WANITA HARUS BERANI MENGIKUT SUNNAH RASUL 
 
 

WANITA telah diletakkan di tempat yang paling tinggi dan mulia oleh Rasulullah s.a.w. Baginda memberikan harapan kepada wanita agar menjadi manusia yang berakal  dan senantiasa melakukan sesuatu berorieantasikan akhirat  dan menyakini bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal abadi untuk selama-lamanya.

“Wanita harus berani mengikut sunnah Rasul” Itulah tajuk & mukadimah ceramah saya petang kelmarin di Kompleks 1SURIA. Agak luar biasa bagi saya  yang bukan berpendidikan agama memberikan ceramah dalam agama....Ah!...itu bukan soalnya, bukankah ada hadis mengatakan “Sebarkanlah ilmu walaupun sedikit....”

Saya yakin dan saya terima permintaan Ustaz Harun – Pengarah Pentadbiran Yayasan 1 SURIA untuk merasmikan majlis Mauludir Rasul kali ini.Ya...Masya Allah!..Tak sangka pula ramai yang datang dikalangan ibu-bapa untuk mendengarnya...

Saya mulakan dengan dekalamasi Sajak lalu saya pun menyambung dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w. Makluk Allah yang paling utama untuk kita sanjung kerana  sesungguhnya baginda telah memberikan kita petunjuk kepada jalan yang lurus. Meletakan taraf wanita di tempat yang paling mulia dan sangat tinggi di sisi Allah. Ini memberikan kewajaranya kita untuk mengikut sunah Nabi..

Rasulullah s.a.w membuka mata hati kita dengan membezakan di antara yang hak dan yang batil dan mengeluarkan kita dari kebelenguan, dari kebodohan, dari derita kepada keselamatan di dunia dan di akhirat...Alangkah beruntungnya kita sebagai wanita.....

Allah swt menunjukkan kepada kita Ilmu Tauhid, Ilmu ke Esaan untuk mengenal Allah, melalui Rasulullah kita dapat menguasai Cinta kepada Allah dan mengenalkan kita kepada yang haram dan sebagainya. Kata Allah:-

“Sesiapa yang mentaati Rasul maka ia benar-benar telah mentaati Alllah” (Surah: An-Nisa’ : 80)

 mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. dalam firmanya berkata:

 “Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku necaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu...” (Surah Ali Imran: 31)

Allah telah meletakan dalam hati baginda budi pekerti “Al-amin” (amanah) kerana iman dan amanah itulah salah satu di antara  empat sifat yang mesti ada pada diri seorang Rasul: (Shiddiq (jujur), amanah (dapat dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).

Allah swt menyuruh kita kaum muslimin seluruhnya supaya mengikuti sunnah Rasul tetapi Allah tidak menyuruh kita untuk menyembahnya. Allah swt menyuruh kita  meneladani perilaku baginda dengan penuh hati dan keinsafan dengan seluruh tenaga yang ada pada diri kita sampailah nyawa kita bercerai dari badan kita.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada teladan yang baik bagimu, iaitu orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (percaya) akan tibanya hari kiamat dengan banyak menyebut nama Allah...” (Surah Al-Ahzab: 21)

Sejak lahir baginda telah dipelihara oleh Allah dengan menanam benih-benih akhlak yang mulia dan Allah telah memeliharnya daripada perangai-perangai yang buruk, kelakuan-kelakuan yang jahat dan permainan yang tidak menentu sebagai persediaan untuk menjadikan baginda  sebagai nabi di masa hadapan.

“Apa yang Rasul berikan kepadamu maka ambillah dan apa yang ia larang maka tinggalkanlah...” (Surah Al-Hasyr:7)

“Bagimana cara kita menghormati Rasulullah saw ? “ Salah seorang dari perserta bertanya kepada saya:-

“Kita harus tunduk dan patuh akan segala perintahnya – kerana segala perintahnya itu adalah dari Allah...Allah yang menyuruhnya maka sesiapa yang derhaka kepada baginda – Rasulullah s.a.w bererti kita derhaka kepada Allah swt.

Dalam kehidupan baginda sehari-hari, baginda tidak pernah menyisihkan dirinya daripada sahabatnya bahkan baginda hidup ditengah-tengah mereka, baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang menyendiri...”

Ketika berlaku perang Khandaq – waktu orang2 Musyrikin hendak menyerbu Kota Madinah, Rasululah s.a.w bersama-sama para sahabatnya mengali Khandaq (lubang) beliau turut memikul batu dan memindahkanya seperti yang dilakukan oleh para sahabatnya.

Ketika baginda melakukan dakwah di Makkah, baginda patuhi seluruh suruhan Allah kepada jalan yang lurus dan agama yang benar. Bila suatu ketika baginda kembali ke rumahnya  (Subuh) baginda bertanya kepada isteri baginda, “Adakah kau sedia kan makanan untuk ku wahai isteriku?” Isterinya menjawab

“Makanan tidak ada – gandum sudah habis”  beliau berkata, “ Tidak apalah – biar saya berpuasa esok...”

Hal seperti ini terjadi beberapa kali, Rasululah s.a.w  tidak pernah bermasam muka atau bermuram durja kerana laparnya, bahkan beliau bersedia untuk berlapar untuk berjuang.

Rasulullah s.a.w  tidak pernah memanggil sahabat-sahabatnya sebagai anak murid dan baginda sebagai guru melainkan semuanya sama. Oleh kerana mereka semua dianggap sebagai sahabat, mereka merasa mereka lebih rapat kepada baginda.


bala akhir zaman

1

2
3

4
5

6


7

8

9
10

11
12

13
14

http://keruak.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1513:wanita-harus-berani-mengikut-sunnah-rasul-bahagian-pertama&catid=41:pengarang

Comments

Popular posts from this blog