku Murni dan Salina dari menjadi ahli Lembaga Pengarah.

Hati Engku Murni amat terguris dengan sikap anak menantunya itu. Namun sebagai ibu, dia lebih mementingkan kasih sayang dan kerukunan keluarga dari berebut wang ringgit dengan anak-anaknya. Salina tidak dapat menerima tindakan Zila terhadap Mama mereka. Dia sendiri bukanlah memikirkan sangat soal duit ringgit tapi dia geramkan Fuad yang dianggapnya tidak sedar diri. Dia tahu, selama ini Zila hanya mengikut telunjuk Fuad.

Biarlah Ina. Doakan saja mereka tu insaf. Mama tak nak kamu adik-beradik bergaduh, pujuk Engku Murni waktu Salina meledakkan kemarahannya semalam.

Zila tak patut buat mama macam ni. Semua resepi produk Rampai Corporation dari mama. Mama lagi berhak ambil alih syarikat itu.
Mama tak kisah. Insya-Allah, selagi hidup, adalah rezeki dari Tuhan.
Kesedihan Engku Murni tidak terhenti di situ sahaja. Sewaktu berlaku pergolakan di dalam Rampai Corporation Sdn Bhd, Engku Murni telah merancang persiapan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Setelah bertemu dengan rakan kongsi yang dirasakan mampu mengurus perniagaannya dengan baik, Engku Murni telah mengeluarkan kesemua baki duit simpanannya sebanyak RM 25 000 sebagai modal permulaan. Dia merancang untuk mengeluar satu produk tradisional yang resepinya masih belum jatuh ke tangan Zila dan Fuad. Sewaktu perbincangan diadakan antara Engku Murni dan rakan kongsinya itu, dia cukup yakin bahawa masa depannya tetap cerah di dalam dunia perniagaan. Bagaimanapun Allah juga yang mengkehendaki dia ditipu dalam usahasama itu. Rakan kongsi itu menghilang diri setelah dua puluh lima ribu ringgit bertukar tangan. Hampir pengsan Engku Murni waktu menerima berita itu. Untuk seketika, dunia dirasakan terlalu sempit.


....bersambung

Cerpen - Kerana Kasih- Mu , Tuhan(2)


23/01/2006
Engku Murni memang tiada tempat mengadu. Suami telah lama meninggalkannya sejak beristeri muda. Dia tidak sanggup berkongsi rasa sedihnya itu dengan Salina kerana Salina sendiri telah berkeluarga. Meskipun dia sering menasihatkan Salina supaya bersabar dengan setiap dugaan yang datang, hakikatnya dia sendiri hampir rebah. Cuma pengaduannya pada Tuhan yang mampu menenangkan sedikit perasaannya. Begitupun ada waktunya, dia rasa tidak berdaya untuk meneruskan hidup.

Hari itu, ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Johor Bharu, Tuhan mempertemukan Engku Murni dengan Sharifah Khairiah. Empat puluh lima minit di dalam kapalterbang, membuka ruang untuk mereka berkenal-kenalan. Wajah bersih dan tutur lembut Syarifah Khairiah seakan magnet yang menarik sepenuh perhatian Engku Murni kepadanya. Entah mengapa, Engku Murni yang selama ini lebih suka menyimpan rahsia peribadinya sendiri, mudah sahaja meluahkan segala yang terbuku di hati.

Untunglah Puan Engku. Besarnya perhatian Tuhan pada Puan. Sayangnya Allah pada Puan, kata Syarifah Khairiah sambil menguntum senyuman manis.
Saya dah kehilangan segala-galanya. Suami tak peduli, anak buat saya musuh, bisnes lingkup, Syarifah masih kata saya untung? tanya Engku Murni dengan senyum tawar.

Tuhan tu, kalau Dia sayang seseorang, Dia akanmenyusah-nyusahkan orang itu. Mungkin dengan ditakdirkan orang lain suka menyakitkan hatinya, mengganggu kehidupan, merosakkan perniagaannya. Engku Murni memandang Syarifah Khairiah dengan kening berkerut.
Macam mana pulak tu Syarifah tersenyum lagi mendengar pertanyaan dari Engku Murni. Kasihan dia melihat seorang insan di hadapannya itu yang terkapai-kapai, tidak nampak jalan keluar dari kemelut masalahnya.

Puan Engku, bila hamba itu telah disusah-susahkan, tentulah dia terpaksa mencari Tuhan untuk mengadu dan minta tolong. Sebenarnya Tuhan sangat suka mendengar hamba-hamba-Nya merintih, merayu-rayu dan menangis meminta pertolongan-Nya. Sebab itu Tuhan susah-susahkan Puan Engku. Dia nak Puan Engku datang kepada-Nya.

Tapi saya rasa ujian ini terlalu berat. Kadang-kadang saya bertanya pada Tuhan. Kenapa aku yang Kau pilih, Tuhan. Kenapa bukan orang lain? Air mata Engku Murni mula menitis berjuraian di pipinya.

Jangan putus asa, jangan buruk sangka dengan Tuhan. Mintalah bantuan dari-Nya. Dia pasti membantu.
Memang saya selalu bangun tahajud. Minta Tuhan bantu saya selesaikan masalah saya. Tapi setakat ni, saya masih buntu. Rasa macam Tuhan tak dengar pun doa saya, keluh Engku Murni sambil menyapu air matanya.

Mungkin, apa yang Puan Engku minta pada Tuhan, bukan itu yang Tuhan mahu Puan Engku faham dari ujian-Nya. Saya agak Puan Engku cuma mahu segala-galanya kembali seperti asal. Keluarga yang harmoni dan kejayaan dalam bisnes, bukan begitu?

Ya. Memang itu yang saya minta dari Tuhan. Salah ke permintaan saya tu? Syarifah Khairiah tidak menjawab. Dia membiarkan Engku Murni dengan perasaannya.
Ujian yang Allah beri kepada manusia ni sebenarnya untuk memaksa manusia buat post mortem. Supaya cari salah sendiri. Mungkin ada sesuatu pada kita yang Allah tak suka, sebab tu, Allah tarik apa yang ada. Allah nak bersihkan dosa kita di dunia, supaya di Akhirat kita selamat.

Dalam hal ini saya tidak bersalah. Mereka yang menzalimi saya, mengapa pula saya yang menerima akibatnya? tingkah Engku Murni, kurang puas hati.

Tentang orang yang menzalimi kita, tak payah kita fikir. Tuhan ada cara-Nya sendiri untuk memproses mereka pula. Yang penting, kita kena anggap, kerana dosa kitalah, Allah datangkan segala ujian, kesusahan dan kesakitan. Tuhan berhak mengatur hidup kita dan Maha suci Tuhan dari menzalimi. Untuk beberapa ketika, Engku Murni terdiam.

Mungkin betul kata Syarifah tu. Saya bukan muda lagi dan baru peringkat umur inilah saya rasa dekat dengan Tuhan. Sedangkan dulu Engku Murni menelan air liur.

Itulah sebenarnya dosa kita. Sudah lama kita tidak mempedulikan Tuhan. Sedangkan Tuhan setiap hari mengurus kehidupan kita, mengurniakan rezeki, memberi kesihatan, ilmu dan lain-lain lagi. Dia tidak pernah lupa kepada kita. Tapi kita sering melupakan Tuhan,
kata Syarifah Khairiah lembut. Engku Murni tersentak. Betul juga, fikirnya. Masa senang dulu, dia tidak pernah terfikir hendak bersyukur kepada Tuhan. Memanglah mulutnya berkata Alhamdulillah, tapi mana bukti syukurnya? Dia tidak pun menggunakan segala kesenangan yang diperolehi itu untuk berkongsi dengan makhluk Tuhan yang lain. Semua digunakan untuk kesenangan dan keselesaan diri dan keluarga semata-mata, manakala yang selebihnya disimpan untuk kepentingan diri sendiri juga.

Tanyalah pada diri kita, adakah kita semakin khusyuk beribadah kepada-Nya apabila semakin banyak nikmat Tuhan yang kita terima? khutbah Syarifah Khairiah lagi. Engku Murni tersentak lagi. Dia teringat ketika menguruskan Rampai Corporation dulu, sembahyang pun macam ayam patuk padi. Kadang-kadang kerana sibuk menjalankan perniagaan, tertinggal sembahyang.

Oh Tuhan, memang benarlah aku berdosa pada-Mu, rintih hati Engku Murni.

Kita berdosa kerana tidak pedulikan Tuhan. Padahal kita telah berjanji kepada Tuhan di alam roh dulu, bahawa kita akan menjadi hamba-Nya yang sentiasa beribadah kepada-Nya. Kita juga berjanji untuk menjadi khalifah-Nya yakni menunaikan segala amanah yang dipikulkan ke atas kita di dunia ini. Engku Murni tersedar kini. Rupa-rupanya dia telah begitu jauh dari Tuhan. Hidupnya penuh kelalaian. Patutlah Tuhan susah-susahkan hidupnya, lantaran dosa yang begitu banyak.

Sebab itu saya kata Puan Engku beruntung. Di dunia lagi Tuhan sudah hukum Puan, dengan tujuan agar Puan sedar dan bertaubat," kata Syarifah Khairiah lagi.

Engku Murni mengangguk-angguk. Kini dia mula nampak hikmah ujian yang menimpa. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana menyedarkannya dari kelalaian selama ini. Andainya Tuhan biarkan dia dalam kemewahan dan menjayakan perniagaannya, belum tentu dia akan ingat kepada Tuhan.
Sewaktu kapalterbang hampir mendarat di KLIA, Engku Murni sempat bertukar-tukar business card dengan Syarifah Khairiah. Sewaktu bersalaman, Engku Murni memeluk Syarifah Khairiah. Terima kasih atas segala nasihat Syarifah itu, kata Engku Murni separuh sebak.

Sewaktu melangkah turun dari pesawat, Engku Murni merasakan dadanya lapang. Ibarat seorang pesakit yang sesak nafas, diberi bekalan oksigen. Ya Allah, semoga aku mampu jadi hamba yang faham setiap maksud takdir-Mu ke atasku. Semoga aku bukan lagi hamba yang selalu buruk sangka pada-Mu. Ampunkan aku kerana biadabnya aku pada-Mu selama ini hingga aku menyalahkan-Mu di atas setiap ujian yang menimpa. Ampunkan aku, wahai Tuhan, bisik hati Engku Murni penuh syahdu.

Seminggu kemudian, Syarifah Khairiah menerima panggilan telefon daripada Engku Murni. Rupa-rupanya setelah dia bertaubat dan mendekatkan diri kepada Tuhan, anak dan menantunya tiba-tiba saja berubah hati dan menyesal dengan perbuatan mereka. Mereka telah berjumpa Engku Murni meminta maaf dan mengajaknya untuk bersama kembali dengan Rampai Corporation.

Demikianlah kasih Tuhan pada hamba-Nya. Bila seseorang itu selesai hubungannya dengan Tuhan, maka Dialah yang akan menyelesaikan masalah hamba-Nya.

Cintakan Akhirat Formula Kecemerlangan


26/04/2006
Rasulullah saw pernah bercerita bahawa di akhir zaman nanti, orang Islam itu lemah, mundur, tidak membangun, tidak maju, pecah belah, hina dan sebagainya. Kalau nak dihurai lebih kurang begitulah maksudnya.

Ada sahabat yang bertanya, apakah kejadian itu disebabkan mereka itu sikit?
Rasulullah menjawab tidak, masa itu mereka ramai, tapi ramainya macam buih di laut.

Sebab di waktu itu umat Islam di timpa dua penyakit iaitu cinta dunia dan takutkan mati . Rupanya Rasulullah memberi panduan bahawa umat Islam menjadi lemah bagaikan buih di lautan bukan kerana tidak cukup subsidi, tidak dapat tender, tak dapat projek atau tidak dapat AP dan macam-macam lagi tetapi kerana 2 penyakit yang sudah menjadi wabak dan berakar umbi iaitu cinta dunia dan takut mati.

Kalau begitu beerti untuk keluar daripada kehinaan , kelemahan, kemunduran umat Islam kena tukar strategy iaitu cinta akhirat dan sukakan kematian . Kita kena ingat bahawa syarat ini ialah untuk umat Islam, kerana Tuhan hendakkan umat Islam membangun dan selamat di dunia dan akhirat dengan menggunakan formula Tuhan.
Sedangkan orang cina tidak perlukan Tuhan dan Rasul untuk membangun kerana mereka tidak dijanjikan keselamatan di akhirat . Walau setinggi manapun kemajuan dan kecemerlangan yang mereka perolehi di dunia tetapi ia tidak berkekalan. Di akhirat nanti akan menemui kegagalan abadi selamanya. Apakah kita ingin senasib begitu?

Apa yang dimaksudkan di sini ialah umat Islam hari ini nak kuat, nak maju, nak membangun tamadun, nak cemerlang, gemilang dan terbilang tapi tidak bermula dengan cintakan akhirat, padahal cintakan akhirat itulah yang akan membawa kemajuan. Beerti side effect kepada cintakan akhirat ialah kemajuan. Bagaimana hal ini relevan untuk berlaku?

Sebenarnya apabila umat Islam sudah cintakan akhirat, cintakan mati, nak mendapat tempat isimewa di akhirat, tentulah melalui agama. Tapi untuk mendapatkannya mestilah diberi ilmu, di beri minda supaya faham. Kalau tidak, orang yang mendapat kesedaran beragama akan beranggapan untuk cintakan akhirat kena solat banyak, wirid banyak, zikir banyak, baca Quran banyak, umrah banyak, akhirnya umat jadi beku dan jumud pula.

Jangan fikir cinta akhirat itu ialah banyak ibadah. Itu hanya habluminallah (hubungan dengan Allah) sedangkan agama ada 2 aspek, iaitu habluminalah (hubungan dengan Tuhan) dan habluminannas (hubungan dengan manusia) .

Hubungan dengan Tuhan hanyalah satu sedangkan kalau habluminannas (hubungan sesama manusia) itu banyak. Beerti kalau diusahakan banyak hubungan dengan manusia beerti kemajuan dengan sendirinya akan terbangun.

