Mohon bantuan Pembaca Sekalian
Adik Faris ini mengidapi barah paru-paru...

Bantuan dn doa anda diperlukan untuk anak kecil ini...

Semoga keluarga Faris tabah menghadapi dugaan ini...
==============
Bantuan boleh di berikan kepada bapa:

Shamrulismawi ismail
Maybank 114011152218

Tel 0193471976.


Sedih bila dapat berita tentang anak rakan baik saya kini dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan. Faris Nur Daniel bin Shamrulismawi  anak kepada rakan baik saya semasa di ITM dulu masih lagi berada di ICU dan dalam keadaan kritikal hingga kini.

Adik Faris yang berumur 6 tahun ini mula demam, selsema & batuk dan kemudian sawan sebelum dibawa ke hospital utk rawatan lanjut & terus di tahan di ICU SJMC semenjak 1 Feb lalu. Dia disahkan mengidap penyakit  (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis) dan saya sertakan juga disini Salinan Laporan Doktor.

Gambar terbaru Adik Faris
Keadaan Adik Faris yang masih kritikal
Adik Faris semasa mula-mula masuk ICU tempohari
Kepada sesiapa yang bersimpati kepada Adik Faris marilah kita hulurkan sedikit bantuan kerana kos perubatan kini telah meningkat ke RM70 ribu dan mengikut bapanya yang telah memberitahu saya dia akan memindahkan Adik Faris ke hospital HKL kerana tidak mampu lagi untuk menampung kos yang tinggi itu.
Buat masa sekarang ini, Adik Faris masih tidak boleh lagi dipindahkah ke hospital HKL kerana dia berkeadaan yang sangat kritikal dan masih lagi bergantung kepada bantuan oksigen 100% untuk dipam ke paru-paru beliau.
Marilah kita hulurkan sidikit bantuan kita sekadar termampu, walaupun tak banyak asalkan ikhlas walaupun dengan RM10, RM5 ataupun RM1 janji ikhlas untuk membantu adik Faris.
Kepada sesiapa yang ingin membantu, sila hulurkan bantuan anda ke akaun berikut

Nama : Shamrulismawi Ismail
Maybank (join wadiah ngan wife) : 162852002738

KEPADA SHAMRUL
ini sahaja yang aku termampu untuk tolong kau. Be strong my friend. May Allah be with you
Ikhlas dari 
KHEIRUL
KEPADA MAZIDUL AKMAL SIDIK
Mari kita sama-sama tolong kawan lama kita ini…. saya dah baca blog post dalam blog anda.
http://sawanila.com/v10/


'STM' (AKRONIM PALING BERMAKNA KEPADA FARIS)

Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.

Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, sebelum menghubungi bapanya, Shamrulismawi Ismail, 38 tahun pagi tadi.

Baca entri pertama nukilan saya di sini.

Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.

Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.


Faris disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.


Surat ditandatangani oleh Dr. Chan Lee Lee di atas diemelkan Sham kepada saya.


Berikutan itu, beberapa pembaca blog ini telah menghubungi saya dan bermurah hati untuk menyumbang. Saya yakin semua tahu, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Sebelum ini rakyat Malaysia berulang kali terbuka hati untuk membantu warga asing antara mereka di Gaza dan Somalia, Afrika,  inikan pula anak kecil rakyat negara kita sendiri.

Sebaik wang didepositkan ke akaun terbabit, sila tinggalkan komen 'STM', bermaksud 'Saya Telah Menyumbang' untuk rekod saya.

Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.

Bersabar, berdoa dan berusahalah.

Saya juga bapa dan sentiasa memahami situasi genting dihadapi.

Terima kasih.

Semoga Allah membalas jasa kalian bermurah hati.


BANTU SAYA UNTUK MENYEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI KE SELURUH MALAYSIA MELALUI FACEBOOK DAN BLOG.

Share66

MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH

"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail. 

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi. 

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.


 Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.


Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya. 

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka. 

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

SILA HEBAHKAN



1
2
3
4
5
6

http://www.google.com.my/#hl=en&gs_nf=1&cp=19&gs_id=1e&xhr=t&q=faris+Shamrulismawi&pf=p&sclient=psy-ab&pbx=1&oq=faris+Shamrulismawi&aq=f&aqi=&aql=&gs_sm=&gs_upl=&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_cp.r_qf.,cf.osb&fp=c1ee2293137efc68&biw=1366&bih=598

Comments

Popular posts from this blog