Enam bayi luar nikah lahir dalam sejam
SUBANG JAYA - Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008.
Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010.
“Itu angka yang didaftarkan, mungkin ramai lagi bayi yang tidak didaftarkan kita tidak tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di sini semalam.
Turut hadir ialah Yang Dipertua rumah kebajikan itu, Juhaidi Yean Abdullah.
Kata Mashitah lagi, purata dalam setahun seramai 50,727 bayi tidak sah taraf dilahirkan manakala dalam sebulan seramai 4,227 dan sehari adalah 141 bayi.
“Dalam hal ini ibu, bapa perlu memainkan peranan mereka supaya anak-anak yang mengandung anak luar nikah tidak melakukan tindakan sehingga membuang bayi mereka.
“Ada tempat perlindungan seperti di Baitul Fiqh ini yang boleh membantu, anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan dan membantu meneruskan kehidupan seterusnya,” ujarnya. -

Comments
Post a Comment