Cerita Teladan : Kisah Dua Batang Pohon

 

Suatu ketika ada dua batang pokok tumbuh dan membesar di atas sebuah bukit di dalam hutan.Kedua-duanya saling berbicara antara satu sama lain tentang impian dan cita-cita masing-masing.

" Aku berharap suatu hari nanti aku ditebang dan akan menjadi peti simpanan harta.Aku akan diisi dengan emas, perak dan barangan kemas yang bergermalapan.Badanku akan diukir dengan ukiran yang indah.Semua orang akan memuji kecantikan dan kendahanku." kata pohon pertama memasang angan-angan.

" Aku pula mengimpikan menjadi sebuah kapal yang besar dan teguh.Aku akan membawa raja dan permaisuri belayar merentas lautan sehingga ke hujung dunia.Mereka yang berada di atasku akan berasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan tubuhku," poho kedua pula menyuarakan impiannya.

Selang beberapa tahun selepas itu, datang sekumpulan pembalak.Setelah ditinjau, kedua-dua batang pokok itu dipilih untuk ditebang dan dijadikan kayu.Sebaik tiba di tempat tukang kayu, pohon pertama dipotong dan digergaji untuk dijadikan sebuah kotak kayu, dan digunakan sebagai bekas makanan untuk haiwan ternakan.Ia diletakkan di dalam sebuah bangsal.Pohon kedua pula sampai ke limbungan kapal.Di sana, dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil menangkap ikan.Musnahlah impian kedua-duanya.

Tiga tahun berlalu, kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian dan harapan yang pernah mereka semai.Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang entah dari mana tiba di bangsal, tempat kotak kayu ( pohon pertama ) berada.Di bangsal itu, si isteri melahirkan seorang bayi. Oleh kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka, pasangan suami isteri tersebut membaringkan anak mereka di dalam kotak kayu berisi jerami kering itu.Hanya kotak itu sahaja yang dapat memberikan keselesaan kepada si kecil.

Pohon pertama turut merasai keperluannya saat ini.Kini dia menyedari, walaupun tidak dapat menjadi peti simpanan harta dengan kilauan emas permata, namun dia kini sedang memegang suatu ' harta ' yang sangat bernilai ; seorang anak kecil yang belum mengerti apa-apa namun akan membesar dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya.

Di tempat lain, bot kecil ( pohon kedua ) sedang digunakan oleh sekumpulan nelayan ke tengah samudera untuk menangkap ikan.Tiba-tiba ribut besar melanda.Lautan yang tenang mula mengganas.Bot kecil terumbang-ambing dihempas badai.

Bot kecil ( pohon kedua ) berasa tidak mampu untuk menyelamatkan nelayan-nelayan di dalamnya sehinggalah dia melihat kesungguhan seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk terus bertahan menentang gelombang.

Ribut yang melanda akhirnya reda.Suasana kembali tenang.Dengan senyuman lega, nelayan itu berkata," kita selamat."

Pohon kedua sebagai bot kecil itu berasa amat bangga dan gembira.Dia menyedari, walaupun tubuhnya kecil, kini berdiri seorang "  raja " yang gagah dan perkasa.

Moralnya : Kita merancang, Allah juga merancang :))
Renungan buat sahabat semua ^ ____ ^

Comments

Popular posts from this blog