Bagaimana ia berlaku? Menegakkan agama melalui hablumminannas beerti menggalakkan manusia berkorban, kerjasama, bersatupadu, berkasih sayang, bertolak ansur dan sebagainya. Kalau berlaku begitu maju atau tidak umat ini?

Yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam nak maju termasuk orang Melayu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan akhirat. Bila tidak dikaitkan dengan Tuhan, kemajuan itu merangsang tamak, sakit hati, jatuh menjatuhkan. Ini yang silap. Umat Islam nak maju dan membangun tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan. Akhirnya orang fikir kemajuan tapi akhirnya membawa ke diri.

Kita berslogan mari membangun, mari berkorban tapi untuk diri. Sebab itu kita tidak boleh maju. Kita sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri belum lagi untuk bangsa, negara dan agama. Sebenarnya agama itu kalau di fahami, tidak payah sebut maju, maju itu akan datang sendiri. Hasil daripada cintakan akhirat maka side effectnya ialah kemajuan.

Akibat nakkan kemajuan untuk diri, maka akan timbullah tamak haloba, gila pangkat dan kuasa akhirnya berlakulah jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kalau begitu jangan mimpilah nak ajak berkorban, bekerjasama demi untuk membangun dan berkemajuan. Sebenarnya kemajuan itu ialah side effect daripada orang yang beragama. Tetapi sekarang kita nak ajak orang Melayu maju tapi tidak guna agama, akhirnya bila dapat kemajuan pula jadi sombong , mula nak jatuh menjatuhkan satu sama lain pula.

Jadi sebenarnya kita tidak payah sebut maju, hakikatnya bila beragama betul-betul maka akan lahirlah kemajuan . Tapi kalau tiap-tiap hari sebut maju cemerlang, gemilang terbilang tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan kesan daripada kemajuan itu sangat rosak dan merosakkan. Bila kita dapat projek orang tidak senang, orang dapat kita tidak senang pula. Formula nak maju begini tidak betul, nak maju itu kena cintakan akhirat, kena berkorban, jadi majulah.Tak perlu sebut maju. Bangunkan habluminallah dan habluminannas maka akan lahirlah kemajuan. Macamlah orang yang nak anak tapi dia tidak mahu kahwin boleh ke?

Begitulah kemajuan, fahamkan agama dengan betul, bila di amalkan maka anak daripada hasil agama ialah kemajuan. Hari ini bila pemimpin dah jahil, dah tidak faham, bersidanglah lima hari lima malam pun, hasilnya orang Melayu tak ke mana, nak maju tapi hanya untuk diri. Cara itu hanyalah untuk diri sendiri bukannya untuk bangsa, sebab ia tidak di kaitkan dengan agama.

Kalau tidak masakan Rasulullah berkata orang yang paling bijak ialah yang banyak mengingati mati . Kalau begitu marilah kita lancarkan satu resolusi baru, yakni Dasar Cintakan Akhirat. Maka bijaklah umat ini apabila telah kembali ke landasan sebenar menjadikan Tuhan dan Rasul sebagai rujukan utama dalam memperkasakan ummah. Maka side effect daripadanya akan terbangunlah kemajuan yang selamat lagi menyelamatkan.

Ciri- Ciri Taqwa


12/09/2006
Di antara ciri-ciri taqwa adalah:
1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Menyukai apa yang Allah suka
4. Membenci apa yang Allah benci

1. Ingat Dua Perkara
a. Pertama:
Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal dengan jasa dan budi orang itu kepada kita . Itu terhadap kebaikan dan jasa manusia.

Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur). (Adh Dhuha: 11)

Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita. Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.

b. Kedua:
Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya.

Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf. Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosadosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.

2. Lupa Dua Perkara
a. Pertama :
Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang.
Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang. Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang. Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sumah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.

b. Kedua:
Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita.
Anggaplah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang. Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan, ujian, musibah atau mala-petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan. Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.

3. Menyukai Apa Yang Allah Suka
Yakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka. Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan akan membuatnya. Itu cara kita hendak menghiburkan Allah.

Itu manifestasi dari cinta kita yang mendalam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi pertimbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.

4. Membenci Apa Yang Allah Benci
Yakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh.

Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang mendalam.

Contohi Peribadi Saidina Ali



Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni.

Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.

Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda sacara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni.

Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri. Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt.

Beliau bertanya kepada Rasulullah saw "wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?"
Baginda juga merupakan sepupu beliau.

Baginda menjawab "wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini."

"Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu." Balas Saidina Ali.
Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun.

Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata "sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!"

Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa. Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini.

Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.

Corat Coret Tentang Mujahadatunafs & Riadhatunnafs





Dua orang pelajar sedang berjalan-jalan sambil berbual-bual. Seorang pelajar lebih tua dari yang seorang lagi. Dialog mereka seperti berikut.

Pelajar Muda :
Rupa-rupanya riadhatunnafs tiu penting untuk kita memperbaiki diri. Saya ni tak tahulah. Kalau diuji, boleh ke tidak saya ni melakukan riadhatunafs.

Pelajar Tua :
Kalau dah diuji, apa pulak nak riadhatunafs. Mujahadah sajalah.

Pelajar Muda : Eh! Ada beza ke?

Pelajar Tua: Ialah. Mujahadatunafs itu memerangi atau melawan hawa nafsu. Kita kena menahan diri. Kalau kita diuji dengan kesusahan, kita tahan diri dari marah ke, melenting ke, kecewa ke, putus asa ke. Kalau kita diuji dengan kesenangan pula, kita kena tahan diri dari melonjak-lonjak kegembiraan dan lupa diri .

Pelajar Muda : Habis riadhatunnafs tu macam mana pulak?

Pelajar Tua : Riadhatunnafs itu latihan rohani. Konsepnya cari-cari pasal. Tak payah tunggu diuji. Kalau kita rasa kita ni penakut, bawa-bawalah diri jalan sorang-sorang dalam hutan waktu malam. Lebih baik lagi pilihlah malam hujan ribut dan angin kencang. Itu lagi berkesan.

Pelajar Muda : Ya Allah ngerinya! Tiada jalan lain yang lebih senang ke?

Pelajar Tua : Ada. Cari kawasan kubur lama yang terbiar yang penuh semak-samun dan pokok-pokok besar. Biar jauh sikit dari kampung orang, agak-agak kalau menjerit sekuat-kuat hati pun orang tak dengar. Bawalah diri tidur di celah-celah kubur sorang-sorang. Mula dari lepas Isyak sampai ke Subuh. Lebih baik pilih malam bulan mengambang. Cara ini mudah sikit, tak payah jalan-jalan. Tidur saja.

Pelajar Muda : Hee!! Ini dua kali ngeri.

Pelajar Tua : Yalah. Tapi dua kali ganda pulak keberkesanannya.

Pelajar Muda : Rasa-rasanya tak sangguplah saya.

Pelajar Tua : Itulah sebabnya tak ramai orang suka mendidik nafsu.

Cuba Membunuh Diri




Norman dan Azlina,pasangan bergaji besar dan serba berada ini bergocang rumahtangga mereka selepas memperolehi anak kedua. Kemuncaknya isteri telah menelan pil tidur dengan niat membunuh diri. Menurut pendapat doktor, jumlah pil tidur yang diambil memang boleh membawa maut. Kekecewaan isteri itu hingga mempertikaikan apakah Tuhan ada atau tidak. Kalau Tuhan ada, mengapa Tuhan biarkan rumahtangganya hancur berkecai. Kalau Tuhan ada, mengapa tidak selamatkan rumahtangganya yang amat disayanginya.

Kes ini selesai dalam masa tiga jam. Isi penyelesaiannya seperti berikut:
a. Bukti adanya Tuhan ialah siisteri sendiri tidak mati seperti yang di harapkan. Tuhan menzahirkan kuasa-Nya dengan tidak mematikan diri siisteri itu, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa Tuhan yang menentukan segala-galanya.

b. Mengajak berfikir dan merasakan bertuhan:
i. Tuhan menjadikan manusia dengan penuh keajaiban, Maha Baiknya Tuhan dan terima kasih kepada-Nya.
ii. Tuhan jadikan seluruh alam semesta, Maha Suci Tuhan, tiada suatu pun yang Tuhan ambil manfaat atau Tuhan pakai sendiri, melainkan semuanya untuk dimanfaatkan dan dinikmati oleh manusia sendiri.
iii. Selain kehidupan sementara yang sangat singkat ini, terdapat kehidupan yang kekal abadi. Di sana hanya ada dua tempat berakhir. Tidak berbaloi dengan kehidupan yang singkat ini sanggup derhaka dengan Tuhan hingga terhumban ke Neraka. Tidak berbaloi juga hanya inginkan nikmat yang singkat hingga terlepas nikmat yang tiada bandingan yang kekal (Syurga). iv. Sepatutnya sama-sama mencari dan mengumpulkan kebaikan melalui rumahtangga. Tiada ertinya rumahtangga yang dibina yang sangat disayangi itu kalau hanya berakhir di dunia ini. Sepatutnya mesti dibina hingga bersambung di Akhirat kelak.

c. Dalam menyelami hidup ini, kita kena terima hakikat bahawa Tuhan Maha Mentadbir, mengatur, menyusun, memimpin, memerintah yang semuanya penuh hikmah, iktibar, pengajaran dan pendidikan.
i. Banyak perkara yang kita mahu, kita usaha lalu memperolehinya, berjaya. Tuhan yang beri - bersyukurlah.
ii. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha mendapatkannya, tapi gagal. Tuhan yang mentakdirkannya. Bersabarlah, ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya untuk merasakan kehambaan dan ingatkan dosa.
iii. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha memilikinya atau mencapainya, tapi dapat benda lain. Tuhan yang menentukannya, redhalah.
iv. Banyak perkara yang kita tidak mahu, kita berusaha untuk menolak atau menghindarinya, dan kita berjaya. Tuhan yang anugerahkannya.
v. Banyak perkara yang kita benci atau tidak mahu, kita berusaha menolaknya, tapi terjadi juga. Tuhan yang takdirkan. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat betapa Tuhan memiliki kuasa mutlak.
vi. Banyak perkara, peristiwa dan kejadian yang tidak terfikir atau tidak terlintas. Itu yang berlaku. Rasakan betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan.

Setelah dapat menerima semua perkara di atas, kehidupan menjadi amat tenang. Jiwa menjadi tenteram. Hubungan suami i.steri bertambah erat. Cinta antara kedua-duanya menjadi cinta suci kerana Tuhan. Suami amat bertanggungjawab manakala isteri memberi ketaatan.

Dahulukan Hubungan Kita Dengan Allah



02/09/2006
" Kalau kita cinta kepada Allah akan lebih mudah bagi kita untuk mencintai sesama manusia."

Manusia ini tidak terlepas daripada dua hubungan. Pertama, hubungan kita dengan Allah dan kedua, hubungan kita sesama manusia . Kedua-dua hubungan ini penting. Kedua-duanya perlu dijaga. Kalau hubungan kita dengan Allah baik tetapi hubungan kita sesama manusia tidak baik, maka hubungan seperti ini tidak akan membawa kepada natijah yang diharapkan. Sebaliknya, kalau hubungan kita sesama manusia baik tetapi hubungan kita dengan Allah tidak baik, maka ini adalah satu perkara yang akan membawa kepada kehampaan.

Kalau kita cinta kepada Allah tetapi tidak ada rasa cinta dan kasih sayang sesama manusia, maka cinta kita kepada Allah itu boleh dipersoalkan kerana bukti kita cinta pada Allah ialah kita cinta kepada hamba-hamba dan mahkluk-Nya. Kalau kita taat kepada Allah tetapi tidak taat kepada orang yang perlu kita taati seperti suami, ayah, guru, pemimpin dan sebagainya, maka ketaatan kita kepada Allah itu menjadi tanda tanya. Kalau kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah tetapi tidak pandai berterima kasih kepada manusia, maka ini juga cacat kerana tidak ada syukur yang sebenarnya kepada Tuhan tanpa kita berterima kasih sesama manusia. Begitulah seterusnya.

Di samping itu pula, tidak ada makna kita hanya berkasih sayang dan mencintai sesama manusia, atau kita taat kepada manusia, atau kita berterima kasih hanya kepada manusia tetapi di waktu yang sama kita lupa untuk mencintai Allah, lupa untuk mentaati Allah dan lupa untuk bersyukur serta berterima kasih kepada Allah. Allah adalah punca dan sumber bagi segala-galanya. Dialah sumber kasih sayang. Dialah sumber segala rahmat dan nikmat. Manusia hanyalah wasilah atau perantaraan. Kalau dengan wasilah atau perantaraan pun Allah mahu kita berkasih sayang, Allah mahu kita taat dan Allah mahu kita berterima kasih, apatah lagi kepada sumber dan punca segala-galanya itu, lebih-lebih lagilah patut kita cinta, taat dan bersyukur kepada Allah.

Di antara dua hubungan ini, kita mesti dahulukan hubungan kita dengan Allah . Ini kerana kalau kita cinta kepada Allah akan lebih mudah bagi kita untuk mencintai sesama manusia. Kalau kita taat kepada Allah, kita lebih mudah untuk taat kepada manusia yang wajib kita taati. Kalau kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah maka kita akan mudah untuk berterima kasih kepada manusia. Tambahan lagi kalau kita bertolak dari mencintai Allah, mentaati Allah dan bersyukur kepada Allah terlebih dahulu maka kita tidak akan tersasar atau tersilap atau tertipu di dalam kita mencintai, mentaati dan berterima kasih kepada manusia. Semua itu akan berlandaskan kepada kehendak dan keredhaan Allah jua. Dalam kita mencintai dan mengasihi manusia, dalam kita berterima kasih kepada manusia kita tidak akan terlupa dengan cinta, ketaatan dan kesyukuran yang hakiki - iaitu kepada Allah, sumber bagi segala-galanya.

