Apa Yang Perlu Kita Tahu Berkenaan Isu Yang Berlaku di Syria







 
Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?

Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah:
 
  1. Mereka bertuhankan matahari. 
  2. Mereka bertuhankan bulan.
  3. Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
  4. Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.
Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.

Ironinya politik negara Arab, tampuk kuasa politik dan ketenteraan Syria dikuasai dengan ketatnya oleh puak minoriti, iaitu Syiah Nusairi. Mereka asalnya penduduk pergunungan yang tidak sangat terdedah kepada pelajaran dan kemajuan, tetapi tokoh-tokoh dari kalangan mereka lah yang memang sedang berkuasa sepenuhnya di Syria. 

Sungguh malang apabila negara yang mengasilkan ribuan ulama' warisan ASWJ ini dikuasi minoriti; Syiah Nusairi tersebut.

Golongan minoriti yang memegang tampuk pemerintahan ini ternyata mempunyai hubungan baik dengan Iran, juga sebuah negara Syiah. Walaupun bukan dari fahaman Syiah yang sama, tetapi mereka mempunyai hubungan diplomatik yang agak erat. Jika dilihat di atas peta dunia, Syria berkedudukan strategi, mencelahi Iran, Turki dan Israel: tiga negara yang mempunyai arah yang cukup ketara perbezaaannya.



Bagaimana kita dapat mengerti tanah yang begitu subur melahirkan para ulama tetapi telah dikuasai oleh golongan minoriti Nusairi? Tiadalah Allah menentukan sesuatu dengan sia-sia, mungkin ada asrar di sebalik semua ini.



Kita juga mengetahui sikap ulama Syria terbagai kepada dua; satunya golongan yang menentang penguasaan golongan minoriti Nusairi, kebanyakan mereka terusir dari tanah air mereka atau diancam oleh pihak berkuasa. Sementara satu lagi tidak mahu mencampuri urusan politik; mereka mahu menyampaikan ajaran agama kepada ummah dan mentazkiyyahkan jiwa ummah. Mereka mahu berada mengatasi kemelut kuasa. Untuk berada di kedua-dua pendirian ini adalah sesuatu yang sangat mencabar. 


Mengikut pendedahan yang telah didedahkan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi, revolusi yang telah berlaku di Syria telah dijadikan peluang untuk mereka (Nusairi) membantai sekejam-kejamnya golongan Sunni. Hal ini kerana, di dalam aqidah Syiah, membunuh golongan Sunni yang digelar sebagai Nasibi adalah sangat afdhal dan besar pahalanya.



Apakah pandangan ulama’ terhadap pegangan ini?

Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat. Mereka disebut sebagai golongan ghullat termasuk puak Druze yang ramai di Bukit Golan dan Lubnan. Merekalah yang hakikatnya sedang menguasai politik Syria sekarang.



p/s: Encik Billy tak dapat memastikan kebenaran info2 di atas, namun berdasarkan sumber dari harian metro, ia mungkin boleh dipercayai...jika ya, nauzubillah! Semoga mereka beroleh hidayah, dan semoga saudara kita di Syria dilindungi Allah daripada menjadi mangsa kekejaman regim Bashar Asad ini.

sumber: harian metro, http://ahlitasawuf.blogspot.com
Posted: 17 Feb 2012 10:00 PM PST




Kerana terlalu meminati filem trilogi hebat Lord of The Ring, dan kerana sudah putus asa membayar sewa rumah yang tinggi di kawasan bandar, seorang lelaki; Simon Dale akhirnya mengambil keputusan untuk membina sendiri rumahnya, tetapi dengan idea unik - rumah The Hobbit, terinspirasi dari filem Lord of The Ring.



Info Ringkas:
  • Rumah ini dibina oleh Simon Dale dengan bantuan bapa mertuanya di sebuah kawasan pinggiran di Wales.
  • Rumah ini dibina dengan modal hanya RM 9800. Menggunakan bahan kayu dan batu-bata semulajadi yang diperolehi dari sekitar kawasan hutan disitu. 
  • Yang menariknya, walaupun dia tidak mempunyai sebarang asas dalam arkitecture dan engineering, Simon Dale dapat menyiapkan rumah itu dalam masa beberapa bulan sahaja. Sepanjang pembinaan itu, Simon Dale 'berkampung' di situ bersama isteri dan 2 anaknya di dalam sebuah khemah ringkas.
  • Rumah 2 tingkat itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, bilik tidur, chamber, bilik permainan, kuasa elektrik daripada panel solar, serta peti sejuk yang disejukkan daripada udara sejuk bawah tanah.


Proses Pembinaan...
 Lakaran rumah

 Mencari kayu-kayan

 Membina asas


 Membuat rangka rumah





Setelah siap....









sumber: dailymail.co.uk
Posted: 17 Feb 2012 07:28 PM PST




Obses rakyat Korea Selatan terhadap pembedahan plastik bagi mencapai kecantikan sempurna mula menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.


Keadaan itu dilihat bertambah buruk apabila selebriti popular Korea seperti Goo Hara daripada kumpulan KARA mengaku melakukannya, menambah tarikan untuk mencapai kesempurnaan.


Fakta pembedahan plastik rakyat Korea Selatan:
  • Menurut data industri itu, Korea Selatan yang mempunyai penduduk kira-kira 50 juta orang merupakan negara kedua terbesar melakukan pembedahan plastik selepas Hungary.
  • Beribu-ribu laman web dengan beratus ribu pengikut muncul, di mana ia membenarkan pengunjungnya berkongsi kaedah untuk mencapai tubuh sempurna, membincangkan kesan pembedahan plastik dan menghantar pertanyaan bahagian tubuh yang mana perlu diubah.
  • Menurut Persatuan Pembedahan Plastik Astetik Antarabangsa (ISAPS), sebanyak 770,913 pembedahan plastik dilakukan di Korea Selatan pada 2010, meletakkan negara ini di tempat ketujuh dalam senarai terbanyak pembedahan plastik dilakukan di peringkat global.
  • Pembedahan plastik paling popular dipercayai adalah prosedur menjadikan mata lebih besar dan bulat, namun pembedahan untuk menjadikan muka lebih kecil termasuk liposuction dan perubahan tulang rahang merupakan prosedur terkini yang banyak dilakukan.
  • Kebanyakan pelajar perempuan sekolah tinggi memilih melakukan pembedahan itu selepas menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke kolej dan klinik pembedahan plastik melancarkan pengiklanan agresif termasuk pakej ibu dan anak atau dua prosedur dengan yuran murah.


Dalam pada itu, kebimbangan timbul sejak 2008 apabila gambar seorang wanita yang mukanya rosak teruk selepas pembedahan plastik, mula tersebar di Internet.

Agensi Pengguna Korea berkata, jumlah kes akibat kesan buruk pembedahan plastik itu meningkat kepada 4,043 kes pada tahun lepas daripada 1,698 kes pada 2008.

sumber: utusan malaysia
Posted: 17 Feb 2012 03:17 PM PST





Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.


Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina.

Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembahan.

Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge.


Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang.

Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.


“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.

Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut.


Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada solsetis musim panas di daerah Wiltshire, England.

Comments

Popular posts from this blog