Salah Erti Taqwa dan Definisinya yang Sebenar (Bahagian 2)



Pemberitahuan: Nukilan ini mengandungi pandangan yang berbeza dari apa yang didedahkan kepada kita selama ini. Ianya hasil dari pemahaman dan pengalaman peribadi kami semata-mata. Meskipun ianya berdasarkan bukti saintifik, nukilan ini tidak berniat untuk merubah apa yang selama ini dipercayai oleh pembaca. Budibicara pembaca untuk menerima atau menolak pandangan ini, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Apakah sebenarnya taqwa?
Dalam satu kisah, Saidina Ali A.S. dikatakan pernah melepaskan musuhnya pergi walaupun dalam kemarahan. Ketika Ali hampir membunuh musuhnya dengan pedang beliau, Ali diludah oleh musuh tersebut. Ali terhenti dan melepaskannya. Musuhnya bertanya “mengapa kau melepaskan aku”, Ali menjawab, “kerana jika aku bunuh kamu, aku khuatir ianya kerana marah dan bukan kerana Allah.”
Banyak yang boleh ditafsirkan dari cerita tersebut. Kisah Saidina Ali tadi adalah sebenarnya menggambarkan sifat taqwa yang ada dalam hidup beliau – iaitu kesedaran terhadap apa yang berlaku dalam minda dan emosi.
Bagaimana menyedari proses yang berlaku dalam minda dan emosi?
Mari kita rujuk gambarajah 1:
  1. Dalam saat kita membaca blog ini, tubuh kita menerima pelbagai bentuk input dari persekitaran, dari yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besar input. Contohnya minda kita menyerap informasi tentang suhu bilik, suhu tubuh, warna, tekstur, bau, saiz dan bentuk dari sekecil-kecil hinggalah kesebesar-besar benda di sekeliling kita. Sains mengatakan yang kita menerima input sebanyak 10 juta bit per saat.
  2. Minda kemudiannya menapis maklumat yang masuk berdasarkan acuan atau program minda yang telah kita bina sejak kecil. Sebahagian besar dari maklumat itu dibuang atau diabaikan. Contohnya, ketika kita membaca penulisan ini, minda mengabaikan suhu tubuh kita, sensasi dari postur badan serta banyak lagi input yang sedang berlaku di sekeliling kita, dan memberi konsentrasi kepada setiap perkataan dalam penulisan ini. Dari konsentrasi tadi kita mengolah penulisan ini bagi menepati acuan minda. Jika kita percaya yang tulisan ini menyampaikan perkara yang betul, minda akan mengolah segala input bagi menepati dan membuktikan apa yang kita percaya itu benar. Dalam kehidupan harian kita, jika kita percaya yang hidup ini sukar, minda akan mengolah segala input untuk membuktikan yang hidup kita benar sukar.
    Selepas itu, minda akan mengkategorikan input tadi. Jika penulisan ini menyampaikan perkara yang benar, ia akan dikategorikan sebagai “positif”, contohnya. Proses mengkategorikan input ini penting dalam hidup seharian kita kerana ia memudahkan kita menavigasi kehidupan kita. Misalnya, gelas – gelas mempunyai pelbagi bentuk, saiz dan warna. Walau apapun bentuk, saiz dan warna, minda boleh mengklasifikasikannya sebagai “gelas”.
Filed under: Hidup Berkesedaran, Sains Otak, Sains Rohani — Tags: , — MinDec Insider @ 4:19 pm
Pages: 1 2 3

http://blog.mindec.com/2011/01/12/salah-erti-taqwa-dan-definisinya-yang-sebenar-bahagian-2/

Comments

Popular posts from this blog