USAH JADIKAN "WALL FACEBOOK"  SEBAGAI TEMPAT LUAHAN PERASAAN
 
Jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.
-Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> WALL <--- ?
Ia memberi makna DINDING.

-Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan ok (◕‿◕).

-Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

-Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

-Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

-Oleh itu, saya & kamu jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.

Dengan rela hati , saya memberi keizinan untuk sahabat share, copy foto dll. Semoga bermanfaat insyaAllah, amin. Syukran jazilan سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 
Sabda Rasullulah:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan)." Hadis Riwayat Abu Daud

Huraian tersebut: At-Tasyabbuh secara bahasa di ambil dari perkataan al-musyabahah yang bererti 'meniru atau mencontohi, menjalin atau mengaitkan diri, dan mengikuti'. At-Tasybih bererti peniruan, dan mutasyabihah bererti mutamatsilat (serupa). 
Dikatakan ertinya serupa dengannya, meniru dan mengikutinya. Tasyabbuh yang dilarang dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara syarie adalah peniruan terhadap orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya, baik dalam aqidah, peribadatan, kebudayaan, atau tingkah laku yang menunjukkan ciri khusus kaum kafir. Termasuk dalam tasyabbuh ialah meniru perbuatan orang-orang yang tidak soleh, walaupun mereka itu dari kalangan kaum muslimin, seperti orang-orang fasik, orang-orang awam dan jahil, atau orang-orang Arab (badwi) yang tidak sempurna keislamannya.
Oleh kerana itu, secara umumnya kita katakan bahawa segala sesuatu yang tidak termasuk ciri khusus orang-orang kafir, sama ada dari sudut aqidahnya, adat-istiadatnya, peribadatannya, dan hal itu tidak bertentangan dengan nash-nash serta prinsip-prinsip syariat, atau tidak dikhuatiri akan membawa kepada kerosakan, maka tidak dianggap sebagai tasyabbuh. Perkara paling utama yang harus kita fahami seperti dinyatakan dalam beberapa ketentuan Islam, adalah bahawa Islam dibangunkan di atas asas yang dinamakan at-taslim, yakni ‘penyerahan diri secara mutlak kepada Allah SWT’. Sedangkan at-taslim sendiri bermaksud ‘tunduk kepada kepada perintah-perintah Allah SWT serta menjauhi larangan-larangan-Nya’. 
Kemudian membenarkan apa-apa yang disampaikan Rasul-Nya, tunduk kepada perintah serta menjauhi larangan-larangan Baginda. Apabila kita sudah memahami perkara-perkara di atas, maka sebagai seorang Muslim kita hendaklah bertaslim terhadap apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan merealisasikannya di dalam setiap amal perbuatan. Dan ajaran yang Baginda SAW bawa di antaranya larangan untuk bertasyabbuh terhadap orang-orang kafir. 
Setelah bertaslim, kita sepatutnya merasa tenang serta yakin sepenuhnya bahawa bertasyabbuh dengan orang-orang kafir akan mendatangkan mudarat berdasarkan pertimbangan akal yang sihat serta fitrah yang suci.
Di antara sebab larangan bertasyabbuh ialah:
a. Semua perbuatan orang kafir pada dasarnya dibangunkan di atas dasar kesesatan dan kerosakan. Inilah sebenarnya titik tolak semua perbuatan dan amalan orang-orang kafir, baik yang bersifat menakjubkan kita atau tidak, baik kerosakan yang zahir ataupun terselindung, kerana sesungguhnya yang menjadi dasar semua perlakuan orang-orang kafir adalah dlalal (sesat), inhiraf (menyeleweng dari kebenaran), dan fasad (rosak), baik dari segi aqidah, adat-istiadat, ibadah, perayaan-perayaan hari besar, ataupun dalam pola tingkah lakunya. Adapun kebaikan yang mereka perbuat hanyalah merupakan suatu pengecualian sahaja. Oleh kerana itu, jika terdapat pada mereka perbuatan-perbuatan yang baik, maka di sisi Allah SWT tidak memberi erti apapun baginya dan tidak diberi pahala sedikitpun. Firman Allah SWT: “Dan Kami hadapi amal yang mereka kerjakan kemudian Kami jadikan amal itu debu yang berterbangan.” (QS Al-Furqan: 23) 
b. Dengan bertasyabbuh terhadap orang kafir, maka seorang Muslim akan menjadi pengikut mereka. Ini bererti dia telah menentang atau memusuhi Allah SWT dan Rasul-Nya sekaligus mengikuti jalan orang-orang yang tidak beriman. Padahal dalam perkara ini terdapat peringatan yang sangat keras sekali, sebagaimana berfirman Allah SWT: “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalan orang-orang yang tidak beriman, Kami biarkan ia leluasa dengan kesesatannya kemudian Kami seret ke dalam Jahannam. Dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (QS An-Nisa’: 115) 
c. Hubungan antara si peniru dengan yang ditiru seperti yang terjadi antara si pengikut dengan yang diikuti yakni penyerupaan bentuk yang disertai kecenderungan hati, keinginan untuk menolong serta menyetujui semua perkataan dan perbuatannya. Dan sikap itulah yang menjadi sebahagian dari unsur-unsur keimanan, di mana seorang muslim diperingatkan supaya tidak terjerumus ke dalamnya.
d. Sebahagian besar tasyabbuh mewujudkan rasa kagum dan mengutamakan orang-orang kafir. Dari sana timbullah rasa kagum pada agama, kebudayaan, tingkah laku, perangai serta semua kerosakan yang berlaku. Kekaguman terhadap orang kafir tersebut akan menyebabkan penghinaan kepada As-Sunnah, merendahkan kebenaran serta petunjuk yang dibawa Rasulullah SAW dan para solehin. Ini adalah kerana barangsiapa yang menyerupai suatu kaum pasti sepakat dengan fikrah (pemikiran) mereka dan redha dengan semua perlakuannya. Inilah bentuk kekaguman terhadap mereka. Sebaliknya, ia tidak akan merasa kagum terhadap semua hal yang bertentangan dengan apa yang dikagumi tersebut. 
e. Musyabbahah (meniru-niru) itu mewariskan mawaddah (kasih sayang), mahabbah (kecintaan), dan mawalah (kesetiaan) terhadap orang-orang yang ditiru tersebut. Ini adalah kerana bagi seorang muslim yang meniru dan mengikuti orang-orang kafir, tidak boleh tidak, dalam hatinya akan ada rasa ilfah (akrab dan bersahabat) dengan mereka. Dan rasa akrab dan bersahabat ini akan tumbuh menjadi mahabbah (cinta), redha serta bersahabat kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan akibatnya dia akan menjauhi orang-orang yang soleh, orang-orang yang bertakwa serta orang-orang yang mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Keadaan akan menjadi semakin parah sekiranya muqallid (si pengikut) berkenaan sedang mengalami kegoncangan jiwa. Maka, pada ketika itu, ia akan merasakan bahawa apa yang diikutinya adalah bersesuaian dengan dirinya. 
f. Bertasyabbuh terhadap orang-orang kafir pada dasarnya akan menjerumuskan kepada kehinaan, kelemahan, kekerdilan (rendah diri) dan kekalahan. Demikianlah yang terjadi pada sebahagian besar orang-orang yang mengikuti orang-orang kafir sekarang ini.
Ramai yang mangaku Muslim tetapi bangga dengan budaya orang-orang kafir yang merosakkan akidah serta akhlak. Wallahua'lam
p/s ihsan dr fb Muhamad Syuhada'
TAHUKAH APA MAKNA 'WALL' YANG DIMAKSUDKAN PADA FACEBOOK | IA BUKAN SEKADAR DINDING...
Salam sahabat, sejak aku mengaktifkan akaun facebook alhamdulilah setakat ini belum pernah rasanya update status personal. Kadang-kadang ada juga aku nak gelak bila baca status para sahabat yang post status pasal makan, check-in, marah, sedih pergi sana sini dan macam-macam lagi. Tapi aku perlu ingat itu hak mereka dan mereka bebas buat apa sahaja di wall mereka. 

