Kenal Diri dan Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PERTAMA sekali terima kasih KAM ucapkan kerana kesudian anda menjadi pengunjung tetap laman ini. Hari ini KAM ingin berkongsi dengan kekawan, saudara dan saudari yang budiman sekalian tentang bagaimana proses kejadian manusia (kita) menurut Al-Quran. Bagaimana Allah SWT menciptakan manusia daripada setitis air mani sehinggalah menjadi seorang manusia. Masyaallah hebatnya Allah SWT. DIAlah yang Maha Berkuasa.

Sebelum KAM menghuraikan proses kejadian manusia sepertimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran, anda perhatikan video ini terlebih dahulu. Berfikirlah sejenak tentang kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Mudah-mudahan kita menjadi seorang insan yang sentiasa muasabah dan mengenali diri.

Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

PERINGKAT PERTAMA :

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “
sperma
Sperma Sperma menembusi ovum
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA :

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud 

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT :

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”
janin1
Janin berusia 12 minggu
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA:

NASY’AH KHALQAN AKHAR: Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
janin2
Janin mendapatkan makanan melalui uri
 
PERINGKAT KEENAM :

NAFKHUR-RUH: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam

" PENCIPTAAN MANUSIA DAN ORGAN-ORGANNYA "
" Dan didalam keadaan tubuhmu , apakah kamu semua tidak memperhatikan /metenungkan ? (Al-Quran Surat Adz-Dzariyat ayat 21)

Renungkan dalam-dalam:
( 1) Bagaimana Allah mengeluarkan dari tulang ari-ari laki-laki dan tulang rusuk kaum wanita .
( 2) Bagaimana Allah mengumpulkan kedua jenis ini (laki-laki dan wanita) dan keduanya diberi rasa saling cinta mencintai,hatinya saling ingin menginginkan.
( 3) Bagaimana Allah membimbing mereka itu dengan rantai kecintaan tadi, lalu berubah menjadi syahwat untuk bersetubuh .
( 4) Bagaimana Allah mengeluarkan air mani itu dengan adanya gerak persetubuhan.
( 5) Bagaimana Allah menarik darah haid dari dasar urat-urat dan dikumpulkannya dalam rahim ibu .
( 6) Kemudian bagaimana Allah mencipta bayi dari setitik air mani yang ditumpahkan tadi ,disiramnya dengan darah haid . Anak itu diberi makan sehingga makin hari makin tumbuh dan makin besar .
( 7) Bagaimana Allah membuat air mani yang asalnya berwarna yang mengkilat lalu menjadi segumpal darah yang merah .
( 8) Bagaimana Allah menjadikan segumpal darah menjadi seketul daging .
( 9) Selanjutnya bagaimana pula Allah membahagi-bahagikan masing-masing
bahagian air mani tadi,pada hal asalnya persamaan sahaja bentuk atomnya , tidak ada perbezaan antara yang satu dengan yang lain, tiba-tiba ada yang menjadi tulang belulang , otot ,urat nadi , urat saraf kacil-kecil dan daging .
Kemudian Allah menciptakan anggota tubuh manusia dan disusun secara baik .
Allah membuat kepala dengan bentuk bulat dan membelah lubang pendendengaran , penglihatan , hidung , mulut dan seluruh lubang-lubang yang lain .
Selanjutnya lubang penglihatan di isi dengan mata yang mempunyai keajaiban dapat melihat .
Hal yang demikian adalah merupakan rahsia yang tidak mungkin dapat dijelaskan tentang rahsia-rahsianya .
Allah menyusun indra penglihatan ini dari tujuh lapis , yang setiap lapisan mempunyai sifat dan tabiat khusus .
Seandainya satu lapisan sahaja hilang, tentulah mata tidak dapat melihat .
(10) Kemudian perhatikan juga keadaan kelopak mata yang menutup/meliputi seluruh mata dan cepat bergerak untuk memelihara mata dari kotoran seperti debu dan lainnya nyag datang menuju mata . Kelopak mata itu bagaikan pintu yang dapat terbuka pada waktu diperlukan dan dapat menutup pada waktu yang lain.
Kelopak mata itu adalah untuk memperindah mata dan raut muka , maka Allah menciptakan rambut yang ada si atasnya yang mana rambut itu tidak selalu tumbuh dan bertambah sehingga membahayakan mata dan tidak gugur ataupun berkurang sehingga membahayakan .
Disamping itu Allah menciptakan air mata dengan rasa masin yang sangat berguna untuk benda-benda yang jatuh dimata . Allah membuat sekeliling mata itu rendah daripada tengahnya, agar sesuatu yang jatuh kemata lebih cepat menepi kesekeliling mata . Allah membuat kening diatas kedua mata untuk memperindah raut mata dan sebagai tirai yang menghiasi kedua mata . Bulu keningpun dibuat seperti bulu mata yang tidak bertampah sehingga tumbuh yang mengakibatkan cacat.
Allah membuat rambur kepala berbeza dengan rambut lainnya iaitu dapat tumpuh dan dapat dikurangi untuk memperindah raut muka. Sekalian saja buat kali ini dan akan hamba sambung semula bab organ-organ yang lain .insyaAllah ,wassalam .amin
Rujukan : http://lailizah.tripod.com/

Comments

Popular posts from this blog