~ Yang Menumpangkan Rahim Itu ~

Rinduku memuncak
Pada insan yang pernah menumpangkan rahimnya padaku

Tempat yang bernama Rahim…
Tempat pertama yang kusinggahi setelah kulafazkan janji pada Pencipta
Tempat yang begitu indah
Tempat yang begitu nyaman
Tempat yang begitu selesa
Tempat yang begitu mewah
Tempat yang begitu selamat

Di situ aku mengenal kasih
Di situ aku tahu sayang
Di situ aku begitu selamat
Di situ aku dapat makan dan minum secukupnya
Di situ aku bernafas sebaiknya
Di situ aku bermain sepuasnya
Di situ aku sangat bahagia

Aku rindu suasana itu
Aku dikelilingi tali tali kasih
Aku ditemani darah darah cinta
Aku dibumbungi atap sayang
Aku dilindungi dinding lembut
Aku dikelilingi makanan dan minuman yang lazat

YA ALLAH

Rupanya tempat itu tempat yang sangat bahaya
Begitu bahaya
Bukan bahaya buatku
Tetapi pada yang menumpangkan aku
Yang telah mempertaruhkan nyawanya semata mata menumpangkan aku
Kami berkongsi nyawa yang ‘sama’ saat aku menumpang
Aku berfikir mengapa dia membenarkan aku menumpang rahimnya?
Mengapa sengaja membahayakan diri demiku?
Apa istimewanya aku sehingga nyawa dipertaruhkan?
Mengapa?Kenapa wahai pemberi tumpang?
Aku tak sanggup membahayakan nyawamu.

Kadang kala saja mahuku uji dirimu
Kutendang tendang tempat itu
Tidak pula engkau marah
Tidak pula engkau menengkingku
Pelik juga….
Yang kudengari dari luar hanya kalimah Tuhanku yang engkau zikirkan yang engkau tasbihkan
Kau sentuh aku dari luar
Aku nampak tangan lembutmu mengusap ngusapku dengan penuh kasih dan sayang

Semakin hari aku semakin selesa dirahimmu
Kulakukan tempat itu seperti tempatku yang mutlak
Aku semakin membesar dalam rahimmu
Dinding pula membesar mengikut besarku

Aku pula semakin galak
Meronta ronta mahu keluar mahu melihat dunia luar pula
Kau mengerang kesakitan
Dapatku rasakan kesakitan yang kau alami itu bukanlah olok olok
Tetapi ia kesakitan yang amat sangat
Kesakitan yang mendapat ranking kedua selepas kesakitan menemui ajal
Namun engkau bertahan
Kau ditenangi oleh lelaki kacak itu yang sentiasa menemanimu dan aku
Menyuruhmu bersabar dan sentiasa mengingati Allah
Lelaki itu baik sangat
Dia selalu doakan yang baik baik untukku
Selalu berborak borak denganku sewaktu aku berada dalam rahim

Aku meronta lagi
Kali ini aku berjaya melepaskan diriku
Bersama darah yang mengalir laju
Kini,aku sudah keluar dari rahim itu
Dunia baruku dikelilingi manusia manusia yang beruniform putih
Menurut apa yang kupelajari sebelum ini mereka adalah doctor dan jururawat

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ASHHADUALLAILA HAILLALLAH
ASHHADU ANNA MUHAMMADAR RASULLULAH
HAYYA ‘ALAS SOLAH
HAYYA’ALAL FALAH
QAD QA MATISSOALATU QADQAMATISSOLAH
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
LAILAHAILLALLAH

Sedapnya bayt bayt ini
Kulihat aku didukungi lelaki kacak itu
Dialah yang mengalunkan bayt bayt itu
Indah sekali….
Kalimah ini acapkali kudengar apabila insan yang menumpangkan rahimnya dulu padaku solat berjemaah dengan lelaki kacak itu
Tapi kali ini lelaki kacak itu mengalunkan di telingaku..
Seronoknya..gembiranya….ALHAMDULLILAH

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

EMAK….
Insan yang paling baik hati terhadapku
Sanggup berkorban untukku
Dialah yang menumpangkan rahimnya padaku
Bukan sehari dua bukan seminggu dua
Tapi Sembilan bulan 10 hari
Jiwa kami bersatu hingga kini
Dia punya instinct yang begitu kuat
Apa yang kurasa pasti dapat dihidunya
Aku sedih aku gembira dia pasti bersamaku
Kerana kami punya ‘hati’ dan ‘jiwa’ yang sama
Indahnya ciptaan ALLAH
Bagiku Emak adalah ciptaan ALLAH yang paling bernilai buatku
Tiada siapa boleh menggantikan tempatnya..tiada siapa

Cinta dan kasihnya begitu tulus dan suci
Cinta dan kasihnya kurasakan setiap saat walaupun kami jauh
Kerana aku yakin setiap saat juga dia merinduiku
Doanya dapatku rasakan walaupun kita dipisahkan dua benua

Aku rindu pelukan hangatnya
Aku rindu masakannya
Aku rindu pada suaranya
Aku rindu pada ciumannya
Aku rindu untuk mencium tangan dan pipinya
Aku rindu senyum tawanya
Aku rindu mahu solat dengannya
Aku rindu mahu menceritakan masalah secara face to face dengannya
Aku rindu akan belaiannya
Aku rindu segala galanya tentangnya….~


YA ALLAH

ROBIGH FIRLI WALIWA LIDAIYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANIS SOGHIRO~

YA ALLAH

Panjangkanlah umur emak,ayah dan adik adikku,sesungguhnya aku begitu rindukan mereka.Rindu yang tidak tertahan amat sangat.Ya Allah,sampaikanlah salam dan cintaku padanya agar mereka agar mereka gembira~Sesungguhnya kasih dan sayang itu dari –MU.Jadikanlah kami mencintai-MU lebih dari kami mencintai diri kami dan keluarga kami sendiri.Kerana kasih dan sayang untuk-MU itu lebih utama .Engkaulah pencipta kasih dan sayang.Tanpa kasih dan sayang MU pasti hancur dunia seperti kejamnya Isroelliyyin yang durjana.






http://akmanurdiniyyah.blogspot.com/search/label/Tazkirah

Comments

Popular posts from this blog