Macam aku juga, asyik-asyik post entry blog aku, mesti ada juga yang menyampah itu aku tak nafikan, tapi alhamdulilah bila di check traffic sources 50% adalah dari fb. Kalau ada mereka yang naik bosan dengan post aku di wall, banned jer tak rugi apa pun. Tapi aku rasa apa yang aku buat hanya untuk berkongsi info dan pendapat melalui medium fb yang free ini itu sahaja.

Jadi kepada mereka-mereka yang rasa-rasa diri mereka ada kaitan dengan info yang nak aku kongsikan di bawah ni maka kurang-kurangkanlah sikit bermadah dan berluahan di wall yer. Di bawah ni aku serta gambar-gambar yang aku google melalui "wailing wall of israel"  sahabat tengok dan fikir-fikirkanlah, adakah kita perlu mengikut rentak dan strategi mereka atau kita gunakan apa yang mereka rancang untuk kebaikan kita semua.


Tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ? Ia memberi makna DINDING. Kenapa 'dinding'? Jap, saya teruskan pertanyaan.

Siapakah yang mewujudkan FB? Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI? Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA. DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya.

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang. Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah. Jika Tidak Pecaya..

Cuba Anda Buka www.google.com dan search "wailing wall of israel". Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat. Renung-renungkan lah..

Postkanlah kata-kata hikmah Quran, Hadis atau Ulama terdahulu tentang Agama Islam. Hindari luahan perasaan diri sendiri atau rumahtangga, jauhi kutukan dan kata-kata mencarut yang bukan anda dapat dosanya malah anda dapat pula bonus dosa yang orang yang membaca carut post anda.

Gunakan peluang Yahudi/Nasrani merosakkan Umat Islam dengan membangunkan Agama Islam melalui platform mereka. Moga kita tidak termasuk dengan orang-orang yang merugikan.

Wallahu a’lam.

Comments

Popular posts from this blog