Saya menjumpai seseorang yang mempunyai masalah di dalam kehidupan beliau sekeluarga. Beliau ini dari keluarga yang kesempitan didalam hidup, bapa beliau mengidap sakit jantung dan memerlukan pembedahan "bypass", yang mana kos perubatan tersebut adalah terlalu tinggi diluar jangkauan pendapatan mereka sekeluarga.
Keluarga ini adalah orang Kelantan dan bermastautin di Terengganu. Beliau ini dikenali sebagai Cik Kasmawani bt Mazlan, Cik Kasmawani kini menetap di Kuala Lumpur dan bekerja disini. Beliau adalah pekerja di dalam Syarikat dimana Kakak Angkat saya iaitu Puan Zahaini bt Hamzah menjadi HR Manager. Cerita mengenai permasalahan Cik Kasmawani ini di bawa ke pengetahuan saya oleh Kakak Angkat saya itu dari rakan sepejabatnya iaitu Puan Zalila, kerana Cik Kasmawani ini terlalu runsing memikirkan nya sehingga menjejaskan prestasi kerja beliau.
Walaupun saya tidak ada kena mengena dengan Syarikat tersebut, menjadi tanggungjawab sosial saya sebagai manusia. Dan menjadi amanah sebagai pemimpin.
Kami telah ke Pejabat MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) pada Jumaat 27hb Januari 2012, untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban Cik Kasmawani bt Mazlan ini. Tetapi telah di maklumkan bahawa, bapa beliau di Terengganu, maka beliau hendaklah membuat permohonan di Baitulmal Terengganu.
Pihak Hospital telah meminta sebanyak RM 6,600 sebagai bayaran pendahuluan.
Puan Zalila telah berjaya mendapatkan derma peribadi dari seorang banker (pekerja bank) / seorang individu yang tidak mahu dikenali. Beliau telah menyumbang sebanyak RM 5,000 kepada Cik Kasmawani ini. Semoga tuan yang memberi derma itu mendapat keberkatan didalam hidup anda, amin.
Saya di sini, dengan rendah hatinya, memohon kepada anda anda yang berhati mulia yang membaca entry saya ini, yang mahu menderma ataupun anggap lah sebagai zakat tahun ini 2012, bolehlah menderma kepada account bank dan di talian telephone seperti di bawah :
Account Holder : KASMAWANI BINTI MAZLAN
Bank Name : CIMN BANK BERHAD
Account Number : 1460-0004423-52-6
TEL : (+6) 017 - 578 1474
(For overseas donation, the SWIFT / IBAN Code is : CIBBMYKL )
Kepada anda yang berhati mulia, sumbangan ataupun zakat direct dari anda, amatlah dihargai. Tidak kira banyak atau sedikit sumbangan anda, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sikit sama dirasai, banyak sama diratah.
Saya juga telah meminta Cik Kasmawani binti Mazlan ini ke Istana Maziah (Istana Rasmi Sultan Mizan), dan minta untuk mengadap baginda bagi mendapatkan surat sokongan ataupun "personal touch" baginda untuk mendapatkan peruntukkan wang zakat bagi menampung perbelanjaan pembedahan bapa beliau. Saya berharap baginda Sultan Mizan memperkenakan permintaan saya ini, kerana Cik Kasmawani ini mendapat "personal touch" saya sendiri. Tuanku juga boleh memandatkan anakanda Tuanku yang bakal Sultan mengendalikan permasalahan ini, latihlah bakal Sultan itu supaya menjadi sultan yang baik kelak. Sultan di Malaysia mempunyai kuasa mutlak keatas hal-ehwal agama islam.
Cik Kasmawani ini telah berusaha dan berikhtiar, maka kita semua janganlah menghampakan kerana Allah sendiri tidak pernah menghampakan orang yang berusaha. Allah tidak pernah mensia-siakan orang yang berusaha.
Semoga kita semua mendapat keberkatan didalam hidup, buatlah sesuatu lillahi'taala (ikhlas kerana Allah). Amin... !!!
Sekian,
Luqmanul Hakim bin Abd. Rahim bin Abdul Wahab
(+6) 017 - 330 8263
(+6) 019 - 338 7025
http://luqiee.livejournal.com/
Comments
Post a Comment