Dailog




Soalan :
Rasa-rasa yang datang, yang Tuhan pimpin seperti rasa berdosa, rasa hina dan tidak guna. Kadang-kadang rasa itu datang turun naik dan tenggelam timbul. Apakah kaedah atau cara yang boleh kita lakukan supaya rasa-rasa itu stabil dan sentiasa seimbang? Bagaimana pula hendak menolak rasa-rasa yang datangnya dari syaitan dan mengekalkan rasa-rasa yang baik dan istiqomah?

Itu menunjukkan kita dalam mujahadah. Mujahadah bererti masih berperang, kadang menang kadang kalah. Ianya seperti peperangan lahir juga. Selagi dalam suasana perang, kalau menang pun masih susah lagi. Inikan pula kalah. Begitu juga dengan peperangan di dalam diri kita. Dalam diri kita ada nafsu. Nafsu berada di dalam dan syaitan pula di luar.
Nafsu adalah jalan bagi syaitan. Dalam hal ini, mujahadah belum berjaya lagi. Haruslah istiqomah. Kalau sudah berjaya, tidak mujahadah lagi. Kalau belum menjadi perangai, buat-buat atau paksa diri dahlulu. Bila sudah mendarah daging, sudah menjadi perangai maka mudahlah bagi kita.

Soalan :
Bolehkah dibezakan antara rasa hina, rasa lemah dan inferiority complex?

Antara ketiga-tiga itu ada bezanya cuma ianya sangat seni.
1. Rasa rendah diri (inferiority complex) itu ertinya sebelum lawan sudah surrender. Bukan angkat tangan tanda menyerah tetapi hati yang sudah rasa kalah. Rasa tidak larat. Dengan Tuhan sahaja boleh rasa begitu tetapi dengan musuh tidak boleh.

Bagi Tuhan ramai atau tidak ramai itu sama sahaja. Bagi Tuhan hendak kalahkan yang ramai itu sama sahaja dengan hendak menangkan yang sedikit. Itu TAUHID . Kalau kita hayati, kita akan rasa kuat. Rendah diri itu akan buatkan orang tidak fikir panjang. Nampak musuh ramai, dia rasa tidak ada harapan. Ia akan membuatkan orang hendak cabut lari.

2. Rasa lemah pula maksudnya tidak ada cita-cita hendak lari waktu berhadapan dengan musuh tetapi dalam hendak melawan itu dia rasa lemah. Yang pertama tadi lebih pengecut dari yang kedua ini. Yang rasa lemah ini, dia hendak lawan juga tetapi dalam hendak lawan itu dia rasa lemah. Sepatutnya kita tidak boleh rasa lemah sebab kemenangan itu bukan dari tenaga kita tetapi dari Tuhan.

3. Rasa hina itu ialah apabila berdepan dengan segala fitnah musuh itu dia rasa hina. Ia berlaku kerana dia tidak ada ilmu. Patutnya waktu itu kita rasa cukup cerdik tetapi apabila dihina-hina, kita terasa bodoh. Sehingga hilang keyakinan kita.

Sebab itu kalau ada ketiga-tiga kesalahan ini, perlu bertaubat. Apabila taubat, kesalahan dapat dipulihkan atau diselesaikan. Taubat itu atas dasar faham. Bertaubat harus di atas rasa-rasa itu. Taubat bukan sekadar untuk hapuskan dosa tetapi untuk kesedaran kita semula, untuk pulihkan semangat kita dan untuk tetapkan pendirian. Kita tidak akan dapat tetapkan pendirian sebelum dipulihkan ketiga-tiga rasa tersebut.

Ketiga-tiga rasa itu nampak macam sama. Sebenarnya ia ibarat macam bisul, kudis dan jerawat. Tidak sama. Ini panduan dari Al Quran. Mengapa Tuhan suruh taubat? Allah ingatkan tentang dosa kerana kita terfikir atau rasa dengan ketiga-tiga rasa itu sedangkan itu macam SYIRIK KAHFI . Taubat itu adalah untuk hapuskan dosa dan pulihkan semangat itu balik. Agar kita tidak lagi terfikir atau merasa dengan ketiga-tiga rasa itu.

Dailog


Saya berkeinginan untuk miliki rumah dan kereta. Apakah itu dikira cinta dunia?

Cinta dunia bukan satu dua perkara sahaja, bahkan banyak. Apa yang selain Tuhan, itulah dunia. Maksud cinta dunia bukan tidak ambil dunia, bukan tidak perjuangkan dunia dan bukan hendak buang dunia. Tetapi dunia yang kita miliki, yang kita usaha mendapatkannya, bukan tempat kita jatuh hati. Cinta itu hanya untuk Tuhan. Yang lain boleh ambil tetapi bukan untuk dijadikan kecintaan kita. ltu kehidupan kita untuk kita gunakan supaya boleh cinta dengan Tuhan. Kalau kita boleh cinta Tuhan, makin banyak yang kita dapat lalu kita jadikan cinta Tuhan, itu lagi bagus. Bukan ertinya tidak cinta dunia itu kita jangan ambil dunia.

Kalau kita dapat pangkat, kita ambil kerana hendak buang tidak boleh, kita anggaplah pangkat itu ular. Begitu juga kalau kita dapat duit dan harta lalu kita anggap itu macam ular. Insya Allah kita akan selamat dari tipuan dunia. Ular itu, kalau pandai kita manafaatkan, boleh dapat duit. Tetapi kalau tidak pandai, dia patuk kita. Begitulah dunia bukan hendak dibuang sebab boleh dijadikan pengorbanann untuk Tuhan. Kalau tidak ada dunia, apa hendak dikorbankan untuk Tuhan? Tidak ada pangkat, ilmu, harta untuk dikorbankan. Yang silapnya apabila harta, pangkat dan duit sudah jadi Tuhan. Cinta sudah jatuh ke situ. Kalau dunia sudah jadi kecintaan kita, bila dapat susah, tidak dapat pun susah. Tidak dapat, kita susah hati. Bila dapat, kita lalai, sombong dan bangga. Akhirnya dua-dua susah. Dapat susah, tidak dapat pun susah.

Kalau kita cinta Tuhan, kita cari duit untuk buktikan cinta pada Tuhan. Pangkat diguna untuk Tuhan. Kalau tanah, nama, pangkat dan nyawa jadi Tuhan, hancurlah. Macam mana hendak berjuang. Rasullulah kahwin dengan Siti Khadijah, orang yang paling kaya waktu itu. Oleh kerana cintakan Tuhan, harta Siti Khadijah dikorbankan untuk Tuhan.

Dailog


Cerdik Pandai Yang Bodoh

- Aku pelik dengan sikap manusia. Di dalam kecerdikan dan kepandaian mereka pun ada kebodohannya.

* Eh, bagaimana tu? Aku tak fahamlah. Engkau selalu cakap yang aneh-aneh. Apa maksudnya yang sebenar, biar senang aku yang memang bodoh ni faham.

- Maksud aku kebodohannya tu tak sepatutnya ada. Bahkan sangat ketara pulak.

* Eh.... Aku lagi tak faham.

- Begini... selalunya manusia kagum dengan keindahan alam semulajadi yang diciptakan. Tapi malangnya Pencipta ciptaan itu sikit pun tak dikaguminya. Bukankah aneh... hasil ciptaan sangat dikagumi, tapi Penciptanya langsung tak diambil peduli.

* Agaknya sebab manusia hanya nampak yang lahir saja .

- Seumpama manusia yang kagum dengan kereta, tapi tak mengkagumi perekanya, maka begitulah kebanyakan manusia ini. Mereka terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan, tapi tak pula terpesona dan mabuk dengan Tuhan.

* Kalau semua orang mabuk dengan Tuhan, nanti semua orang tak pergi kerja. Asyik dengan tasbih dan sejadah sahaja.

- Tidak. Terbukti, orang yang mabuk dengan Tuhanlah yang berjaya mentadbir dunia,seperti zaman Khalifah Islam yang empat,Islam mengembangkan sayapnya hingga berjaya menakluki tiga suku dunia.Yang aku bertambahhairan, pakar-pakar ciptaan Tuhan dianggap ilmuan.

* Pakar-pakar ciptaan Tuhan?

- Mereka yang pakar tentang batu, laut,haiwan manusia dan fisiologinya dan entah apa-apa lagi.Bukankah apa yang mereka kaji itu semunya ciptaan Tuhan? Lalu setelah mendapat ilmu-ilmunya maka merekapun diberi ijazah, degri serta berbagai-bagai gelaran. Bahkan di kagumi dan dihormati. Padahal mereka inilah golongan yang jahil tentang Tuhan dan ilmu ketuhanan.

* Mereka belum mendapat hidayah .

- Mereka inilah cerdik pandai yang bodoh. Cerdik yang tidak memberi makna apa-apa. Kerana cerdiknya pada perkara yang tak utama, tapi bodohnya pada perkara yang utama.

* Jadi sebenarnya apa salah mereka?

- Mereka tak salah. Kerana mereka sebenarnya tidak diberi hidayah dan taufik. Tapi kita yang memberi pengiktirafan kepada mereka sehingga mengkagumi kepintaran dan kecerdikan mereka itulah yang salah. Mereka bukanlah manusia yang pandai luar biasa, tapi mereka sama sahaja seperti manusia lain yang tidak ada apa-apa istimewanya. Sebabnya, apalah yang hendak dikagumi perkara yang dapat disentuh dan dirasa (hasil ciptaan) tapi jahil terhadap pekara yang tak dapat disentuh dan dirasa iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Tapi kalau kedua-duanya dikagumi hingga timbul rasa Hebatnya Kekuasaan Tuhan, rasa malu dengan Tuhan,rasa hinanya diri... waktu itu, barulah mereka benar-benar menjadi orang yang cerdiknya luar biasa. Itulah pengiktirafan sebenarnya di dalam Islam.

Dakwah Yang Berkesan





16/06/2006
Dakwah ertinya mengajak kepada Tuhan dan syariat. Bunyinya mudah dan sedap. Macam mana dakwah yang berkesan, saya hendak cerita. Zaman Rasulullah dan Sahabat. Sejarah telah menggambarkan kepada kita, di zaman Rasulullah, orang tengok Sahabat pun sudah jatuh hati. Belum lagi sahabat bercakap. Bila bercakap, orang terus masuk Islam. Adakalanya datang orang-orang Kristian untuk melihat umat Islam sembahyang. Apabila umat Islam kata bahawa itu cara menunjukkan cinta mereka kepada Tuhan, orang Kristian terus masuk Islam.

Di zaman Rasulullah, baginda menghantar wakil berdakwah. Sahabat yang bernama Abdullah Al Bahili dan beberapa orang lagi dihantar ke China. Ketika itu masih ada orang makan orang lagi. Kalau dibunuh, matilah mereka. Sahabat yang dua tiga orang tadi, cuma sembahyang. Orang China lihat orang Arab yang datang, apabila bergaul menampakkan akhlak baik dan berbudi bahasa . Apabila ditanya sedikit dengan bahasa yang tidak cukup (kerana tidak pandai berbahasa Cina), Sahabat menjawab, inilah yang diajar oleh Nabi kami, lalu mereka mahu masuk Islam.

Paling jelas waktu orang Arab datang ke Malaysia. Syeikh Abdul Aziz naik kapal singgah di pantai Melaka. Waktu itu masuk waktu Asar. Dia sembahyang seorang diri sahaja. Orang Melaka nampak lalu mereka mengadu kepada Sultan Mahmud Shah. Sultan juga pergi lihat. Kerana tidak faham bahasa mereka menggunakan bahasa isyarat. Sultan tertarik dengan sembahyang. Dia cerita dengan bahasa isyarat, "Kalau begitu saya hendak masuk agama awak. Bila sultan masuk Islam, semua rakyat Melaka masuk Islam. Itu membuktikan dakwah yang berkesan adalah lisanul hal . Paling penting, ada jemaah. Lihat anggota jemaah, orang tengok sudah tertarik dan jatuh hati. Mengapa perlu ada jemaah?
Kerana:

1. Kalau hendak dakwah bangsa asing, mesti ada jemaah sebagai contoh. Juga supaya kita boleh menjawab dengan tepat. Kalau kita seorang, mampukah kita hendak jawab

2. Adanya jemaah itu, sebelum bercakap sudah berdakwah. Melihat kita bermaaf-maafan dan berkasih sayang, orang tertawan. Kalau ditanya, baru kita jawab. Sasaran dakwah kita adalah manusia maka kita mesti kenal manusia

Oleh kerana yang hendak diajak kepada Tuhan itu adalah manusia yang ada akal, roh, nafsu dan fizikal, bukan kayu atau haiwan maka kita mesti ada ilmu untuk kenal roh, akal, nafsu dan fizikalnya. Kalau tidak faham tentang perkara-perkara itu, payah untuk sedarkan dia. Kita perlu ada kekuatan peribadi dan kepintaran bercakap. Kalau begitu kita mesti ada ilmu yang cukup, pandai menyampaikan dan kenal sasaran kita yakni manusia. Rasulullah cukup kenal manusia dan kemanusiaan .

Allah Taala tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri
. Pendakwah yang datang ke Malaysia dulu, attack roh, nafsu, akal. Kita bukan sahaja perlu tahu syariat tetapi ilmu tentang manusia juga mesti tahu.

Dunia sekarang teknologinya sungguh canggih. Yang tidak Islam, dilslamkan, yang sudah Islam hendak ditingkatkan kelslamannya. Badan dakwah mercup tumbuh tetapi kalau kita tanya, setelah 40 tahun berdakwah, berapa orang masuk Islam? Mungkin tidak ada.

Kerana:
1. Taqwa kita tidak cukup sehingga peribadi kita tidak jadi besi berani yang dapat menarik orang kepada Tuhan.

2. Dakwah cara lisan tidak cukup kalau kita tidak kenal manusia. Jadilah seperti tikus membaiki labu.

Dalam Memburu Kita Diburu


Petikan:
Tidak ada seorang pun manusia yang terlepas dari tangkapannya. Adakalanya di tangkap di istana, adakalanya di pejabatnya, sewaktu berdua-duaan bersama `mata air`nya, sewaktu di rumah bersama keluarga.
`SB Tuhan` sentiasa memburu manusia di mana-mana.

