GAMBARAN SIKSAAN DI NERAKA.. Subhanallah!

 

Alhamdulillah, entry kali ini bertajuk Gambaran Siksaan Di Neraka. Subhanallah! Siksaan serta azab yang sangat dahsyat. Semoga kita sentiasa di bawah naungan rahmatNya, dan dijauhi dari siksaan pedih api neraka...  
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.
 Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu.. namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.. Ampunkan dosaku, terimalah taubatku.. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.. Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai.. Dengan rahmatMu, ampunkan daku oh Tuhanku. 
 ~perindu syurga~.

Comments

Popular posts from this blog