Gadis Cantik dan Lelaki Bersinglet Nampak Bulu Ketiak

 

 

Salam A'laik.. Bayangkan kalau hangpa keluar ke mall atau mana-mana saja, and then terjumpa lelaki bersinglet nampak bulu ketiak dengan gadis cantik sopan ala-ala gadis melayu terakhir macam kat gambar bawah ni, apa yang hangpa nak kata kat depa? Mesti hangpa akan kutuk dan maki hamun lelaki tu kan. "Gila selekeh. Jijik. Ingat elok kot tayang ketiak hitam." Lepas tu, mesti hangpa puji si gadis ayu tu kan. "Ala comeynya.. Anak sapa lani.." Tapi, hangpa rasa la kan.. Antara lelaki dan gadis macam gambar bawah ni, siapa yang lebih mulia akhlaknya?


Ok jawapannya, kedua-duanya tidak mulia. Sebab kalau lelaki tu mulia, tak kan dia nak tayang bulu ketiak dia kat orang ramai kan. Tetapi bagi aku, sekurang-kurangnya martabat lelaki tu jauh lebih tinggi daripada gadis ayu tu. Sebab apa? Sekurang-kurangnya lelaki tu menutup aurat, sedangkan gadis tu mendedahkan mahkotanya yakni rambutnya kepada orang ramai. Ini bermakna gadis tersebut bukan saja tidak mulia akhlaknya malah lebih hina daripada lelaki bersinglet nampak bulu ketiak tu kerana dia melanggar perintah dan hukum Allah.

Kenapa tiba-tiba aku cakap macam tu? Sebab, beberapa hari lepas aku ada terbaca tweet-tweet perempuan yang berdebat mengenai penampilan fesyen lelaki yang selekeh. Sangat annoying tahu! Mereka tak sedar yang sebenarnya mereka lebih selekeh di sisi Allah walaupun indah di mata dunia. Kerana yang mempersoalkan tu kebanyakkannya gadis yang tidak menutup aurat berdasarkan profile pic mereka.


Persoalan ini pada mulanya dicetuskan oleh seorang gadis yang agak popular.. Bukan agak la.. Memang popular pun.. Sapa yang tau, tau la..

Kemudian dibalas oleh mereka-mereka ini.. Ini je yang aku sempat printscreen.. Banyak lagi sebenarnya..




Alahai... Cek Mek Molek.. Tolonglahh.. Bila lelaki mempersoalkan cara pemakaian perempuan, hangpa nak melenting. Bila lelaki cakap perempuan pakai legging buruk, pakai tudung tapi baju lengan pendek hodoh, sanggul tinggi macam menara KLCC, hangpa nak mengamuk.

Lelaki pakai kasut tak pakai stokin hangpa amek kisah. Sedangkan perempuan yang wajib pakai stokin. Lelaki pakai minyak wangi kuat, hangpa sakit hati sedangkan perempuan tak boleh pakai minyak wangi yang bau kuat. Dan aku rasa lelaki pakai slipper pergi wedding lagi bagus daripada perempuan yang pakai gaun macam cinderella.

Tolonglah! Jangan bergaduh lelaki dan perempuan dalam mempersoalkan fesyen. Cuba terima teguran dengan hati terbuka. Bukan melenting dengan membalas dengan point-point yang annoying. Aku akui, ada yang hangpa cakap pasal lelaki tu btoi. Baguslah. Kita sama-samalah terima teguran bagi memperbaiki diri masing-masing.
p/s : Bukan aku sorang ja yang marah. Ada kaum perempuan sendiri yang marah pun ada. Marah btol dia kat pompuan-pompuan kat atas tu. Nak tengok bebelan dia yang dahsyat tu, KLIK SINI!
SZ : Salah silap, terkasar bahasa harap dimaafi. Ada bantahan, pendapat atau teguran, sila kemukakan. Aku bukan nak bajet bagus. Aku juga seorang yang jahil. Aku sedar aku tak layak nak menegur. Tapi, sama-samalah kita memperbaiki diri kita ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. InsyaAllah.. Senyum.. =)

Comments

Popular posts from this blog