Di dalam hidup manusia, sama ada dia sedar atau tidak, ada dua perkara yang berlaku ke atas dirinya. Iaitu dia sentiasa memburu atau diburu. Kalau dia tidak memburu dia pasti diburu.

Perkara yang diburu itu pula adakalanya dapat dan tidak kurang juga yang kecundang. Tapi manusia tidak berputus asa. Diteruskan juga buruannya sampai dapat. Malangnya, dalam masa memburu, kadang-kadang perkara-perkara yang ditegah oleh Tuhan pun dia sanggup lakukan.

Demikianlah bila nafsu sudah bermaharajalela, manusia sudah tidak kira, dia sanggup buat apa sahaja. Cuma, dalam masa manusia memburu kehendak nafsunya itu, biasanya manusia seringkali terlupa bahawa dia juga sedang di buru.

Apa dan siapa yang sedang memburu manusia?

Yang pertama,
bukankah manusia sentiasa diburu oleh Malaikat `Atid yang merekod segala kesalahannya? Segala bentuk dosa; tidak kira sama ada dosa kecil apalagi dosa besar, semuanya akan dirakamkan di dalam `fail amalan`nya. Bahkan kata Allah, sebesar zarah pun tidak ketinggalan akan direkod oleh malaikat pencatat itu.


Yang kedua,
manusia sentiasa diburu oleh SB (Special Branch) Tuhan. Allah perintahkan SB-Nya itu untuk menangkap hamba-hamba-Nya yang sedang leka memburu. SB ini namanya Malaikat Maut. Tidak ada seorang pun manusia yang terlepas dari tangkapannya. Adakalanya di tangkap di istana, adakalanya di tangkap di pejabatnya, ditangkap sewaktu berdua-duaan bersama `mata air`nya, ditangkap sewaktu di rumah bersama keluarga. Merata-rata tempat SB Tuhan menangkap mangsanya. Yang bernasib baik, dia ditangkap sewaktu melakukan ibadah dan dalam keadaan sedang melakukan ketaatan kepada Tuhan. Kemudian mangsa yang ditangkap itu akan direman dilokap Alam Barzakh namanya. Di sana sekali lagi roh-roh manusia (yang jasadnya mungkin sudah hancur) diburu lagi oleh SB-SB yang lain pula. SB-SB yang bengis-bengis ini bernama Mungkar dan Nakir. Sekali mereka bersuara, bagaikan halilintar membelah bumi. Kalau tidak dapat menjawab dengan betul, manusia itu akan dilanyak, dibelasah dengan kejamnya. Remuk-redamlah tulang-belulang manusia dibuatnya. Setelah itu Tuhan perintahkan tubuh badan yang hancur luluh itu menjadi elok semula. Kemudian dibelasah lagi berterusan hingga berlakunya Qiamat. Justeru itu wahai manusia, marilah kita beringat-ingat. Sewaktu kita sedang leka memburu, kita juga sedang diburu. Buruan kita itu belum tentu dapat kita tangkap, tetapi kita yang menjadi buruan pasti akan ditangkap

Demi Waktu Malam





Ayat kedua ialah "Demi waktu malam bila ia berlabuh." Ini boleh ditafsirkan dalam beberapa aspek:
1. Kita kenal waktu malam itu dari ia bermula dan bila akhirnya. Iaitu daripada mula ghurub (terbenam matahari) hingga terbit fajar.
2. Tuhan bersumpah dengan waktu malam untuk perhatian manusia bahawa banyak perkara negatif berlaku ada waktu malam. Waktu malam selalunya manusia tidak beranikan diri. Ramai orang buat kejahatan seperti merompak, mencuri, membunuh, berbuat maksiat di waktu malam. Tuhan juga suruh berjaga-jaga dan berwaspada terutama daripada binatang buas yang keluar malam mencari makan diwaktu malam. Hal-hal lahiriah yang merbahaya ini diberi amaran oleh Tuhan.
3. Perkara negatif yang batiniah ialah bila Tuhan memberitahu bahawa waktu malam, iblis melepaskan tentera-tenteranya untuk menggoda dan mengacau orang-orang yang hendak beribadah. Pada waktu ghurub, Tuhan mensunatkan menutup pintu dan tingkap. Syaitan akan keluar pada waktu itu dan mengambil peluang mengganggu anak kecil, orang bersembahyang dan sebagainya. Di waktu malam juga jangan menyidai pakaian di luar kerana syaitan-syaitan akan muntah ke pakaian itu dan menyebabkan penyakit. Juga sunat memadamkan lampu waktu hendak tidur.
4. Rahmat Tuhan jadikan waktu malam untuk manusia berehat. Agar kecergasan akal dan fizikal dapat dipulihkan kerana waktu siang, akal dan tenaga telah digunakan.
Firman Allah:
Maksudnya: "Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan (menjadikan) siang yang terang-benderang (agar kamu mencari kurnia Allah)." (Yunus:67)
5. Pada waktu malam Tuhan mendisiplinkan kepada para hamba-Nya yang cinta dan takut kepada-Nya agar bangun malam untuk tahajud.
Waktu malam juga Tuhan membekalkan kekuatan hati dan jiwa di mana Tuhan menyuruh kita bangun untuk menyembah Tuhan, bermunajat dan merintih-rintih kepada Tuhan. Malam adalah waktu untuk para hamba bertaubat di atas segala dosa yang telah dilakukan siang hari atau sebelumnya. Supaya hamba mendapat keampunan Tuhan, mendapat kekuatan dan ketahanan jiwa. Supaya dengan kekuatan itu kita dapat bekerja pada esok harinya dan berupaya menempuh segala ujian, cabaran atau masalah yang datang dengan bantuan Tuhan.
Begitulah Tuhan bersumpah, meminta hamba-Nya menjaga waktu malam untuk kekuatan disiang hari. Lantas munasabahlah Tuhan bersumpah dengan waktu dhuha dan waktu malam. Dua waktu ini kena dijaga betul-betul untuk kesihatan, kekuatan dan kemajuan.

Di Antara Dua Tamadun




Tuhan jadikan bumi dan manusia dan diberi-Nya manusia itu dua peranan. Satu sebagai hamba kepada Tuhan dan satu lagi sebagai khalifah Tuhan di muka bumi. Dengan wujudnya bumi dan manusia, Tuhan mahu laksanakan dua program untuk mengimarahkan bumi ini. Tuhan suruh manusia membuat dua pembangunan iaitu:
1. Pembangunan insaniah
2. Pembangunan material

Pembangunan insaniah adalah untuk membina sifat hamba pada diri manusia agar manusia bahagia di Akhirat. Pembangunan material adalah tugas manusia sebagai khalifah untuk kebahagiaan dan kesenangan manusia di dunia. Inilah dua peranan manusia.

Untuk membangunkan material, siapa pun boleh buat. Orang jahat, orang baik, orang kafir atau orang Islam, semuanya boleh bangunkan material. Cuma mahu atau tidak sahaja. Mahu atau tidak mahu berusaha mencari ilmunya.

Tetapi untuk membangunkan insaniah, tidak ada siapa yang boleh buat kecuali orang yang Allah tunjuk iaitu para nabi dan para rasul. Kalau tidak ada nabi dan rasul maka para mujaddid. Kalau tidak ada mujaddid, paling tidak pemimpin yang bertaqwa. Yang penting orang itu mestilah pemimpin. Nabi, rasul dan mujaddid itu, sudah tentulah mereka pemimpin. Kalau setakat bertaqwa sahaja tetapi bukan pemimpin, dia hanya boleh bangunkan insaniah dirinya sendiri sahaja. Dia tidak mampu membangunkan insaniah orang lain. Kalau bukan pemimpin, walaupun bertaqwa, dia tidak mampu bangunkan insaniah manusia secara umum. Itu sebab, orang yang hendak membangunkan insaniah manusia ini paling tidak mestilah seorang pemimpin yang bertaqwa.

Alangkah indahnya kalau kedua-dua pembangunan insaniah dan material ini dapat dicetuskan serentak. Kalau dapat, itulah yang dinamakan Islam Hadhari. Islam Hadhari itu ialah pembangunan insaniah dan material yang berlaku seiring. Namun, kalau keadaan tidak mengizinkan untuk kita mencetuskan pembangunan material kerana sesuatu sebab, mungkin kerana masanya tidak baik atau tempatnya tidak kena atau situasinya tidak sesuai atau dihalang oleh berbagai kesulitan yang lain, maka pembangunan insaniahlah yang perlu diutamakan. Tidak apalah kalau kita susah di dunia asalkan kita bahagia di Akhirat daripada kita bahagia di dunia tetapi terseksa di Akhriat. Tetapi, kalau boleh, biarlah kita dapat kedua-duanya sekali. Itulah yang hebat. Itulah yang dikatakan Islam Hadhari. Itulah yang dikatakan: Maksudnya :"Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan. (As Saba: 15)

Untuk membangunkan insaniah, ahli fikir, ahli falsafah, ahli sains atau para cerdik pandai tidak boleh buat. Hanya orang Tuhan sahaja yang boleh melakukannya. Orang Tuhan adalah para rasul, para nabi dan para mujaddid. Paling tidak, seorang pemimpin yang bertaqwa. Itu pun sudah dikira lemah. Tetapi kalau hendak membangunkan material, cukuplah dengan ahli fikir, ahli sains, cerdik pandai atau ahli falsafah dan pakar-pakar di berbagai bidang walaupun dia itu jahat, zalim, tidak kenal Tuhan dan mazmumah atau sifat keji penuh bersarang di hatinya.

Kedua-dua pembangunan ini bukan mudah. Ada halangan-halangannya. Tidak ada pembangunan yang tidak ada halangan sama ada pembangunan material mahupun pembangunan insaniah. Hanya bentuk halangan dan cara untuk mengatasi halangan-halangan itu yang tidak sama. Mari kita bincang tentang halangan pembangunan material terlebih dahulu sebab ianya lebih mudah dilihat, didengar dan dirasa. Bagi pembangunan material, halangan-halangannya lebih banyak berbentuk lahiriah seperti hutan, gunung, sungai, laut, paya, padang pasir dan sebagainya. Dengan adanya halangan-halangan dunia ini, hidup manusia jadi susah. Tempat tinggal susah, hendak berjalan pun susah sebab dihalang oleh gunung, hutan, paya, laut dan sungai. Tambahan pada itu, ada pula binatang buas dan ganas seperti buaya, singa, harimau, gajah, ular dan sebagainya. Bila pembangunan hendak dibuat, binatang-binatang ini mengancam kita. Kalau jiwa tidak kuat dan ilmunya tidak dicari sungguh-sungguh, maka manusia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Gunung akan tinggal gunung, hutan akan tinggal hutan, sungai akan tinggal sungai, paya akan tinggal paya dan laut akan tinggal laut.

Kalau begitu, manusia terpaksa hidup susah. Manusia hanya mampu hidup macam orang Badwi atau orang asli (aborigine). Hidup dalam gua. Hendak makan, petik buah hutan. Hendak minum, cari sungai. Gambarkan betapa susahnya hidup kalau halangan terlalu banyak. Selagi halangan-halangan ini tidak dibuang atau ditawan, maka tidak akan ada pembangunan dan kemajuan. Kita tidak boleh bina rumah atau bangunan. Tidak ada jalan, tidak ada jambatan, kenderaan, kapal, ladang- ladang pertanian, ladang ternakan dan sebagainya. Jadi hutan perlu ditebang. Bila diusahakan, jadilah kampung. Hidup cara kampung pun masih susah lagi. Kena usahakan jadikan bandar. Mula-mula bandar kecil dan tidak berapa moden. Kemudian bandar dibesarkan dan dimodenkan lagi. Barulah maju dan membangun.

Pembangunan dan kemajuan ini bolehlah diibaratkan sebagai mahmudah. Halangan-halangan seperti hutan, sungai, gunung, paya dan laut bolehlah diibaratkan sebagai mazmumah. Selagi halangan-halangan tidak dibuang, selagi itulah tidak wujud pembangunan. Begitu juga, selagi mazmumah (halangan lahir) tidak dibuang selagi itulah tidak akan wujud mahmudah (pembangunan lahir).

Yang susahnya ialah hendak bangunkan insaniah. Berbeza dengan membangunkan material, membangunkan insaniah mazmumahnya atau halangannya tidak nampak. Ia mazmumah atau halangan batin. Kemajuan mahmudahnya atau rohaniahnya juga tidak nampak. Sebab itu ia lebih sukar. Ia memerlukan orang Tuhan untuk tunjuk jalan, iaitu para rasul, para nabi dan para mujaddid. Paling tidak pemimpin yang bertaqwa. Mazmumah atau halangan dalam membangunkan insaniah di antaranya ialah sombong, tamak, pemarah, pendendam, bakhil dan macam-macam lagi. Semuanya kita tidak nampak. Itulah penghalang untuk kita bangunkan insaniah sepertimana juga hutan, gunung, sungai, laut, paya dan padang pasir itu adalah penghalang untuk kita bangunkan material.

Itu sebab untuk menghadapi halangan-halangan atau mazmumah pembangunan lahir yang nampak oleh mata, cukup dengan ilmu dunia. Cukup dengan ahli falsafah, ahli fikir, ahli sains dan cerdik pandai yang menggunakan ilmu otak atau ilmu akal. Tetapi untuk menghadapi dan memusnahkan mazmumah batin agar dapat dibangunkan insaniah supaya insaniah bertamadun, ia memerlukan ilmu yang special atau khas iaitu ilmu wahyu. Ilmu ini otak tidak mampu teroka. Ia adalah satu ilmu yang tidak ada campur tangan manusia secara umum. Supaya manusia dapat menjadi hamba Tuhan dan dapat kebahagiaan di Akhirat. Dalam waktu yang sama, Tuhan benarkan juga kita membuang mazmumah dunia untuk membangunkan material agar kita juga dapat merasa bahagia dan senang di dunia. Membuang mazmumah dunia itu tidak salah.

