Daya Tarikan Wanita Memang Hebat dan Sangat Bahaya

 

Daya tarikan seorang wanita sememangnya sangat kuat dan hebat. Suara serta pujuk rayu manjanya mampu membuatkan hati sang jejaka cair dan mudah terpaut. Haruman serta wangian yang dipakainya bisa melemahkan iman. Apatah lagi jika seseorang wanita berpakaian seksi, pasti si mata keranjang terpaku meratah serta menelanjangi lenggang-lenggok tubuhnya yang menawan.


Kehebatan daya tarikan wanita tidak dapat disangkal lagi. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat pun tarikannya sangat hebat. Mereka mampu menarik kaum lelaki ke neraka bersama-sama mereka tanpa disedari.


4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Oleh Wanita ke Neraka

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

2. Suaminya

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah wanita tersebut jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adik perempuannya itu di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu berkenaan kelakuannya yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


Lihatlah betapa hebatnya daya tarikan wanita. Maka kaum Adam yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenarnya dalam membimbing kaum Hawa. Kepada kaum wanita. Kasihanilah ayah anda, suami anda, abang-abang serta anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankanlah perintah ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh dan seikhlasnya sebagai seorang Muslim.

SZ : Entry ini adalah sumbangan dan permintaan Kak Diana supaya disiarkan ke dalam blog aku. Untuk manfaat kita semua.

Comments

Popular posts from this blog