SEJARAH DAN HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL






SEJARAH DAN HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


MAULID berasal dari perkataan Arab yang 
bermakna melahirkan terutamanya merujuk 
kepada kelahiran bayi.
1

2

3
Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus
kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu 
pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas


Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh
kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya
secara besar-besaran.
 Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan
Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli 
keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah
dihentikan pada tahun 488 H atas perintah
Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang
berpegang kuat pada sunnah seperti 
tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan 
Ibnu Al-Atheer.

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon 
Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas
kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya
di kalangan keluarga mereka secara tertutup.
 Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi 
Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn
Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid
Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni 
mengambil berat akan perayaan Maulidur
Rasul hingga memerintahkan persediaan
seperti mendirikan khemah, menghias khemah
dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan
sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar 
akan menyaksikan perayaan itu dalam
khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul
 Antara ulama yang menyokong Maulidur
Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti
dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah
(bidaah baik) yang diberi pahala 
mengerjakannya kerana dalam amal ibadat
itu terdapat suasana membesarkan Nabi,
melahirkan kesukaan dan kegembiraan
atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah
sedia maklum bahawa sahabat-sahabat
Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran
Rasulullah.
 “Ini kerana mereka telah menyaksikan
secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah
dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah 
itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa
beliau begitu ghairah untuk menceritakan 
mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak
sama seperti mana keghairahan mereka
mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan
sejarah perjuangan Rasulullah, maka
tidak perlulah merayakan seperti mana
dirayakan Maulid Rasul kini.
 “Bagaimanapun, generasi terkemudian 
telah mula melupakan kegemilangan sejarah 
Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul
diadakan bertujuan mengingati sejarah 
Islam ketika Rasulullah masih hidup. 
Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi
bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi 
ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan 
dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi 
sebaliknya diisi dengan ceramah yang 
menceritakan akan sejarah Islam”.
 Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka 
orang yang beriman kepadanya
(Muhammad saw) memuliakannya, 
menolongnya dan mengikuti cahaya yang
terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran)
mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk 
memuliakan Nabi Muhammad. Maka 
perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
 2) Firman Allah yang bermaksud: Dan
ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.
(Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu 
al-Iman daripada Ubai bin Kaab
daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda 
menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari 
nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi 
dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan
katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat 
yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke 
Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi 
berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 
10 Muharam, maka Nabi bertanya 
kepada orang yahudi itu: “Kenapa 
kamu berpuasa pada hari Asyura?” 
Jawab mereka: “Ini adalah hari
peringatan, pada hari itu dikaramkan
Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan,
kami berpuasa kerana bersyukur kepada 
Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih 
patut menghormati Musa berbanding 
kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah
Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata,
bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum:
Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur
memperingati hari-hari bersejarah, 
hari-hari yang dianggap besar umpamanya
hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya 
Firaun dan bebasnya Musa dengan 
melakukan puasa asyura sebagai bersyukur
atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)

Comments

Popular posts from this blog