Pembangunan insaniah ini susah, payah dan berat kerana sukar hendak membuang mazmumah batin. Mazmumahnya tidak nampak. Mazmumahnya terlalu jahat. Manusia boleh membuat kemajuan dunia yang berbagai-bagai dalam jangka waktu yang singkat tetapi untuk mengubah watak, sikap dan perangai manusia dari jahat kepada baik, dari sombong kepada merendah diri, dari pemarah kepada pemaaf dan pengasih, dari bakhil kepada pemurah, ini bukan senang. Tiga puluh, empat puluh atau lima puluh tahun dididik, belum tentu boleh berjaya.

Sebab itu Rasulullah ada bersabda:
Maksudnya: Kalau ada orang kata Gunung Uhud sudah berubah, walaupun kita tidak tengok, percaya sajalah. Tetapi kalau ada orang berkata, Si Polan itu sudah berubah, jangan terus percaya. Tengok dulu.

Bukan mudah untuk mengubah insaniah. Gunung lebih mudah untuk diubah. Berapa banyak gunung telah ditarah dan diratakan. Dibangunkan bandar dan pekan. Tetapi mazmumah dalam hati manusia bukan sahaja tidak dapat dibuang malahan bertambah merebak dan bercambah dari hari ke hari. Sebab itu Allah datangkan orang-orang-Nya iaitu para rasul dan nabi, para mujaddid dan pemimpin-pemimpin yang bertaqwa. Selain mereka itu, sekalipun bijak, tidak akan mampu membangunkan insaniah sekalipun terhadap anak dan isteri mereka sendiri.

Sekarang, bila kita sebut tentang Islam Hadhari tamadun yang ditumpukan dan disebut selalu hanyalah tamadun material sahaja sedangkan tamadun insaniah tidak dihiraukan. Hutan dalam hati kita terbiar. Ada ular, ada singa, ada harimau dan ada gajah. Mungkin ini adalah kerana tamadun insaniah susah dan sukar untuk dibangunkan. Oleh itu orang bagi keutamaan kepada yang mudah dan senang iaitu tamadun material. Tetapi kalau pemimpin benar-benar faham, akan ditubi betul-betul pembangunan insaniah ini. Sebab walaupun lebih susah, ia lebih penting dan bermakna. Ia bukan sahaja sumber kebahagiaan di Akhirat. Ia juga boleh membawa ketenangan di dunia walaupun hidup serba kekurangan.

Di Antara Syariat Dan Tauhid


Umat Islam mesti memahami letak duduk di antara syariat dan tauhid. Umat Islam mesti tahu di antara syariat dan tauhid , mana yang patut didahulukan. Umat Islam mesti sedar, di antara syariat dan tauhid, manakah yang lebih utama. Umat Islam mesti tahu apakah syariat itu timbul dari tauhid atau tauhid itu yang timbul dari syariat. Kalau semua ini tidak difahami dengan betul, kita boleh tersalah langkah dalam beragama. Agama kita boleh jadi tunggang terbalik. Kita boleh kehilangan Tuhan walaupun kita sudah serius beragama.

Sebenarnya perkara pertama yang berlaku dalam agama ialah soal aqidah atau ketauhidan iaitu soal mengenal Tuhan . Setelah Tuhan dikenali, barulah timbul keperluan untuk bersyariat, samada syariat lahir atau apa yang dinamakan fikh mahupun syariat batin atau apa yang dinamakan tasawuf . Syariat ialah cara atau kaedah bagaimana kita dapat memperhambakan diri atau cara mana kita dapat mengabdikan diri kepada Tuhan atau cara untuk kita membesarkan Tuhan setelah Tuhan itu kita kenali sungguh-sungguh.

Contohnya, apabila kita sudah kenal Tuhan dan kita rasa kita ini hamba dan Tuhan itu Khaliq, maka kita akan terdorong untuk menyembahNya. Tetapi kita tidak boleh menyembah Tuhan ikut sesuka hati kita. Maka untuk itu, kita perlu rujuk kepada syariat untuk mengetahui bagaimana cara yang Tuhan mahu kita menyembah-Nya. Begitulah juga dengan hal-hal lain dalam kehidupan.

Contohnya, dalam pendidikan, dakwah, masyarakat, pergaulan, perniagaan dan sebagainya yang Tuhan mahu kita tegakkan. Kita tidak boleh memandai-mandai dalam hal ini atau mengikut sahaja sistem orang Nasrani dan Yahudi. Tuhan hendak kita buat semua itu ikut cara yang Tuhan mahu. Untuk itu, syariat diturunkan. Jadi mengenal Tuhan itu mesti berlaku dahulu. Kemudian baru timbul keperluan bersyariat. Ini sesuai dengan hadis yang bermaksud, Awal-awal agama, mengenal Allah.
Kalau Allah kita belum kenal, atas dasar apa dan untuk siapa kita hendak beragama.

Tambahan pada itu, kalau kita belum betul-betul kenal Tuhan, sudah tentu kita belum berjiwa tauhid. Kalau belum berjiwa tauhid, sudah tentu kita belum khusyuk dengan Tuhan. Kalau belum khusyuk dengan Tuhan, sudah tentu kita belum bertaqwa. Kalau belum bertaqwa, kita tidak ada kekuatan jiwa untuk melaksanakan dan menegakkan syariat. Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang mampu memperjuangkan syariat sungguh-sungguh.

Begitulah juga apa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Selama tiga belas tahun di Mekah, Rasulullah hanya mengajar para sahabat tentang Tuhan dan tentang ketauhidan. Rasulullah tidak mengajar apa-apa tentang syariat. Hanya apabila di Madinah, barulah turun hukum-hakam tentang syariat. Maknanya, para sahabat diperkenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu sehingga mereka cinta dan takut dengan Tuhan sebelum mereka didedahkan kepada syariat.

bersambung................


Di Antara Syariat Dan Tauhid(2)






sambungan.....

Oleh itu, dalam mendidik anak-anak mahupun masyarakat, kita tidak boleh utamakan syariat sebelum kita selesaikan soal tauhid atau soal mengenal Tuhan terlebih dahulu. Tuhan mesti diperkenalkan. Selepas itu barulah diperkenalkan syariatNya. Kalau tidak maka akan timbullah syariat yang tidak dikaitkan dengan Tuhan. Orang yang agamanya hanya syariat semata-mata tanpa dikaitkan dengan Tuhan ialah orang yang nampak seperti beragama tetapi tidak beraqidah. Hakikatnya dia tidak beragama kerana agama itu ialah sistem penyembahan atau sistem peribadatan yang ada hubungkait dengan Tuhan. Kalau tidak ada hubungkait dengan Tuhan, ianya bukan agama. Ianya hanyalah ideologi. Ideologi memang tidak ada hubungkait dengan Tuhan .

Orang yang bersyariat tanpa Tuhan, syariatnya kosong dan tidak berjiwa. Kerana Tuhan tidak dilibatkan sama, maka tidak ada kemanisan, keindahan dan kepuasan dalam ibadahnya. Walaupun ibadahnya banyak tetapi ianya tidak memberi kesan apa-apa kepada hatinya. Akhlaknya tidak berubah malahan bertambah rosak. Mereka tidak terlepas dari membuat perkara-perkara keji dan mungkar.

Orang yang bersyariat tanpa Tuhan selalunya memandang syariat itu besar. Tuhan tidak besar. Mereka memperjuangkan syariat tetapi tidak memperjuangkan Tuhan. Padahal syariat itu diturunkan untuk membesarkan Tuhan. Mereka hendak paksa syariat ke atas manusia termasuk hukum hudud dan sebagainya, tetapi tidak mahu membawa atau memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga manusia boleh jatuh cinta dan takut dengan Tuhan. Justeru itu tujuan sebenar mereka beragama telah tersasar. Walaupun mereka nampak seperti beragama, tetapi mereka sebenarnya kehilangan Tuhan. Mereka beragama tetapi tidak beraqidah.

Orang yang bersyariat tanpa Tuhan akan mengejar pahala serta fadhilat dalam beribadah dan bukan untuk menagih redha,rahmat dan kasih sayang Tuhan. Mereka merasakan ibadah mereka itu boleh membeli syurga. Mereka lupa bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan masuk syurga kerana amalan mereka. Tidak juga Rasulullah s.a.w sendiri. Manusia masuk syurga hanya kerana rahmat Tuhan. Fadhilat dan pahala itu urusan Tuhan. Kalau kita beribadah kerana Tuhan, nescaya Tuhan akan kurniakan pahala dan fadhilatnya. Tetapi kalau kita beribadah kerana pahala dan fadhilat, dari manakah akan datang pahala dan fadhilat itu? Siapakah yang akan memberinya kalau tidak Tuhan? Oleh itu, kenapa ketepikan Tuhan yang memberi pahala dan fadhilat.

Orang yang membesarkan fadhilat akan hilang takut dengan dosa. Mereka menganggap ambil wudhuk akan terhapus dosa. Bila sembahyang akan terhapus dosa. Bila naik haji akan terhapus dosa. Walaupun ini benar tetapi ia berbentuk fadhilat. Hakikat ini tidak boleh digunakan untuk meremeh-remeh dan meringan-ringankan dosa. Kesannya mereka sudah tidak takut lagi dengan dosa kerana merasakan dosa terlalu mudah untuk dihapuskan. Akhirnya mereka hilang takut dengan dosa dan dengan Tuhan itu sendiri.

Itu sebab kita lihat ramai orang yang nampaknya seperti beragama dan kuat beribadah, tetapi dalam masa yang sama mereka terjebak dengan berbagai maksiat. Ramai juga yang dengan mudah boleh murtad dan meninggalkan Islam atas alasan yang terlalu kecil seperti hendak kahwin dengan jejaka yang bukan Islam, walhal sebelum itu mereka berjubah dan bertudung labuh, pandai baca Quran dan tidak pernah tinggal sembahyang. Inilah orang-orang Islam yang telah memutuskan hubungan mereka dengan Tuhan dan hanya mengikat diri mereka dengan syariat semata-mata. Lagi banyak mereka beribadah, lagi jauh mereka dengan Tuhan.

Orang yang beribadah kerana fadhilat dan yang beribadah kerana Tuhan ibarat dua orang anak yang berkhidmat kepada ibu mereka. Seorang berkhidmat kerana setiap kali dia berkhidmat kepada ibunya, dia diberi upah. Kalau ibunya tidak menjanjikan upah, maka dia enggan berkhidmat. Seorang lagi anak berkhidmat kepada ibunya tanpa meminta upah. Ada upah atau tidak ada upah, dia tetap setia berkhidmat kepada ibunya. Apabila ditanya kenapa, dia menjawab bahawa ibunya telah melahirkan dia. Kalau ibunya tidak ada, maka dia pun tidak ada. Dia berkhidmat hanya kerana ibunya itu ibunya dan dia adalah anak. Sudah sepatutnyalah anak berkhidmat untuk ibunya. Inilah sepatutnya sikap kita terhadap Tuhan.

Oleh itu, jangan kita hanya menyogok hal-hal syariat sahaja kepada anak-anak kita dan masyarakat seperti soal sembahyang, puasa, zakat, baca Quran, hukum hudud dan sebagainya. Kita perlu banyakkan lagi usaha untuk membawa mereka mengenal Tuhan, untuk merasakan mereka itu adalah hamba kepada Tuhan. Kita mesti berusaha untuk menanam di hati mereka rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Kalau ini dapat kita lakukan, maka soal syariat akan jadi mudah.

Orang yang sudah cinta dan takut dengan Tuhan akan ghairah melakukan syariat kerana itulah jalan baginya untuk membesarkan Tuhan yang dicintainya dan untuk taat kepada Tuhan yang ditakutinya. Orang yang cinta dengan Tuhan sudah tentu ghairah untuk membuat apa sahaja yang disukai Tuhannya. Orang yang takut dengan Tuhan sudah tentu bimbang untuk membuat sesuatu yang tidak disukai atau yang dibenci Tuhannya

Dimandikan Malaikat


23/07/2006
Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhadak menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

Disambar Sayap Jibril


19/07/2006
Dikalangan Bani Israil dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah. Ia mempunyai wajah yang kacak dan segak. Ramai wanita tertawan dengan ketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama mengawalnya daripada berfoya-foya.

Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana itu temampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya. "Suruh orang muda itu masuk menghadap," titahnya kepada dayang tersebut.

Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, "Letakkan semua tas keranjangmu itu dan pakailah pakaian ini." Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut.

Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhan permaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata, "Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku."

Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, "Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu!"

Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata, "Baiklah! Kalau kamu enggan memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini." Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana.

Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, " Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana."

Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana. Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, "Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!"

Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dan menara yang tinggi itu.

Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih itu pun berfirman: "Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!"

Ekonomi


01/02/2006

Krisis berpanjangan yang melanda dunia khususnya dalam bidang ekonomi, sebenarnya adalah hukuman tuhan terhadap umat manusia . Sudah sekian lamanya umat manusia yang memegang ekonomi dunia ini dengan rakusnya membolot anugerah Allah untuk kepentingan diri dan kelompok masing-masing tanpa menghiraukan nasib yang menimpa golongan yang lemah . Meraka melakukan penindasan dan penaniayan melalui sistem-sistem ekonomi yang mereka cipta sendiri sehingga berlakulah berbagai-bagai kerosakkan di atas muka bumi ini. Ternyata sistem yang dicipta oleh otak manusia samada ianya kapitalis, sosialis, komunis dan sebagainya tidak mampu memberi kebahagian hidup kepada manusia sejagat.

Sistem ekonomi dunia hari ini hendaklah dibongkar hingga ke akar umbinya dan tempatnya diganti dengan satu sistem yang benar-benar baru tetapi telah terbukti keberhasilan membentuk masyarakat yang harmoni. Itulah dia sistem ekonomi Islam yang telah dibuktikan dalam kehidupan masyarakat di zaman Rasulullah saw dan para sahabat.

Hakikat Ekonomi Islam
Dalam Islam hakikat ekonomi adalah untuk dapat kita merasakan bahawa segala harta benda termasuk segala hal lain yang ada hubungannya dengan ekonomi adalah kepunyaan Allah semata-mata, bukan kepunyaan kita. Kita hanya diamanahkan oleh Allah supaya kita dapat mengendalikan dengan sebaik-baiknya. Itulah hakikat ekonomi Islam.

