DARI "IT" KE ZAMAN "ET"??

 

 

 

 

Buat penjawat-penjawat awam di seluruh negara...anda sedang mengalami keadaan-keadaan berikut ini di pejabat anda...




Fakta ini dipetik dari…
Berita Harian 17 Jun 2009- Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM

Kuala Lumpur
Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan…
Sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.
  • Kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.
  • Kakitangan awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.
  • Kakitangan awam dilarang memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang.
  • Kakitangan awam dilarang melakukan aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet.
  • Kakitangan awam dilarang menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian ; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.
  • Kakitangan awam dilarang Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

MS@BS Kata : Ini umpama si Buruk Siku merebut tongkat dari si Buta, dulu bagi... konon untuk memudahkan...untuk memodenkan...untuk persaingan global (globalisasi)... untuk mencelikkan... dunia tanpa sempadan... e-kerajaan... macam-macam e-...... Sekarang, Apa cerita? Apa sudah jadi ????
Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!


http://malaikatsesat.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog