Tahu Faham Dan Amal
Di dalam Majlis Kenduri Tahlilan itu terdapat sunnah yang dihidupkan antaranya :

1. Memuliakan tetamu :

Sabda Rasulullah SAW:

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَالْيُكْرِمْ جَارَهُ وَ مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أوْ لِيَصْمُتْ. رواه مسلم

Dari Abi Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, maka hormatilah tamunya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, hendaklah ia berkata dengan kebaikan atau (jika tidak bisa), diam.” (HR Muslim).

2. Memberi sedekah :

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam apabila ditanya: “Adakah sesuatu yang bermanfaat bagi seseorang yang meninggal apabila disedekahkan sesuatu untuknya? Hal ini diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya Sa‘ad bin Ubadah saudara Bani Sa‘edah, pada masa kematian ibunya, dia tidak berada di sisinya, lalu beliau datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu ku telah meninggal sedang aku tidak berada di sisinya, oleh kerana itu adakah sesuatu boleh memberi manfaat kepadanya jika aku sesuatu itu untuknya?” Baginda bersabda: “Ya”, Sa‘ad berkata: “Maka sesungguhnya aku bersaksi kepada engkau bahawa kebunku yang berbuah itu adalah sedekah untuk ibuku”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain juga ada menyatakan:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara tiba-tiba dan aku menyangka apabila dia (dapat) berkata-kata maka pasti dia akan bersedekah, apakah aku (dapat) bersedekah untuknya?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ya, bersedekahlah untuknya”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim

3. Memberi sedekah makanan :

Sabda Nabi Muhammad SAW:

عَنْ عَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ قَالَ أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ مَا الإسْلَامُ قَالَ طِيْبُ الْكَلَامِ وَإطْعَامُ الطَّعَامِ. رواه أحمد

Dari Amr bin Abasah, ia berkata, saya mendatangi Rasulullah SAW kemudian saya bertanya, “Wahai Rasul, apakah Islam itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Bertutur kata yang baik dan menyuguhkan makanan.” (HR Ahmad)

Ibnu Qayyim al-Jawziyah dengan tegas mengatakan bahwa sebaik-baik amal yang dihadiahkan kepada mayit adalah memerdekakan budak, sedekah, istigfar, doa dan haji. Adapun pahala membaca Al-Qur'an secara sukarela dan pahalanya diberikan kepada mayit, juga akan sampai kepada mayit tersebut Sebagaimana pahala puasa dan haji. (Ibnul Qayyim, ar-Ruh, hal 142).

4. Bacaan yasin adalah sebahagian dari al Quran :

Hadith sahih kelebihan membaca yasin :

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

5. Sebenarnya bukan sahaja surah Yasin dibaca di kenduri arwah, tetapi juga Surah al Ikhlas, Surah Al Kafirun dan Surah an Nas dan beberapa ayat al Quran dari Surah al Baqarah. Membaca surah al Ikhlas sahaja pahalanya menyamai membaca 1/3 dari al Quran (sudah diberikan penjelasan sebelum ini).

6. Adanya zikir secara berjemaah :

1. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 191 yang bermaksud: Mereka -mereka yang menyebut nama Allah secara berdiri, duduk dan berbaring. - Ayat ini adalah umum yang nyata yang tidak boleh dikecualikan darinya kecuali adanya nas yang lain atas jalan pengecualian dan takhsis.

2. Ulama juga berhujah dengan banyak Hadith-hadith sahih yang banyak, antaranya:

i. Hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud: Sesiapa yang menyebutku dalam satu kumpulan (al-mala`), Aku akan menyebutnya di dalam satu kumpulan yang lebih baik darinya. (Syarah Sahih Muslim, Jilid 17, hal.182).

Berkata Imam al-Suyuti RA: Zikir dalam al-mala` (berkumpulan), tidak boleh berlaku kecuali secara kuat (jahar). (al-Hawi li al-Fatawa, Jilid 1, hal. 389).

ii. Hadith riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala mempunyai Malaikat yang berjalan-jalan di atas muka bumi mencari majlis-majlis zikr, maka sekira dijumpai satu majlis, pada majlis zikir, mereka duduk bersama-sama mereka (ahli zikr), membentangkan sayap-sayap mereka (malaikat memanggil sesama mereka untuk turut serta) sehingga penuh antara mereka (ahli zikr) dan langit dunia. Apabila mereka (ahli zikr) bersurai, meraka yakni malaikat naik ke langit. Berkata: Allah SWT bertanya malaikat dan Dia sebenarnya mengetahui perihal mereka: Dari mana kamu datang? Para malaikat berkata: Kami datang dari tempat hamba-hamba Mu di bumi. Mereka bertasbih kepada Mu (yusabbihunaka), mereka , bertakbir kepada Mu (yukabbirunaka), bertahlil kepada Mu (yuhallilunaka), mereka memuji Mu (yahmadunaka), mereka memohon dari Mu. Berkata Allah SWT: Apa yang mereka pohon? Para Malaikat berkata: Mereka memohon syurga Mu. Berkata: Adakah mereka melihat syurga Ku? Malaikat berkata: Tidak wahai Tuhanku! Berkata (Allah SWT): Bagaimana agaknya sekiranya mereka melihatnya? Malaikat berkata: mereka akan memohon keamanan? Berkata (Allah SWT): Memihon keamanan dari apa? Berkata malaikat: Dari neraka Mu wahai Tuhan. Berkata (Allah SWT): Adakah mereka nampak Neraka Ku? Para malaikat berkata: Tidak. Berkata Allah SWT: Bagaimana agaknya kalau mereka dapat melihat neraka Ku? Para malaikat berkata: Mereka akan beristigfar memohon keampunan Mu. Berkata: Berkata Allah SWT: Sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa mereka, Aku kurniakan apa yang mereka minta, aku melindungi mereka dari perlindungan yang mereka minta. Berkata (Abu Hurairah): Berkata malaikat: Wahai tuhan, di kalangan mereka adaseorang hamba yang banyak dosa. Dia melalui kawasan itu, dan duduk bersama-sama mereka. Berkata: Berkata Allah SWT: Untuknya Aku ampunkan, merekalah kaum yang tidak menjadi celaka disebabkan adanya orang (pembuat maksiat) yang menyertai mereka.

Teruskanlah kebiasaan/kelaziman yang baik di mana di dalamnya terdapat usaha menghidupkan sunnah-sunnah yang amat banyak di dalamnya berbanding pergi ke majlis-majlis maksiat yang membawa kepada dosa.

WaLlahua'lam
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=261720530556256&id=108304072564570 

Comments

Popular posts from this blog