Dengan demikian ekonomi yang diwujukan di dunia ini adalah ekonomi akhirat dengan tujuan untuk membina iman dalam diri kita. Ekonomi untuk menginsafkan kita sebagai hamba Allah . Kalau kita berekonomi bukan untuk Allah, bukan untuk Akhirat maka akan terjadilah krisis, akan terjadilah kekacauan, perpecahan dan permusuhan. Akan berlakulah berbagai-bagai bencana dalam kehidupan manusia akibat daripada berekonomi sermata-mata untuk membangunkan dunia.

Oleh kerana itu kalau kita beroleh banyak keuntungan hendaklah banyak pula kita berkorban. Semakin banyak untung semakin banyak pula pengorbanan maka akan bertambahlah pula pahala dan semakin hampir diri kita dengan Tuhan yang Maha Pemurah. Kerana Tuhan yang Maha Pemurah itulah sebenarnya yang memberi kita keuntungan dalam berekonomi. Sekalipun ekonomi kita rugi, yang penting dapat tingkatkan iman dan semakin hampir dengan Allah kerana hakikatnya yang mengizinkan kita mengalami kerugian adalah Allah jua.

Maka peranan ekonomi sebenarnya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah . Walaupun rugi pada pandangan Allah tidak rugi, sebaliknaya Allah akan memberi pahala yang besar. Itulah yang dikatakan perniagaan Akhirat.

Tujuan Ekonomi Islam
Tujuan ekonomi Islam sangat jauh berbeza dengan sistem ekonomi lain. Islam memandang ekonomi sebagai salah satu aspek perjuangan untuk menegakkan agama Tuhan .

Tujuan-tujuan ekonomi Islam adalah seperti berikut :
  1. Melahirkan kehidupan Islam dalam bidang ekonomi.
  2. Menjadikan kita memiliki harta yang dengannya dapat menjalankan ibadah seperti zakat.
  3. Memberikan khidmat kepada masyarakat.
  4. Untuk menghindarkan dosa bersama, sebab sebahagian daripada ekonomi itu adalah fardhu Kifayah. Ekonomi fardhu kifayah kalau tidak dibangunkan maka semua umat Islam ditempat tersebut akan jatuh berdosa.
  5. Untuk dapat berdikari sehingga tidak bergantung kepada pihak lain. Dengan demikian dapat hidup merdeka dengan tidak diatur oleh pihak lain.
  6. Untuk memanafaatkan sumber semulajadi dan hasil bumi supaya tidak membazir dan berlaku pemborosan.
  7. Menghidarkan supaya bahan-bahan mentah tidak terjatuh ketangan orang yang derhaka kepada Tuhan yang pada akhirnya akan menyalahgunakan nikmat-nikmat itu.
  8. Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan mengatasi masalah pengganguran.
  9. Untuk mensyukuri nikmat Tuhan.
  10. Untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya kepada manusia melalui ekonomi.
Inilah tujuan ekonomi Islam. Kesepuluh perkara ini hendaklah ditanam betul-betul dalam dalam fikiran dan hati barulah boleh ekonomi Islam dilaksanakan. Tanpa kesepuluh tujuan ini maka kita akan berhadapan dengan satu perkara yang amat merbahaya. Kita akan berhadapan dengan jurang kehancuran dan jurang api neraka. Tetapi kalau kesepuluh perkara ini benar-benar kita hayati dapatlah kita terus melangkah membina perjungan Islam melalui ekonomi. Allah akan pimpin kita sampai kepada tujuan murni kita dan mendapat keredhoan Tuhan.

Erti Berjihad


31/10/2005

BERJIHAD MENURUT TAFSIR IALAH:
1.Berperang dengan orang kafir dan munafik untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam.
2.Memerangi hawa nafsu dan syaitan.
3.Mendermakan harta benda untuk kebaikan islam dan umat Islam.
4.Membenteras yang batil dan menegakkan yang hak.
Allah SWT menimbulkan persoalan (tanda tanya) pada kita umat Islam, sudahkah kita berjihad dan bersabar? Kalau belum kamu lakukan itu maka jangan kamu fikir bahawa kamu akan dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.
Jika sudah maka kamu sebenarnya sedang fisabilillah. Berperang melawan kafir dan munafik adalah mudah. Yang susah ialah berperang dengan hawa nafsu dan syaitan. Kalau kita berjaya terhadap orang kafir tetapi tidak dengan nafsu, itu belum menjamin kita benar- benar bertaqwa.

Rasulullah SAW bersabda:
"Kita baru balik dari peperangan kecil untuk masuk ke satu peperangan yang lebih besar." Sahabat bertanya, "Peperangan apa itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Peperangan hati yakni untuk melawan hawa nafsu. "
Rasulullah SAW bersabda:
" Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Jika baik daging maka baiklah seluruh jasad. Bila busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah itulah hati."
Marilah kita tanyai diri kita sendiri: "Sudahkah aku melakukan jihad yang besar itu? Atau sudahkah aku perangi hawa nafsuku?" 
 
Untuk menjawabnya tiliklah ke dalam hati kita apakah sentiasa ingat Allah atau selalu lalai? Apa sudah cinta Allah atau cinta dunia? Apakah sudah sabar atas ujian Allah atau masih memberontak terhadapnya? Apakah sudah bersih dari mazmumah-mazmumah lainnya atau masih lagi hasad dengki, benci membenci, minta puji, gila nama, tamak dan mementingkan diri sendiri?

Kalau hati masih berisi daki-daki dunia yang kotor itu, janganlah mimpi amalan-amalan lahir seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, sedekah, berdakwah, menuntut ilmu, menutup aurat, baca quran, zikrullah dan lain-lain itu dapat menebus kita dari kebencian Allah dan api neraka. Cuba kita lihat firman Allah yang bermaksud:
"Hari itu (hari ketika meninggal dunia) harta dan anak tidak berguna lagi kecuali orang yang mengadap Allah membawa hati yang selamat (hati yang bersih dari segala kejahatannya dari sifat mazmumah). "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yang khusyuk dalam sembahyangnya. " (Asy-Syuaraa:88-89)
Ertinya kalau sembahyang tidak khusyuk tiada rasa hamba, itu tanda masih menderhaka. Bukan amalan lahir sahaja yang dapat membawa seseorang kepada keredhaan Allah dan syurga-Nya, tetapi yang lebih penting ialah amalan hati.
Sabda Rasulullah SAW:
"Allah tidak memandang rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu. "
Kalau hati kita beramal soleh dan lahir kita juga turut beramal soleh (sebab amalan lahir mengikut amalan batin umpama rakyat mengikut raja) itulah kesempurnaan amalan manusia yang dijamin dengan syurga.

SEKIAN.

Erti Kasih Sayang Sesama Manusia


29/11/2006
Dalam diri setiap anak Adam, ada Tuhan bekalkan berbagai-bagai jenis perasaan. Perasaan-perasaan ini bersifat batiniah dan tempatnya di dalam hati. Yakni di dalam roh. Salah satu daripada perasaan itu ialah rasa kasih sayang.

Apakah definisi rasa kasih sayang? Rasa kasih sayang ialah cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada seseorang yang lain. Atau kepada selain manusia yakni benda-benda dan makhluk-makhluk lain. Atau hati manusia juga boleh jatuh cinta kepada ALLAH tapi ini jarang berlaku.

Di sini kita hendak mengkhususkan tentang kasih sayang sesama manusia. Sebab ianya utama dan penting pada manusia itu sendiri selain mereka mesti cintakan ALLAH yang memang lebih utama dan agung.

Jadi fokus utama untuk dihuraikan secara lebih luas ialah tentang cinta sesama manusia. Berlakunya kasih sayang atau kecenderungan hati yang mendalam oleh seseorang kepada seseorang yang lain ada sebab-sebabnya. Iaitu kerana ada daya tarikan yang menyenangkan dan menenangkan hatinya. Daya tarikan itu ada berbagai-bagai.

Ada yang bersifat semulajadi dan ada yang bersifat `aradhi' (mendatang). Di antara perkara-perkara yang menarik hati manusia kepada manusia lain ialah kecantikan, ilmu, kepimpinan, jasa, hubungan darah, kekuatan, akhlak dan lain-lain. Kerana faktor-faktor inilah manusia tertarik dengan manusia yang lain. Maka tumbuhlah rasa kasih sayang sedikit demi sedikit hingga mendalam. Bila rasa itu kian mendalam, ia disebut cinta. Bila cinta sudah mendalam, seseorang itu akan jadi asyik mahsyuk atau mabuk cinta. Ada orang, kerana tidak boleh lagi kontrol cintanya, terus menjadi gila.

Dengan perasaan kasih sayang, seseorang akan menumpukan perhatian, perasaan dan jiwa raganya kepada orang yang disayanginya. Bermacam-macam pengorbanan akan dibuat terhadap kecintaannya. Tidak ada rasa susah padanya dalam usaha-usaha dan pengorbanan itu, walaupun orang lain melihatnya susah sekali dan keterlaluan. Seorang wanita sanggup lari meninggalkan keluarga demi cinta kepada lelaki calon suaminya. Dia rela menghadapi risiko dihina dan dibenci oleh keluarga dan masyarakat.

Sebagaimana sebab-sebab tumbuhnya kasih sayang itupun berbagai-bagai maka sifat dan kesan kasih itu juga berbeza-beza. Bergantunglah kepada siapa dan mengapa kasih itu tumbuh. Kasih kepada ibu bapa tidak sama dengan kasih pada isteri-isteri. Kasih kepada anak-anak tidak sama dengan kasih pada kawan. Kasih pada guru tidak sama dengan kasih pada saudara-mara. Kasih pada pemimpin tidak sama dengan kasih pada pengikut. Kasih pada bangsa tidak sama dengan kasih pada harta. Kasih pada agama tidak sama dengan kasih kepada bangsa. Maha Suci ALLAH yang menciptakan dalam ruang seketul hati yang sempit itu rasa kasih yang berbagai sifat dan rupanya!

Akibat berbeza sifat dan rupanya, maka berbeza pula kesan dan akibat kasih itu. Ada kasih sayang yang kekal dan bertambah di dalam hati. Ia tidak diganggu atau dicacatkan oleh rasa jemu dan hambar kecuali dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun ada kasih sayang yang dirosakkan oleh rasa jemu dan benci. Maka ia tidak kekal bahkan berkurang dan mungkin hilang. Kasih pada pemimpin membuatkan seseorang pengikut menyerahkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Kasih pada pengikut membuatkan seseorang pemimpin berkorban memberi khidmat dan kasih sayang tanpa sebarang kepentingan dan rasa letih serta jemu. Kasih kepada isteri membuatkan suami bersifat bertanggungjawab. Manakala kasih pada suami menjadikan isteri sedia taat, patuh dan melayan suami sesungguh hati. Kasih pada guru membuatkan murid gigih belajar dan mengamalkan ajarannya. Manakala kasih pada murid menjadikan guru-guru hilang letih untuk mendidik dan mengajar hingga muridnya berjaya. Kasih pada ibu bapa membuatkan anak-anak sangat menjaga hati orang tuanya. Manakala kasih kepada anak-anak menjadikan ibu bapa rela berbuat apa saja untuk anak-anaknya.

Demikianlah kesan adanya kasih sayang. Ia membuatkan manusia seperti terikat satu sama lain. Lalu akan saling memberi dan menerima secara suka dan rela. Orang yang saling menyayangi rasa bersalah kalau tidak dapat memberi kasih sayang walau dalam apa bentuk sekalipun. Berkorban dan bersusah-susah untuk yang disayangi adalah kebahagiaan, kepuasan dan hiburan.

Sedangkan tanpa kasih sayang, pengorbanan dibuat secara terpaksa, menjadikan ia amat berat dan menyeksakan manusia. Seorang murid yang buat kerja guru dengan rasa cinta pada guru, akan membuatnya dengan sepenuh hati, ghairah dan bahagia. Dia tidak jemu dan tidak letih. Dia akan berbuat lebih dari yang diperintahkan. Sebaliknya murid yang buat kerja guru dalam keadaan terpaksa, sedangkan dia benci pada guru itu, akan rasa berat dan jemu. Al hasil, kerjanya jadi tidak sempurna.

Demikianlah juga keadaan rakyat terhadap pemerintah, pengikut terhadap pemimpin dan sebaliknya. Begitu jugalah isteri terhadap suami, anak-anak terhadap ibu bapa dan manusia terhadap manusia lainnya.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para Sahabat yang sungguh mendalam terhadap Rasulullah SAW dan sebaliknya, telah membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis-habisan. Hingga nyawa pun sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang sekejap sahaja, Islam telah membentuk negara dan empayar kepada tiga perempat dunia.

Demikian bukti bahawa dengan cinta, manusia rela mengorbankan lebih masa dan tenaga hingga memperolehi hasil yang luar biasa. Sedangkan tanpa cinta, sesuatu kerja itu dibuat dengan sambil lewa dan hasilnya mengecewakan! Sebab itu kita mesti pandai mengisi ruangan daripada rasa kasih sayang dan cinta ini. Ia sangat besar manfaatnya kepada kehidupan manusia. Kita patut usahakan agar tumbuh kasih sayang sesama manusia supaya buahnya yang lebat lagi manis itu dapat kita kecapi bersama.

Tapi sayang sekali hari ini, dunia sudah ketandusan kasih sayang. Orang miskin tidak sayang pada orang kaya, rakyat tidak sayang pada raja atau ketua negaranya, masyarakat tidak sayang pada ulama, bahkan anak-anak tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi suami. Benci-membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina dengan segala bentuk krisis dan masalah sesamanya. Kakitangan pejabat mencaci-caci boss mereka di belakangnya. Orang politik dimaki hamun oleh pengundinya, ulama dihina-hina oleh masyarakat, menteri-menteri dimusuhi oleh berbagai lapisan masyarakat dan jadi bahan bualan yang negatif.

Demikian seterusnya yang berlaku dalam realiti hidup hari ini akibat tidak adanya sifat-sifat yang cantik untuk membuat manusia saling jatuh hati dan sayang-menyayangi. Mana kasih sayang pengikat perpaduan manusia? Mana keharmonian hidup, ketenangan serta kepuasan? Kita rindu untuk melihat orang kaya mengasihi orang miskin dan si miskin membalas kasih si kaya. Hinggakan mereka bekerjasama dengan penuh harmoni dan mesra.
Kita juga rindukan pemimpin yang memberi kasih kepada pengikut dan sebaliknya. Dan kita ingin melihat orang bukan Islam kasih pada orang Islam dan sebaliknya! Ya, kita ingin melihat dunia kembali damai, aman, harmoni dan makmur dengan wujudnya kasih sayang sesama manusia. Untuk itu mari kita cetuskan sebab-sebab untuk orang lain, sekalipun bukan sebangsa dan seagama apa lagi kalau sekeluarga dan seagama, agar cenderung dan jatuh hati pada kita. Bila masing-masing mengusahakannya, maka kita pun menyayangi dan disayangi.

Dari sana, moga-moga impian dan kerinduan kita menjadi kenyataan! Kesilapan manusia hari ini, di samping membiarkan rasa benci-membenci terus subur, tidak pula mengusahakan untuk sayang-menyayangi. Sebaliknya lebih mengalih perhatian kepada benda dan makhluk-makhluk yang lain. Melupakan tanggungjawab untuk membina kasih sayang sesama manusia. Kemudian mencari jalan lain untuk menjauhkan lagi dan tanggungjawab tersebut. laitu mengalih perhatian dan kasih sayang kepada benda-benda, pokok-pokok, binatang, barang-barang antik dan sebagainya.

Benda-benda kecintaan ditatang-tatang, dibelek-belek dan dijaga sungguh-sungguh. Binatang kesayangan dibelai-belai, dilayan dan dikawal hingga dibuat undang-undang, sesiapa yang membunuh binatang didenda. Barang-barang antik dipuja-puja dan dijaga di muzium-muzium dan lain-lain dengan istimewa sekali. Begitu juga pokok-pokok dan bunga hiasan, begitu disayangi dan dari semasa ke semasa rasa sayang itu disuburkan! Memang tidak ada salahnya perkara-perkara itu.

Tapi apalah ertinya kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan. Maksudnya, tanggungjawab yang asasi dan penting diabaikan, sebaliknya dibuat kerja-kerja yang tidak penting. Ibarat orang menghidangkan kita berbagai macam laukpauk, tetapi tidak disertakan nasi. Apa perasaan kita? Apa ertinya pokok di hutan tidak dipotong tetapi badan manusia dipotong dan dibunuh? Pokok-pokok, benda-benda, barang antik dan binatang kalau tidak disayangi dan tidak diberi perhatian, tidak memberi kesan negatif pada kita. Tetapi anak-anak yang tidak dapat kasih sayang akan jadi penyakit masyarakat.
Orang miskin yang terbiar tanpa diberi simpati akan buat masalah dalam masyarakat. Orang yang bukan seagama dan sebangsa yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang akan mencari pasal untuk membalas dendam dan geram.

Demikian kalau manusia tidak berkasih sayang, kesannya sungguh negatif dan bahaya sekali. Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang. Keadaannya genting sekali. Manusia saling benci-membenci iaitu kebalikan dari berkasih sayang. Akibatnya masing-masing saling mencari jalan untuk menyusahkan orang lain. Masing-masing saling berprasangka dan saling mencurigai. Paling tidak, saling tidak mempedulikan dan tidak ambil tahu. Usaha-usaha untuk mengatasinya hampir-hampir tidak ada sama sekali. Kalaupun ada, tidak berkesan. Kerana caranya tidak tepat dan tidak membawa kesan yang berkekalan.



Erti Mengenal Tuhan


27/03/2006
Mengenal Tuhan ertinya mengenal tujuan mati dan hidup , kerana Tuhanlah kita hidup dan mati. Mengenal Tuhan ertinya mengenal tempat rujuk, mengenal tempat berlindung, mengenal tempat menyerah diri, mengenal tempat mengadu, mengenal tempat bermanja. Mengenal Tuhan ertinya mengenal perbuatan Tuhan ke atas diri kita. Semuanya yang berlaku pada diri kita adalah mengandungi hikmah dan pengajaran yang berguna.

Apabila mengenal Tuhan barulah kita rasa seronok melaksanakan syariat-Nya. Dengan syariat-Nya kita akan selamat dan menyelamatkan. Kerana syariat itu adalah disiplin kehidupan. Disiplin adalah sangat diperlukan oleh setiap insan. Dengan disiplin manusia hidup teratur, setiap masa ada program yang tertentu untuk faedah manusia. Masa tidak terbuang, setiap ruang masa ada jadual hidup yang berguna.

Dengan syariat manusia hormat-menghormati satu sama lain. Dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Kemajuan pun terbangun, hidup berkasih sayang dan harmoni juga wujud. Berlakulah maaf-bermaafan, bertolak ansur, berlapang dada sesama manusia.

Syariat mendisiplinkan manusia hidup secara bersih, rajin dan cergas. Bersih daripada pengkhianatan, penzaliman, daripada jatuh-menjatuhkan, daripada rasuah. Setiap orang ingin hidup bersih, maka terjauhlah segala maksiat dan jenayah. Apabila bersyariat bertunjangkan iman kerana Tuhan telah dikenal.

Dari syariat lahirlah akhlak yang mulia dan peribadi yang tinggi moralnya. Akhlak yang mulia itulah pendorong perpaduan, kedamaian, kasih sayang dan keharmonian. Maka berlakulah manusia di dunia seolah-olah satu keluarga. Ini telah pernah berlaku di dalam sejarah. Terutama di zaman Rasulullah SAW yang begitu indah.

Gejala Sosial

Gejala Sosial

Gejala Sosial(1)


04/03/2006

Dunia dilanda gejala jahiliah moden. Berbagai penyakit gejala masyarakat timbul di hari ini dengan zina, rogol, pembunuhan, rompakan, penyalahgunaan wang dan kuasa, penindasan, dadah, sumbang muhram, berkesedudukan dan sebagainya. Ia menular ke semua peringkat masyarkat. Semakin dibendung semakin menjadi-jadi. Semakin dikaji semakin berleluasa. Kadar jenayah berbentuk kriminal, sosial, ekonomi, politik dan keluarga sangat tinggi di merata dunia. Manusia hidup dalam ketakutan, tiada keindahan dan keselamatan.
Akal manusia sudah buntu untuk mencari jalan keluar. Manusia sebenarnya perlu mengubah semula pola pemikiran mereka dengan mencari jalan keluar yang terjamin tepat dan selamat dengan merujuk kepada sistem roh. Sistem roh bererti manusia kembali merujuk kepada Tuhan dengan menggunakan sistem Tuhan dan dipimpin oleh orang Tuhan. Manusia hari ini telah pinggirkan peranan roh. Ini menyebabkan manusia lalai dari penciptanya. Akibatnya, manusia menanggung gejala sosial yang amat serius.
Kita perlu tahu peranan akal dan ruh. Akal digunakan untuk membina kemajuan dan pembangunan. Sedangkan peranan ruh adalah untuk mendidik manusia. Berapa ramai ahli fikir yang banyak menggunakan akal membunuh diri. Contohnya seperti Socrates. Ahli fikir yang baik ialah dari hasil didikan orang rohani. Akal mereka digunakan untuk membuat pembangunan lahir dan batin tanpa mengetepikan bab-bab ketuhanan dan agama.
Gejala masyarakat hari ada dua bentuk. Satu, gejala itu diterima bersama sebagai gejala masyarakat seperti pembunuhan, merompak, menipu, bergaduh, berbohong. Ini diterima bersama oleh semua golongan, bangsa, agama dan etnik.
Kedua, maksiat yang tidak diterima bersama seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, zina, homoseks, lesbian. Dalam Islam, maksiat itu ada yang berbentuk lahir dan ada yang berbentuk batin seperti sombong, megah, riyadan sebagainya. Maksiat batin itulah punca segala maksiat yang lain. Ini menyebabkan masyarakat dilanda gejala masyarakat yang sangat kacau-bilau seperti hari ini.
Gejala masyarakat ini ditimpakan kepada manusia kerana tiga kategori:
  1. Atas usaha manusia sendiri. Akibat dari sikap manusialah lahir berbagai gejala dalam masyarakat seperti membunuh, menipu, zina, rasuah dan lain-lain.
  2. Datang dari Tuhan. Iaitu seperti banjir dan sebagainya. Ia tidak ada campur tangan manusia langsung.
  3. Di antara campur tangan manusia dan kehendak Tuhan. Contohnya, berlaku banjir di tempat yang tidak pernah banjir.
Bila timbul masalah kita kaji gejala yang berlaku. Sepatutnya kita kaji manusia yang menjadi penyebab mengapa gejala ini berlaku. Sedangkan orang-orang itulah yang hendak dipulihkan. Manusia ada akal, fizikal, roh dan nafsu. Manusia juga dibekalkan dengan benih, sifat, tabiat dan perangai tersendiri. Benih malaikat hendaklah disuburkan, haiwan didisiplinkan dan benih syaitan dibuang.

Inilah keadilan Tuhan. Bila akal memilih, akal akan merancang mengikut pilihan. Bila nafsu memilih perangai malaikat, akal akan merancang bagaimana untuk menjadi malaikat. Benih-benih itu Allah sudah tanamkan di dalam diri manusia seperti rasa malu, kasih, bertimbangrasa, rendah diri, rasa bertuhan dan kehambaan. Cuma perlu didisiplinkan sahaja. Terpulanglah kepada kita samada untuk menjadi malaikat, haiwan atau syaitan.

Bila tabiat-tabiat syaitan berperanan di tengah masyarakat, akan berlakulah pergaduhan, sifat sombong, pemarah dan sebagainya yang menyebabkan ramai orang susah. Bila tabiat binatang pula yang berperanan dalam masyarakat, akan berlaku pula zina, rogol, lesbian, homoseks, sumbang muhram dan lain-lain. Jika tabiat malaikat yang berperanan, masyarakat akan aman damai.

Sebenarnya ulamak dan umaraklah yang bertanggungjawab gejala ini berlaku. Umarak ini adalah golongan pemimpin samada pemimpin besar atau kecil. Pemimpin kecil terdiri dari ibubapa dan guru-guru serta golongan pendidik. Pemimpin besar adalah pemimpin yang menerajui jawatan penting dalam negara dan masyarakat. Pemimpin ibarat kayu, bayangnya rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau rakyatnya penuh dengan masalah sosial, bererti ada yang tidak kena dengan bahagian pimpinannya. Bukan mudah menjadi pemimpin. Sebaik-baik pemimpin ialah yang berwibawa tinggi dan memiliki taqwa yang cukup mantap.

Oleh itu, untuk menjadi pemimpin yang baik dalam kepimpinan manusia kini, mestilah ada ilmu yang cukup, akhlak mulia, ibadah yang kemas dan memiliki sebanyak-banyak sifat mahmudah dalam diri untuk di contohi. Bila pemimpin tidak berwibawa, kecacatan akan terserlah. Orang akan hilang hormat, hilang keyakinan, tidak taat dan semakin dibenci. Keamanan tidak berlaku, kasih sayang tiada, segala bentuk gejala masyarakat berleluasa. Semakin dibenteras semakin bertambah kerana yang menangani sama-sama buat kemungkaran dan maksiat. Bahkan maksiat yang dibuat tidak nampak pada mata lahir seperti remaja. Jangan-jangan lebih hebat dan dahsyat lagi kejahatan yang dibuat oleh pemimpin kerana dibuat secara tersembunyi.

Remaja melakukan vandalisma sedangkan pemimpin negara sombong dan pemarah. Remaja melepak-lepak, pemimpin rasuah. Remaja mencuri sedangkan pemimpin tamak dan bakhil sehingga habis harta negara dan rakyat menjadi harta peribadinya. Begitulah seterusnya.

Pemimpin tidak melakukan kesalahan secara terbuka tetapi Tuhan Maha Mengetahui. Sebab itulah usaha mereka untuk membenteras gejala sosial tidak dibantu. Ramai lagi yang belum sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan menyebabkan mereka kurang membaiki diri. Di waktu yang sama mereka ingin menyedarkan orang lain. Dalam keadaan mereka begitu pun, mereka masih sempat untuk menunding jari, menghina dan menuduh kesalahan orang lain. Ini mengakibatkan orang yang jahat sakit hati manakala orang baik benci. Merekalah perosak masyarakat sebenarnya.

Orang awam buat kesalahan secara terbuka sedangkan pemimpin mereka buat maksiat di tempat yang ekslusif. Bolehkah kita lari dari pengetahuan Allah? Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran. Insaflah, ia tanda kelemahan diri. Kesali keterlanjuran dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Usaha lahir sahaja tidak cukup untuk membenteras gejala sosial ini. Mesti ada bantuan Allah. Jika tidak sia-sia usaha kita kerana dosa-dosa kita sendiri. Bahkan takut-takut akan menambahkan dosa lagi manakala gejala masyarakat tidak juga dapat dipulih dan dibersihkan.

Sebagai jalan keluar kepada masalah gejala masyarakat ini, pertamanya manusia perlu kembali kepada Tuhan. Kenal Tuhan itu dengan hati bukan setakat tahu dengan akal. Jika kita katakan Allah itu Maha Melihat, rasakanlah pandangan Allah itu tembus, boleh melihat yang jauh atau dekat, samada seni atau kasar, terang atau gelap. Jika begitulah hati kita merasa tentang Maha Melihat Allah itu, tidak tergamaklah kita untuk melakukan maksiat sendirian. Kita tidak boleh elak dari dilihat oleh Tuhan.

Untuk kembalikan masyarakat kepada Tuhan, perlukan kita berdakwah dengan semua golongan, berdakwah di majlis tidak rasmi, banyakkan bertafakkur tentang kebesaran Tuhan. Menceritakan sifat Tuhan serta peranannya dengan membawa berbagai tamsilan seperti takut dengan Tuhan itu seolah-olah berhadapan dengan harimau. Bila-bila masa sahaja ia boleh menerkam mangsanya. Begitu jugalah dengan kemurkaan Tuhan, bila masa dan apa sahaja Tuhan boleh lakukan terhadap kita. Kita juga hendaklah kenalkan Tuhan sejak anak-anak masih kecil lagi.

Gejala Sosial(2)


05/03/2006
Keduanya, membersihkan hati atau jiwa. Kejahatan manusia ada yang berbentuk maksiat batin dan ada yang berbentuk maksiat lahir. Maksiat batin hendaklah gunakan pendekatan dakwah dan pendidikan yang berterusan. Barulah berkesan untuk manusia meninggalkan kemungkaran. Kita juga hendaklah menutup segala pintu maksiat supaya bukan sahaja manusia tidak melakukan kejahatan bahkan menghampirinya juga hendaklah dilarang.

Gejala masyarakat ini ibarat najis. Ia sudah merata. Hendak dibersihkan mestilah berhati-hati. Jika tidak ia akan merebak lebih jauh lagi atau tidak terbendung lagi. Najis bersifat rohaniah lebih susah untuk dibersihkan. Ia ibarat mengubat satu wabak penyakit. Ia memerlukan seorang doktor pakar, tepat kaedah merawat dan dapat memberi ubat yang tepat untuk wabak itu cepat sembuh.

Begitu juga dengan gejala masyarakat ini. Untuk membenterasnya tidak boleh teragak-agak, mencuba-cuba, trial and error kerana ia melibatkan nyawa manusia. Jika silap cara pengubatannya, pesakit akan tenat dan penyakit akan merebak hingga membawa maut. Jika seorang mukmin mati dengan penyakit lahir, ia sebagai penghapusan dosa atau untuk meninggikan darjatnya. Jika ia mati bersama-sama dengan penyakit batin, ia akan dihumbankan ke dalam neraka.

Gejala masyarakat boleh dibendung dengan adanya orang yang pakar tentangnya, berwibawa dan disegani untuk memimpin masyarakat ke arah pencegahan gejala ini. Dia mesti tahu cara untuk merawat gejala ini dengan ada ilmu tentangnya yang boleh digunakan secara praktikal dalam perlaksanaannya. Dia juga mesti mampu untuk memberi kaedah yang bijaksana, tepat, sesuai dengan suasana yang tertentu, penyakit yang tertentu dan golongan yang tertentu.

Didik manusia tidak boleh dipaksa-paksa, diugut-ugut, ditakutkan, diasak-asak. Tidak boleh trial and error. Mendidik binatang atau kaedah tanam pokok bolehlah dicuba-cuba. Tanaman jika tidak menjadi, boleh dimusnahkan. Kalau manusia rosak, binasa generasi ke generasi. Manusia ada akal dan nafsu tidak boleh dilayan seperti tanaman dan haiwan. Binatang kalau payah dididik di sembelih sahaja. Dia boleh melawan tetapi tidak pandai bertindak melawan tuannya. Manusia kalau dididik tidak menjadi, mereka bukan sahaja akan sakit hati malah boleh bertindak. Dunia bertambah rosak.

Generasi yang rosak bukan boleh dipulih dalam masa yang singkat atau mudah. Bila kerosakan merata dan tidak dapat dibendung lagi, Tuhan hantar wakilnya yang membawa kaedah dan ubat dari Tuhan. Wakil Tuhan itu mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Ikhlas berbuat kerana Tuhan. Bukan dipaksa, kebetulan atau sudah terkena diri baru ingin bertindak.
2. Faham siapa yang patut menjadi teras dalam menanganinya. Bukan sebarang orang yang layak. Hanya orang yang bertaqwa yang layak.
3. Golongan sampingan yang perlu turut serta mesti dikenalpasti.
4. Faham golongan mana dalang atau yang sedang berperanan secara sedar atau tidak sedar merosakkan masyarakat.
5. Peka dan kenal pasti golongan yang mengambil kesempatan atas kerosakan.
6. Faham maksud tersirat Tuhan iaitu gejala ini merupakan bala dari Tuhan.

Syarat-syarat ini mesti dipenuhi. Jika tidak menepati syarat-syarat ini, jangan masuk campur sekalipun berjawatan tinggi, dikenali ramai. Ia ibarat tikus membaiki labu. Oleh itu, kita patut serahkan pada orang yang berkelayakan. Tuhan tidak memberi seseorang itu pakar dalam semua bidang. Kita patut memberi laluan kepada orang yang layak dan tepat walaupun tercabar. Kalau masing-masing ingin mempertahankan kuasa dan kedudukan, binasalah generasi di tangan kita nanti.

Banyak perkara yang kita bertindak dan salah tangani gejala ini. Di antaranya:
1. Zina, khalwat, pergaulan bebas, rogol, sumbang muhram. Majalah, filem, novel, lagu-lagu lucah berlambak tanpa sekatan. Majalah, filem bentuk keagamaan dan kesedaran disusah-susahkan penerbitan, pasaran dan penyiarannya. Tindakan ini ibarat menanam pokok beracun. Ia akan menghasilkan buah beracun dan memudaratkan tapi disiram dan dibajai setiap hari. Bolehkah tangan-tangan sedemikian yang hendak membenterasnya?

2. Mengintip, mengendap kes-kes khalwat. Pihak-pihak tertentu mencegah kefasikan dengan cara fasik. Mencegah yang haram dengan cara haram.

3. Gejala dadah ingin dibenteras tetapi diwaktu yang sama rokok tidak disekat samada iklan, jualan dan kilang memproses rokok.

Jika pemimpin yang tidak cukup syarat atau jahat sifatnya yang bertindak membenteras gejala ini, mereka memimpin orang jahat dan orang baik. Hasilnya, orang baik pun akan menjadi jahat. Rakyat yang jahat bertambah kejam dan zalim. Akan berlakulah orang jahat memikirkan orang jahat. Penzaliman dan penindasan difikirkan oleh orang zalim dan menindas. Yang kaki tipu pula akan membendung penipu dan berbagai kerosakan lagi.
Ramai yang akan teraniaya terutama orang yang baik. Orang jujur dimusuhi, yang benar akan disalahkan, yang ikhlas akan dipandang serong dan sebagainya. Orang jahat akan mendapat tempat, dimuliakan, diberi anugerah, disanjung, mentadbir, membangun dan menguasai dunia. Kalau pemimpin itu tidak menekan dia pula tertekan. Mereka tutup kelemahan dengan memarahi rakyat atau orang bawah. Perlulah pemimpin yang tepat dan layak tampil untuk membenteras gejala masyarakat ini agar masyarakat kembali aman dan makmur, membesarkan Tuhan dan merasakan diri ini hanya hamba Tuhan.

Gejala Sosial(3)


06/03/2006

Masyarakat salafussoleh adalah masyarakat Islam contoh yang terbaik. Masyarakat ini berjaya ditegakkan bukan kerana undang-undang tetapi hasil kesedaran jiwa yang patuh dengan sukarela melalui dakwah dan tarbiah. Pemimpinnya adil, ulamaknya bagikan obor, orang kayanya menjadi bank kepada masyarakat, pemuda dan pemudinya beriman dan tidak berfoya-foya, menjaga syariat dan berakhlak mulia.

Akhlak dan kehidupan masyarakat salafussoleh ini sangat indah menarik. Mereka melahirkan bunga iman dan Islam hasil tersemai Al Quraan dan sunnah dalam jiwa, fikiran dan fizikal kerana adanya dakwah, tarbiah dan kepimpinan yang baik. Keindahan ini berlaku kerana masyarakatnya sudah memiliki pakaian taqwa.

Mereka memiliki akhlak yang tinggi dan mulia. Mereka sangat pemurah, penyayang, pemaaf, bertolong-bantu, bertolak ansur, ramah- mesra, merendah diri, lemah-lembut, berbaik sangka, doa-mendoakan, hormat-menghormati, jujur, amanah, sabar, redha, cukup dengan apa yang ada, tawakkal, syukur, rajin, cinta akhirat lebih dari dunia, tidak tamak, tidak meminta-minta, suka memberi dari menerima, tidak mementingkan diri dan lain-lain sifat baik yang sangat disenangi manusia. Inilah hasil satu masyarakat yang cinta Tuhan lebih dari yang lain. Masyarakatnya sangat baik jauh sekali untuk timbul gejala masyarakat seperti hari ini. Musuh sebenarnya tahu kekuatan umat Islam adalah pada kekuatan dalaman iaitu iman dan taqwa. Oleh itu, mereka merancang untuk merosakkan iman dan taqwa umat Islam dengan gejala masyarakat ini. Dalangnya adalah Yahudi. Yahudi membuat perancangan yang sangat rapi dengan merosakkan keturunan manusia dengan menajaberbagai bentuk maksiat. Mereka tahu Islam sangat menjaga keturunan dari maksiat. Mereka rosakkan keturunan manusia dengan program-program yang boleh menjurus ke arah penzinaan. Yahudi memang musuh Islam yang sudah disebutkan di dalam Al Quraan. Mereka tidak berputus asa untuk menghancurkan Islam.

Yahudi berpendapat mereka adalah anak Tuhan. Semua orang akan masuk neraka kecuali bangsa Yahudi. Kalau masuk pun hanya enam hari sahaja. Mereka juga menganggap bangsa mereka Arya iaitu satu bangsa yang mulia tambahan pula semua nabi-nabi dan Rasul adalah dari keturunan Bani Israel kecuali Nabi Muhammad SAW.

Mereka catur politik dengan ideologi, ekonomi dengan ekonomi kapitalis dan riba, mereka rosakkan sosial dengan pergaulan bebas dan keturunan zina. Di dalam pendidikan, Yahudi menguasai ilmu Islam dan memesongkannya melalui pengajaran di universiti dunia yang diiktiraf. Yahudi tebarkan jaring, jala dan pukatnya di serata tempat. Hanya jaringan roh yang tidak mudah terperangkap. Jaringan roh ini, Tuhan pencaturnya. Sebijak-bijak Yahudi tidak dapat mengalahkan percaturan dan perancangan Tuhan. Allah datangkan wakil-Nya untuk menyelamatkan manusia. Hanya pemimpin yang bertaqwa sahaja yang dapat menyelamatkan manusia yang sudah kronik penyakitnya ini. Sebab itu, di saat ini siapa yang mengikut pemimpin bertaqwa yang dapat membawa manusia kembali kepada agama dan Tuhan, dia akan selamat dari perangkap Yahudi ini. Carilah pemimpin yang dapat membawa kepada Tuhan ini kerana gejala masyarakat di hari ini sangat kronik sehingga tinggal di dalam rumah sendiri pun sudah tidak selamat. Inilah bala dari Tuhan bila manusia sudah lupa kepada Tuhan. Allah datangkan peringatan supaya manusia kembali kepada-Nya jika manusia itu mahu membaiki diri, negara dan masyarakat ke arah negara yang aman makmur di waktu yang sama mendapat keampunan Tuhan.

Sekian.

Gembira Dan Kesannya



Bergembira atau busyra adalah bersifat maknawi dan rohani . Ia adalah sifat atau tabiat semulajadi. Ertinya ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur atau terasa gembira. Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuat-buat. Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak `real` dan tidak semulajadi.
Rasa gembira itu, walaupun sifat batiniah, ia datang dari dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria di muka. Hendak cuba ditutup-tutup dia lahir juga di muka. Apa yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.
Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani itu. Ia adalah sifat atau tabiat semulajadi. Ia akan ternyata di muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecuali orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup hingga tidak berkesan di muka. Hingga orang tidak tahu, apakah orang itu gembira atau dukacita, kerana ia nampak seorang yang tenang sahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.
Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka. Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak, terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau dukacita pula. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung, muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomel-ngomel dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang itu. Hingga didengar dan diketahui oleh orang keliling.
Sebab-sebab gembira 
 
Kita sudah katakan, gembira adalah tabiat semulajadi. Ia tidak boleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang menggembirakan kita datang atau terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Di antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:
1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan sebagainya.
2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja, tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.
3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita setelah balik dari kampung dan sebagainya.
4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai seperti
ibu bapa kita, atau bertemu pemimpin yang kita hormati dan sayangi dan
lain-lain.
5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan kita mendapat
kesusahan dan lain-lain.
6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan atau tertawan musuh atau orang yang bukan kawan atau lawan jadi kawan.
7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa, guru, kawan
kita dan lain-lain.
8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada hukuman itu atau daripada bala itu.
9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai atau
disayangi oleh pengikut-pengikut kita atau orang ramai.
10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekian-sekian lama.
11. Orang membayar hutang kita, yang sudah lama tidak dibayar. Bahkan kita sudah melupakannya.
12. Dapat membayar hutang kita kepada orang selama ini yang sangat
membelenggu diri kita. Atau yang sangat menyusahkan kita. Lebih-lebih
lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.
13. Orang yang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita dibuatnya.
14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakit yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.
15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang selama ini sudah lama terputus dan terpisah.
16. Dapat mengerjakan ibadah pada masa.
17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti menolong orang yang miskin, membayar hutang orang, mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan.
Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam kehidupan.
Mungkin kalau kita kira lebih banyak dari itu.
Cara melahirkan kegembiraan
Kebanyakan orang atau ramai orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluar batas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa dan yang memberi nikmat. Seperti terlonjak-lonjak kesukaan, menari-nari kegembiraan, bercerita-cerita dan menunjuk-nunjuk kesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasa meluat dan benci, atau bertepuk-tepuk tangan melahirkan kegembiraan atau lebih parah lagi dari itu hingga membuat majlis-majlis maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegembiraan itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak dan megah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia boleh mencacatkan hati orang atau persaudaraan.
Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin melahirkan rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah seperti berikut:
1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasa malu kepada-Nya.
2. Sujud syukur.
3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai bersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.
4. Atau membuat puasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.
5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana mengenang jasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepada kita.
6. Atau dia menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.
7. Bertambah lagi ia merendah diri dengan Allah dan sesama manusia.

 http://kawansejati.ee.itb.ac.id/

Comments

Popular posts from this blog